You are on page 1of 3

abrahamiy 07

AKTIVITI DALAM KUMPULAN


'PELAYARAN PAK TUA'
Objektif
:
1.
Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
2.
Membuat andaian berdasarkan cerita dengan memberi rasional.
3.
Memupuk sikap positif dalam mendidik generasi muda.
Keahlian
Masa
Tempat
Alat

:
:
:
:

8 hingga 12 orang
1 jam hingga 1 jam 30 minit
Bilik ataupun tempat yang kondusif
Edaran cerita Pak Tua dan kertas A4

Langkah
:
1.
Fasilitator meminta peserta duduk dalam bulatan.
2.
Fasilitator mengedarkan cerita pendek bertajuk Pelayaran Pak Tua kepada semua
peserta.
3.
Masa diberikan 10 minit kepada ahli membacanya dan cuba menghayati cerita
Pak Tua.
4.
Kumpulan dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Setiap kumpulan
dikehendaki: Mencari dan mengumpulkan seberapa banyak maklumat berkenaan
sikap, kelakuan, hubungan watak dengan kehidupan masyarakat masa kini bagi
watak-watak berikut berdasarkan cerita di atas:
Kumpulan 1: Anakanda Harba
Kumpulan 2: Anakanda Kaker
Kumpulan 3: Anakanda Amsal
Berbincang dan merumus analogi cerita di atas berdasarkan sikap dan peranan
bagi setiap watak dan perhubungannya dengan Pak Tua.
Berbincang dan menyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada cerita itu.
5.
Fasilitator membuat rumusan berdasarkan apa yang diperhatikan daripada:
Pandangan ahli kepada cerita Pelayaran Pak Tua daripada segi sikap, perkataan
yang disebut dan juga tingkah laku bukan lisan.
Kemahiran berfikir yang ditunjukkan oleh peserta dalam memberi pendapat
ataupun andaian cerita.
6.
Kenyataan berikut jangan diberi kepada peserta. Ia hanya untuk rujukan fasilitator
sahaja. Fasilitator perlu menerangkan rahsia cerita ini melalui lisan sahaja.
Rahsia di sebalik cerita:
Pak Tua: Diri Sendiri
Harba: Harta Benda
Kaker: Kaum Keluarga
Amsal: Amal Soleh
Datuk Bendahara: Malaikat Maut
Paduka Raja : Tuhan

abrahamiy 07

'Pelayaran Pak Tua'


Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Tua tinggal di sebuah pulau. Pak Tua
sangat dihormati oleh masyarakat di situ. Pak Tua tinggal bersama tiga orang anaknya.
Pada mulanya mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun
kemudian, cara Pak Tua membesarkan anak-anaknya berubah.
Anak Pak Tua yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih
sayang.Ia tinggal di rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehinggakan Pak Tua
menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi menjaganya sepanjang masa. Pak Tua
tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa tahun kemudian,
jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.
Anak Pak Tua yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Pak Tua
membesarkan Kaker dengan penuh kasih sayang. Dia diberikan makan dan minum
secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Pak Tua sering mengadakan majlis jamuan bagi
meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Pak Tua juga
sering membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angin di sekitar pantai pulau yang
indah itu.
Anak Pak Tua yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Pak Tua mendidik Amsal
sama seperti abang-abangnya. Tetapi tidak lama kemudian, Pak Tua berubah hati. Pak
Tua tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal dibiarkan hidup bersendirian.Amsal hidup
terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya merayau di tepi pantai dan
sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Pak Tua
sedikit pun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang
kampung cuba menasihati Pak Tua tetapi Pak Tua tetap dengan cara hidupnya. Seluruh
masyarakat kampung hanya mampu menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada
Amsal.
Pada suatu hari, Pak Tua menerima titah raja. Duli Yang Mulia Paduka Raja di Tanah
Besar menitahkan Pak Tua datang ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja
itu, Pak Tua pun sibuk membuat persiapan hendak menghadap raja. Pak Tua merasakan
dia tidak kuat dan tidak mampu hendak belayar menempuh lautan luas. Oleh itu, dia
menemui anaknya yang tua, Harba. Anakandaku Harba, ayahanda dititahkan menghadap
raja ke Tanah Besar bagi menerima Anugerah DiRaja. Sudikah anakanda menemani
ayahanda? Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran berkenaan
pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali
pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar ayahanda di pintu rumah
sahaja? Pak Tua tidak berputus asa.Dia pun berjumpa dengan anaknya yang kedua,
Kaker. Anakanda kaker, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi
menerima anugerah. Sudikah anakandaku menemani ayahanda ke sana? Maaf,
ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda
hanya dibesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari
pulau ini. Tetapi, anakanda boleh menghantar ayahanda hingga ke pangkalan sahaja.

abrahamiy 07

Pak Tua sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya. Pak Tua tidak putus asa.
Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Pak Tua pun
turun ke pantai mencari anaknya, Amsal. Amsal, Amsal! Anakku Amsal di mana
kau, Amsal! Di sini ayahanda, ada apa ayahanda? Anakandaku Amsal, maafkan
ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering, nak. Cuba lihat,
badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?
Tak mengapalah, ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda.
Sebenarnya, apa tujuan ayahanda mencari anakanda? Begini, Amsal. Paduka Raja dari
Tanah Besar menitahkan ayahanda menghadap bagi menerima anugerah. Kedua-dua
abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong
ayahanda belayar ke Tanah Besar? Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini
kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih sayang anakanda kepada ayahanda,
anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda menghadap Paduka Raja.
Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Pak Tua dari rumahnya hendak belayar.Ramai
kaum keluarga yang mengiringi dan menangisi pemergian Pak Tua. Seperti yang
dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di muka pintu, Kaker pula hanya
menghantar sehingga ke pangkalan sahaja. Pak Tua belayarlah bersama anaknya, Amsal
menuju ke Tanah Besar. Pak Tua sangat kasihan kerana anaknya Amsal yang kurus kering
itu berusaha sedaya upaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Pak Tua cuba
membantu namun apakan daya, dia sudah tua. Sesudah beberapa lama belayar, tiba-tiba
angin ribut turun menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat
dan khidmat berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi,
kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang dan badai itu. Tiba-tiba, gelombang yang
mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Pak Tua lalu terhempas ke batu
karang. Perahu Pak Tua hancur berkecai. Pak Tua terapung-apung dibawa arus.
Malang sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana. Tidak lama
kemudian, Pak Tua terdampar di tepi pantai. Pak Tua sangat sedih apabila mengenangkan
anaknya Amsal yang karam dan lemas di lautan. Tetapi apakan daya, Pak Tua juga tidak
dapat menyelamatkan Amsal. Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Pak Tua pun
meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Mulia Paduka Raja
Demikianlah cerita Pak Tua.

You might also like