You are on page 1of 10

EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI DAN METODOLOGI DALAM WACANA ISU

SOSIOLOGIKAL
Ismahalil Ishak Mohd. Nazlee
1.0 PENDAHULUAN
Penulisan esei yang bertajuk Bincangkan pemahaman anda berkenaan Epistemologi,
Ontologi dan Metodologi ini akan di bincangkan oleh penulisan menerusi 3 bahagian
utama. Setiap bahagian akan membincangkan setiap komponen iaitu epistemologi, ontologi
dan metodologi di mana setiap komponen akan dibincangkan daripada aspek definisi, bentuk
dan contoh-contoh terhadap fenomena sosial yang dipilih supaya artikulasi ketiga-tiga konsep
ini dapat dinyatakan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Bahagian terakhir dalam
penulisan ini akan merumuskan ketiga-tiga konsep tersebut dengan secara keseluruhannya.
2.0 EPISTEMOLOGI
2.1 Pendahuluan
Secara amnya, epistemologi dapat ditafsirkan sebagai asal-usul serta pemikiran yang menjadi
asas kepada kewujudan sesuatu ilmu. Epistemologi juga merupakan salah satu cabang
pemikiran utama dalam bidang falsafah di mana ia membahaskan berkenaan bagaimana
sesuatu kewujudan ilmu itu sebagai theory of knowledge khususnya berkenaan kaedah,
pengesahan dan kesahan untuk mendapatkan ilmu daripada realiti sosial (Grix 2002).
Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Greek iaitu kombinasi di antara perkataan
episteme iaitu ilmu dan logos yang bermaksud kajian. Sebelum membicarakan dengan
lebih lanjut berkenaan epistemologi, penulis akan membincangkan berkenaan, apakah yang
dimaksudkan dengan ilmu? Secara konseptualnya, ilmu melibatkan proses kognitif kompleks
menerusi persepsi, komunikasi, pengalaman dan penghujahan tentang sesuatu perkara (Cavell
2002). Proses ini membawa kepada pemahaman manusia tentang sesuatu perkara secara
sistematik dan diinterpretasikan oleh manusia secara sedar. Sungguhpun sehingga kini masih
lagi terdapat perdebatan dan perbahasan berkenaan pendefinisian ilmu, bagi ahli falsafah
terdapat satu definisi yang dinyatakan oleh Plato iaitu justify true belief (Fine 2003). Secara
ringkasnya, sesuatu ilmu itu mesti boleh memberi justifikasi terhadap dakwaan yang dibuat, ia
semestinya benar berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan ia mesti boleh dipercayai tentang
kesahihannya. Contohnya, sekiranya kita mengandaikan bahawa kita mengetahui tentang
seseorang pernah sampai dan berjalan di atas permukaan bulan. Untuk memastikan penyataan
ini sebagai ilmu yang sahih, dakwaan tersebut mestilah boleh diberi justifikasi tentang
kebenarannya, fakta yang sahih dan kepercayaan bahawa sememangnya pada tahun 1969 sekumpulan
manusia telah mendarat di permukaan bulan menerusi kapal angkasa Apollo 11 dan manusia pertama
yang menjejakkan kaki di bulan adalah Neil Armstrong
.
2.2 Definisi epistemologi
Blaikie (1993) menerangkan epistemologi secara jelas sebagai the theory or science of the
method or grounds of knowledge di mana ketiga-tiga aspek ini digunakan sebagai kaedah
atau cara untuk memperoleh sesuatu ilmu daripada realiti sebenar yang berlaku, bagaimana
apa yang berlaku itu di ketahui, apa yang boleh diketahui dan apakah tuntutan yang perlu
dipenuhi untuk menjelaskan sesuatu ilmu tersebut. Menurut Chia (2002) pula, epistemologi

