You are on page 1of 1

Abstrak

Alat inovasi Multihex dicipta untuk meningkatkan tahap ketangkasan individu


dalam sukan permainan. Ketangkasan adalah salah satu daripada komponen
kecergasan fizikal. Idea Multihex adalah modifikasi daripada Agility Ladder yang
tidak boleh diubah rangka bentuknya. Alat inovasi Mulithex direka cipta dengan
beberapa konsep iaitu mudah dibawa, mudah dikendali, ringan, dan kos rendah.
Multihex senang diubah dari segi rangka bentuk dan memberi cabaran baru
kepada individu. Alat inovasi ini sesuai digunakan bagi semua golongan yang
menceburi bidang sukan. Penggunaan alat Multihex dapat membantu individu
bertindak balas dan mengubah arah dengan cepat serta meningkatkan prestasi
mereka semasa melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan permainan. Multihex
mempunyai banyak kegunaan sama ada digunakan dalam latihan ataupun sebagai
alat dalam permainan kecil. Multihex dapat membantu individu berlatih dengan
efektif dan secara menyeluruh dengan melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.