You are on page 1of 2

Pentadbir

Selain daripada mengajar, seseorang guru banyak melibatkan diri dalam hal pentadbiran.
Misalnya, guru merupakan individu yang mentadbir segala hal berkaitan dengan kebersihan
bilik darjah seperti menyediakan carta giliran murid bertugas, tempat penyimpanan bukubuku latihan dan alat-alat lukisan. Selain itu, guru mentadbir dan melaksanakan segala
peraturan bilik darjah dan sekolah agar suasana teratur dapat diwujudkan untuk
membolehkan terlaksananya pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai sudut pembelajaran di
dalam bilik darjah ditadbir oleh guru agar bahan-bahan bacaan dan pameran
diperkemaskinikan.
Hal pentadbiran berkaitan dengan pelbagai jenis biasiswa di sesebuah sekolah
ditadbir oleh guru. Misalnya, guru mentadbir pelbagai skim bantuan seperti skim bantuan
buku teks, skim makanan panas, skim susu dan sebagainya. Sudut perpustakaan di bilik
darjah juga ditadbir oleh guru. Ia menentukan bilangan buku yang boleh dipinjam, tempoh
pinjaman dan sistem menjaga buku-buku itu. Di samping itu, usaha mengutip pelbagai jenis
yuran seperti yuran peperiksaan, yuran persatuan, yuran perpustakaan dan yuran sukan
adalah ditadbir oleh guru. Selain bidang akademik, guru juga mengambil jawatan sebagai
setiausaha sukan yang mentadbir penyimpanan stok alat kesukanan seperti bola sepak,
bola tampar, kayu hoki, cakera, peluru, lembing dan sebagainya.

Perkara utama dalam kepimpinan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar ialah
penekanan pengajaran dan pembelajaran lebih menyerupai dimensi tingkah laku yang
berorientasi perhubungan manusia. Menurut Southworth ( 2000 ) menegaskan kepimpinan
pengajaran adalah elemen yang penting dalam memastikan sekolah cemerlang. Manakala
kepimpinan pengajaran yang konsisten mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan
sekolah dengan menetapkan matlamat sekolah dan menggalakkan perkembangan
profesional di kalangan guru. Dalam kajian Shahrir dan Shahril ( 1992 ) bahawa di antara
ciri-ciri guru yang berkualiti dari aspek personaliti ialah sifat kepimpinan adil dan tekun dalam
menjalankan tugas harian. Guru bijak menguruskan masa dengan memulakan pengajaran
menepati masa serta menggunakan masa pengajaran sepenuhnya, mendisiplinkan pelajar
untuk mewujudkan suasana yang kondusif, berkebolehan menyampaikan kandungan
pelajaran kepada pelajar supaya menarik serta berkesan, pengawasan pelajaran dan
maklum balik pengajaran. Ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran ini

membawa kepada pengajaran yang berkualiti dan ada hubungkait dengan pencapaian
pelajar. Pendekatan tujuan kepimpinan ialah untuk melaksanakan fungsi kelompok untuk
mencapai matlamat organisasi dan orang bawahan menjadi cemerlang, tetapi tingkah laku
pemimpinlah yang merupakan faktor penting kepada keberkesanan organisasi. Untuk ke
arah kecemerlangan pendidikan di sekolah menurut Mohamad (2001 ) adalah melibatkan
proses perancangan, pendekatan pengajaran, ganjaran, galakan, bimbingan, pemulihan,
pengayaan, latihan, pengawalan, penyeliaan dan kerjasama bagi pelajar menjalankan
aktiviti pembelajaran yang berkesan. Kejayaan pelajar dalam menempuh cabaran masa
depannya sebahagian besarnya adalah dipengaruhi oleh penguasaan pengetahuan,
kemahiran dan juga penghayatan nilai akhlak yang diperolehi melalui interaksi mereka
dengan gurunya semasa berada di sekolah. Pendekatan yang diambil oleh seseorang
pemimpin untuk bekerja bersama pengikutnya harus berdasarkan kesesuaiannya dengan
ciri-ciri dan matlamat kumpulan.

You might also like