You are on page 1of 4

Sebagai Seorang Guru Biasa, Huraikan Bagaimana Anda Menggunakan

Kemahiran-Kemahiran Asas Kaunseling Untuk Mendianogsis Punca Masalah


Dan Ganguan Emosi Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Tersebut.
kemahiran refleksi
isi &perasaan

Pendedahan
kendiri

kemahiran
parafrasa

Kemahiran
Kauseling
Membuat
persediaan
awal
Menyediakan
tempat
pertemuan
yang kondusif

Memberi
tindak balas
Membina
hubungan

Terapi main &


terapi bercerita

Melayan &
mendengar

Kedudukan &
ekspresi muka
guru

Soalan terbuka
& soalan
tertutup

Tak ada
kemahiran fikir
menghukum
Menurut Ramlan (2006) kemahiran asas kaunseling adalah selari dengan kemahiran
komunikasi. Oleh sebab itu, kaunselor perlulah menguasai pelbagai jenis kemahiran seperti
kemahiran melayan, menyoal, memberi respon, merefleksi, mengkonfrontasi, memprafarasa
dan sebagainya. Manakala, kemahiran kaunseling juga perlu dipelajari oleh guru agar
mereka boleh mendianogsis punca masalah yang dihadapi oleh murid dan membawa murid
itu berjumpa dengan ahli kaunselor. Sebelum itu, guru perlulah membuat persediaan awal
seperti menyediakan persekitaran pertemuan yang kondusif. Contohnya, saiz bilik yang
sesuai, hiasan dan susunan bilik yang sesuai. Hal ini kerana persekitaran pertemuan yang
kondusif dapat mewujudkan suasana selesa dan selamat bagi mendorong klien iaitu kanak
bermasalah meluahkan perasaan secara lisan berkongsi masalah secara sukarela. Jadi,
guru boleh mencari tempat yang sesuai untuk membantu kanak itu meluahkan masalahnya.

Seterusnya, kemahiran membina hubungan dengan klien, kanak tersebut perlu


dilaksanakan oleh guru. Tujuan kemahiran ini ialah klien itu boleh menganggap guru seperti
kawan akrab mereka dan hubungan baik antara guru dengan klien boleh mengurangkan
halangan komunikasi dalam sesi kaunseling. Cotohnya, guru boleh mengalu-alukan
kedatangan kanak bermasalah gangguan emosi dengan tangan terbuka. Kemudian, guru
perlu tenang memberi soalan yang sesuai supaya mendapat kerjasama daripada kanak
tersebut. Contoh soalan ditanyakan bahawa guru akan merahsiakan kandungan
perbincangan. Ataupun, guru boleh menggunakan terapi bermain dan terapi bercerita
untuk mengurangkan gangguan emosi dan mendapatkan kepercayaan kanak tersebut
terhadap guru. Hal ini kerana kedua-dua terapi ini boleh melegakan perasaan emosi negatif
kanak tersebut dan kepercayaan kanak terhadap kaunselor boleh dipupuk berdasarkan
konteks kedua-dua terapi itu. Jadi, guru boleh menggunakan soalan yang sesuai atau
menggunakan terapi untuk melegakan emosi dan memupuk kepercayaan kanak supaya
kanak tersebut berasa selamat dan rela berkongsi masalah mereka dengan guru dalam
keadaan yang lega.
Kemudian, guru perlu menitikberatkan kemahiran melayan dan mendengar
dalam sesi kaunseling itu. Secara amnya, guru perlu memastikan kanak tersebut duduk
dengan selesa dan tiada meja yang mengasingkan guru dengan kanak supaya tingkah laku
tanpa lisan boleh diperhatikan oleh guru. Kedudukan guru hendaklah condong ke hadapan
ke arah klien supaya klien dapat merasakan bahawa guru berminat mendengar apa yang
diperkatakan oleh klien. Ekspresi muka guru perlu berseri kerana ia bermaksud guru sedia
menerima kehadiran klien. Tambahan pula, guru juga perlu mengekalkan kontak mata
terhadap klien supaya klien berasa guru sedang fokus dan menghargai apa yang akan
dikatakan oleh klien. Guru juga boleh memberikan respons dengan cara yang paling sesuai
bagi

menggalakkan

kanak

tersebut

terus berkongsi

maklumat.

Contohnya,

guru

mengangguk dan memberikan dorongan minimum. Jadi, kemahiran melayan dilaksanan


dengan baik lebih mudah membantu kanak tersebut berkongsi masalah dengan guru, dan
guru lebih mudah mencari klu atau penanda sebagai punca masalah daripada
pengkongsian kanak tesebut.
Selain itu, kemahiran mendengar yang digunakan oleh guru juga boleh membantu
kanak tersebut berasa dirinya dihargai dan dihormati. Menurut Carl Rogers telah
mewujudkan istilah mendengar dengan aktif. Ia bermakna guru perlu membuat sesuatu
yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisan
kepada kanak tersebut. Dengan perkataan lain, mendengar secara aktif memerlukan guru
mendengar, tetapi memahami perasaan kanak tersebut dengan mendalam. Guru juga tidak
boleh mempunyai pemikiran menghukum tentang apa yang diperkatakan oleh kanak

