You are on page 1of 5

ABSTRAK

Alat inovasi Multihex dicipta untuk meningkatkan tahap ketangkasan individu


dalam sukan permainan. Ketangkasan adalah salah satu daripada komponen
kecergasan fizikal. Idea Multihex adalah modifikasi daripada Agility Ladder
yang tidak boleh diubah rangka bentuknya. Alat inovasi Mulithex direka cipta
dengan beberapa konsep iaitu mudah dibawa, mudah dikendali, ringan, dan kos
yang rendah. Multihex senang diubah dari segi rangka bentuk dan memberi
cabaran baru kepada individu. Alat inovasi ini sesuai digunakan bagi semua
golongan yang menceburi bidang sukan. Penggunaan alat Multihex dapat
membantu individu bertindak balas dan mengubah arah dengan cepat serta
meningkatkan prestasi mereka semasa melibatkan diri dalam pelbagai jenis
sukan permainan. Multihex mempunyai banyak kegunaan sama ada digunakan
dalam latihan ataupun sebagai alat dalam permainan kecil. Multihex dapat
membantu individu berlatih dengan efektif dan secara menyeluruh dengan
melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KAJIAN
MULTIHEX dapat meningkatkan ketangkasan individu dalam permainan dan
sukan.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah Multihex dapat meningkatkan ketangkasan individu dalam permainan
dan sukan?
KUMPULAN SASARAN
Murid sekolah rendah Tahun 4 hingga Tahun 6 yang mempunyai masalah
ketangkasan semasa waktu Pendidikan Jasmani.

KOS YANG DIGUNAKAN


BI
L
1.
2.
3.

JENIS BAHAN
BANNER TERPAKAI
BOARD
VELCRO
JUMLAH

JUMLAH KOS
(RM)
0
3
3
6

CARA PENGGUNAAN
1. Multihex perlu disambungkan dahulu mengikut pattern ketangkasan
yang dikehendaki.
2. Velcro digunakan untuk menyambung sisi Multihex.
3. Velcro bertujuan untuk menyambung sisi Multihex bagi membentuk
pattern yang diingini sama ada untuk permainan atau ketangkasan kaki.
4. Pattern semasa penggunaan Multihex boleh diubah mengikut
kesesuaian permainan dan latihan yang diberi.
5. Kemudian, setelah disambungkan Multihex boleh diletakkan di atas
lantai, padang, atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan sedia
untuk digunakan.

METODOLOGI
Mereflek
Mereflek hasil ujian lari ulang alik 10 meter lari ulang alik.

Merancang
Berdasarkan keputusan ujian, saya merancang latihan
"Multihex".

Bertindak
Menjalankan latihan kepada empat orang peserta kajian dengan
penggunaan "Multihex".

Memerhati
Menjalankan ujian dan mengambil keputusan ujian.

Mereflek
Menganalisis keputusan ujian samada berjaya ataupun tidak.

(Kemmis & McTaggart, 1988)

DAPATAN KAJIAN
14

13.8

13.6

13.4

min masa (saat)

13.2
Column1
13

12.8

12.6

12.4

Ujian Sebelum

Ujian Selepas

Rajah 1: Graf perbezaan min bagi ujian sebelum dan ujian selepas

You might also like