You are on page 1of 7

NAMA

: HEW CHOO YEE

KUMPULAN
TAJUK

: PISMP PJ (C) AMBILAN JAN 2013


:

Berdasarkan pemahaman anda tentang sosiologi, huraikan bagaimana bidang


ilmu ini boleh dikaitkan dengan kecemerlangan sukan.

Sosiologi berasal dari bahasa Latin iaitu Socius yang bererti kawan, teman
manakala Logos bererti ilmu pengetahuan. Vasudevant T. Arasoo (1991)
memberikan definisi tentang perkataan sosiologi sebagai pengajian saintifik tentang
struktur sosial dan proses sosialisasi. Sosiologi adalah kajian saintifik yang berkaitan
dengan aspek sosial dan budaya individu dalam komuniti dan masyarakat. Sosiologi
adalah bidang yang menjelaskan dan menerangkan berkaitan dengan organisasi
sosial manusia.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan. Sukan
sangat tersusun dari segi struktur orgranisasinya. Sukan mempunyai unsur
pertandingan

untuk

menghasilkan

pemenang.

Individu

terlibat

memerlukan

kemahiran perancangan, kemahiran motor atau lakuan-lakuan motor strategi dan


nasib yang tidak menentu. Sukan juga tempat di mana individu yang terlibat
memperlihatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi dalam acara yang disertai
mereka.
Cheah Swee Ming (1995) menyatakan bahawa sosiologi sukan adalah
bidang yang mengkaji pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang
atlet. Sosiologi sukan ialah satu kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk
melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang
berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media.
Kesimpulannya,
komprehensif

dalam

sosiologi
menyelidik

sukan

dilihat

fenomena

sebagai

sains

sosial

yang

kebudayaan

sosial

yang

selalu

mengalami perkembangan dan perubahan dalam sukan. Sosiologi sukan ialah satu
kajian yang menyelidik tentang perhubungan di antara sukan dan fenomena sosial
mahupun mengkaji tentang tingkah laku masyarakat di antara manusia dengan

sukan, perhubungan konsep sosial dan struktur, fungsi, dorongan kepada


pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan. Persoalannya ialah bagaimanakah
sosiologi sukan dikaitkan dengan kecemerlangan sukan?
Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi
untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi, situasi dan
persekitaran. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan
dalam kehidupan seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi
penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer, 1992).
Proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang terlibat
dalam sukan sesuatu sukan menerima norma-norma yang terdapat dalam
sukan yang diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain
dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah Tuhan dan menunjukkan teladan yang
baik akan dapat diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri
dalam sesuatu institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus
diterima oleh individu yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan. Dalam
satu pasukan sukan, kita akan lebih menghormati seseorang ketua pasukan. Rasa
hormat ini yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita
terikut-ikut nilai yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam sukan berpasukan,
apabila ketua pasukan menegah ahli-ahlinya tidak merokok maka sikap merokok di
depan ketua tidak akan diamalkan.
Melalui penerimaan norma-norma dalam institusi sukan, dengan batasan
peraturan yang telah ditetapkan, kita akan berupaya melahirkan atlet yang mampu
mengawal tingkah laku mereka serta menanam sikap dan nilai yang positif dalam
kalangan mereka. Dengan mempunyai sahsiah diri yang baik, atlet akan berupaya
memajukan diri mereka dari segi kemahiran sukan dengan mengikuti latihan yang
telah dirancang untuk mereka secara sistematik dan berdisiplin. Hanya latihan yang
tepat dan teratur mampu mendatangkan kesan peningkatan kemahiran yang
optimum. Disiplin dalam sesi latihan sukan juga amat penting. Atlet akan
memandang serius terhadap latihan sukan yang mereka jalankan dan memberi
komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya. Kecekapan kemahiran sesuatu sukan
yang akan mengukur kecemerlangan kejayaan seseorang dalam bidang sukan.
Selain itu, penerimaan norma-norma ini juga bermaksud seseorang akan mematuhi
etika bersukan dan seterusnya membina reputasi diri mereka sebagai seorang atlet.
Seseorang itu akan dihormati oleh rakan sepasukannya mahupun mana-mana pihak
yang terlibat dalam bidang sukan dengan reputasi yang baik dibinanya sepanjang

penglibatan sukan. Contohnya, pemain negara yang mempunyai reputasi yang baik
secara tidak langsung mempromosikan identiti negara dalam kecemerlangan bidang
sukan. Justeru, kita boleh merumuskan bahawa proses sosialisasi ini membantu
dalam usaha melahirkan atlet yang bertauliah dan bersahsiah yang berperanan
memartabatkan bidang sukan serta menjamin kecemerlangannya.
Dalam

proses

sosialisasi

ke

dalam

sukan,

sukan

akan

dapat

mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu.


