You are on page 1of 4

1

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - (Cookies Monster)


Bahan
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je.
*nak guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarakkan sket
sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada
jenis oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas
kedap udara.

TART NYONYA
BY : AINURMARIZA D'KITCHEN
SUMBER : BLOG KAK JEE
Bahan- bahan
300 gm tepung gandum *
4 tbs tepung jagung*
3 tbs gula icing*
200 gm salted butter - ANCHOR/ SCS - dihiris kiub
2 biji kuning telur
500 gm inti nenas ready made ( sy campur 3 sudu butter cair )
bahan bertanda* diayak bersama
Cara-cara
1. Masukkan hirisan butter kedlm tepung+gula dan ramas2.
2. Masukkan telur kuning.Uli sebati sehingga menjadi doh.
3. Jika rasa agak lembik..tambah sesudu dua tepung gandum.
4.simpan didalam fridge 10 min.
6. Canai 1/2 inci & terap dgn acuan. ( adjust sendiri ketebalan ).sy suka tart yg tebal.
7. Susun dlm loyang...masukkan inti nenas.
8. Bakar 20 min.pd suhu 175 darjah celcius.
**10 min pertama api atas bawah, kemudian tukar position tray dan bakar lg selama 10min
api bwh sahaja ( elak inti jd kering & keras )
**adjust oven masing2

3
Ada peminat peanut butter cookies kat sini?
Sumber di sini: http://www.myresipi.com/top/detail/9773
Bahan-bahan ( +- 50 biji )
125 gm mentega
100 gm gula castor
100 gm mentega kacang
1/2 sdt esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur ( utk glis)
180 gm tepung gandum
1/2 sdt serbuk penaik bersama secubit garam
Cara-cara
Mentega,gula,esen vanilla dan mentega kacang dipukul sehingga kembang.
Masukkan telur,serbuk penaik dan tepung.
Gaul adunan hingga rata.
Canaikan adunan dan terap dengan penerap biskut mengikut pilihan sendiri.
Lenserkan dulang pembakar dengan sedikit majerin cair dan aturkan kepingan biskut.
Gliskan biskut dengan kuning telur dan hiaskan dengan sedikit choc rice (option)
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 c selama 10-15 minit ( depend pd oven masing2)

Resepi Biskut Badam

Bahan-bahan:
1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar
Bahan Hiasan:
Kuning telur
Hirisan badam
Cara Menyediakan:
1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh
yang lembut.
3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

You might also like