You are on page 1of 8

AKTIVITI 1.

Pembelajaran jarak jauh dikatakan tidak akan mampu untuk menyalurkan


interaksi peribadi ataupun komunikasi seperti apa yang pelajar inginkan. Sebahagian
daripada ahli akademik mempercayai hal itu dan bersetuju mengenai hal tersebut.
Antara sebab tertentu ialah pembelajaran jarak jauh berkonsepkan
pembelajaran yang diadakan setiap hujung minggu dan boleh dilakukan diatas talian.
Disebabkan konsep pembelajaran jarak jauh yang telah ditetap untuk mengadakan
perjumpaan hanya pada setiap hujung minggu, pelajar dan tutor tidak dapat
berinteraksi secara bersemuka disebabkan oleh kelas yang diadakan dijadualkan pada
waktu tertentu tidak pada setiap hari. Para pelajar juuga tidak dapat merujuk atau
berinteraksi dengan tutor dengan segera apabila ingin bertanyakan hal berkenaan hal
akademik. Hal ini tidak dapat disangkal kerana pembelajaran jarak jauh
sememangnya dikhaskan kepada pelajar yang mempunyai masa yang terhad dalam
pembelajaran.
Namun begitu, masalah ini boleh diatasi melaui komunikasi secara maya.
Zaman modenisasi pada masa sekarang telah banyak mencipta gajet-gajet canggih
seperti telofon pintar mudah alih yang telah dilengkapi dengan banyak rekaan
program peranti ataupun aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan
lebih pantas dan mudah. Seperti contoh, aplikasi seperti whatsapp, wechat,
facebook dan pelbagai ladi rangkaian social lain. Justeru, para pelajar dan tutor
boleh berhubung melalui rangkaian-rangkaian social tersebut dengan lebih kerap
malahan dengan lebih mudah dan pantas.
Selain itu, para pelajar dan tutor juga boleh melakukan perjumpaan secara
personal. Para pelajar dan tutor boleh melakukan perjumpaan diluar waktu tutorial
dengan tujuan untuk membincangkan topic pembelajaran. Perjumpaan ini boleh
dilakukan dimana sahaja secara beramai-ramai dengan persetujuan pihak pelajar dan
tutor mengiku fleksibel masa sendiri. Dengan cara ini, walaupun sesi pembelajaran
dalam kelas jarang mengadakan perjumpaan, para tutor dan pelajar dapat mengambil
langkah cadangan ini untuk memanfaatkan masa masing-masing.
Kesimpulannya, walaupun ramai dikalangan ahli akademik mempercayai
bahawa pembelajaran jarak jauh tidak akan mampu untuk menyalurkan interaksi

peribadi ataupun komunikasi seperti apa yang para pelajar inginkan, terdapat banyak
alternative lain yang boleh dilakukan untuk menyangkal pendapat tersebut.
(312 patah perkataan)

AKTIVITI 2.
Pengurusan masa adalah suatu keperluan yang sangat penting bagi setiap
individu. Kejayaan seseorang individu juga ditentukan bagaimana seseorang itu
menguruskan masa dan mengunakannya dengan baik. Justeru, pengurusan masa

adalah sangat penting bagi pelajar jarak jauh dalam menentukan kejayaan dalam
pembelajaran.
Antara faedah pengurusan masa yang baik ialah seseorang pelajar itu dapat
menyelesaikan jadual peribadi secara tertib. Hal ini adalah kerana masa dapat
mendisiplinkan seseorang dalam melakukan sebarang tugasan apatah lagi dalam
pembelajaran. Seorang pelajar akan dapat menepati matlamat yang ingin dicapai.
Sebagai contoh, walaupun seseorang pelajar jarak jauh tidak dipantau, namun pelajar
tersebut dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Hal ini
juga dapat memberikan impak kepada diri untuk lebih berdisiplin terhadap peraturan
melalui pengurusan masa yang baik.
Terdapat beberapa cara bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik.
Antaranya adalah melalui perancangan. Sebelum memulakan sesi pembelajaran,
pelajar boleh membaca secara kilas tentang topik atau subjek yang akan dibincangkan
semasa dalam kelas dan mentafsir soalan untuk ditujukan kepada tutor ataupun
pensyarah. Dengan cara itu, pelajar dapat menjimatkan masa dalam mengulang kaji
dan boleh belajar secara efisien. Cara itu juga dapat mengekalkan tumpuan pelajar
semasa berada di dalam kelas dan membantu daya tahap fokus terhadap pembelajaran.
Selain itu, seseorang pelajar hendaklah bijak menyelaraskan masa dengan
baik.
Sebagai contoh, jadual yang ditetapkan haruslah boleh dipatuhi dan tidak melebihi
batas kemampuan seseorang pelajar itu sendiri. Pelajar haruslah bijak dalam
merancang jadual seperti membahagikan masa untuk belajar dan masa untuk peribadi.
Dengan cara itu, sebarang jadual yang dirancang dapat dipatuhi tanpa sebarang
masalah disamping dapat melatih diri untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan.
Konklusinya, walaupun pembelajaran jarak jauh nampak mudah namun
seseorang pelajar tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini. Malahan pelajar
haruslah memupuk disiplin dalam diri dan menyedari bahawa kemahiran dalam
pengurusan masa adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan dalam
pembelajaran.
(303 patah perkataan)

AKTIVITI 3.
a) Anotasi

b) Peta minda.

c) Parafrasa
Good character formed based on character of education that has been
developed over time that being blocked or contained through such a process of
learning, example, practice and also teaching.

AKTIVITI 4.
My Virtual Learning ataupun dikenali sebagai singkatannya myVLE ialah
suatu laman sesawang interaktif yang dapat menghubungkan sesama pelajar, tutor dan
pihak pentadbiran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) secara maya.

Laman ini dapat dilayari melalui internet dan dapat dicapai melalui
http://oumvle.oum.edu.my. Saya rasa sangat selesa dengan adanya laman ini sebagai
panduan. MyVLE sangat mudah untuk digunakan dan lengkap dengan panduanpanduan tentang OUM dan sistem pembelajarannya.
Saya juga mendapati laman ini menyimpan segala maklumat pelajar dalam
hal-hal pentadbiran seperti semasa kita mendaftar, yuran pendaftaran yang tertunggak
dan yang perlu dibayar. Notis-notis penting dari pihak OUM juga boleh dibaca
melalui laman ini.
Perkara yang saya paling gemari adalah, maklumat berkenaan subjek yang
diambil, nota-nota, dan pengumuman berkenaan bidang kursus yang diambil
semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Termasuk pendaftaran semester pada
akan datang dan pelajar boleh menghantar tugasan secara atas talian sahaja.
Saya merasakan laman sistem yang diadakan oleh pihak OUM banyak
membantu dan memudahkan pelajar-pelajar dalam urusan pembelajaran.
(157 patah perkataan)

RUJUKAN.

1. Samsuri samsuri. (24.7.2015)


Dipetik
daripada

laman

http://www.academia.edu/6899408/Contoh_ANOTASI_BIBLIOGRAFI_Ases
men_dan_Evaluasi_Pembelajaran_Ilmu_Sosial.rtf
2. Faizal Mohamad Twon Tawi. (24.7.2015)

Dipetik daripada laman blog :


http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2010/01/definisi-pengurusan-masaberkesan.html
3. Rasman Abdullah. (3.8.2015)
Dipetik daripada laman :
http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2010/01/definisi-pengurusan-masaberkesan.html

You might also like