You are on page 1of 6

ELEKTRIK

Sumber dan Kegunaan Elektrik


Kemagnetan
1 Kemagnetan boleh menghasilkan tenaga elektrik ketika magnet digerakkan ke dalam
gegelung wayar.
2 Medan magnet yang bergerak akan memotong konduktor yang tidak bergerak untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
3 Voltan yang dihasilkan bergantung kepada lilitan gegelung wayar, kekuatan magnet,
dan kelajuan gerakan. Prinsip ini diguna pakai pada dinamo dan turbin.
(a) Dinamo
(i) Dinamo yang terdapat pada basikalmempunyai sebuah roda putaran.
(ii) Apabila pemutar dinamo dipusingkansemasa basikal dikayuh, magnet kekal turut
berpusing.
(iii) Medan magnet yang berada di sekeliling magnet kekal dipotong oleh gegelung
wayar.
(iv) Lampu basikal menyala akibat daripada aruhan kemagnetan.
(v) Voltan yang dijanakan bergantung kepada kelajuan pusingan tayar basikal.
(vi) Arus yang dihasilkan oleh dinamo basikal adalah arus ulang-alik (AC).
(b) Turbin
(i) Turbin merupakan sejenis alat yang mempunyai rotor yang diputarkan melalui
aliran air, stim atau angin.
(ii) Turbin akan menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal untuk
menggerakkan seperti pam air dan penjana kuasa elektrik.
(iii) Ro
tor di dalam turbin terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada
gandar.
(iv) Air yang mengalir, stim atau angin akan memutarkan bilah-bilah kipas bersama
gandar.
(v) Gandar yang dihubungkan ke penjana kuasa akan berputar untuk menghasilkan
tenaga elektrik.
(b) Tindak Baias Kimia
1
Tenaga elektrik dapat dihasilkan
melalui tindak balas bahan kimia.
2
Tindak balas kimia berlaku dalam sel
kering dan set basah. Kedua-dua sel ini menghasilkan arus terus (DC).
Jenis-jenis sel kering
1 Sel alkali

Digunakan dalam peralatan bervoltan rendah seperti


lampu picit, dan jam dinding
Terdapat dalam pelbagai saiz
Tidak boleh dicas semula
2 Sel merkuri
Bersaiz kecil dan mahal
Digunakan untuk peralatan yang menggunakan arus yang
kecil
3 Sel lithium
Boleh didapati dalam pelbagai saiz
Digunakan dalam kalkulator, kamera, telefon bimbit, dan
komputer
Sel ini boleh dicas semula
4 Sel nikel cadmium Digunakan untuk peralatan tanpa wayar (cordless)
(Ni/Cd)
Boleh dicas semula
Boleh didapati dalam pelbagai saiz

(a) Sel Kering


(i) Sel kering digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio,
lampu suluh, permainan kanak-kanak, jam dinding, dan sebagainya.
(ii) Voltan yang dihasilkan oleh satu sel kering ialah 1.5 Volt.
(iii) Bahagian utama sel kering terdiri daripada:
Elektrod positif-batang karbon
Elektrod negatif - bekas zink

Elektrolit - campuran ammonium klorida dan mangan dioksida


Tindak Balas Kimia dalam Sel Kering
1
Tindak balas kimia berlaku apabila satu sambungan litar lengkap
merentasi punca positif dan punca negatif.
2
Tenaga elektrik akan terhasil akibat daripada tindak balas yang berlaku
antara elektrolit dan bekas zink.
3
Aliran tenaga elektrik ialah dari punca positif ke punca negatif.
4
Apabila tenaga sel ini habis, sel ini tidak boleh digunakan lagi.

(b) Sel basah


(i) Sel basah (juga dikenai sebagai (akumulator) digunakan dalam kenderaan
seperti motosikal, kereta dan bas.
(ii) Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering.
(iii) Satu sel ini menghasilkan voltan sebanyak 2 volt.
(iv)Bagi kegunaan biasa, voltan sel dibuat dalam 6 volt atau 12 volt.
(v) Bahagian-bahagian utama sel basah adalah seperti berikut:
Elektrod negatif - plat plumbum
Elektrod positif - plat plumbum peroksida
Penyelang - gentian kaca atau ebonit
Elektrolit - larutan asid sulfurik cair
Perbandingan antara Sel Kering dengan
Sel BasahSel kering
Menghasilkan arus rendah (kecil)
Kecil, ringan, dan mudah dibawa
Tidak boleh dicas
semula (kecuali
jenis yang boleh dicas semula)
Tidak tahan lama
Voltan asas 1 .5 V

2
3

Sel basah
Menghasilkan arus tinggi
Besar, berat, dan sukar dibawa
Boleh dicas semula
Tahan lebih lama
Voltan asas 2.0 V

Sambungan Sel
Sel-sel boleh disambung secara siri atau selari.
Sel yang disambung secara siri akan menghasilkan voltan yang lebih tinggi.
Untuk sel-sel yang disambung secara selari, jumlah voltannya sama.

