You are on page 1of 9

MEMBANTU MURID MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN

MENULIS SIMBOL BAGI NOTASI MUZIK DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH MINI GIANT DICE

Venessa Joseph Sagar Singh

Chang Yun Ping


Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid menulis simbol notasi
muzik bagi simbol semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa skor lagu dengan betul dan
tepat dengan menggunakan Mini Giant Dice (MGD). Subjek kajian dalam kajian ini
terdiri daripada 2 orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Laksamana yang
menunjukkan prestasi yang rendah dalam lembaran kerja serta ujian diagnostik. Keduadua subjek kajian ini juga telah diuji dan disahkan mengalami kekeliruan dalam
penulisan simbol notasi muzik semasa ujian amali dilaksanakan. Data yang dikumpul
melalui ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan penulisan simbol notasi bagi
subjek kajian A sebanyak 81% manakala subjek kajian L pula sebanyak 75% selepas
menjalankan strategi MGD. Kajian ini dijalankan sebanyak 6 peringkat iaitu dengan
menunjukkan kad imbasan yang mempunyai simbol notasi, kad imbasan yang
mempunyai perkataan nama notasi, menunjukkan MGD, Mini Flash Card Giant Dice
(MFCGD), membaling MFCGD dan peringkat terakhir ialah menulis simbol notasi
muzik. Keenam-enam peringkat strategi tindakan ini menggunakan instrumen senarai
semak untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan penggunaan MGD dalam
mempertingkatkan kemahiran murid untuk menulis simbol notasi muzik. Selain itu,
lembaran kerja, pemerhatian dan borang soal selidik digunakan dalam membantu
pengumpulan data selepas menjalankan kaedah MGD bagi menerima maklum balas
daripada kedua-dua subjek kajian. Keputusan daripada lembaran kerja, pemerhatian serta
borang soal selidik jelas menunjukkan bahawa tindakan strategi MGD ini berjaya
membantu kedua-dua subjek kajian saya dalam mempertingkatkan kemahiran mereka
untuk menulis simbol notasi muzik bagi notasi semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa
skor lagu dengan betul dan tepat.

Pengenalan
Mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran yang kurang dititikberatkan oleh
kebanyakan sekolah. Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman saya semasa menjalani
pengalaman berasaskan sekolah, latihan mengajar, internship dan kolaborasi bersama rakan
guru-guru pelatih yang lain. Keadaan ini sangat memilukan apabila masa pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik diambil alih atau diberikan kepada mata pelajaran lain seperti
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di samping itu, literasi muzikal juga
kurang ditekankan di kebanyakan sekolah. Sepanjang tiga fasa menjalani latihan mengajar, saya
amat tertarik dengan tajuk sistem notasi kerana ilmu muzik ini merupakan asas kepada
pembacaan skor. Dalam pendidikan Muzik, semua murid mesti mengenali simbol notasi dan
nilai notasi sebelum mereka pandai bermain alat muzik. Berdasarkan pernyataan yang
dinyatakan oleh Johami Abdullah (1993) ms. 78) gerak balas muzikal kepada notasi muzik ini
merujuk kepada kemahiran memainkan alat muzik berpandukan simbol-simbol dalam sistem
notasi muzik yang terdapat dalam skor sesebuah lagu. Secara tidak langsung, para pelajar akan
memahami simbol-simbol yang digunakan dalam sistem notasi muzik. Dengan itu, mereka juga
harus berupaya untuk memberikan gerak balas muzikal kepada notasi muzik. Kemahiran
menulis dan membaca simbol notasi muzik ini di bawah tajuk Bahasa Muzik. Pernyataan saya
ini adalah berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Pendidikan Muzik (2002) mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

