You are on page 1of 9

SULIT

Nama murid
Kelas

:____________________________________________
:____________________________________________

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


Bahagian B

011

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor
sijil kelahiran dan angka giliran kamu pada
petak yang disediakan.
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas
soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
borang jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa :
Nombor Soalan

Markah

21
22

(a)
(b)
(c)

23

(a)
(b)
(c)

24

(a)
(b)
(c)
(d)

25

(a)
(b)
(c)
(d)

Jumlah

Kertas soalan ini mengandungi ______ halaman bercetak

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.
dengan

pada

atau

oleh

dan

untuk

daripada

di

Koko merupakan produk yang dihasilkan daripada biji buah koko. Koko bukan sahaja
enak tetapi juga baik untuk kesihatan. Koko berupaya mengawal kerosakan sel
______________ tisu badan. Koko kaya ______________________ flavanvoinds, iaitu
sejenis bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan. Selain
itu, koko juga mampu menurunkan tekanan darah. Justeru, tidak hairanlah banyak orang
menggemari produk yang dihasilkan ____________________ koko. Tambahan pula, koko
dapat dinikmati dalam pelbagai cara, sama ada berbentuk cecair ____________________
berbentuk pepejal.
(4 markah)
Soalan 22
a)

Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(1 markah)
Jawapan : Saya membeli Buku Rampaian Bahasa Melayu ini di Kedai Buku Ranau.
b.

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

(1 markah)
c.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah
Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah.
Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah.
Pertama sekali, murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah. Peraturan ini
dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu menghindarkan diri daripada berlari,
bertolak-tolakan, atau bergaduh di dalam bilik darjah.
Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan peralatan semasa
mengikuti pembelajaran di bilik khas atau di makmal. Mereka tidak sepatutnya bermain
peralatan yang membahayakan diri sendiri dan rakan-rakan.
Selain itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak ansur semasa
berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap tersebut, sudah tentu sesuatu
perkara yang tidak diingini akan dapat dihindari.

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di kawasan yang
sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya berada di kawasan yang
lebih terbuka seperti pondok bacaan tapak perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang
tidak diingini berlaku.
Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan diri masingmasing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan warga sekolah akan
sentiasa berada dalam keadaan selamat.
a) Murid mesti mengikuti peraturan sekolah kerana__________________________________
___________________________________________________________________________
( 1 markah)
b) Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik darjah?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah)
c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.
Murid-murid perlu menitikberatkan
keselamatan diri di sekolah.
Peraturan yang diikuti oleh murid di dalam
Betul

bilik darjah menyebabkan murid tidak


berdisiplin.

Sikap sopan dan bertolak ansur semasa di


kantin dapat menghindarkan murid daripada
melakukan perkara yang tidak diingini.

Kawasan yang sunyi seperti


di belakang
Salah
bangunan sesuai sebagai tempat pembacaan
untuk murid-murid.

( 2 markah)
011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

Soalan 2
Baca petikan e-mel di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : Shahrul Amin bin Razif


Kepada

: Effendi Azhar bin Khusni

Perkara : Masalah Jerebu


Apa khabar saudara? Saya berharap agar saudara sekeluarga sihat sejahtera. Saya
di sini kurang sihat kerana mengalami batuk dan sakit tekak. Masalah kesihatan saya ini
berpunca daripada keadaan jerebu yang melanda kawasan tempat tinggal saya.
Saudara,
Bagaimanakah keadaan cuaca di Sibu, Sarawak? Adakah cuaca di sana berjerebu
seperti di tempat saya? Untuk makluman saudara, Bacaan Indeks Pencermaran Udara
(IPU) di tempat saya ialah 137. Keadaan ini tidak sihat kepada penduduk di sini.
Tahukah saudara akan punca masalah jerebu di negara kita? Sebenarnya, masalah
ini berpunca daripada kebakaran hutan yang luas di negara jiran. Selain itu, faktor
pencemaran udara seperti pelepasan asap kilang dan kenderaan turut menjadi
penyumbang kepada masalah ini.
Jerebu mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Keadaan jerebu yang
berterusan akan menjejaskan kesihatan kita. Sebagai contoh, kita akan menjadi sukar
bernafas, pedih mata, gatal-gatal kulit, dan sakit dada. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
berwaspada.
a. Perkataan makluman dalam petikan dapat juga diganti dengan perkataan _______________
( 1 markah )
b. Mengapakah pengirim e-mel ini kurang sihat?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada masalah yang berlaku ini?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

( 2 markah )

d. Apakah yang kamu akan lakukan untuk menjaga kesihatan sekiranya masalah jerebu
melanda kawasan tempat tinggal kamu? Jelaskan.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 3 markah )
Saoalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bunga seroja bunga dahlia,
Sering dipuja tuan dan puan;
Marilah kita rakyat Malaysia,
Bersama-sama pupuk perpaduan.
Daun kesum di dalam raga,
Buah bidara di dalam guni;
Perpaduan kaum perlulah dijaga,
Supaya negara aman harmoni.
Tumbuh pegaga di dalam paya,
Mekar kenanga di bawah titi;
Negara kita pasti berjaya,
Jika rakyatnya bersatu hati.
Buah nangka buah delima,
Mari dibawa ke rumah Pak Haji;
Kejayaan dibina tak kekal lama,
Andai kita saling mengeji.

a) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

( 3 markah )

b) Mengapakah perpaduan kaum perlu dijaga?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 2 markah )
c) Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.
Rakyat perlu bersatu hati jika negara berjaya.

Untuk mengecapi kejayaan, rakyat perlu bersatu


( 1 markah )

Kejayaan dibina tak kekal lama,


Andai kita saling mengeji

d) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 3 markah)

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

KERTAS SOALAN TAMAT

Skema jawapan BM Pemahaman Bahagian B


21. dan, dengan, daripada, atau

22

a) Di manakah awak membeli Buku Rampaian Sains itu?


b) Assalamualaikum, kakak. Bolehkah saya tumpang berteduh sebentar sementara
hujan reda? ( jawapan yang releven dan bersesuaian diterima)
c) Bagai pinang dbelah dua.

23

a) dapat menjadikan murid lebih berdisiplin.


b) Perkara yang perlu dijauhi semasa berada di dalam bilik darjah ialah murid
perlu menghindari daripada berlari, bertolak-tolakan, atau bergaduh.
c)

24

a) pengetahuan
b) Pengirim e-mel kurang sihat kerana kawasan tempat tinggalnya dilanda masalah
jerebu.
c) Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada masalah yang berlaku ini ialah kita
perlulah prihatin akan masalah pencemaran alam sekitar dengan mengambil

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

SULIT

langkah yang bijak untuk memelihara alam sekitar.


d) Sekiranya masalah jerebu melanda kawasan tempat tinggal saya, saya akan
mengurangkan aktiviti di luar rumah seperti bersukan. Selain itu, saya akan
menggunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat terbuka.

25.

a) Dalam rangkap pertama pantu di atas, rakyat Malaysia diajak untuk memupuk
perpaduan.
b) Perpaduan kaum perlu dijaga agar keadaan negara kita aman sejahtera.
Rakyat perlu bersatu hati jika negara berjaya
Untuk mengecapi kejayaan, rakyat perlu bersatu

X
/

c)

d) Baris-baris pantun di atas bermaksud kejayaan yang diperoleh negara tidak akan
bertahan lama jika rakyatnya yang berbilang bangsa mempunyai sikap negatif
seperti saling mengata dan memburuk-burukkan antara satu dengan yang lain.

011@ 2016 Ujian setara bulan Julai

Lihat sebelah

You might also like