merujuk kepada how and what it is possible to know serta keperluan untuk mencerminkan
bagaimana ilmu itu dihasilkan berasaskan kaedah dan piawai yang sahih dan dipercayai dan
akhir sekali Hatch dan Cunliffe (2006) merumuskan epistemologi sebagai knowing how you
can know dan seterusnya memperkembangkan rumusan beliau kepada persoalan bagaimana
ilmu itu dihasilkan, bagaimanakah realiti yang berlaku diterangkan dan apakah kriteria yang
membezakan antara ilmu yang baik dan ilmu yang tidak baik. Selain daripada tiga sarjana
yang telah dinyatakan sebelum ini, Bryman (2004) dan Saunders et al. (2007) telah
membincangkan epistemologi sebagai satu cabang bidang falsafah yang membincangkan teori
tentang ilmu dan menitikberatkan mengenai ilmu yang diterima umum mengikut disiplin
bidang masing-masing seperti biologi, fizik, astronomi dan sosiologi. Justeru, dapat
disimpulkan di sini bahawa elemen yang telah diutarakan ini membawa kepada satu
pemahaman tentang epistemologi iaitu apa dan bagaimana manusia mengetahui tentang
sesuatu ilmu dan mengetahui apa yang kita ketahui terutama daripada realiti sosial.
Epistemologi juga boleh digunakan untuk membahas dan menerangkan sesuatu fenomena
sosial yang berlaku. Epistemologi mempunyai beberapa pendekatan yang sering digunakan
oleh penyelidik seperti positivism, Interpretivism, empiricism, rationalism dan constructivism.
Setiap pendekatan ini mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dan bergantung pada reka
bentuk penyelidikan yang ingin digunakan oleh penyelidik. Bagi membincangkan
epistemologi dengan lebih terperinci, dua pendekatan utama iaitu positivism
dan Interpretivism akan digunakan untuk menerangkan fenomena sosial terpilih.

2.3 Positivism
Blaike (2007) telah mengklasifikasikan positivism sebagai cabang pemikiran falsafah klasik
yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Positivism adalah satu pendekatan yang melihat realiti
sosial berdasarkan realiti yang objektif berdasarkan pemerhatian yang sistematik dan uji kaji
seperti yang dinyatakan oleh Easterby-Smith et al (2002) iaitu ilmu hanya akan menjadi
signifikan sekiranya ia berpandukan pemerhatian daripada aspek realiti objektif dan bersifat
luaran (external reality). Di dalam bidang sains sosial khususnya sosiologi, pendekatan
Positivism sebagai salah satu epistemologi sering kali diperbahaskan sungguhpun terma
tersebut telah digunakan sejak kebelakangan ini oleh para pengkaji sains sosial (Giddens
1974). Sungguhpun demikian, aplikasi Positivism dalam memperoleh dan memahami realiti
sosial mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam kajian sosiologi seperti mendapatkan
gambaran umum menerusi pemerhatian yang sistematik dan berpandukan statistik walaupun
pendekatan ini banyak digunakan oleh saintis. Salah satu sumber utama di dalam pendekatan
Positivism adalah memahami realiti menerusi bukti yang empirikal. Menurut Keat (2013),
empirikal data menerusi statistik memainkan peranan penting di dalam bidang sains sosial.
Statistik berperanan menggambarkan realiti sosial dengan menggunakan kaedah yang
sistematik di mana pengkaji menerangkan sesuatu keadaan menggunakan pandangan yang
objektif berpandukan statistik yang diperoleh (external reality) dan tidak dipengaruhi oleh
penilaian sendiri (value-freedom). Untuk menerangkan bagaimana Positivism dapat diaplikasikan
dalam disiplin sosiologi, penulis akan menggunakan fenomena bunuh diri dengan mengambil
contoh di Malaysia. Kejadian bunuh diri merupakan satu tragedi yang sukar untuk
digambarkan dan ia suatu masalah kesihatan di dalam masyarakat kita. Justeru, pendekatan
Positivism berdasarkan data daripada statistik yang empirikal akan digunakan untuk menerang
dan memahami senario bunuh diri di Malaysia dengan lebih terperinci. Berdasarkan
penyelidikan yang dilakukan oleh National Suicide Registry Malaysia pada tahun (2009),
didapati kadar bunuh diri di Malaysia adalah 1.18 per 100 000 penduduk di mana julat umur

