You are on page 1of 10

KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG PERDANA

PERINGKAT SEKOLAH
JULAI 2016

ANJURAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG BOH
JALAN TENGKU BUDRIAH
02700 SIMPANG EMPAT
PERLIS

1.0

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan
insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul.
Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang
dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif merupakan tanggungjawab
yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian terhadap tahap
kebersihan sekolah dengan mengutamakan konsep 3K iaitu Keselamatan,
Kesihatan Dan Kebersihan. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat
membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti Gotong-Royong Perdana bagi memenuhi matlamat
yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan di sekolah
terutamanya bilik darjah.
Antara aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan termasuklah
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, surau, blok
sekolah, bilik-biik khas,serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk
Aedes. Keceriaan kawasan sekolah juga akan dijalankan seperti tanaman
pokok bunga yang akan dibawa oleh ibu bapa.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK
Long Boh akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya
memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0

OBJEKTIF
2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai


institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan


yang maksimum.

2.3

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu


antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan
semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan


ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta
menghargai kemudahan yang telah disediakan.

2.5

Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam


merealisasikan keberkesanan aktiviti.

3.0

KUMPULAN SASARAN

Seluruh warga sekolah, ibu bapa dan ahli-ahli PIBG

4.0

NAMA PROGRAM
GOTONG-ROYONG PERDANA

TEMA: JOM CERIAKAN SEKOLAH

5.0

TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh

: 23 Julai 2016 ( Sabtu)

Tempat

: Kawasan Sekolah Kebangsaan Long Boh

Masa

: 8.30 pagi - 12.00 petang

Pakaian

: Pakaian sukan

6.0

CADANGAN AKTIVITI
o
o
o
o

Senamrobik
Membersihkan kawasan sekolah
Aktiviti keceriaan kawasan sekolah
Tanaman pokok bunga

7.0

JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat
En. Mohd Shariff Bin Zakaria
Pengerusi
En. Idris Bin Hamzah
Naib Pengerusi I
Pn. Sharida Binti Mat Arif
Naib Pengerusi II
Pn. Norina Binti Mohd Kasim
Penyelaras Program
En. Nor Muhamad Bin Hassan
Setiausaha
Sharon Lai Sin Yee
Bendahari
Hew Choo Yee
Ahli Jawatankuasa
Ibnul Mawardi Bin Ishak
Jedidiah Zehuan Lam

AJK Pelaksana Program Gotong Royong Perdana


Penyambut Tetamu

Peralatan

Pn. Azirah Binti Salleh

En. Shahrudin Bin Md. Amin

Pn. Harison Binti Othman

Azma

Pengacara Majlis

Noor Aini

Pn. Noor Shahida Binti Hassan

Jamuan

Kawalan Murid

Pn. Kholijah Binti Bakar

Pn. Hendon Binti Sahak

Pn. Mazlina Binti Mat Dali

Pn. Mahani Binti Saad

Pn. Najihah Binti Hashim

Pn. Ruzilah Binti Abu bakar

Buku Program & Cenderahati

Dokumentasi

Pn. Nordiana Binti Shahuddin

Cik Mirawati Binti Jahaya

En. Chong Kok Huat

Bacaan Doa dan Keselamatan


En. Mohammad Bin Ibrahim
Siaraya
En. Hirzi Mursyidin Bin Abdul Hadi
En. Dziauddin Bin Ramli

8.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN


MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL.

KAWASAN

KETUA DAN KUMPULAN YANG


TERLIBAT

Blok Aras bawah dan Aras 1


(Pejabat, bilik guru, bilik
kesihatan, dewan terbuka)

1. Pn. Mahani binti Saad (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 6 (lelaki)

Blok Aras 2 dan Aras 3


(Pusat sumber, bilik darjah,
makmal sains, bilik BOSS)

1. Pn. Harison binti Othman (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 6 (perempuan)

Surau, kawasan parkir,


kawasan koridor sekolah

1. En. Dziauddin bin Ramli (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 5

Makmal komputer, bilik


kemahiran hidup, prasekolah

1. Cik Mirawati binti Jahaya (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 4

Kantin, bilik matematik, kolam


ikan, bilik stor

1. En. Nor Muhamad bin Hassan (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 3

Bilik pemulihan, taman bunga,


stor sukan

1. Pn. Mazlina binti Mat Dali (K)


2. Wakil PIBG& ibu bapa
3. Murid Tahun 2

9.0

TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi

: Semua guru, staf, murid serta ibu bapa berkumpul di


dewan terbuka.

8.45 pagi

: Ucapan Guru Besar.

9.00 pagi

: Senamrobik.

9.20 pagi

: Taklimat gotong royong.


: Pengagihan kumpulan mengikut kawasan.

10.0

Bil
1

11.0

9.30 pagi

: Gotong-royong bermula.

11.30 pagi

: Jamuan minum pagi.

12.00 t/hari

: Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Perkara
Jumlah
(RM)
Sumbangan SK
300
Long Boh
JUMLAH
300

Bi
l
1

Perbelanjaan
Perkara
Jamuan minum pagi
(100 orang X RM3.00)
JUMLAH

Jumlah
(RM)
300
300

PENUTUP

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana ini akan dapat


menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat
serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, ianya
juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menjadikan sekolah sebagai pusat perngembangan ilmu kepada seluruh
masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh
warga sekolah khasnya ibu bapa dan masyarakat setempat. Dalam
menjalankan

aktiviti

Gotong

Rotong

Perdana

muhibbah

ini,

dapat

menggalakkan dan mengeratkkan dan mengeratkan hubungan rapat dan


mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik
perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.

Disediakan oleh:

.........................................
(SHARON LAI SIN YEE)
Setiausaha
Program Gotong-Royong Perdana
SK Long Boh

Disemak oleh:

.........................................
(EN. NOR MUHAMAD BIN HASSAN)
Penyelaras Program Gotong-Royong Perdana
SK Long Boh

Disahkan oleh:

.........................................

(EN. MOHD.SHARIFF BIN ZAKARIA)


Guru Besar
SK Long Boh

You might also like