You are on page 1of 5

TAJUK : KESAN PENDUDUK

BERLEBIHAN DAN KURANG


PENDUDUK
TERHADAP
KEPERLUAN KEHIDUPAN

Pengenalan

Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbezabeza. Jumlah penduduk di sesebuah negara di dunia boleh
dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
Penduduk berlebihan, penduduk optimum dan kurang
penduduk
Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara
mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga
sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk
dengan secukupnya.
Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara
mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber
alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang
paling tinggi.
Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara
mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan
sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan
dengan sepenuhnya oleh penduduknya.

Ciri-ciri penduduk berlebihan


Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan
apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung
keperluan penduduk yang ramai. Negara-negara yang
mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India,
Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.
-Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi l00 juta orang.
-Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer
persegi.
-Sumber alam tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
penduduk

-Taraf hidup yang rendah


-Taraf teknologi yang rendah
-Kadar pengangguran yang tinggi
-Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial

Kesan-kesan Penduduk Berlebihan


1. Kekurangan makanan
Negara-negara yang penduduk berlebihan mengalami masalah
kekurangan makanan kerana tanah yang boleh digunakan untuk
menjalankan pertanian adalah terhad. Contohnya, negara Ethiopia
mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan kegiatan
pertanian tidak dapat diusahakan. Oleh itu, bekalan makanan yang ada
tidak cukup untuk keperluan penduduk.
2. Kekurangan tempat tinggal
Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar berlaku dengan giat di
negara-negara penduduk berlebihan. Ini menyebabkan kos rumah dan
sewa rumah meningkat dengan cepat dan sangat mahal. Golongan
migran kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendidikan
rendah. Oleh itu, mereka susah mendapatkan kerja yang baik dan
terpaksa tinggal di kawasan setinggan seperti di Mumbai, India.
3. Kekurangan pekerjaan
Penduduk berlebihan di sesuatu kawasan menyebabkan ramai
penduduk berkongsi sedikit peluang pekerjaan. Oleh itu, penduduk
yang tidak kenal huruf akan mengalami masalah pengangguran dan
sukar mendapatkan pekerjaan. Contohnya, bidang perindustrian yang
kurang maju di Bangladesh hanya menyumbangkan sedikit peluang
pekerjaan kepada penduduk.

Ciri-ciri Kurangan
Penduduk
Sesebuah negara dianggap kurang penduduk
apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak
dapat membangunkan sumber alamnya dengan
maksimum. Negara-negara yang mempunyai
kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia
dan Brazil.
Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi
bilangan penduduk sedikit.
Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang
daripada 50 orang sekilometer persegi.
Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak
diusahakan sepenuhnya.
Berupaya menampung lebih ramai penduduk
tanpa menjejaskan taraf hidup.

KESAN-KESAN KURANGAN
PENDUDUK
1.Lebihan makanan
Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai tanah yang
luas dan teknik pertanian moden yang canggih untuk

menghasilkan tanaman makanan yang banyak, lebih


berkhasiat dan seimbang.

2. Tempat tinggal yang lengkap


Penduduk di negara kurang penduduk memiliki rumah yang
besar dan lengkap. Ini adalah kerana mereka mempunyai
tanah yang luas dan ahli keluarga yang kecil. Contohnya,
purata pendapatan setiap keluarga di Kanada ialah AS$39 655
dalam setahun.
3. Pekerjaan yang banyak
Kadar pengangguran di negara kurang penduduk adalah
rendah. Ini adalah kerana negara mereka mempunyai banyak
pekerjaan dan kadar upah yang tinggi sedia dipilih oleh
penduduk. Contohnya, Kanada memerlukan banyak pekerja
untuk membangunkan negaranya. Oleh itu, kerajaan Kanada
menggalakkan kemasukan pekerja asing dari negara lain.

You might also like