You are on page 1of 2

Kepada,

Sesiapa yang berkenaan,


Tuan/Puan
Pelaksanaan Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Mata Pelajaran Sejarah Tahun
2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2.

Dimaklumkan bahawa murid bernama ..

No. Kad Pengenalan .. adalah murid dari sekolah ini. Murid ini
dikehendaki menjalankan kajian luar berkenaan bangunan/binaan bersejarah di tempat tinggal
mereka untuk memenuhi keperluan tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mata pelajaran
Sejarah pada tahun ini.
3.

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama

kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.


4.

Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian pihak tuan/puan untuk memberi

kerjasama dan bantuan kepada murid ini.


Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI

Saya yang menurut perintah,

..
Pengetua,
SMJK Phor Tay.

Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga,
Tuan/Puan
Makluman Pelaksanaan Tugasan Pelbagai Item Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
Mata Pelajaran Sejarah PAda Tahun 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2.
Dimaklumkan bahawa semua murid Tingkatan Tiga sekolah ini akan terlibat dalam
pelaksanaan tugasan pelbagai item PT3 mata pelajaran Sejarah. Kajian ini adalah bagi
memenuhi Pentaksiran Tingkatan Tiga tahun ini seperti mana yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.
Hasil tugasan ini akan dinilai oleh pentaksir sekolah. Bagi tujuan ini, semua murid
akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan.
4.
Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan tugasan ini akan berjalan dalam tempoh masa
tiga minggu bermula 13 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016 sepertimana ketetapan yang telah
dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Penulisan laporan akan dilakukan pada 19 Jun
2016 hingga 1 Julai 2016 pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di
sekolah. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dalam
tempoh pelaksanaan ini berlaku.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI

Saya yang menurut perintah,

..
Pengetua,
SMJK Phor Tay.

You might also like