You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBCL 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA CINA
SEMESTER MEI 2014

Ambilan September 2013

NAMA

KONG SIM MEE

NO. MATRIKULASI

830404016192001

NO. KAD PENGENALAN

830404016192

NO. TELEFON

019-743 5505

E-MEL

kongsimmee@gmail.com

Name Pensyarah: Puan Kor Mee Choo

Learning Centre: OUM Batu


Pahat

Contents
PENDAHULUAN................................................................................................. 3
PENGENALAN................................................................................................... 4
BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DAPAT
DIKEMBANGKAN SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIDKAN KESIHATAN DI SEKOLAH RENDAH.................6
Kesimpulan................................................................................................... 9
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan Tahun 4.......................13

PENDAHULUAN
Sewaktu Perdana Menteri Negara kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan bajet 2013. Beliau telah mengumumkan sebanyak RM 500 juta kepada
Kementerian Pelajaran sebagai peruntukan yang untuk meningkatkan kualiti pendidikan
Negara kita.
Peruntukan tersebut adalah untuk melaksanakan beberapa program seperti kursus
dan latihan yang menambahbaikkan pengetahuan guru-guru terhadap Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills( HOTS).
Semasa berucap merasmikan konvensyen Guru-guru Muda 2011, beliau
menyatakan bahawa kepentingan seseorangan pendidik memiliki daya kreativiti dan
inovasi yang tinggi terhadap profesion perguruan. Tambahan pula, beliau juga
menyatakan bahawa seseorang pendidik perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi
serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Beliau juga berkata,Kita tidak mahu anak-anak bangsa kita hanya menggunakan
kaedah menghafal dalam pembelajaran mereka.

PENGENALAN
Onosko dan Newmann (1994) telah menjelaskan bahawa Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara
meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas
berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah satu kemampuan yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi unutk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, berupaya
mencipta sesuatu dan membuat keputusan.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT/HOTS) juga merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.
Selain itu, KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses
kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan
memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada serta
memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi
rumit.
Mengikut model atau kerangka yang berbeza Onosko dan Newmann,1994 dan
Rajendran,1998 telah membanding bezakan antara KBAR dengan KBAT. KBAR
didefinisikan bahawa penggunaan pemikiran secara terhad, bersifat rutin dan mekanistik,
mengingat kembali maklumat yang terancang serta menggambarkan, membandingkan,
merumuskan, menghubungkait, penyelesaian. Manakala, KBAT didefinisikan bahawa
penggunaan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran, interpretasi,
analisis, dan manipulasi maklumat, bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan
pendapat, membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi serta berkomunikasi berkesan,
membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea, memberikan pendapat, dan
membuat pemilihan, dan keputusan

Menurut Model Taksonomi Bloom (1956), penggunaan soalan berkaitan secara


langsung dengan KBAR dan KBAT. Bertepatan dengan pendapat Postman (1979:140)
all our knowledge results from questions, which is another way of saying that questionasking is our most important intellestual tool. Corak penyoalan menggunakan soalan
aras rendah adalah merbahaya kepada penjaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya
boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi (Bloom, 1956, 1994., Kissock dan
Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut
aras tertentu yang dikenali sebagai level of thought processes.
Mereka berpendapat bahawa domain kognitif boleh dikategorikan kepada 6 kelas,
iaitu aras pengetahuan yang bermula pada peringkat rendah hingga kepada peringkat
yang lebih tinggi iaitu penilaian. KBAR termasuklah pengetahuan, yang bermaksud
mengingat kembali maklumat yang diterima dan pemahaman, iaitu memahami setiap
maklumat yang diterima. KBAT termasuklah aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Aplikasi bermaksud bahawa penggunaan maklumat dalam situasi yang relevan, analisis
yang bermaksud memecahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh
memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Sintesis didefinisikan bahawa maklumat
dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan yang asal.
Penilaian, iaitu menilai kembali apa yang telah dilaksanakan.
Secara rumusnya, KBAT adalah interpretasi, analisis, dan manipulasikan
maklumat. KBAT dikategorikan kepada pertamanya, berfikir maklumat, idea, pandangan
secara kritis.Keduanya, membuat kesimpulan, inferens, atau generalisasi, Ketiga,
hasilkan pandangan, idea, pemikiran, atau cadangan asli. Keempat, iaitu membuat
ramalan.