137

Membaca dan menulis notasi muzik (ms. 2) Bukan itu sahaja malah, Laporan Kajian Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah (2000) juga menyatakan bahawa
kemahiran membaca simbol notasi muzik penting terutamanya dalam persembahan.Sistem
notasi merupakan satu bahasa dimana, hanya melalui pendidikan muzik sahaja seseorang murid
itu dapat memainkan sebuah karya atau repertoire berdasarkan skor lagu yang diberikan.
Keadaan ini boleh diibaratkan dengan murid yang celik huruf sama dengan murid yang celik
notasi muzik manakala murid yang buta huruf sama seperti murid yang buta notasi muzik. Selain
itu, terdapat beberapa kelebihan membaca notasi muzik menurut Tom (1976) iaitu muzik dan
bahasa mempunyai persamaan kerana kedua-duanya dapat didengar dan dilihat menerusi simbolsimbol yang tertera pada kertas. Ini disebabkan penulisan notasi bermaksud bunyi yang
diperdengarkan adalah berdasarkan simbol-simbol yang ditulis secara muzikal. Oleh yang
demikian, amat mudah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya jika murid telah mahir
menulis simbol notasi ini kerana ia membantu murid untuk menulis idea muzikal mereka
terutamanya dalam mencipta muzik rekoder dan sebagainya.
Fokus Kajian
Oleh yang demikian, saya mengambil masa selama tiga minggu untuk mengajar topik sistem
notasi kepada murid-murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching tetapi
segelintir murid masih lagi gagal untuk menulis simbol notasi semibrif, minim, krocet dan
kuaver. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui lembaran kerja seperti dalam Rajah 1. Berdasarkan
lembaran kerja yang diberikan (Rajah 1), saya mendapati ada lima latihan yang diberikan tidak
dijawab iaitu dibiarkan kosong sahaja dan seorang daripada lima orang murid saya menulis
tidak tahu pada lembaran kerja serta mengalami kekeliruan menulis simbol notasi berdasarkan
nama notasi muzik.

Rajah 1: Hasil Lembaran Kerja Murid Tahun 4

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

138

Kesilapan saya di sini ialah saya tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat
seterusnya iaitu minim bertitik dan krocet bertitik pada minggu keempat dan minggu kelima sesi
pengajaran dan pembelajaran. Setelah memeriksa lembaran kerja tentang topik yang diajar, saya
mendapati hanya 10 orang sahaja yang dapat menulis simbol semibrif, minim bertitik, minim,
krocet bertitik, krocet dan kuaver dengan 100% betul. Manakala 15 orang murid lagi tidak dapat
menulis simbol semibrif, minim bertitik, minim, krocet bertitik, krocet dan kuaver dengan 100%
betul seperti dalam rajah 2. Pada peringkat ini, saya berpendapat bahawa saya masih gagal
mengajar 15 orang murid tahun empat saya kerana mereka masih mengalami kekeliruan diantara
nama simbol notasi muzik dengan simbol notasi muzik.

Rajah 2: Hasil Lembaran Kerja Murid Tahun 4

Oleh sebab itu, saya mengadakan sesi ulangkaji secara kelas tentang nama notasi muzik dengan
simbol notasi muzik bagi semibrif, minim bertitik, minim, krocet bertitik, krocet dan kuaver.
Sesi ulangkaji ini dilakukan seminggu sebelum saya menjalankan ujian diagnostik terhadap 25
orang murid tahun empat bagi membantu saya mengesan berapakah bilangan murid yang masih
lagi mengalami kekeliruan nama simbol notasi muzik dengan simbol notasi muzik. Berdasarkan
keputusan markah ujian diagnostik dalam rajah 3, saya mendapati lima daripada 25 orang murid
tahun empat ini masih mengalami kekeliruan nama simbol notasi muzik dengan simbol notasi
muzik jika dibandingkan dengan 20 orang murid yang lain. Lima orang murid tersebut saya
mewakili mereka dengan huruf A, D, J, L dan W. Murid yang diwakili dengan huruf W tidak
menjawab soalan ujian diagnostik, maka murid W ini mendapat kosong peratus

Rajah 3: Markah Ujian Diagnostik Tahun 4

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

139

Bagi mengesahkan sejauh mana kekeliruan yang dialami oleh kelima-lima orang murid ini, saya
telah menjalankan ujian amali ke atas lima orang murid ini. Soalan ujian amali yang ditanya
adalah berdasarkan simbol sembrif, minim, krocet dan kuaver sahaja secara satu persatu dan
menanyakan kepada murid secara individu. Tujuan saya menggunakan simbol semibrif, minim,
krocet dan kuaver adalah keempat-empat simbol ini merupakan simbol yang paling asas dalam
sistem notasi muzik. Apabila keempat-empat simbol ini telah dikuasai oleh murid, secara tidak
langsung simbol minim bertitik, krocet bertitik, kuaver bertitik dan simbol seterusnya dapat
dikuasai oleh murid dengan mudah. Contoh soalan ujian amali adalah guru menunjukkan kad
imbasan perkataan nama simbol notasi seperti dalam rajah 4. Ujian amali ini dijalankan
sebanyak 16 kali dan soalan yang ditanya berdasarkan soalan yang telah disediakan oleh guru.
Setiap simbol notasi muzik ditulis sebanyak empat kali yang bertujuan untuk mengesan sejauh
mana kekeliruan penulisan simbol notasi muzik yang dialami oleh kelima-lima orang murid
tahun empat saya ini.