Seseorang individu akan melakukan anjakan budaya yang harus ada setelah
melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu seseorang akan
berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti kemas dalam
berpakaian, lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur
dan sopan, juga disiplin yang tinggi selaras dengan norma-norma yang harus ada
pada seorang pemain golf. Sekiranya perubahan personaliti ini tidak berlaku, pemain
yang terlibat mustahil mampu mendapatkan pencapaian yang cemerlang dalam
sesuatu sukan yang mereka ceburi. Hal ini kerana setiap sukan mempunyai
keperluan personaliti yang berbeza bagi pemain mengikut kehendak kemahiran yang
perlu dikuasai serta peraturan sukan tersebut. Perkembangan personaliti yang positif
akan memberi ruang kepada atlet untuk berjaya dan menjadi seorang yang
mempunyai sifat penyempurnaan kendiri. Namun, dengan pemindahan personaliti
mengikut sukan yang diceburi, sudah pastinya seseorang akan mendapat prestasi
yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mengalami proses ini. Hal ini
disebabkan atlet yang mempunyai imej kendiri yang positif berkeupayaan untuk
menjadi lebih kompetatif dalam sukan serta lebih mudah bergaul dan menyesuaikan
diri dalam suasana yang baru. Seseorang atlet itu juga akan menjadi lebih stabil dari
segi emosi dan mempunyai ketabahan mental untuk mengatasi masalah. Ciri-ciri
atlet ini telah menjadi satu kelebihan kepada mereka dalam sesuatu pertandingan
dan seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mencapai kecemerlangan.
Tambahan pula, perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam
sesuatu institusi sukan yang berkenaan sahaja malahan akan berterusan sekiranya
tidak lagi melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan. Dengan itu,
perwatakan yang telah dibina sebelum ini juga berguna untuk seseorang menceburi
dalam bidang sukan yang lain pada masa akan datang. Misalnya, personaliti seperti
disiplin diri bersesuaian dengan semua jenis latihan sukan yang akan membantu
melahirkan atlet yang berdisiplin tinggi. Personaliti seperti berfikiran rasional juga
sesuai diterapkan dalam semua bidang sukan dengan mendapatkan strategi yang
sesuai untuk memenangi sesuatu perlawanan sukan. Justeru, seseorang akan lebih

terdorong untuk melibatkan diri dalam pelbagai sukan apabila mereka mampu
membiasakan diri mereka dalam sukan yang baru dengan cepat dan mudah. Mereka
akan berasa berminat dan lebih berkeyakinan kepada kebolehannya untuk
meneruskan perjalanan mereka dalam meneroka bidang sukan dan membawa diri
ke peringkat yang lebih tinggi. Kepuasan diri mereka terhadap prestasi diri juga satu
faktor yang mendorong mereka untuk terus berusaha mendapatkan pencapaian
sukan yang lebih menonjol.
Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan berunsurkan
motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan. Melalui motivasi dalam aktiviti
sukan, seseorang individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk
mengharumkan nama negara dan keluarga dengan pencapaian sukan yang mereka
dapat. Motivasi ini didapati berkesan untuk mendorong atlet mencapai kejayaan
dalam sesuatu pertandingan. Motivasi yang diterima biasanya berbentuk ekstrinsik.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan ganjaran yang setimpal denngan kemahiran
mereka dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati
melalui sesi latihan berpusat dan penglibatan dalam kejohanan yang dianjurkan di
merata-rata tempat. Seseorang atlet yang ingin mendapatkan kepercayaan daripada
institusi sukan agar terpilih menjadi pemain akan cenderung untuk berusaha dengan
lebih gigih mengasah kemahirannya yang sedia ada. Setelah terpilih, individu
tersebut akan menjadi pemain kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan
melawat ke tempat lain dalam melengkapkan takwim pertandingan. Sebagai contoh,
atlet wakil Malaysia diberi insentif dan tajaan kelengkapan sukan serta ditanggung
sepenuhnya kos perbelanjaan dalam tempoh latihan dan pertandingan yang
dijalankan. Pencapaian unggul seseorang atlet di peringkat antarabangsa juga akan
diberi pengiktirafan melalui wang ganjaran dan kedudukan sosialnya. Datuk Lee
Chong Wei dan jurulatihnya Datuk Misbun Sidek yang dianugerahkan gelara Datuk
sebagai pengiktirafan mereka terhadap bidangn sukan badminton di negara. Justeru,
keadaan ini mendorong atlet menuju ke arah kecemerlangan sukan sama ada dalam
bentuk individu ataupun berpasukan.Dengan cara ini, negara akan memiliki lebih
ramai atlet yang akan bertanding atas dasar usaha dan kesungguhan untuk
memajukan sukan negara selain dari minat mereka terhadap sukan.
Sosialisasi di dalam sukan berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
anatra ahli dalam sesuatu institusi sukan seperti interaksi antara atlet dengan
atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan pentadbir sesuatu
organisasi sukan berkenaan. Interaksi berkisar dengan permasalahan personaliti,

