You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LONG BOH

JALAN TENGKU BUDRIAH


02700 SIMPANG EMPAT
PERLIS
Tarikh: 18 Julai 2016
Kepada:
IBU BAPA / PENJAGA / WARIS MURID TAHUN 4/5/6 SK LONG BOH
Tuan / Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA TAHUN 2016
Adalah dimaklumkan bahawa Program Gotong-Royong Perdana akan dijalankan seperti
ketetapan berikut:
Tarikh
: 23 JULAI 2016 (SABTU)
Masa
: 8.30 pagi 12.00 tengah hari
Tempat
: Sekolah Kebangsaan Long Boh
2.
Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga/waris digalakkan untuk membawa alatan untuk
menjalankan kerja pembersihan seperti berikut:
o Cangkul
o Sarung tangan
o Kain buruk
o Tong air
o Penyapu lidi
o Mesin rumput
o Lain-lain yang sesuai
3.
Selain itu, ibu bapa diharapkan dapat membawa apa-apa pokok bunga di dalam pasu
atau benih pokok buah untuk tujuan tanaman di persekitaran sekolah.
4.
Pihak sekolah mengharapkan agar ibu bapa/penjaga/waris dapat hadir bersama dengan
anak-anak murid pada hari tersebut untuk menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan ibu
bapa/waris/penjaga amat diharapkan dan dihargai oleh pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,

.......
(MOHD. SHARIFF BIN ZAKARIA)
Guru Besar

SK Long Boh

You might also like