Rajah 4: Kad Imbasan perkataan nama simbol notasi


Berdasarkan ujian amali yang telah dilakukan, saya akui bahawa kelima-lima orang murid tahun
empat saya mempunyai masalah untuk menulis simbol notasi muzik bagi simbol semibrif,
minim, krocet dan kuaver. Ini dapat dibuktikan dengan jawapan yang ditulis semasa ujian amali
yang telah dijalankan seperti dalam rajah 5. Soalan ujian amali yang bernombor 12 ini
merupakan hasil kerja murid yang saya wakili dengan huruf L manakala soalan ujian amali yang
bernombor 16 pula kepunyaan murid yang saya wakili dengan huruf A. Jawapan sepatutnya
yang ditulis pada ujian amali yang bernombor 12 dan 16 adalah minim serta kuaver.
Berdasarkan lembaran kerja, ujian diagnostik dan ujian amali yang telah saya jalankan terhadap
murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Laksamana, saya mendapati bahawa kelima-lima orang
murid ini sangat lemah dari segi menulis simbol semibrif, minim, krocet dan kuaver. Maka,
memang sah bahawa kelima-lima orang murid ini belum menguasai nama simbol dan penulisan
notasi muzik bagi semibrif, minim, krocet dan kuaver dengan betul dan tepat. Oleh itu, kajian
tindakan ini bertujuan untuk membantu murid mempertingkatkan kemahiran menulis simbol
notasi muzik bagi notasi semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa skor lagu dengan betul dan
tepat dengan menggunakan kaedah Mini Giant Dice (MGD).

Rajah 5: Jawapan ujian amali murid L dan A

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

140

Kumpulan Sasaran
Berdasarkan trangulasi yang telah dilakukan, saya mendapati subjek kajian saya iaitu dua
daripada 25 orang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Laksamana. Kedua-dua orang murid
ini saya mewakili dengan huruf A dan L. Saya mendapati mereka mengalami masalah kekeliruan
menulis simbol notasi muzik berdasarkan lembaran kerja yang diberikan seperti dalam rajah 1
dan rajah 2. Selepas ujian diagnostik dilakukan saya mendapati lima daripada 25 orang murid
tahun empat mengalami masalah kekeliruan menulis simbol notasi muzik. Oleh yang demikian
saya menjalankan satu lagi ujian amali terhadap kelima-lima orang murid ini. Keputusan yang
saya dapat daripada ujian amali adalah kelima-lima orang murid saya ini menunjukkan bahawa
mereka sememangnya sah mengalami kekeliruan menulis simbol semibrif, minim, krocet dan
kuaver. Malangnya, saya tidak dapat mengambil kelima-lima orang murid saya ini menjadi
subjek kajian saya kerana dua daripada lima orang murid ini adalah murid PKBP yang saya
mewakili dengan huruf J dan W kerana kedua-dua ibubapa murid ini tidak membenarkan mereka
menjadi subjek kajian saya dengan alasan anak mereka adalah PKBP. Manakala murid yang
saya wakili dengan huruf D pula acap kali tidak hadir ke sekolah serta tidak melalui proses
perlaksanaan tindakan strategi seperti subjek kajian A dan L.
Strategi
Terdapat 6 peringkat dalam strategi tindakan yang telah saya jalankan bagi membantu murid
mengenali, mengecam dan menulis simbol bagi notasi semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa
skor lagu dengan betul dan tepat dengan menggunakan kaedah Mini Giant Dice (MGD).
Peringkat 1: Menunjukkan kad imbasan simbol notasi

Rajah 6 :
Semibrif
i.
ii.

Rajah 7 :
Minim

Rajah 8 :
Krocet

Rajah 9 :
Kuaver

Menunjukkan kad imbasan simbol notasi semibrif, minim, krocet dan kuaver kepada
subjek kajian.
Memberikan masa lebih kurang seminit kepada subjek kajian untuk menulis terlebih
dahulu simbol notasi muzik dengan teknik yang betul.

Peringkat 2: Menunjukkan kad imbasan perkataan nama notasi


1. Menunjukkan kad imbasan perkataan nama notasi muzik.
2. Hanya kad imbasan perkataan semibrif, minim, krocet dan kuaver sahaja ditunjukkan.
3. Subjek kajian dikehendaki menulis simbol setiap kad imbasan perkataan nama notasi ini
ditunjukkan.
4. Perkataan semibrif, minim, krocet dan kuaver ditunjukkan secara selang seli dan rawak
sebanyak 4 kali bagi setiap perkataan yang ditunjukkan.
5. Subjek kajian dikehendaki menulis simbol berdasarkan kad imbasan perkataan yang
ditunjukkan sebanyak 16 kali untuk mengesahkan trangulasi data

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

141

Rajah 10 : Kad
Imbasan
Perkataan
Semibrif

Rajah 11 : Kad
Imbasan
Perkataan
Minim

Rajah 12 : Kad
Imbasan
Perkataan
Krocet

Rajah 13 : Kad
Imbasan
Perkataan
Kuaver

Peringkat 3: Menunjukkan Mini Notation Symbol Giant Dice.