Dua sel yang bersambung secara siri = 1.5V + 1.5V = 3V

Dua sel yang bersambung secara selari = 1.5V


\
Tindak Balas Kimia dalam Sel Basah
1 Tindak balas kimia berlaku apabila satu sambungan litar lengkap melintasi punca
positif dan punca negatif.

2 Tindak balas berlaku antara plat positif dan plat negatif serta elektrolit untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
3 Sel ini tidak akan mengeluarkan tenaga lagi apabila plat-plat yang disalut dengan
plumbum sulfat dan elektrolit mencair.
4 Sel boleh dicas semula dengan pengecas bateri apabila tenaga elektrik menjadi lemah
iaitu mengembalikan semula sifat plat-plat dan elektrolit ke bentuk asalnya.
Cahaya sebagai Sumber Elektrik
Bahan kimia seperti natrium,selenium,dan kalium akan menghasilkan tenaga
elektrik jika menerima cahaya.
2
Prinsip ini digunakan dalam sel solar seperti pada kalkulator dan kamera.
3
Sel foto yang mendapat cahaya matahari akan menghasilkan tenaga elektrik.
4
Jika keamatan cahaya matahari tinggi, arus elektrik yang dihasilkan juga tinggi.
1 Satu sel solar mempunyai nilai voltan sebanyak 0.4 V.
2 Selain sumber yang diperoleh daripada kemagnetan, tindak balas kimia dan cahaya,
terdapat
juga sumber lain seperti haba
V
dan tekanan.
1

Kegunaan Elektrik
1 Menghasilkan haba
(a)Peralatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan
elemen pemanas.
(b)Peralatan tersebut akan dipasang dengan thermostat supaya suhu kepanasan dapat
dikawal.
(c) Elemen pemanas yang biasa digunakan ialah nikrom.
(d)Contoh peralatan: cerek elektrik, seterika, periuk nasi elektrik dan sebagainya.
2 Menghasilkan tenaga kinetik (gerakan)
(a)Peralatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetikbiasanya
menggunakan motor elektrik.
(b)Contoh peralatan: kipas angin, mesin gerudi elektrik, mesin pengisar,dan sebagainya.
3 Menghasilkan cahaya
(a)Peralatan yang biasanya menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya ialah lampu.
(b)Terdapat dua jenis lampu iaitu lampu pijar dan lampu pendarfluor.
(c) Lampu pijar menggunakan filamen (tungsten) untuk menghasilkan cahaya.
(d)Gas argon diisi dalam mentol pijar untuk mengelakkan filamen terbakar.
(e)Cahaya yang dihasilkan berwarna kekuningan.
(f) Tiub lampu pendarfluor berisi gas argon dan merkuri.
(g) Campuran gas argon dan merkuri akan menghasilkan sinaran ultra ungu yang akan
4 Menghasilkan bunyi
(a) Tenaga elektrik juga boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.
(b) Contoh peralatan: radio, televisyen, telefon dan sebagainya.
Alatan tangan dan Kegunaan
Alatan Tangan
Kegunaan
1 Pena ujian
untuk mengesan kebocoran arus elektrik
sebagai pemutar skru bagi mengetat dan menanggal-kan skru
kecil
2 Pemotong sisi
memotong wayar
memotong lebihan wayar pada tamatan
3 Playar muncung
memegang benda kecil
tirus
memotong dawai/wayar kecil
membentuk kaki komponen
mencapai sesuatu di ruang yang sukar
4 Playar gabung
memegang dan mencengkam benda bulat
membengkok dan membentuk
memotong dawai kecil
5 Penjalur wayar
menjalur wayar

memotong wayar
Wayar
Terdapat pelbagai jenis wayar yang digunakan semasa kerja pendawaian litar atau
penyambungan pada peralatan elektrik. Pemilihan yang teliti harus dibuat terhadap jenis
wayar yang digunakan. Berikut adalah jenis dan bentuk wayar serta kegunaannya.
Jenis wayar
1 Wayar lembar tunggal
2 Wayar kuprum
berenamel
3
Wayar teras
tunggal
(a) Teras tunggal
halus
(b) Teras tunggal
kasar
4 Wayar teras kembar
5
Kabel tiga teras
a) Kabel tiga teras
bertebat PVC
(b) Kabel tiga
teras bertebat
PVC dan
beranyam
benang
Plag
1
2
3

Kegunaan
Membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
wayar pelompat.
Membuat gelung pada motor elektrik dan transformer.

