You are on page 1of 1

PETA KE ARAH KEJAYAAN DALAM PENGAJIAN PERNIAGAAN

Chiew Wye Mei & Lim Zek Chew


IPG Kampus Ilmu Khas
E-mail: limzekchew@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera di sebuah sekolah di
Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Perniagaan untuk melihat kesannya ke atas pencapaian akademik pelajar. Persoalan
kajian adalah sama ada kaedah grafik dalam i-THINK dapat meningkatkan keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pelajar dalam Pengajian Perniagaan.
Terdapat 14 orang pelajar dalam kajian ini. Mereka diberikan pendedahan mengenai i-THINK
dengan kaedah penerangan dan demonstrasi cara menggunakannya oleh pengkaji. Selepas
pendedahan i-THINK, mereka digalak menggunakannya dalam tugasan dan pembelajaran.
Selepas penggunaan i-THINK didapati keputusan Peperiksaan Penggal 2 dan 3 STPM semua
pelajar menampakkan peningkatan dalam peratus lulus dan gred. Maklum balas pelajar
daripada temu bual dan penulisan refleksi menunjukkan pelajar lemah berpandangan positif
akan penggunaan i-THINK dalam pembelajaran mereka sementara pelajar yang lebih tinggi
pencapaian akademik kurang minat menggunakannya serta merasakan tiada impak ke atas
pembelajaran mereka. Kajian lanjut harus diteruskan untuk memastikan keberkesanan i-THINK
dalam P&P. Namun, kajian ini melahirkan cadangan penggunaan i-THINK bermula dari
peringkat persekolahan peringkat rendah supaya penerimaan cara pembelajaran ini lebih
diterima pakai.
Kata kunci: Kajian Tindakan, peta i-THINK, Pengajian Perniagaan, P&P

You might also like