You are on page 1of 1

Saya yakin jika kita dapat merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum ini dengan baik, ia boleh

membantu meningkatkan bina upaya anak selain menjadikan persekitaran sekolah menyeronokkan. Para
pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila
seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat
berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin
sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk
menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah
dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

You might also like