mereka yang melakukannya adalah di antara 14 hingga 95 tahun dengan median umur 37
umur. Ini bermakna 50 peratus mereka yang terlibat adalah di bawah umur 37 tahun dan 50
peratus lagi adalah dalam kalangan mereka yang berumur 37 tahun dan ke atas. Daripada
aspek gender, golongan lelaki lebih ramai terlibat berbanding golongan wanita dengan nisbah
2.9:1 dan majoriti daripada mereka adalah warganegara Malaysia (89%). Golongan India pula
mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi iaitu 3.67 per 100 000 penduduk manakala Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar terendah dengan masing-masing 0.32
dan 0.37 per 100 000 penduduk. Lantaran itu, berpandukan statistik yang sahih dan empirikal
daripada kajian yang dilaksanakan ini, ia telah memberikan maklumat dan pengetahuan
kepada kita berkenaan isu bunuh diri di Malaysia. Di samping itu, statistik yang dikemukakan
ini juga telah memberi input yang berguna kepada pemahaman tentang isu bunuh diri di
Malaysia di mana ia menunjukkan profil-profil mereka yang telah melakukan bunuh diri
daripada aspek gender dan etnik.
2.4 Interpretivism
Interpretivism adalah pendekatan untuk memperoleh ilmu menerusi konstruksi sosial dan
interpretasi subjektif oleh pengkaji terhadap sesuatu fenomena sosial yang dikaji (Carson et
al. 2001). Pengkaji akan menghuraikan data yang diperoleh daripada kerja lapangan yang
dilakukan dengan membangunkan konstruk-konstruk yang sesuai dan seterusnya membuat
kesimpulan
berpandukan
persepsi
mereka.
Menurut
Saunders
et
al
(2007), Interpretivism adalah pendekatan dalam epistemologi yang membolehkan pengkaji
memahami perbezaan antara manusia sebagai pelaku sosial iaitu dengan erti kata
lain, pengkaji sebagai pelaku sosial yang mempunyai pengal aman hidup tersendiri dan
terlibat sama dalam kehidupan seharian dalam masyarakat memberi makna terhadap
fenomena sosial yang dikaji. Ini bermakna, pengalaman hidup dalam realiti sosial merupakan
aspek penting pendekatan Interpretivism dalam menganalisis dan memahami sesuatu
fenomena sosial yang berlaku. Untuk mengaitkan Interpretivism dalam memahami realiti
sosial yang berlaku, penulis akan menggunakan fenomena sosial gengsterisme dengan
mengambil contoh penglibatan pelajar sekolah di dalam aktiviti ini. Gengsterisme merupakan
satu senario yang dianggap menular dalam kalangan remaja dewasa ini sungguhpun senario
ini sudah lama wujud dalam kalangan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan
menggunakan pendekatan Interpretivism, beberapa persoalan utama boleh digunakan untuk
memahami isu ini dengan lebih mendalam seperti apakah kesan penglibatan dalam aktiviti
gengster kepada pelajar, mengapa pelajar mudah terdedah kepada penglibatan dalam
gengsterisme dan apakah struktur yang terdapat di dalam pergerakan gengster. Penglibatan
pelajar sekolah dalam aktiviti gengsterisme bukan sahaja berkemampuan menghalang
pencapaian remaja di dalam bidang akademik, malahan ia mampu untuk memberi kesan
kepada perkembangan remaja dan seterusnya pembangunan negara. Menurut Thrasher (1963)
dalam kajiannya berkenaan aktiviti gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja
golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang atau kumpulan haram. Golongan remaja ini
mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh
keseronokan dalam kumpulan mereka. Beliau menyimpulkan bahawa gang adalah sebuah
kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan
dalam kelompok yang besar, mempunyai sistem pergerakan dalam kumpulan serta
mempunyai perancangan strategik yang tersendiri. Jelas di sini menunjukkan bahawa
penyertaan remaja di dalam aktiviti gang ini merupakan satu evolusi kerana ikatan setia
kawan serta cuba sedaya upaya untuk mengekalkan identiti gang mereka. Menerusi kajian ini,
jelas menunjukkan bahawa pemahaman mengenai isu yang dikaji bukan sahaja dapat
dijelaskan dengan maklumat daripada statistik dan laporan kes daripada pihak berkuasa

sahaja, malahan fenomena ini dapat dijelaskan daripada perspektif pengkaji yang memberi
makna dan memberi interpretasi berasakan pemerhatian dan kerja lapangan yang dilakukan.