Kelima,

cadangan

penyelesaian.Keenam,iaitu

mencipta

dan

menilai

idea.Seterusnya, menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan dan akhirnya, kemahiran


penaakulan. Tambahan pula, KBAT

terdapat tiga jenis KBAT yang penting. Jenis

pertama iaitu menjana iaitu menjanakan alternatif dan kombinasi idea. Jenis kedua,
menjelaskan idea iaitu menjelaskan idea dan menganalisis alas an serta jenis ketiga iaitu
menilai kemusabahan idea iaitu menilai maklumat asas, menilai inferensi (kegunaan
bukti), dan menilai inferensi ( deduksi).

BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


DAPAT DIKEMBANGKAN SECARA BERKESAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIDKAN
KESIHATAN DI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,
berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,bermaklumat, dan patriotik serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.
Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan
kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan
memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif(KBKK). Kemahiran berfikir ini
menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun
2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.
Pendidikan Kesihatan merupakan satu proses membekalkan atau menggunakan
pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.Pendidikan Kesihatan
menggalakkan kepelbagaian teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri
dan terarah kendiri bagi meningkatkan kecerdasan murid yang pelbagai. Pada masa yang
sama, proses Pendidikan Kesihatan juga memberi perhatian kepada perkembangan
kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan murid.
Selain itu, pendekatakan mengajar KBAT termasuklah dalam konteks secara
langsung di luar kurikulum, mengajar berfikir iaitu menggunakan kaedah yang

menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum serta penyebatian iaitu menyusun


semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit.
Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti menyoal secara
terbuka, teknik penyoalan, perbincangan, metakognisi, pengurusan grafik serta kaedah
penyelesaian masalah. Pembelajaran dan pengajaran kesihatan haruslah berfokus kepada
kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat dan kebersihan dan keselamatan
persekitaran sebagai proses berasaskan konstruktivisme, pembelajaran konteksual,
pembelajaran masteri, penyelesaian masalah , pembelajaran luar bilik darjah dan
sebagainya.
i.

Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri


berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin,
faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.
ii.

Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran berlaku


apabila murid berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu secara bermakna dan
menghayati proses pembelajaran dalam kehidupan mereka.
iii.

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran

masteri

adalah

memastikan

murid

menguasai

sesuatu

hasil

pembelajaran sebelum berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini dipecahkan kepada


unit-unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai murid.
iv.

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan


masalah berbentuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi yeng tertentu.Murid
perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif.
v.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terancang, berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini mengukuhkan pemahaman
murid terhadap konsep yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi pengalaman
pembelajaran di dalam situasi yang sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dan
berpasukan.
Selain daripada itu, kaedah pembelajaran dan pengajaran perlu dipelbagaikan dan
berpusat kepada murid-murid, misalnya dengan menjalankan kemahiran berfikir dengan
penggunaan alat berfikir misalnya, i-Think, alat CoRT , pengurusan grafik, 6 thinking
hats dan intel online tools, simulasi, lawatan , penyelesaian masalah, penggunaan sumber
luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT.
Kemahiran berfikir

diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan
masalah atau membuat keputusan adalah pentingdalam kehidupan harian dan kerjaya
murid pada masa hadapan.
Alat berfikir adalah instrument yang dapat menolong kita menggunakan minda
secara berkesan dan bersistematik. Dengan menggunakan alat berfikir, idea-idea yang
disampaikan akan menjadi lebih tersusun dan berhubungan antara fakta dengan lebih
jelas. Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya,
termasuklah:

i-Think
alat CoRT
pengurusan grafik
6 thinking hats
intel online tools

Program i-Think adalah program yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Program ini diharapkan
supaya dapat menghasilkan pelajar yang berinovatif serta berupaya menangani pelbagai
cabaran masa kini dan akan datang dengan membudayakan pembelajaran sepanjang
hayat.
Alat CoRT (Cognitive Research Trust) adalah instrumen kognitif dalam bentuk
garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang.
Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan
mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap
sesuatu isu, meniliti kesan-kesan terhadap sesuatu tindakan, meneroka kepentingan
apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Ia adalah satu alat komunikasi yang menggunakan
simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan
juga hubungan antara mereka. Alat pengurusan grafik bertujuan untuk menyediakan
bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya,kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
murid yang selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan untuk berupaya bersaing pada
peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan
memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif(KBKK). Kemahiran berfikir ini
menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun

2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar
berfikiran KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak
langsung akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan
pemilihan metadologi P&P yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan
motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka.

https://skkotaaur.files.wordpress.com/2013/06/modul-pp-pendidikan-kesihatan-thn41.pdf

BIBLIOGRAFI Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2003). Belajar Berfikir. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Hj.Husin & Siti Hajar Hj. Abdul. Aziz.
(2004). Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Nelson, K. (2001).
Teaching In The Cyberage. Linking the Internet and Brain Theory. Sky Light Training
and Publishing. N. S. Rajendran. (2008). Teaching & Acquiring Hinger Order Thinking
Skills Teory & Practise. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (2002). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Robertson, S. I. (1999). Types of
thinking. London: 11 New Fetter Lane.

