You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR.
KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP
MENGURUSKAN PERHIMPUNAN MINGGUAN BERTEMAKAN UNIT
BERUNIFORM
BERTEMPAT
ANJUNG ILMU, SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI, KM 7, JALAN BAGAN TERAP,
KAMPUNG SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR, MALAYSIA
ANJURAN
MUHAMMAD IZHAN SYAFIQ BIN MOHD AZIZ
ABDUL AZIZ AFKAR BIN MOHD RAWI
IMAN QAISARAH NURIAH BINTI BASEL
NUR FATIHAH BINTI MOHAMMED GHAFAR
PELAJAR SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2013
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
Dengan Kerjasama
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI
1.0

NAMA PROJEK

Menguruskan perhimpunan mingguan bertemakan unit beruniform.


2.0

PENGENALAN
Projek menguruskan perhimpunan mingguan bertemakan unit berunifrom
merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh guru pelatih dari IPG
Kampus Bahasa Antarabangsa bagi memenuhi syarat Internship bagi
semester 8 ini. Projek yang dijalankan ini merupakan usaha sama antara guru
pelatih dengan pihak sekolah dan juga warga sekolah SK Sekendi.

3.0

MATLAMAT
Matlamat program ini ialah untuk melahirkan guru yang cekpa dalam
pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Selain itu, projek ini juga bertujuan
untuk memberi kemahiran dan menambah ilmu baharu dalam kalangan guru
pelatih dalam menghasilkan tugasan projek yang berkualiti serta bermanfaat
kepada pihak sekolah.

4.0

OBJEKTIF
Projek ini dilaksanakan supaya mahasiswa pendidik dapat:
4.1 Merancang, melaksana projek ataupun aktiviti yang telah dipersetujui oleh
pihak sekolah.
4.2 Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai
situasi. Mempelajari cara menguruskan perhimpunan sekolah.
4.3 Memantapkan kemahiran komunkasi dengan warga sekolah.
4.4 Melatih, membimbing dan mengurus murid-murid dalam sesuatu aktiviti.
4.5 Memantapkan lagi aspek interpersonal dan intrapersonal di hadapan warga
sekolah terutama dalam menyusun atur aktiviti yang akan dilaksanakan.
5.0

KUMPULAN SASARAN
Murid dan guru-guru SK Sekendi.

6.0

PENGANJUR
Muhammad Izhan Syafiq Bin Mohd Aziz, Abdul Aziz Afkar Bin Mohd Rawi,
Iman Qaisarah Nuriah Binti Basel dan Nur Fatihah Binti Mohammed Ghafar
2

pelajar semester 8 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa


Antarabangsa.
7.0

TEMPAT
Anjung Ilmu, SK Sekendi.

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Tiada perbelanjaan dikeluarkan.

9.0

TEMPOH PELAKSANAAN
18 Julai 2016, pukul 7.20 pagi 8.00 pagi.

10. 0

PELAN TINDAKAN PROJEK


Bil.

Strategi Pelaksanaan

1.

Merancang dan Melihat

2.

Penyediaan

Huraian
Merancang aktiviti yang bakal dijalankan
Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak
sekolah.
Berbincang dengan guru mentor dan guru-guru lain
berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam

3.

Pelaksanaaan

menjalankan perhimpunan.
Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah
disediakan.

11.0 TENTATIF PROGRAM:


Masa
0700

Aktiviti
Ketibaan para guru dan murid.di dewan.

0720

0800

12.0

Perhimpunan dimulakan.
Nyanyian lagu NegaraKu, negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Ucapan daripada guru pelatih.
Bacaan perutusan Keselamatan Jalan raya daripada guru
pelatih.
Ucapan daripada guru Penolong Kanan.
Ucapan daripada Guru Besar.
Perhimpunan tamat.
Bersurai.

PENUTUP
Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi pihak institut,
mahasiswa pendidik, sekolah dan juga kepada para pelajar. Diharap kertas
cadangan ini mendapat sokongan dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak
tuan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_________________
(MUHAMMAD IZHAN SYAFIQ BIN MOHD AZIZ
ABDUL AZIZ AFKAR BIN MOHD RAWI
IMAN QAISARAH NURIAH BINTI BASEL
NUR FATIHAH BINTI MOHAMMED GHAFAR)

Mahasiswa Pendidik,
PISMP TESL Semester 8
Ambilan Januari 2013,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

__________________________
(PUAN FATMAH WATI BINTI ABD MOES)

Mentor Mahasiswa Pendidik,


Program Internship Semester 8
SK Sekendi,
Selangor.
.

Diluluskan oleh,

_______________________
(EN. ZOOL FADLI BIN MOHD SAID)
Guru Besar,
SK Sekendi,
Selangor.

You might also like