3.0 ONTOLOGI
3.1 Pendahuluan
Seterusnya adalah tentang ontologi, yang mana kebiasaannya dalam penyelidikan atau kajian,
ontologi merupakan permulaan proses tersebut. Ontologi merupakan perkataan berasal dari
bahasa Greek iaitu onto bermaksud sesuatu yang wujud atau kewujudan dan logi atau
logia bermaksud science, teori dan kajian. Contohnya, kita mengetahui kewujudan tentang
masalah penggunaan dadah di kalangan remaja yang tinggal di FELDA Jengka, Pahang.
Realiti tentang kewujudan isu tersebut adalah melalui pemerhatian sama ada daripada sumber
yang diperoleh daripada media elektronik dan cetak serta pengalaman yang diperoleh
daripada rakan-rakan yang berasal dari tempat tersebut.
3.2 Definisi
Menurut Blaikie (2007), ontologi merupakan cabang falsafah yang membawa erti konsepsi
mengenai realiti, tidak kira sama ada yang nyata atau abstrak, yang selanjutnya
mempengaruhi cara manusia mendefinisikan diri dan alam di sekitarnya. Ontologi merupakan
satu entiti, sifat atau komponen sesuatu benda. Ontologi merupakan idea atau andaian tentang
sesuatu realiti sosial (situasi dalam masyarakat). Sesuatu idea itu sama ada boleh di lihat atau
tidak. Di dalam kajian sains sosial, ontologi akan memberi jawapan kepada persoalan What
is the nature of social reality?. Setiap paradigma penyelidikan di jelmakan bayangannya tentang
keadaan yang wujud tentang dunia ini akan di sokong oleh andaian ontologikal. Dalam erti
kata lain, ia menggambarkan pandangan terhadap bentuk atau corak realiti tersebut sama ada
yang tersirat atau yang jelas kewujudannya dan secara terperinci adakah realiti tersebut bersifat objektif
di mana ia benar-benar wujud atau realiti tersebut suatu yang subjektif dan hanya di cipta oleh
minda manusia. Manakala Bryman (2004), mendefinisikan bahawa ontologi sebagai suatu
sifat tentang entiti sosial dan bagi Saunders et al. (2007), menyatakan bahawa ontologi adalah

satu teori mengenai sifat fenomena dan merupakan entiti sosial yang akan dimasukkan ke
sistem pengetahuan. Ontologi merupakan entiti, komponen atau sifat yang di anggap wujud
oleh sesuatu teori atau strategi. Andaian ontologikal merujuk kepada idea-idea yang bersifat
realiti sosial. Ontologi mempunyai hubungan rapat dengan epistemologi. Epistemologi adalah
kajian tentang pengetahuan, walhal ontologi pula adalah kajian tentang kewujudan sesuatu.
Kedua-duanya boleh digunakan untuk memahami pembinaan pengetahuan sains sosial, memandangkan
kedua-duanya tidak boleh di pisahkan, tetapi harus dihubungkan secara logik. Dalam
pendekatan terhadap menjalankan penyelidikan, hubungan antara ontologi, epistemologi dan
metodologi adalah sangat kritikal dan penyelidik perlu jelas tentang hubungan antara konsepkonsep ini. Grix (2002), menyatakan bahawa semua penyelidikan harus bermula dengan
memahami ontologi, diikuti dengan epistemologi dan seterusnya metodologi. Terdapat
kesinambungan yang logik di antara konsep-konsep ini dan ia disusuli dengan satu proses
yang sistematik. Ontologi adalah keutamaan dalam penyelidikan dan ia adalah andaian yang
dibuat mengenai sifat realiti sosial. Secara ringkas, ontologi memberi fokus tentang dengan
apa yang kita percaya adalah merupakan realiti sosial. Kesedaran penyelidik dalam
memahami, mengakui serta mempertahankan kedudukan ontologikal mereka adalah penting.
Ini merujuk tentang ontologikal individu tersebut dalam memberi jawapan terhadap persoalan
tentang apakah realiti sosial dan alam politikal semulajadi yang ingin dikaji? (Hay 2002). Di
dalam perspektif sosiologi, persoalan ontologi di anggap sebagai satu persoalan apakah
tentang sosiologi tersebut. Sebagai contoh, ia sebagai satu percubaan atau kajian bagaimana
mencari penyelesaian tentang permasalahan sosial? Ia juga adalah jawapan kepada persoalan
mengapa atau kenapa kita di sini? Seterusnya ia menghuraikan peraturan asas bagi
pembangunan sosial tersebut dan akhir sekali ia adalah untuk memahami sifat interaksi sosial
dan sebagainya.
Kepentingan persoalan ontologi adalah untuk memberi jawapan yang kita berikan kepada
soalan-soalan itu tentang keadaan cara kita melihat tujuan sosiologi sebagai subjek dan ia
adalah cara kita menangani diri kita untuk menyelidik perkara serta cara kita melihatnya dan
mengkaji dunia sosial dengan cara yang sesuai iaitu dalam pilihan bagi kaedah penyelidikan.
Menurut Alemika (2002), asas persoalan bagi tujuan kajian adalah seperti ; apa yang wujud?
Dalam bentuk apa ia wujud?. Dalam keadaan apa ia wujud? Apakah hubungannya dengan
perkara-perkara lain yang dikatakan wujud? Dalam disiplin Sains Sosial, ia mendakwa
tentang adanya tingkah laku manusia dalam konteks dan hubungan sosial, kumpulan sosial,
dan institusi sosial. Sebagai contoh, Sosiologi membuat dakwaan tentang kewujudan entiti
seperti kelas sosial, institusi, budaya, dan lain-lain dan evolusi mereka, transformasi,
ketabahan dan hubungan antara satu sama lain.
3.3 Pertimbangan ontologi dalam Penyelidikan
Persoalan ontologi dalam kajian sains sosial adalah berkaitan dengan sifat realiti. Terdapat dua
pendekatan yang luas dan berbeza cara iaitu Objektivisme yang memegang bahawa terdapat adalah satu
realiti yang bebas dan Konstruktivisme yang menganggap bahawa realiti adalah hasil dari
proses sosial (Neuman 2003). Ini dapat di lihat daripada dua orientasi yang berbeza oleh
mereka yang berorientasikan Positivism dan Interpretivism. Bagi orientasi melalui pendekatan
positivist, ia adalah berkenaan dengan realiti sebagai penemuan 'di luar sana' iaitu dunia
dengan menggunakan metodologi sains konvensional (Bassey 1995).
Manusia, melalui penggunaan deria mereka dan boleh melihat realiti ini dan penemuan realiti
tentang tindakan oleh manusia di nyatakan dalam bentuk kenyataan fakta. Penyelidik tidak
menganggap diri mereka sebagai pemboleh ubah penting dan terpisah daripada penyelidikan