Lebih lentur digunakan untuk pendawaian litar elektrik


seperti radio dan pembesar suara.
Untuk pendawaian elektrik di rumah.

Digunakan untuk pendawaian lampu, soket dan penyuai.

Untuk perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti


kipas, peti sejuk dan penyaman udara.
Untuk perkakas elektrik yang menghasilkan kesan haba
seperti ketuhar, pembakar roti, dan cerek elektrik.

Biasanya peralatan elektrik akan dipasang dengan plag.


Plag diperbuat daripada bakelit dan mempunyai pin loyang.
Digunakan sebagai penyambung peralatan elektrik dengan punca elektrik.

Jenis Plag
Plag 2 pin 2 ampere
Terdapat tamatan hidup dan neutral.
Digunakan untuk peralatan berkuasa rendah seperti radio, televisyen, jam dan
sebagainya.
Plag 3 pin 13 ampere
Mempunyai tiga tamatan untuk wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E).
Mempunyai fius katrij 13 Ampere.
Digunakan untuk perkakas elektrik seperti peti sejuk, cerek, periuk nasi dan mesin
basuh.
3 Plag 3 pin 15 ampere
Mempunyai tiga tamatan untuk wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E).
Tidak mempunyai fius.
Digunakan untuk perkakas elektrik berkuasa tinggi seperti penyaman udara dan
pemanas air.
Fius
1 Fiusdipasangdalamlitarelektrikuntukmelindungi litar atau perkakas
mencegah kemalangan semasa litar pintas.
2 Fius dipasang secara siri dalam litar dan kepada wayar hidup.

elektrik

atau

3 Apabila arus terlalu tinggi, fius akan melebur dan memutuskan pengaliran arus
elektrik.
4 Fius ditentukan dengan kadaran seperti 2A, 5A, 10A dan 13A.
5 Terdapat dua jenis fius iaitu fius dawai dan fius katrij.

Lampu Pendarfluor
1 Lampu pendarfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya.
2 Lampu ini biasanya digunakan di rumah kediaman dan bangunan.
3 Cahayanya berwarna putih, terang dan sekata.
4 Lampu ini biasanya didapati dalam kuasa 12W, 20W dan 40W dan pelbagai bentuk dan
saiz.
Kebaikan lampu pendarfluor:
(a) Menghasilkan cahaya warna putih, terang dan sekata,
(b) Menghasilkan haba yang sedikit,
(c) Menjimatkan kos tenaga elektrik.
Bahagian lampu pendarfluor dan keterangannya.
1 Tiub pendarfluor
Diperbuat daripada kaca yang berisi gas argon dan merkuri.
Bahagian dinding dalamnya disaluti dengan lapisan fosfur.
Di setiap hujung tiub terdapat pin elektrod.
Apabila arus mengalir melalui pin elektrod tiub akan mengeluarkan sinaran ultra
ungu dan seterusnya menghasilkan cahaya.
2 Perumah
Terdapat pemegang tiub, cok dan suis penghidup.
Biasanya diperbuat daripada logam.
3 Cok
Membekalkan voltan tinggi pada awal nyalaan dan selepas lampu menyala, cok
akan bertindak menstabilkan voltan.
4 Pemegang tiub
Terletak di kedua-dua hujung perumah.
Berfungsi untuk menyangg. dan memegang tiub pendarfluor.
5 Suis penghidup
Menghidupkan lampu pada permulaan lampu dihidupkan.
Lampu akan terus menyala sekiranya suis penghidup ditanggalkan selepas itu.
6 Pemegang suis penghidup
Untuk menempatkan suis penghidup.
Biasanya diperbuat daripada plastik.
Kerosakan umum pada lampu
Masalah
fius putus apabila lampu
dihidupkan.
Lampu tidak menyala
apabila suis dihidupkan

Lampu berkelip-kelip tetapi

pendarflour
Punca Kerosakan
Berlaku litar pintas dalam
pendawaian
Tiada bekalan elektrik
Cok rosak
Tiub rosak
Suis penghidup rosak
Tiub rosak
Suis penghidup rosak

Kaedah membaiki
Periksa semula litar
pendawaian
Periksa bekalan elektrik
Tukar cok
Tukar tiub
Tukar suis penghidup
Tukar tiub dan suis

tidak menyala.
Kedua-dua hujung tiub
merah dan lampu tidak
menyala.

penghidup
Tiub rosak
Suis penghidup rosak

Tukar
tiub
penghidup

dan

suis

You might also like