You are on page 1of 13

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.
Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain
yang cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang.
Cepat, cepat tolongnya, jerit Fatimah.
Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis
macam tidak bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.
Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian
masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas
kepada sekumpulan pelajar.
Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk
kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak, kata
Hang Jebat kepada Hang Tuah.
Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala
kesusahan, kata gadis itu.
Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti
kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan
bekalan awak di sekolah esok, kata emak.
Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,
kata jurujual itu kepada Tauke Lim
Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.
dia ada di rumah? kata pemuda itu.

Adakah

Jawapan
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.
1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama
tidak berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya
2.
Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu
mengatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal
itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.
3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang.
Fatimah mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang
ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.
4
Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis
kerana ketika itu kes ragut berlaku satu demi satu
5
Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu
mereka terus malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap
begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.
6
Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga
pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka
bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah
bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan
lelaki.
7
Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan
memberinya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.
8.
Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk
menziarahi ayah Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur
yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di
sekolah keesokan hari.
9.
Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika
ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.
10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di
rumah dan menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim sama ada Kassim
ada di rumah.
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan


yang sedang tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.

Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti
awak akan mendapat sakit.
Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami
air, kata Erra.
Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa
rumahnya.
Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi
semua peraturan projek ini, sambungnya lagi.
Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar itu,katanya
lagi.
Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.
Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.
Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak Rosyam.
Emak hendak buat karipap, sambungnya lagi.
Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.

Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....

Jawapan:

Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak
dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi
banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan
raya ditengelami air.

Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang
dan menimpa rumahnya.
Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan
mematuhi peraturan projek tersebut.
Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa
terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui
tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke
kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang
mati lemas.
Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan
atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan
menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk

Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang


dilaporkan semula sebagaimana asalnya
dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang
dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda
penutup kata ( .. )

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau


percakapan yang dilaporkan semula tetapi
tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau
susunan perkataan sama.

1. "Cuci baju kamu," kata ibu

1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.

kepada Ani.

2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak

2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab


dia tidak hadir semalam.

hadir semalam, Hafizi?"

3. "Datanglah ke rumah saya malam


ini, Encik Azman," kata Encik Lim.

4. Di manakah awak letakkan beg


itu ? tanya Cikgu Azmi kepada
Sunita.

5. Kata nenek kepada Siti, Begini

3. Encik Lim mempersilakan Encik


Azman ke rumahnya pada malam
nanti.

4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita


di mana dia meletakkan beg itu.

5. Nenek berkata kepada Siti bahawa


begitu cara membuat Kuih Bahulu.

cara membuat kuih Bahulu.

6. Kata Hassan kepada Faizal , Ini


buku awak.

6. Hassan menyatakan kepada Faizal


bahawa itu buku dia.

7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu

7. Ayam itu lapar, kata Asmah.


8. Berikan bola ini kepada Zainal
Abidin, kata Dollah Salleh.

lapar.

8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu


diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu
diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk

Cakap Pindah

saya, aku, hamba


beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok

dia, ia, nya, beliau


baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.


contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya
yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut,
menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".
6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya
penipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00
pagi.
vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:


Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
.....................percutian mereka.
Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam
....................dalam diri.
Jawapan:
...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak
mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan
mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka

melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana
kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju
dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusatpusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran
rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam,
pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul
memberikan alasan.
Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan
naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu
akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerjakerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.
................................................
c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)
...........................................
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.
Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.
Rancangan apa? jawab Ani.
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............[ 6 markah ]

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......
Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,jelas anak itu
hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6 markah ]
Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.
Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,
beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk
membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke
hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang
sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim......[ 6 markah ]
Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6 markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6 markah ]
.................................................................................................................................................................
....................................................................................

Jawapan sila "CLICK" jika anda sudah menjawabnya sahaja!


........................................................
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.
a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:
1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)
i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada
bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah.
Jika anda lupa, sila rujuk semula.
3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan
markah anda ditolak.
b. Contoh soalan dan jawapan:
Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa
negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara
seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat
itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

...................... yang ..indah.


Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.
Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
........................mereka.
Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.
...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli
jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun
sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya
bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara
suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan
bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Jawapan:
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
...................................................................................
c. Soalan Latihan:
Latihan 1:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.
...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya
mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi.
Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan
bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan
lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan
bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya
menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar.
Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu
lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak
bekerja makan gaji di bandar.

Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan,
Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu
dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke
situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan
bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai
dua hari sebelumnya.
Jawapan soalan 1:

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?


Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

Jawapan soalan 2:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam,
pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul
memberikan alasan.

You might also like