You are on page 1of 5

PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG.

Undang-undang adalah dibentuk melalui serangkaian proses yang saling berkaitan dan mengambil
masa yang agak lama untuk diaktakan sebagai perlembagaan. Malaysia merupakan negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu syarat sistem Demokrasi
Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
Perundangan.

Di bawah ini akan dikemukakan empat proses yang dilalui sebelum terbentuknya

undang-undang.
Proses Individu
Undang-undang merupakan sesuatu yang dinamik kerana ia sentiasa berubah seiring dengan peredaran
masa. Pada zaman British, Pendidikan Melayu pada zaman British tidak menekankan pada 3M, iaitu
membaca, menulis dan mengira. Penekanan pendidikan adalah pada pengajaran agama semata-mata.
Ini disebabkan masyarakat pada masa itu amat mementingkan pendidikan agama semata-mata. Individu
yang berpengetahuan agama amat disanjung tinggi dan menjadi tempat rujukan apabila terdapat
sebarang masalah yang timbul, terutama masalah agama.
Masyarakat India telah dibawa oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di estet-estet. Mereka
datang dari tempat yang amat berbeza dari segi sosio-budaya, ekonomi dan politik, setiap bangsa
mempunyai pandangan dan pegangan yang amat berbeza di antara satu sama lain dalam menentukan
peraturan yang dipegang. Bagi masyarakat orang Cina pula, mereka datang sebagai saudagar-saudagar
ke Tanah Melayu yang kemudiannya membuka lombong-lombong bijih timah. Bahkan pandangan dan
pegangan yang dianuti oleh setiap individu dalam sesuatu kelompok itu juga mempunyai perselisihan
yang ketara. Ini disebabkan setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang
akan membentuk ukuran moralnya yang tersendiri. Penilaian moral ini dapat dilihat dari tiga sudut iaitu
norma kebiasaan, kepercayaan dan nilai.

Proses Kumpulan
Setiap individu mempunyai latar belakang atau persekitaran yang tersendiri. Setiap individu akan
membentuk satu kumpulan atau masyarakat yang juga mempunyai latar belakang atau persekitaran
yang sama hasil daripada ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi,
organisasi sosial dan melalui proses politik. Jalinan antara konteks berkenaan menjadi pilihan individu
terhadap norma, kepercayaan dan nilai yang dibentuk untuk memastikan ia saling berkait. Sebagai
contoh, kemajuan dalam bidang pendidikan, melalui perkembangan dalam teknologi maklumat telah
mendatangkan impak kepada perubahan politik semasa terutama dalam urusan pentadbiran. Oleh
kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan terkini melalui sumber maklumat
yang cepat dan pelbagai, maka terbentuklah masyarakat yang berilmu pengetahuan. Mereka mulai
sedar hak-hak mereka sebagai individu atau ahli masyarakat.
Apabila individu atau masyarakat sedar tentang hak-hak mereka, maka tidak dapat tidak
berlakunya perubahan dalam politik yang didokongi oleh majoriti rakyat. Sebagai contohnya, dalam
menyediakan suatu system pendidikan yang berkualiti dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.
Oleh itu rangka perundamngan perlu dibentuk untuk memenuhi kehendak negara dan untuk
menggalakkkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan system politik yang stabil. Setelah sistem
politik stabil dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat, maka secara tidak langsung akan
berlaku juga perubahan dalam system ekonomi. Sebagai contohnya, apabila berlakunya kemajuan
dalam system pendidikan negara, maka sudah tentu corak perbelanjaan untuk mengurus system
pendidikan turut berubah. Kos yang tinggi diperlukan dalam menyediakan keperluan-keperluan
pendidikan yang terkini dan selesa untuk setiap rakyat.
Proses-Proses Sosial
Setiap individu hidup dalam persekitaran yang berlainan antara satu sama lain. Mereka juga tidak
terdedah kepada faktor-faktor teknologi, sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama yang sama.
Keadaan ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu kedudukan individu, unit keluarga, rakan sebaya
dan organisasi rasmi. Oleh kerana individu atau kumpulan yang menganggotai satu-satu organisasi
mempunyai norma, kepercayaan dan nilai yang mungkin berbeza dengan kehendak peraturan
pertubuhan yang lebih besar, maka berbagai cara dapat dilakukan untuk membentuk kesepakatan ini.
Antaranya melalui keputusan ortokratik, penyelarasan birokratik dan melalui gabungan persetujuan
atau kolektif pilihan yang dibuat demi kepentingan ahli dan pertubuhan.

