You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR.
KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP
PROGRAM SENAMROBIK KEKAL SIHAT 1 MALAYSIA
BERTEMPAT
ANJUNG ILMU, SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI, KM 7, JALAN BAGAN TERAP,
KAMPUNG SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR, MALAYSIA
ANJURAN
MUHAMMAD IZHAN SYAFIQ BIN MOHD AZIZ
ABDUL AZIZ AFKAR BIN MOHD RAWI
IMAN QAISARAH NURIAH BINTI BASEL
NUR FATIHAH BINTI MOHAMMED GHAFAR
PELAJAR SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2013
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
Dengan Kerjasama
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

1.0

NAMA PROJEK
Program Senamrobik Kekal Sihat 1 Malaysia.

2.0

PENGENALAN
Senamrobik adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk
gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikan di dalam kehidupan
seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih daripada IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa sesuai menjalankan program ini bagi memberi
pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikan di sekolah.
Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua
murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sekendi, Sabak Bernam sejurus
melahirkan murid dan guru yang aktif, sihat serta cergas dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek, sosial (JERIS).

3.0

RASIONAL
Rasional melaksanakan program senamrobik kekal sihat 1 malaysia adalah:
1. Memenuhi objektif internship yang telah ditetapkan oleh pihak Institut
Pendidikan Guru, IPG.
2. Melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat.
3. Memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan
sepanjang kehidupan.
4. Membina keyakinan diri murid supaya tidak malu melibatkan diri di
dalam aktiviti kecergasan seperti senamrobik.

4.0

OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya:
i. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti kecergasan dan sihat
di sekolah.
ii. Menggalakkan murid untuk mempraktikan gaya hidup yang sihat.
iii. Mengeratkan silaturahim antara murid dan guru.
iv. Mengisi masa terluang murid.
v. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.

vi. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).
5.0

KUMPULAN SASARAN
Murid tahap 2 SK Sekendi dan guru-guru SK Sekendi.

6.0

PENGANJUR
Muhammad Izhan Syafiq Bin Mohd Aziz, Abdul Aziz Afkar Bin Mohd Rawi,
Iman Qaisarah Nuriah Binti Basel dan Nur Fatihah Binti Mohammed Ghafar
pelajar semester 8 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa.

7.0

TEMPAT
Anjung Ilmu, SK Sekendi.

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Tiada perbelanjaan dikeluarkan.

9.0

TEMPOH PELAKSANAAN
13 Julai 2016 sehingga 20 Julai 2016

10. 0

PELAN TINDAKAN PROJEK

TARIKH

PELAN TINDAKAN

CATATAN

1. Perbincangan dengan Guru


Besar/Guru Pembimbing.
13 JULAI 2016

2. Meninjau persekitaran sekolah


yang sesuai untuk menjalankan

15 JULAI 2016

senamrobik.
3. Mencari lagu dan step yang sesuai
mengkut tahap kesesuaian murid.
3

18 JULAI 2016

4. Membuat latihan senamrobik.


5. Memaklumkan kepada murid-

19 JULAI 2016
20 JULAI 2016

11.0

murid yang terlibat untuk memakai


pakaian sukan.
6. Melaksanakan senamrobik.

PENUTUP
Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut,
mahasiswa pendidik, sekolah dan juga kepada para pelajar. Diharap kertas
cadangan ini mendapat sokongan dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak
tuan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,
4

_________________
(MUHAMMAD IZHAN SYAFIQ BIN MOHD AZIZ
ABDUL AZIZ AFKAR BIN MOHD RAWI
IMAN QAISARAH NURIAH BINTI BASEL
NUR FATIHAH BINTI MOHAMMED GHAFAR)

Mahasiswa Pendidik,
PISMP TESL Semester 8
Ambilan Januari 2013,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

__________________________
(PUAN FATMAH WATI BINTI ABD MOES)

Mentor Mahasiswa Pendidik,


Program Internship Semester 8
SK Sekendi,
Selangor.
.

Diluluskan oleh,

_______________________
(EN. ZOOL FADLI BIN MOHD SAID)
Guru Besar,
SK Sekendi,
Selangor.

You might also like