Pemikiran kritis didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses
menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia
melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis
menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang
sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan.
Pemikiran

kritis

boleh

juga

sebagai

proses

pemikiran

secara

teliti

demimenjelaskan dan memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis
mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak
hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.
Pemikiran kritis mendorong individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis,
malah
dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea
sebelum
membuat keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu dapat
mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh pihak
tertentu

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan


Tahun 4
Mata Pelajaran

Pendidkan Kesihatan Tahun 4

Modul

Modul 3:Kesihatan Persekitaran

Kelas

4 USM (37 orang murid)

Masa

8.00-8.30pagi (30 minit)

Tajuk

Penyakit

Standard Kandungan

3.1

Standard
Pembelajaran

Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak

risiko penyakit dalam kehidupan penyakit.


3.1.2 Mengenal pasti simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit
seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan
diabetes.
3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti

Hasil Pembelajaran

penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.


Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyenaraikan simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit
seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan
diabetes.

Pengetahuan sedia
ada
EMK
BBM
Penilaian Pengajaran
dan pembelajaran

2. Menyatakan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti


penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.
1. Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit
jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.
TMK Internet/Komputer/laptop
1. Carta gambar
2. Model manusia
1. Menyenaraikan simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit
seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan
diabetes.
2. Menyatakan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti
penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.

Impak/Refleksi

35/ 37 orang murid dapat menyenaraikan perubahan fizikal lelaki


dan perempuan apabila akil baligh dan cara pengurusan diri apabila
haid dan ihtilam.
2. 3 murid masih perlu diberi latihan berkaitan tajuk pelajaran.

Nilai murni

: Adil, bekerjasama, yakin pada sendiri, mencuba

Kemahiran berfikir

: Menghubung kait, menyelesaikan masalah

Alat bantu mengajar : Power point, kertas, pensel warna, kek

https://onedrive.live.com/view.aspx?resid=E282FD7928D2FF3!1391&ithint=file
%2c.pdf&app=WordPdf&authkey=!AIx9P99xBuWyqfg

Aktiviti

1.Bersoal jawab mengenai akil abligh.


2.Guru menerangkan perubahan fizikal lelaki dan perempuan secara
terperinci . (Gambar dan model manusia)
3.Murid menyenaraikan perubahan fizikal bagi lelaki dan perempuan
apabila akil baligh.
4.Guru menerangkan cara pengurusan diri apabila mengalami haid
dan ihtilam.
5.Murid bercerita tentang cara pengurusan diri apabila mengalami
haid dan ihtilam.
5.Perbincangan rumusan tentang pelajaran hari ini.
(meminta murid melayari internet untuk mencari gambar perubahan
fizikal bagi lelaki dan perempuan apabila akil baligh)

Fasa

Kandungan pembelajaran

Set

Cadangan aktiviti

Catatan

1. Guru mempamerkan sebiji kek

induksi
(3 minit)

dan

bertanya

tentang

cara

membahagikan kepada 4 orang


murid dengan adil.
2. Guru bertanya supaya murid
dapat menyebut topik yang
akan diajar pada hari ini.
3. Guru mempamerkan topik yang
akan diajar hari ini-pecahan.
4. Guru menerapkan nilai murni
iaitu adil kepada murid-murid.

Langkah

Memperkenalkan

1
(15minit)

pecahan

maksud

Apakah pecahan?
Satu unit yang
dibahagikan kepada
beberapa bahagian yang
sama, dipanggil
pecahan.

1. Guru menerangkan maksud


pecahan.
2. Guru mempamerkan bahan
konkrit dan memperkenalkan
pecahan.
3. Guru mengagihkan kertas yang
berbentuk segiempat, bulat dan
segitiga kepada semua murid.
4. Guru mereka bentuk satu
keadaan iaitu kedai yang
menjual kek.
5. Murid-murid dianggap sebagai
tukang membuat kek dan

ABM:
Power
point,
kertas,
gunting,
kertas
warna
Kemahiran
berfikir:
Menghubu
ng

kait,

berbanding

diarahkan membuat kek dalam


pecahan dengan mengikut
arahan yang diberikan.

beza
Nilai yang
diterapkan:
adil

You might also like