Proses-Proses Politik
Proses penggubalan undang-undang melalui proses politik berlaku apabila norma, kepercayaan dan
nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi
undang-undang yang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah untuk menyelesaikan sebarang
masalah atau konflik yang timbul. Oleh itu dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat
dipertanggungjawabkan untuk membentuk undang-undang melalui sistem perwakilan yang
diwujudkan. Sebagai contoh, Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan
Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang dan dipersetujui oleh Yang Di
Pertuan Agung.
Dari segi sejarah, kuasa membuat undang-undang itu sememangnya ada pada kuasa Sultan.
Parlimen hanyalah menjadi badan penasihat Sultan sahaja. Tetapi dengan perubahan zaman, kuasa
mutlak yang dipunyai oleh Sultan itu telah beransur-ansur berkurangan, sehingga pada akhirnya kuasa
Sultan yang tinggal hanyalah setakat memberi persetujuannya kepada rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh dua dewan Parlimen itu.
Bagi meluluskan satu-satu rang undang-undang maka sesebuah dewan Parlimen itu perlu melalui
empat peringkat iaitu :a. Bacaan pertama ;
b. Bacaan Kedua ;
c. Perbicaraan dalam jawatankuasa ; dan
d. Bacaan Ketiga
Sebagai contohnya dalam meluluskan satu-satu akta dalam perundangan pendidikan di Malaysia.
Di mana telah berlaku beberapa siri perubahan dalam rangka perundangan. Perubahan ini berlaku
kerana desakan dan keperluan rakyat yang semakin berubah. Rangka perundangan pendidikan di
Malaysia telah melalui empat fasa iaitu :a. fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris ;
b. fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila dua ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan ;
c. fasa pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan
d. fasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1966.
Fasa Pertama
Pada fasa ini, pendorong terpenting dalam reformasi pendidikan ialah usaha pembentukan satu identiti

kebangsaan. Ini digalakkan melalui semangat nasionalisme, proses Malayanisasi, dan kepentingan
pendidikan sebagai alat perpaduan kebangsaan. Hasrat untuk mewujudkan suatu pemerintahan
bercorak pentadbiran dan pemerintahan sendiri hanya menjadi reality sekiranya semua kanak-kanak
mendapat pendidikan yang sama.
Fasa Kedua
Proses pembentukan semula sistem pendidikan bermatlamat untuk menyatupadukan ketiga-tiga kaum
utama di Malaysia, iaitu kaum Cina, Melayu dan India. Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia
Kedua yang menekankan pendidikan kepada pelajar berdasarkan kaum telah membawa kepada satu
masalah yang serius kerana dari dasar itu telah mewujudkan unsure perkauman di sekolah. Isu tentang
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, pembentukan suatu system pendidikan
kebangsaan yang bersepadu dan langkah-langkah untuk memupuk perpaduan kebangsaan di kalangan
masyarakat majmuk telah menjadi agenda utama dalam perancangan pendidikan.
Konsep menyediakan peluang pendidikan yang saksama, penyediaan pendidikan peringkat
rendah secara wajib dan percuma dan pengukuhan pendidikan menengah merupakan beberapa cabaran
yang diberikan perhatian untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik negara. Pada fasa ini dua
ordinan pelajaran teah diluluskan dengan matlamat untuk menyediakan suatu system pendidikan
kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia.
Fasa Ketiga
Fasa ini melibatkan rancangan dan strategi mengkaji semula dasar pendidikan yang telah dicadangkan
dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk di bawah pimpinan
Encik Abdul Rahman bin Haji Taib untuk menilai sejauh mana dasar berkaitan dengan kurikulum
sekolah yang sama, penubuhan maktab perguruan, dan penyediaan pendidikan sekolah rendah yang
menggunakan bahsa pengantar menurut kehendak ibu bapa telah dicapai.
Fasa Keempat
Fasa ini bermula dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996. Konsep pengetahuan telah menjadi tema
utama dalam system pendidikan kebangsaan menjelang tahun 1990-an dan abad ke -21. Perkembangan
pesat dalam bidang sains, teknologi maklumat dan peranan signifikan internet memerlukan seseorang
individu itu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang relevan untuk mengekalkan status dan daya
saing. Menurut Akta Pendidikan 1996, ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan
penyelamat bangsa. Matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk membolehkan masyarakat

Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang semakin
berdaya saing dan bersifat global. Pendidikan dianggap sebagai suatu saluran penting untuk
menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya samada dari segi ekonomi,
sosial, rohani, moral ataupun etika. Pendidikan juga merupakan suatu saluran penting untuk
membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Akta ini juga berusaha
membantu kerajaan untuk membentuk system pendidikan yang bertaraf dunia.

You might also like