itu. Manakala bagi orientasi interpretive, mereka tidak dapat menerima idea bahawa terdapat
kenyataan 'di luar sana', yang wujud tanpa mengira faktor tentang manusia tersebut. Mereka
melihat realiti sebagai pembinaan manusia (human construct) (Mutch, 2005). Interpretive
melihat tentang realiti dan makna pembinaan sosial dan ia berpendapat bahawa manusia
sendiri telah membina atau mewujudkan realiti sosial tersebut.

3.4 Andaian Ontologi (Ontological Assumption);


thought) dalam Perspektif Penyelidikan Sosial

Cabang

Pemikiran

(School

of

Peranan penyelidik adalah untuk memahami dan menjelaskan fenomena sosial, menumpukan
perhatian kepada isu-isu tertentu dan untuk mencabar kepercayaan konvensional tentang
sosial dan semula jadi alam. Penyelidikan sosial, bagaimanapun, berbeza daripada sains
semula jadi, kerana penyelidik dapat bertanya soalan dari orang-orang yang mereka kaji.
Menurut Gidden (1997), manusia tidak seperti objek alam semula jadi, dan makhluk yang
menyedari dan memberikan rasa serta maksud kepada apa yang mereka lakukan. Kita tidak
dapat menggambarkan sosial kehidupan dengan tepat melainkan kita memahami konsepkonsep yang mereka lakukan dalam tingkah laku mereka. Ini adalah perlu untuk
menggambarkan idea-idea utama dan perbahasan dalam sains sosial untuk mengkaji
hubungan di antara teori sosial dan penyelidikan. Berikut merupakan andaian ontologi
menurut perspektif di antara Idealist/Subjectivism dan Realist/Objectivism;
3.4.1 Idealist/Subjectivism
Idea atau pandangan bahawa kehidupan sosial adalah hasil dari interaksi sosial dan
kepercayaan pelaku sosial. Ini merujuk kepada kepercayaan bahawa fenomena sosial telah
diciptakan melalui persepsi dan tindakan daripada orang-orang yang di kaji berkenaan dengan
kewujudan mereka. Teras andaian ontologi bagi pendekatan kepada sains sosial adalah
bahawa realiti adalah hasil daripada imaginasi manusia.
3.4.2 Realist/Objectivism
Kepercayaan bahawa fenomena sosial dan makna mereka mempunyai kewujudan yang bebas
daripada aktor sosial yang dikaji. Ia berasaskan andaian bahawa fenomena sosial dan kategori
yang kita gunakan setiap hari melalui perbincangan mempunyai kewujudan yang bebas atau
berasingan daripada aktor tersebut. Mempunyai kepercayaan bahawa penyelidikan sosial
boleh mengamalkan cara sains semula jadi, terutama dalam penggunaan nombor untuk
mengukur hubungan antara pemboleh ubah yang ingin dikaji.
Contoh ontologi penulis cuba huraikan adalah tentang fenomena sosial berkaitan dengan isu
Kajian tentang masalah kemurungan di kalangan remaja di Malaysia. Menurut andaian
perspektif Realist/Objectivism, dasar pendidikan yang di perkenalkan oleh pihak berkuasa
atau kerajaan yang membuat pelajar wajib lulus subjek tertentu. Mereka perlu mengikut
sistem yang telah diarahkan untuk mereka lulus dalam subjek mata pelajaran yang tertentu dan
cemerlang bagi mendapat keputusan yang baik. Sebaliknya, Idealist/Subjectivism melihat melalui
pandangan dalam isu seperti hubungan pelajar dengan ahli keluarga mungkin bermasalah,
harapan yang tinggi daripada keluarga, sekolah dan masyarakat, pengaruh rakan sebaya,
pengaruh budaya negatif serta pengalaman yang mereka tempuhi.
4.0 METODOLOGI

