You are on page 1of 8

BBPP1103/JAN06/F-RR

BAHAGIAN A

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan.

Soalan Aneka Pilihan

1. ____________ bermaksud perlaksanaan kerja dengan menggunakan daya


upaya, kos dan pembaziran yang paling minimum, atau secara ringkasnya
disebut sebagai membuat kerja dengan betul.
A. Kecekapan
B. Keberkesanan
C. Tanggung jawab
D Pengorganisasian

2. Strategi manakah antara berikut BUKAN merupakan strategi sebuah perniagaan


yang bersaing dalam perniagaan global?
A. Strategi penumpuan nasional.
B. Strategi keseragaman produk.
C. Strategi pasaran terbuka.
D. Strategi global melebar.

3. Kenyataan manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai gelagat beretika?


A. Gelagat beretika digubah oleh nilai diri seseorang.
B. Gelagat beretika tidak dipengaruhi oleh perasaan.
C. Gelagat beretika mencerminkan pembentukan adat dan moral.
D. Gelagat beretika menimbulkan persoalan betul atau salah dalam
kelakuan.

4. ____________ bertanggung jawab untuk membentuk rancangan operasi harian


sesebuah organisasi.
A. Pengurus atasan
B. Pengurus pertengahan
C. Pengurus bawahan
D. Semua jawapan di atas.

1
BBPP1103/JAN06/F-RR

5. Kesemua berikut adalah kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan


KECUALI:
A. Teknik Delphi.
B. Teknik Kumpulan Nominal.
C. Teknik Percambahan Fikiran.
D. Teknik Kumpulan Fikir.

6. Model Lima Kuasa Industri telah dibentuk oleh seorang tokoh pengurusan
bernama:
A. Michael Porter
B. Elton Mayo
C. Henry Mintzberg
D. Frederick Taylor

7. ____________ bermaksud meningkatkan bilangan tugas dalam aktiviti dan


memberikan pekerja autoriti membuat keputusan yang bermakna berkenaan
kerja mereka.
A. Pelebaran kerja
B. Pengkayaan kerja
C. Pusingan kerja
D. Pengkhususan kerja

8. Seseorang pengurus yang aktif, peramah, mudah bergaul, bertenaga dan


periang dikatakan mempunyai personaliti jenis:
A. lokus kawalan luaran
B. introvert
C. extrovert
D. lokus kawalan dalaman

9. ____________ merupakan fasa ketiga dalam pembangunan sesebuah pasukan


di mana setiap ahli pasukan mula menyelesaikan ketidaksefahaman yang wujud
sebagai salah satu peranan mereka.
A. Pertelingkahan
B. Pelaksanaan
C. Penormaan
D. Pembentukan

2
BBPP1103/JAN06/F-RR

10. ____________ merupakan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan jelas


tentang tugas, tanggungjawab dan aktiviti serta prestasi yang diperlukan
daripada pekerja.
A. Perekodan kerja
B. Analisis kerja
C. Spesifikasi kerja
D. Deskripsi kerja

11. Peringkat-peringkat dalam model Hierarki Keperluan Maslow mengikut urutan


yang BENAR adalah:
A. Fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan pencapaian hasrat diri.
B. Fisiologi, keselamatan, sosial, pencapaian hasrat diri dan penghormatan.
C. Fisiologi, sosial, keselamatan, penghormatan dan pencapaian hasrat diri.
D. Keselamatan, pencapaian hasrat diri, sosial, penghormatan dan fisiologi.

12. ____________ melibatkan ketiadaan hasil positif atau menarik balik hasil positif
yang pernah diberi kesan daripada perlakuan yang tidak diingini.
A. Hukuman
B. Penghapusan
C. Pengukuhan positif
D. Pengukuhan negatif

13. Menurut pandangan Model Dua Faktor, faktor apakah yang TIDAK
menghasilkan motivasi, sebaliknya boleh menghalang motivasi dari berlaku?
A. Ekuiti
B. Motivasi
C. Kebersihan
D. Jangkaan

14. Antara berikut, yang manakah BUKAN salah satu gaya dalam Model Situasi
Kepimpinan?
A. Gaya interaktif.
B. Gaya pemberi tahu.
C. Gaya melibatkan diri.
D. Gaya delegasi.

3
BBPP1103/JAN06/F-RR

15. Pemimpin yang menetapkan matlamat yang mencabar dan meletakkan harapan
yang tinggi terhadap pekerja serta yakin dengan keupayaan mereka merujuk
kepada gaya kepimpinan:
A. direktif.
B. menyokong.
C. penglibatan.
D. berasaskan pencapaian.

16. Kombinasi terbaik bagi tingkah laku kepimpinan mengikut model Grid
Pengurusan hasil kajian Blake dan Mouton ialah:
A. struktur autoriti tinggi terhadap manusia dan pengeluaran.
B. pertimbangan tinggi terhadap manusia dan pengeluaran.
C. struktur autoriti rendah terhadap manusia dan pengeluaran.
D. pertimbangan rendah terhadap manusia dan pengeluaran.

