You are on page 1of 5

BBPP1103/JAN07/F-RR

BAHAGIAN A

ARAHAN ● Terdapat LIMA (5) soalan dalam bahagian ini.


● Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

Kenal pasti dan terangkan SATU (1) fungsi pengurusan yang dilakukan oleh pengurus pasar
raya di Malaysia. Berikan SATU (1) contoh yang bersesuaian untuk menyokong penerangan
anda.
[Jumlah: 4 markah]

SOALAN 2

a) Kenal pasti dan terangkan SATU (1) perbezaan antara kumpulan dengan pasukan.

b) Cadangkan SATU (1) situasi di mana pasukan akan menjadi lebih sesuai untuk
diamalkan berbanding dengan kumpulan. Terangkan.
[Jumlah: 4 markah]

SOALAN 3

Terdapat dua jenis reka bentuk organisasi, iaitu organistik dan mekanistik. Pada pendapat
anda, jenis manakah adalah lebih sesuai bagi:

a) pembangun laman web; dan

b) universiti awam tempatan.

Berikan SATU (1) sebab bagi menyokong jawapan anda.


[Jumlah: 4 markah]

1
BBPP1103/JAN07/F-RR

SOALAN 4

“Perubahan adalah dijangkakan berlaku dalam semua organisasi. Walau bagaimanapun,


apabila sesuatu perubahan berlaku, rintangan sentiasa tercetus sama ada daripada pekerja
atau organisasi berkenaan.”

Cadangkan TWO (2) taktik yang boleh digunakan oleh pengurus untuk menguruskan
rintangan. Terangkan taktik cadangan anda.
[Jumlah: 4 markah]

SOALAN 5

“Kawalan ialah satu proses yang memastikan aktiviti organisasi dijalankan mengikut
perancangan yang telah diluluskan.”

Kenal pasti dan terangkan DUA (2) perspektif yang perlu dikawal oleh pengurus supaya
matlamat organisasi dapat dicapai.
[Jumlah: 4 markah]

2
BBPP1103/JAN07/F-RR

BAHAGIAN B

ARAHAN ● Terdapat EMPAT (4) soalan dalam bahagian ini.


● Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

Penilaian prestasi merupakan proses menilai prestasi kerja dan menyediakan maklum balas
terhadap penilaian berkenaan.

a) Kenal pasti dan terangkan DUA (2) tujuan penilaian prestasi dilakukan.
(4 markah)

b) Kenal pasti dan bincangkan DUA (2) pihak yang paling sesuai untuk memberi
penilaian prestasi kepada seseorang pekerja. Dalam perbincangan anda, berikan
SATU (1) sebab untuk menykong cadangan anda.
(6 markah)

c) Anda sebagai pengurus sumber manusia sebuah kilang pembuatan tayar,


cadangkan DUA (2) kriteria yang akan anda gunakan dalam penilaian prestasi
pekerja anda. Terang kriteria berkenaan dan berikan SATU (1) sebab untuk setiap
kriteria cadangan anda.
(10 markah)

[Jumlah: 20 markah]

3
BBPP1103/JAN07/F-RR

SOALAN 2

a) Perancangan bermaksud menetapkan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan


tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat berkenaan.

Sebagai pengurus besar syarikat yang terlibat dalam industri komputer, kenal pasti
dan terangkan EMPAT (4) ciri bagi sebuah matlamat yang baik. Berikan SATU (1)
contoh yang bersesuaian bagi setiap ciri berkenaan.
(12 markah)

b) Perancangan ialah satu proses yang tidak memanfaatkan syarikat memandangkan


masa yang diambilnya terlalu lama dan kos perancangan yang agak tinggi.

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas. Bincangkan DUA (2) sebab bagi
pendapat anda.
(8 markah)

[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 3

Pembuatan keputusan ialah satu proses mengenal pasti masalah yang wujud, menjana
alternatif penyelesaian, memilih penyelesaian yang terbaik dan melaksanakannya.

a) Kenal pasti dan terangkan DUA (2) persekitaran pembuatan keputusan yang
mungkin dihadapi oleh pengurus.
(6 markah)

b) Terangkan TIGA (3) masalah yang boleh menghalang pengurus daripada membuat
keputusan yang rasional.
(6 markah)

c) Cadangkan DUA (2) cara untuk memperbaiki kualiti pembuatan keputusan. Jelaskan
cadangan anda dan berikan SATU (1) contoh yang bersesuaian bagi setiap cara
berkenaan.
(8 markah)

[Jumlah: 20 markah]

4
BBPP1103/JAN07/F-RR

SOALAN 4

Struktur organisasi ialah suatu susunan kerja, bahagian atau jabatan yang mengarah
perilaku individu dan kumpulan ke arah pencapaian objektif organisasi.

a) Kenal pasti dan bincangkan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi struktur organisasi
sesebuah firma.
(9 markah)

b) Bezakan antara “autoriti lini” dengan “autoriti staf”.


(4 markah)

c) i) Terangkan maksud pemusatan dan berikan DUA (2) situasi di mana ia sesuai
diamalkan.

ii) Terangkan maksud pemencaran dan berikan DUA (2) situasi di mana ia
sesuai diamalkan.
(7 markah)

[Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like