You are on page 1of 2

Ayat pertama dalam surah Yaasin ini, Allah telah berfirman hanya dengan dua huruf

yang sangat unik dan cantik. Allah S.W.T menggunakan huruf Ya dan huruf Sin
untuk menguji manusia yang memiliki ilmu yang sedikit untuk menafsirkan ayat ini
dan untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Setelah saya melakukan sedikit
analisis yang bersumberkan dari artikel-artikel, dapat saya menyatakan bahawa,
banyak tafsiran yang muncul daripada ayat tersebut dari ulama-ulama dan pendapat
umum, ada yang menafsirkan ayat itu sebagai panggilan Allah kepada Rasulullah
S.A.W, ada juga menafsirkan bahawa ayat itu disusun begitu untuk memanggil
umat-umat manusia untuk mendengar risalah daripada Allah dan akhir sekali,
tafsiran yang disepakati sehingga kini ialah, Yaasin, hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui akan maksudnya.
Dalam Ayat kedua daripada surah ini pula dapat kami nyatakan bahawa Allah S.W.T
bersumpah dengan Yasin dan dengan Al-Quran untuk menegaskan wahyu dan
kebenaran risalah yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Ia adalah sebagai
bukti bahawa Nabi Muhammad S.A.W bukanlah tergolong dalam golongan manusia
yang berdusta.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui mengenai ayat ketiga bahawa Allah
memberitahu baginda Muhammad S.A.W merupakan seorang rasul yang benarbenar Allah utuskan untuk sekalian umat manusia .
Ayat keempat pula Allah S.W.T memberitahukan sifat yang paling besar bagi
Rasulullah S.A.W yang menunjukkan kerasulan Baginda, iaitu Baginda berada di
atas jalan yang lurus, yang dapat menyampaikan risalah Allah kepada umat
manusia. Risalah yang disampaikan oleh Baginda Muhammad S.A.W adalah risalah
yang dapat membimbing manusia di atas jalan yang benar dan menyelamatkan
semua manusia dari seksaan akhirat kelak. Kita hendaklah beriman dan
mempercayai akan kerasulan Baginda Muhammad S.A.W dan beriman kepada
ajaran Baginda yang diturunkan oleh Allah S.W.T .
Ayat yang kelima iaitu ayat yang terakhir yang telah saya analisis pula , Allah
memberitahu bahawa , jalan yang lurus itu diturunkan oleh Tuhan Yang Maha
Perkasa lagi Maha Penyayang iaitu antara sifat-sifat Allah ke dalam Al-Quran yang
penuh hikmah dan syafaat dan diturunkan sebagai jalan bagi hamba-hamba-Nya.
Jalan yang lurus itu dapat menyampaikan manusia kepada Allah dan kepada
Syurga milik Allah S.W.T. Semoga kita memperoleh kejayaan dia dunia dan di
akhirat kelak. In syaa Allah.

You might also like