1. Subjek kajian ditunjukkan Mini Notation Symbol Giant Dice (MNSGD).
2. Subjek kajian dikehendaki menulis simbol notasi ini diudara.

Rajah 14 :
MNSGD bagi
Semibrif

Rajah 15 :
MNSGD bagi
Minim

Rajah 16 :
MNSGD bagi
Krocet

Rajah 17 :
MNSGD bagi
Kuaver

Peringkat 4 : Menunjukkan Mini Flash Card Giant Dice.


1. Subjek kajian ditunjukkan perkataan yang terdapat dalam Mini flash Card Giant Dice
(MFCGD).

Rajah 18 : Mini Flash Card


Dice (MFCGD)

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

142

Peringkat 5 : Membaling Mini Flash Card Giant Dice.


1. Subjek kajian pertama membaling Mini flash Card Giant Dice dan menulis simbol
berdasarkan perkataan yang terdapat pada Mini flash Card Giant Dice sebanyak 5 kali
dan diikuti oleh subjek kajian kedua.
2. Langkah pertama ini diulangi oleh subjek kajian kedua.
3. Seterusnya, giliran membaling dan menulis simbol notasi dilakukan secara selang seli
iaitu dibaling oleh subjek kajian pertama dan menulis simbol tersebut.
4. Subjek kajian kedua membaling dan menulis simbol notasi apabila subjek kajian
pertama telah selesai menulis simbol notasinya.
5. Langkah ini diulang sebanyak 10 kali.
6. Langkah terakhir dalam membaling Mini flash Card Giant Dice ini ialah, guru yang
membaling Mini flash Card Giant Dice dan kedua-dua subjek kajian tersebut menulis
simbol yang dikehendaki. Tindakan ini dijalankan sebanyak 16 kali.
Peringkat 6 : Menulis simbol notasi muzik.
1. Subjek kajian menulis simbol notasi muzik berdasarkan arahan yang diberikan oleh
guru.
2. Strategi ini dilaksanakan sebagai latihan pengukuhan bagi perlaksanaan strategi
tindakan yang telah dilakukan.
Kaedah Mengumpul Data
Kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian tindakan saya ini ialah ujian pra dan ujian
pos, ujian amali, pemerhatian dan tinjauan. Tujuan menggunakan keempat-empat kaedah ini
digunakan adalah untuk memeriksa kebolehpercayaan maklumat data yang telah dikumpul agar
bias dan penipuan dalam mengumpul data dapat dielakkan daripada berlaku. Tambahan pula,
kaedah mengumpul data sebelum dan selepas melaksanakan strategi tindakan saya ini adalah
untuk membantu murid mempertingkatkan kemahiran menulis simbol bagi notasi semibrif,
minim, krocet dan kuaver tanpa skor lagu dengan betul dan tepat dengan menggunakan Mini
Giant Dice (MGD).
Analisis dan Dapatan
Semua data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif. Interpretasi
yang dikemukakan secara kualitatif ini merupakan penyokong kepada strategi tindakan yang
telah dilaksanakan. Graf bar yang ditunjukkan dalam Rajah 19 adalah markah perbandingan
diantara ujian pra dan ujian pos bagi subjek kajian A dan subjek kajian L. Berdasarkan markah
ujian pra, subjek kajian A mendapat markah yang paling rendah iaitu 19% sahaja tetapi selepas
kaedah Mini Giant Dice (MGD) dilaksanakan keputusan ujian pos menunjukkan markah
sebanyak 100%. Manakala subjek kajian L pula mendapat markah sebanyak 25% sahaja dalam
ujian pra tetapi selepas menjalani kaedah Mini Giant Dice (MGD), keputusan yang diperolehi
oleh subjek kajian L sama seperti subjek kajian A iaitu sebanyak 100%.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

143

100%
90%

MARKAH (%)