4.1 Pendahuluan
Metodologi merupakan strategi penyelidikan yang merujuk kepada kaedah dan pendekatan
yang diambil oleh pengkaji di dalam melaksanakan sesebuah kajian empirikal yang dijalankan
(Scott & Marshall 2009). Ia juga menerangkan tatacara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab
sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Dalam erti kata lain, metodologi merujuk
kepada teori atau pendekatan berkenaan kaedah kajian yang akan digunakan. Teori tersebut
adalah faktor utama kepada pengkaji di dalam memikirkan persoalan seperti apa yang hendak
dikaji?, siapa yang hendak dikaji?, di mana hendak dikaji? dan bagaimana hendak
menjalankan kajian ini? Justeru, metodologi akan membawa kepada pembentukan reka
bentuk kajian yang akan membolehkan pengkaji mendapat gambaran keseluruhan bagaimana
hendak menjayakan kajian tersebut. Di samping itu, metodologi merupakan cara bagaimana
kita menimba ilmu tentang dunia atau cara satu menyatakan dan pendekatan teori bagi
pengeluaran data. Metodologi merupakan satu strategi penyelidikan yang diterjemahkan
ontologi dan epistemology prinsip ke dalam garis panduan yang menunjukkan bagaimana
penyelidikan akan dijalankan (Sarantakos 2005).
4.2 Pendekatan Positivist
Positivist menggunakan paradigma penyelidikan melalui kaedah kuantitatif. Realist/
objectivist
ontologi dan empiricist epistemologi yang terkandung dalam positivist di mana
paradigmanya memerlukan kaedah penyelidikan yang objektif atau berkembar, di mana
penekanan kepada mengukur pemboleh ubah dan menguji hipotesis yang dikaitkan dengan
umum penjelasan atas sebab-sebabnya. Penyelidikan positivist menggunakan reka bentuk
eksperimen untuk mengukur kesan, terutamanya melalui perubahan kumpulan. Teknik-teknik
pengumpulan data memberi tumpuan kepada mengumpul data dalam bentuk nombor bagi
tujuan membolehkan keterangan yang akan dibentangkan dalam bentuk kuantitatif.
4.3 Pendekatan Interpretivist
Sebaliknya, kaedah kualitatif adalah di dorong oleh epistemologi interpretivist dan ontologi
constructionalist. Ini menganggap bahawa makna mendalam melalui pengalaman peserta dan ia
diselesaikan melalui persepsi penyelidik sendiri. Pengkaji menggunakan kaedah metodologi
kualitatif dan terlibat dalam budaya atau kumpulan dengan memerhatikan manusia yang dikaji
dan interaksi mereka, sering menyertai aktiviti, menemuramah informan, merekod sejarah
hidup mereka, membina kajian kes, dan menganalisis dokumen yang sedia ada atau matlamat
adalah untuk memperoleh pandangan orang dalam kumpulan yang dikaji.
4.4 Pendekatan Induktif
Pendekatan atau teori induktif ialah satu proses yang memberikan penjelasan umum
berdasarkan pemerhatian yang khusus. Pendekatan ini dimulakan dengan pengkaji
mendapatkan satu set dapatan kajian daripada sesebuah penyelidikan lain yang seakan-akan
sama dan seterusnya membina dan membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil
tersebut (Hagan 1993). Sebagai contoh, pengkaji mendapati bahawa terdapat sekumpulan
remaja berumur empat belas tahun di sebuah projek perumahan suka menconteng lukisan di
dinding. Ini menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sama ada masalah ini berlaku dengan
meluas? Berapa ramaikah remaja belasan tahun tersebut di kawasan perumahan yang sanggup menconteng