prestasi atlet dan jurulatih malahan berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang
ada hubungkait dengan pentadbiran institusi sukan. Misalnya, keadaan ini
ditunjukkan melalui kebebasan bersuara dalam kalangan ahli pasukan tetapi ini
adalah secara perbincangan yang tidak mengandungi unsur prejudis dan untuk
kepentingan mana-mana pihak. Ahli pasukan mengemukakan idea mereka terhadap
masalah dan kelemahan yang dihadapi dalam sesuatu pasukan secara terbuka
tanpa berasa salah kerana wujudnya satu kepercayaan yang kukuh antara ahli
pasukan serta jurulatih dengan jalinan hubungan yang rapat. Interaksi ini amat
penting dalam peranan dan usaha untuk memartabatkan bidang sukan ke arah
kecemerlangan. Dengan mengutarakan masalah-masalah yang berlaku semasa
bersukan penting kepada atlet, jurulatih mahupun pihak pentadbiran untuk mengenal
pasti puncanya serta mendapatkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Masalahmasalah yang wujud ini menjadi penghalang kepada kecemerlangan sukan yang
ingin dicapai. Sebagai contoh, masalah kebajikan atlet yang ditindas akan
membangkitkan perasaan ketidakpuasan dalam kalangan atlet dan emosi mereka
menjadi tidak stabil yang akan mempengaruhi prestasi sukan mereka. Selain dari
pengaruh emosi, masalah seperti komunikasi yang tidak berkesan antara atlet dan
jurulatih yang berterusan juga akan mempengaruhi proses pembelajaran kemahiran
bagi melahirkan ahli sukan yang berkemahiran tinggi. Semua situasi ini akan dapat
diselesaikan dengan wujudnya interaksi yang erat antara individu yang telibat
dengan adanya perbincangan dan penyelesaian masalah bersama. Justeru, usaha
untuk menuju ke arah kecemerlangan sukan akan menjadi lebih lancar dengan
masalah atlet diselesaikan yang membantu pembangunan atlet ke tahap maksimum
tanpa gangguan masalah pengurusan latihan dan pentadbiran. Pengurusan
pentadbiran

dan

strategi

latihan

jurulatih

dalam

bidang

sukan

juga

dipertambahbaikkan dari masa ke masa.


Di samping itu, seseorang akan bersosialisasi di dalam sukan dengan
menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu ataupun
sekumpulan rakan. Seseorang individu akan cuba untuk menjadi atlet yang
berkemahiran tinggi agar dapat dterima sebagai salah seorang ahli dalam institusi
sukan berkenaan ataupun kumpulan rakan yang mengamalkan sesuatu sukan
sebagai aktiviti harian. Dengan itu, atas faktor dorongan ini, seseorang individu akan
cenderung untuk memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras
dengan kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam sukan tersebut. Secara tidak
langsung, motif mereka untuk diterima oleh kumpulan bersukan menjadi satu
langkah yang membantu dalam mempromosikan amalan sukan dan secara tidak