tersebut dan haruslah merasakan apa yang sedang dirasakan oleh kanak itu. Dengan itu,
guru berkemahiran mendengar dengan empati dan membuktikan kepada kanak itu bahawa
guru telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disampaikan kepadanya. Jadi,
kanak tersebut boleh berkongsi masalahnya dengan guru dan membolehkan dia
meluahkan masalah dan membawa kepada pelepasan emosi yang mengganggunya.
Selepas itu, guru boleh menggunakan kemahiran pendedahan kendiri untuk
mengurangkan perasaan rendah diri dan perasaan malu kanak tersebut. Contohnya, guru
boleh memberitahukan kepada kanak tersebut bahawa guru juga pernah mengalami
pengalaman yang susah berkongsi dengan orang lain. Oleh hal yang demikian, kanak
tersebut berasa lega dan selesa kerana dia mengetahui bukan dia sendiri yang mengalami
perkara yang tidak baik itu. Manakala, guru juga perlu diingatkan untuk mengelakkan
maklumat yang boleh merendahkan diri kanak itu lagi. Jadi, guru boleh pandai
menggunakan kemahiran ini untuk menbolehkan kanak itu berkongsi maklumat dengan guru
sewaktu kanak tersebut masih bersikap pasif untuk berkongsi masalahnya.
Kemudian, guru juga boleh menggunakan kemahiran memberi tindak balas iaitu
menyoal. Dalam konteks ini, terdapat dua jenis soalan yang boleh ditanyakan ialah soalan
terbuka dan soalan tertutup. Melalui teknik menyoal ini, guru boleh mendapatkan jawapan
yang ringkas, tepat bagi meningkatkan kefahaman diri terhadap maklumat kabur yang
diberikan oleh kanak tersebut. Manakala, soalan terbuka adalah berbeza dengan soalan
tertutup. Biasanya, soalan terbuka digunakan untuk mendapatkan maklumat awal, jawapan
yang lebih luas dan bebas serta membantu klien menerangkan dengan lebih terperinci
tentang susuatu. Soalan tertutup membantu guru mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
dan klien hanya memberikan jawapan yang pendek dan jelas sahaja. Oleh itu, soalan
terbuka boleh membantu guru memahami perkara yang lebih khusus dan membantu klien
menumpukan kepada perasaannya. Soalan tertutup hanya boleh memenuhi keperluan
guru yang ingin tahu sahaja. Dengan itu, guru boleh bermula menyoal soalan terbuka
kapada murid tersebut untuk bebas memberi jawapan dan meneroka perasaan, nilai dan
sikapnya sendiri. Kemudian, guru baru boleh mula menyoal soalan tertutup kepada murid
tersebut bagi membantu guru mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas. Jadi, soalan
terbuka dan tertutup boleh digunakan secara selang seli bagi membantu

guru berjaya

menjalinkan hubungan baik dengan kanak tersebut dan lebih mengetahui masalah yang
dialami oleh kanak tersebut dengan jelas dan menyeluruh.
Selepas guru mengetahui masalah yang dialami oleh kanak tersebut, guru boleh
menggunakan kemahiran parafrasa untuk mengukuhkan kefahaman guru terhadap
masalah itu. Dalam konteks ini, guru perlu menyatakan semula intipati maklumat

menandakan guru mendengar dengan teliti. Ia adalah menyatakan semula dengan


menggunakan frasa guru snediri dan meringkaskan dan menjelaskan maksud yang ingin
disampaikan oleh kanak tersebut. Dengan itu, guru boleh menyemak persepsi kanak
tersebut. Di samping itu, guru juga boleh cuba menganalisis masalah yang dihadapi oleh
kanak tersebut. Kadang kala, kemahiran ini boleh membawa kepada kesedaran kendiri yang
mungkin menimbulkan celik akal bagi kanak itu mendapati punca masalah berlaku apabila
mengulangkan semula pernyataan masalah kanak itu. Jadi,kemahiran parafrasa boleh
membantu guru dan kanak tersebut mencari punca masalah berlaku secara tidak langsung.
Kemahiran lain yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah kemahiran refleksi isi dan
perasaan. Refleksi perasaan ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran klien
tentang perasaan sebenar yang dialaminya. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan sesi
refleksi perasaan ini membantu kanak itu yang mengalami ganguan emosi. Dengan bantuan
guru itu, kanak tersebut lebih mengetahui jenis-jenis emosi negatif yang dialaminya.
Manakala, refleksi isi ini juga membolehkan guru lebih memahami masalah yang dialami
oleh kanak tersebut dan ia juga membolehkan kanak tersebut mencapai kesedaran diri dan
kefahaman diri. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan soalan terbuka untuk
membimbing kanak tersebut untuk memahami punca masalahnya berlaku. Jadi, sesi refleksi
ini meningkatkan kefahaman dan kesedaran guru dan kanak tersebut tentang masalah yang
dialaminya.
(1099 patah perkataan)

You might also like