17. Apakah perkara-perkara dalam sesebuah organisasi yang boleh ditukar atau
diubah oleh agen perubahan?
A. Pekerja dan pemegang saham.
B. Struktur dan teknologi.
C. Lokasi dan pasaran.
D. Pembekal dan pengedar.

18. Kenyataan manakah antara berikut adalah BENAR mengenai kaedah asas
kawalan?
A. Penyelesaian masalah semasa ia berlaku dikenali sebagai kawalan
serentak.
B. Menjangka masalah sebelum ia berlaku merujuk kepada kawalan
maklum balas.
C. Kawalan maklum balas berlaku semasa proses transformasi.
D. Kawalan serentak berlaku semasa proses output.

4
BBPP1103/JAN06/F-RR

19. Kawalan objektif terdiri daripada dua bentuk, iaitu kawalan:


A. ganjaran dan hukuman.
B. birokratik dan kendiri.
C. normatif dan konsertif.
D. gelagat dan output.

20. Perspektif manakah antara berikut BUKAN suatu perspektif penting yang
memerlukan pengawalan dijalankan oleh pengurus agar organisasi mencapai
matlamatnya?
A. Perspektif kewangan
B. Perspektif pelanggan
C. Perspektif pengeluar
D. Perspektif kualiti

5
BBPP1103/JAN06/F-RR

BAHAGIAN B

ARAHAN : Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

Persekitaran luaran perniagaan merujuk kepada semua unsur di luar organisasi yang
akan mempengaruhi operasinya sama ada secara langsung atau pun tidak
langsung. Kerajaan, sebagai salah satu pihak dalam persekitaran organisasi, boleh
mengenakan sekatan perdagangan bagi melindungi organisasi perniagaan tempatan
daripada persaingan antarabangsa.

a) Terangkan LIMA (5) faktor dalam persekitaran luaran khusus yang dapat
memberi kesan kepada sesebuah organisasi.
(10 markah)

b) Bincangkan LIMA (5) langkah sekatan perdagangan yang boleh dilaksanakan


oleh kerajaan Malaysia bagi melindungi perniagaan tempatan daripada
persaingan antarabangsa. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap
langkah.
(10 markah)

[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2

Pihak pengurusan Syarikat Travel Sdn. Bhd. bercadang untuk menggantikan kereta
milik syarikat yang sering rosak. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kurang pasti
jenis kereta yang paling sesuai untuk dibeli. Selaku seorang pengurus baru, anda telah
diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

a) Berdasarkan permasalahan di atas, bincangkan ENAM (6) langkah dalam proses


membuat keputusan yang rasional mengikut urutan yang betul. Berikan contoh-
contoh yang sesuai bagi setiap langkah.
(12 markah)

6
BBPP1103/JAN06/F-RR

b) Jelaskan perbezaan antara maksud polisi, prosedur dan peraturan yang lazim
digunakan bagi menangani situasi atau aktiviti yang sering berlaku dalam
sesebuah organisasi.
(6 markah)

c) Terangkan maksud prinsip faedah utilitarian dalam membuat keputusan yang


beretika?
(2 markah)

[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 3

Strategi organisasi boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu strategi
peringkat korporat, industri dan firma. Strategi-strategi ini dibentuk bagi memenuhi
keperluan hierarki pengurusan sesebuah organisasi.

a) Terangkan EMPAT (4) kategori strategi yang terdapat dalam Matriks BCG
(Boston Consulting Group) dan bincangkan keputusan pelaburan yang sesuai
diambil bagi setiap strategi.
(8 markah)

b) Huraikan langkah tindakan TIGA (3) jenis strategi utama peringkat korporat
yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat jangka panjang sesebuah
organisasi.
(6 markah)

c) Bincangkan TIGA (3) jenis strategi pemposisian yang dicadangkan oleh Michael
Porter yang memfokus kepada cara pengurus meletakkan organisasinya dalam
industri yang diceburi. Berikan contoh-contoh yang sesuai.
(6 markah)

[Jumlah: 20 markah]

7
BBPP1103/JAN06/F-RR

SOALAN 4

a) Bezakan maksud kepelbagaian peringkat permukaan dengan kepelbagaian


peringkat dalaman yang wujud antara satu individu dengan individu lain.
(4 markah)

b) Terangkan secara ringkas mana-mana ENAM (6) jenis pasukan yang boleh
ditubuhkan dalam sesebuah organisasi.
(6 markah)

c) Huraikan LIMA (5) jenis penjabatanan bagi mereka bentuk struktur organisasi
sesebuah syarikat. Gunakan gambar rajah yang sesuai dalam jawapan anda.
(10 markah)

[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 5

a) Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi dalam sesebuah organisasi?


(2 markah)

b) Terangkan EMPAT (4) kaedah latihan yang boleh disediakan kepada para
pekerja bertujuan meningkatkan prestasi kerja mereka. Berikan contoh yang
sesuai bagi setiap satu kaedah.
(8 markah)

c) Bincangkan LIMA (5) jenis halangan dalam proses komunikasi organisasi yang
dapat mengganggu mesej yang hendak disampaikan kepada pihak penerima.
(10 markah)

[Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like