langsung menolak sesuatu sukan itu ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya potensi
sukan seseorang dicungkil dan diperkembangkan secara maksimum untuk tujuan
pertandingan. Dengan itu, seorang bakat baru ahli sukan dilahirkan yang mampu
membantu membawa bidang sukan kita ke tahap yang lebih cemerlang. Contohnya,
seorang kanak-kanak yang dipengaruhi untuk bermain bola sepak dengan jiran
sekelilingnya berupaya memberi dirinya pengalaman dan kemahiran dalam sukan ini.
Guru Pendidikan Jasmani di sekolah mahupun jurulatih yang pernah melhat prestasi
kemahirna bola sepaknya yang mempunyai potensi akan memberi didikan dan
bimbingan yang selanjutnya bagi mengasah bakatnya. Jika tiada bakat yang
dicungkil juga, situasi ini akan mendorong pengamalan bersukan dalam kalangan
masyarakat. Masyarakat yang berminat dalam sukan juga berperanan penting dalam
memberi sumbangan dan kerjasama dalam memajukan sukan negara. Masyarakat
akan berusaha mewujudkan pelbagai infrastruktur yang diperlukan dalam sukan
yang mereka minati serta memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pasukan
negara. Sokongan inilah yang menjadi inspirasi atlet negara untuk meneruskan
perjuangan apabila mereka mempunyai penyokong yang memberi keyakinan dan
pengiktirafan kepada kebolehan mereka. Contohnya, kejayaan pasukan badminton
negara Malaysia dalam memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 merupakan satu
bukti kecemerlangan sukan yang berlaku atas pengaruh sosialisai. Sokongan kuat
setiap rakyat Malaysia kepada piala Thomas memberi pasukan badminton kita
keyakinan untuk mencatat kemenangan yang paling membanggakan dan dianggap
amat bersejarah atas merampas piala yang dilihat sebagai satu pengiktirafan di
dunia mata bagi sukan badminton daripada pasukan Indonesia yang merupakan
pihak lawan ketat.
Dari perspektif sosiologi, sukan meupakan satu cara individu bersosial
antara satu sama lain dalam proses sosialisasi melalui sukan. Sukan menjadi
alat untuk mengintegrasi atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih malahan
dengan ahli-ahli yang terdapat dalam sesuatu institusi sukan. Rasa dipunyai
atau tergolong dalam satu kumpulan, golongan atau pasukan merupakan elemen
penting dalam memenuhi keperluan individu pemain; sekali gus menyemarakkan
semangat berpasukan; meningkatkan hubungan sesama pemain; kesetiaan
terhadap pasuka (Anshel, 1997). Dalam pasukan terbentuknya sikap saling
membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan
apabila ahli sepasukan mempunyai satu matlamat yang sama dan meletakkan
pencapaian pasukan sebagai keutamaan semua. Sikap ini akan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan ahli pasukan dengan wujudnya hubungan yang erat

tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya, perpaduan ini akan dapat
menyatupadukan individu daripada pelbagai kaum menjadi satu pasukan dan
bekerjasama sebagai satu pasukan menggalas cabaran negara. Dalam situasi ini,
perbezaan agama, bangsa dan lain-lain diketepilkan demi kejayaan pasukan.
Fenomena kesepaduan dan semangat berpasukan dalam sukan ini menjadi faktor
penyumbang kepada usaha sukan negara menuju ke arah kecemerlangan. Kejayaan
dengan kesepaduan dan semangat berpasukan yang tinggi telah dibuktikan dengan
pencapaian pasukan Perak yang berjaya menjuarai Piala Malaysia yang pertama
pada abad ke-21 membuktikan kenyataan ini. Walaupun pasukan Negeri Sembilan
yang memegang rekod prestasi yang unggul secara berterusan sepanjang
kejohanan pada musim 2000, namun tidak dinafikan semangat berpasukan yang
ditunjukkan oleh pasukan Perak dalam perlawanan akhir mampu mengatasi cabaran
pihak lawan yang kuat ini. Justeru, kita boleh merumuskan dengan kesepaduan dan
semangat berpasukan yang kuat ini khususnya bagi negara kita yang terdiri daripada
berbilang bangsa menjadi satu kunci kejayaan dalam usaha memartabatkan bidang
sukan ke arah kecemerlangan tidak kira di dalam negara mahupun ke peringkat
tahap antarabangsa.
Kesimpulanya, dengan memahami bidang sosiologi, kita mampu mengaitkan
kesan proses sosialisasi dalam membantu memperkembangkan kecemerlangan
sukan melalui pelbagai saluran yang melalui perhubungan sesama individu yang
sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sukan. Kita perlu
memaksimumkan pengaruh positif sosialisasi ini dengan tujuan kesannya terhadap
pembangunan sukan secara optimum.

You might also like