dinding-dinding tersebut? Dalam pendekatan induktif, pengkaji akan mencari satu kes dan
memerhatikan pemboleh ubah yang berkaitan dengannya. Seterusnya pengkaji akan
memerhatikan perkaitan serupa itu dalam beberapa kes yang lain. Akhirnya, pengkaji akan
membentuk satu teori yang umum untuk menjelaskan perkaitan dalam semua kes yang
diperhatikan (Sabitha Marican 2009).
4.5 Pendekatan Deduktif
Dalam pendekatan ini, penyelidik akan memulakan kajiannya dengan sesuatu teori untuk
menjelaskan sesuatu fenomena. Penyelidik akan mengumpulkan data mengenai sesuatu kes
dan menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan data yang diperoleh. Pendekatan deduktif
lazimnya menggunakan proses logik yang bermula dengan kesimpulan yang umum dan
membuat ramalan berdasarkan pengujian ke atas pemerhatian yang lebih spesifik. Persoalan
kajian dibentuk berasaskan pada pengetahuan mengenai prinsip-prinsip umum oleh pengkaji
(Sabitha Marican 2009). Melalui kaedah ini ia membolehkan pengkaji membuat ramalan dan
seterusnya menguji andaian tersebut yang dikenali sebagai pengujian kepada hipotesis yang
dibangunkan. Dengan teknik-teknik tertentu seperti menggunakan kaedah statistik, hipotesis
tersebut diuji dan seterusnya membuat generalisasi kepada populasi kajian yang dikaji.
Contohnya seseorang pengkaji ingin mengetahui berapakah jumlah pasangan di Malaysia
yang menggunakan alat perancang keluarga untuk merancang dan menjarakkan kehamilan. Di
peringkat awal penyelidikan, pengkaji telah mengandaikan bahawa hanya satu per empat sahaja
wanita di Malaysia yang menggunakan alat perancang keluarga dan andaian ini dibangunkan berdasarkan
teori yang dipilih oleh pengkaji. Setelah menjalankan penyelidikan, di dapati 60 peratus
wanita di Malaysia telah menggunakan sebarang alat perancang keluarga. Justeru, dengan
pendekatan deduktif ini, pengkaji telah berjaya menyangkal andaian yang dibuat dan seterusnya
membuat rumusan bahawa majoriti wanita Malaysia menggunakan alat perancang keluarga.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya esei ini telah membincangkan mengenai paradigma dalam sesuatu kaedah
penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan
amat penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih.
Andaian paradigma ini perlu kita fahami dan akan membantu penyelidik menyusun dan
merancang strategi penyelidikan yang akan di jalankan. Jika pertimbangan ini diambil kira,
penyelidik tidak akan membuat pilihan kaedah berdasarkan salah tanggap dan seterusnya
tidak akan membuat dakwaan yang tidak munasabah berhubung dengan dapatan atau
pengetahuan hasilan kajiannya iaitu melalui dua paradigma penyelidikan iaitu Positivist dan
Interpretive. Kedua-duanya terdiri daripada tiga andaian melalui Epistemologi (pengetahuan),
Ontologi (kewujudan) dan Metodologi. Seperti yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan
utama iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif dan melalui pendekatan atau
teori induktif dan deduktif. Metodologi tidak terpisah daripada andaian-andaian yang
penyelidik buat tentang realiti yang hendak dikaji dan tentang pengetahuan yang akan
dihasilkan tentang kajian yang akan dijalankan penyelidik.

You might also like