You are on page 1of 3

BAB 1

PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK


SELEPAS TAHUN 1848 HINGGA 1945

1.0

Pengenalan
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan di kepulauan

Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi
jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera,

Indonesia.

Walau

bagaimanapun,

situasi

tersebut

tidak

menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah
daripada rumpun bangsa yang sama.
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku
di Tanah Melayu disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku
disebabkan faktor penarik ataupun faktor penolak dari negara asal masingmasing yang bertanggungjawab menyebabkan proses perubahan yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit
sebelum penjajahan Barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku.
Aktiviti ekonomi yang merangkumi aspek perdagangan menjadi faktor utama
dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

1.1

Perkembangan Kemasukan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu

Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada


negara tersebut disebabkan desakan kemiskinan dan penderitaan. Oleh
itu,mereka terpaksa berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Mulai abad ke-19,
kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu telah melalui beberapa cara
yang dikenal pasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap
lama di Tanah Melayu melalui pelbagai cara seperti sistem tiket kredit, cara
bersendirian dan melalui sistem Kangchu. Dalam tempoh masa tersebut,
bilangan buruh Cina yang berhijrah sangat ramai dan sentiasa bertambah dari

semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana


ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah
Melayu.
Kedatangan

orang

Cina

pula

menggalakkan

perkembangan

perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta,


Lembah Kelang dan Sungai Ujong. Buktinya, eksport bijih timah Tanah
Melayu telah meningkat secara berterusan fari tahun 1850 dengan jumlah
eksport 6 500 tan kepada 77 000 tan pada tahun 1937. Dari segi perniagaan
pula, banyak kedai dibuka oleh orang Cina terutamanya di bandar yang
terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penamanan lada hitam juga
berkembang hasil daripada sistem Kangchu.
Masyarakat Cina ke Tanah Melayu juga menunjukkan bermulanya
proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat
Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu
telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat
Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya
telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina-Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.

1.2

Perkembangan Kemasukan Masyarakat India ke Tanah Melayu


Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.

Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan
penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang
sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai
negeri-negeri Melayu.

Masyarakat India hanya berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu


pada penghujung abad ke-19 akibat perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu. Bagi orang India, imigrasi mereka dijalankan melalui sistem
kontrak (1820-1910) dan sistem Kangani (1898-1938). Melalui sistem buruh
kontrak, pemilik ladang akan membuat pesanan bagi buruh melalui seorang
ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung untuk mengumpul
buruh-buruh India. Setelah sampai di Tanah Melayu, mereka menandatangani
kontrak untuk bekerja selama lima tahun dengan gaji yang ditetapkan.
Kedatangan imigran ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat majmuk
di Tanah Melayu, namun mereka juga menmberikan banyak sumbangan
terhadap pelbagai sektor terutamanya sektor ekonomi di Tanah Melayu.

1.3

Penutup
Setelah

kemasukan

migran

daripada

luar,

bermulalah

proses

pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.


Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan
mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja
buruh daripada luar dibuat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosioekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak

pembentukan

masyarakat

majmuk

pelbagai

etnik

atau

heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah


Barat.

You might also like