80%
70%
60%
100%

50%

100%

MARKAH
UJIAN PRA

40%
MARKAH
UJIAN POS

30%
20%
10%

19%

25%

0%
SUBJEK KAJIAN A

SUBJEK KAJIAN L

Rajah 19 : Perbandingan markah ujian pra & ujian pos


Ini bermakna kedua-dua subjek kajian berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Perbezaan
peratus peningkatan ujian pos bagi subjek kajian A adalah 81% manakala subjek kajian L pula
sebanyak 75%. Keadaan ini menunjukkan bahawa kaedah Mini Giant Dice (MGD) ini telah
berjaya membantu subjek kajian A dan L saya dalam mempertingkatkan kemahiran menulis
simbol notasi muzik. Walaupun peningkatan kedua-dua subjek kajian ini dibezakan sebanyak
6% sahaja tetapi perkara yang paling penting adalah keputusan ujian pos yang menunjukan
bahawa kedua-dua subjek kajian saya ini berjaya mendapat 100% jawapan betul. Hasil dapatan
bagi lembaran kerja yang dijawab oleh kedua-dua subjek kajian selepas menjalani kaedah MGD,
saya mendapati kedua-dua subjek kajian dapat menulis simbol notasi semibrif, minim, krocet
dan kuaver dengan betul. Buktinya adalah pada rajah 20.

Rajah 20 : Hasil kerja subjek kajian A dan L


Data ketiga yang membantu saya mengesahkan bahawa kedua-dua orang subjek kajian saya
dapat menulis simbol notasi muzik bagi simbol semibrif, minim, krocet dan kuaver adalah
pemerhatian saya sepanjang penglibatan kedua-dua subjek kajian A dan L dari mulanya tinjauan
awal iaitu lembaran kerja, ujian diagnostik dan ujian amali. Malah setelah mengimplemenkan
strategi MGD ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua orang subjek kajian saya ini dapat
menulis simbol notasi muzik dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

144

Refleksi
Penggunaan kaedah Mini Giant Dice (MGD) amat membantu murid terutamanya dalam
mengenali, mengecam dan menulis simbol bagi notasi semibrif, minim, krocet dan kuaver tanpa
skor lagu dengan betul dan tepat. Selain itu MGD ini amat berguna semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk notasi. Malah, ia menjimatkan kos serta amat mudah disediakan
terutamanya bagi sekolah luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan komputer kerana
penggunaan media seperti teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran
nama, simbol dan nilai not amat menyeronokkan dan secara tidak langsung meransang muridmurid untuk terus belajar notasi muzik. Tambahan pula, pembelajaran notasi muzik yang
menggunakan TMK ini dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran dan juga ilmu teori
Bahasa Muzik berdasarkan tahap kebolehan serta pemahaman murid itu sendiri. Saya
mengatakan sedemikian kerana berdasarkan kajian tentang masalah penguasaan pelajar dalam
idang penulisan notasi muzik Sekolah Rendah (Tahun 6) Sekolah Kebangsaan Saint David
Toboh Tambunan, sabah yang dilakukan oleh Poulus Orimput @ Wilfred 2009 mengatakan
dalam tesisnya bahawa penggunaan komputer untuk mengajar sistem notasi amat berkesan
kerana beliau telah membuktikannya melalui kajiannya.
Cadangan Kajian Seterusnya
Saya mencadangkan kepada pengkaji seterusnya dalam sistem notasi muzik ini ialah
menggunakan Mini Giant Dice yang saya cipta ini sebagai bahan bantu mengajar guru kerana ia
tidak memerlukan kos yang tinggi. Bukan itu sahaja, tetapi, saya menggalakkan penggkaji
seterusnya untuk melakukan inovasi terhadap Mini Giant Dice ini bagi mengajar murid tentang
nilai notasi muzik. Ini disebabkan keputusan yang saya perolehi daripada kedua-dua subjek
kajian saya menunjukkan keputusan yang positif. Oleh yang demikian, molek sungguh jika para
pengkaji lain mengimprovisasikan Mini Giant Dice ini untuk dijadikan kajian tindakan bagi
pengajaran nilai notasi muzik kerana saya telah berjaya menggunakan Mini Giant Dice ini untuk
membantu murid mempertingkatkan kemahiran menulis simbol bagi notasi muzik semibrif,
minim, krocet dan kuaver.
Rujukan
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2009). Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Tam Y. K. (2004). Garis Panduan Untuk Maktab Perguruan : Kajian Tindakan: Kaedah
dan Pratikal: Cetakan Ketiga. Negeri Sembilan.
Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Keith & Dorothy (1982). Discovering Music: Developing the Music Curriculum in Secondary
Schools. London. Batsford Academic and Education Ltd.
Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000, Julai). Laporan : Kajian Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah: Kuala Lumpur.
(2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik: Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

145

You might also like