You are on page 1of 7

Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3

Ceramah telah disampaikan oleh anda selaku seorang guru kaunselor kepada para
pelajar sempena program motivasi di sekolah. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang merupakan
tajuk ceramah anda. Anda diminta untuk menulis teks ceramah dengan selengkapnya.
Analisis soalan :

Tema/Isu

Rangka Isi

: Pelajar yang cemerlang

Butiran

PendahuluanKata

alu-aluan

format

ceramah hendaklah

dibe

Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gamb
kecemerlangan, peribahasa
Isi

Cemerlang

Karangan

Pencapaian

di

dalam

memberangsangkan

dalam

akad

pembelajaran,

pencapaian

peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Cemerlang

Penglibatan

di
dalam

apa

dalam
jua

program,

perkhidmatab

kokurik
dan

kepimpinan
Cemerlang disiplin
Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan
Cemerlang sahsiah
sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai
Pegangan agama yang teguh
Penutup

Konkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan

Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada

Format karangan : Ceramah


Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi Destinasi Permata, yang

saya hormati para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam
program motivasi Destinasi Permata yang sangat berfaedah terutama kepada para

sumbangan

pelajar peperiksaan umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR
dan juga SPM yang akan menyusul tidak lama sahaja lagi. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
adalah tajuk ceramah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh semua insan.
Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu diinginkan oleh semua
pelajar yang berada di dalam Dewan Indah yang permai dan harmoni ini. Pendek kata,
semua pelajar mahu cemerlang dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi.
Contohnya, kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan
sebagainya diimpikan oleh para pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama
benih yang baik, campak ke laut mejadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri
yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya
ini adalah kategori pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai para pelajar, tajuk ciri-ciri
yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.
Para pelajar yang saya sayangi sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan dan
ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang
memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan
dipastikan

oleh

mengutamakan

pelajar

cemerlang

pembelajaran

ini.

menerusi

Contohnya,
aktiviti

pelajar

terancang

di

cemerlang
bilik

darjah,

akan
dan

pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang dan teratur di dalam kelas, dan
pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di luar pembelajaran luar
kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan optimus, segala
potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng. Matlamat
pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan seterusnya
berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk gangguan dan
masalah akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan mereka sentiasa
cemerlang dalam pencapaian akademik.
Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran
terancang bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang semasa berada
di dalam kelas. Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang optimum dan maksimum
akan ditunjukkan oleh pelajar cemerlang dengan memberikan kerjasama dan sepenuh

perhatian yang tidak berbelah bahagi. Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi
dalaman atau luaran diri sendiri mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi
oleh golongan cemerlang ini. Syarat yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar
cemerlang dalam pembelajaran hingga semuanya berkenan di hati. Mereka tidak
mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan terlalu mengharapkan tentang guru
yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas yang sempurna. Mereka
mempunyai ketahanan dalam menerima iklim pembelajaran yang seadanya.
Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar
cemerlang terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan
dilaksanakan, mereka tidak hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu menonjol.
Mereka mempunyai kesabaran untuk mendengar idea rakan sekumpulan walapun
sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh pelajar cemerlang ini. Pelajar cemerlang
akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu
menguasai sesuatu perbincangan. Persediaan yang mencukupi akan disediakan oleh
mereka dan bukan hanya dengan tanan kosong sahaja. Impak dan kesan positif akan
sentiasa ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka dalam manamana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang kesan yang
diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi
tidak disuruh.
Para guru dan para pelajar sekalian,
Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh pelajar
cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan optimum
hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras dengan sasaran
yang dilakukan. Fokus

yang berterusan akan dilakukan oleh mereka terhadap

kefahaman yang mendalam terhadap perancangan jawapan yang bersesuaian dengan


kehendak dan tugasan soalan dan tidak hanya melakukan pergantungan kepada soalan
ramalan. Segala kehendak sukatan pelajaran

yang menjadi asas item soalan

peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh pelajar cemerlang dengan menggunakan
segala ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke pengajian atau kursus yang diminati atau kursus yang boleh
diklasifikasikan sebagai kritikal boleh diintai oleh pelajar cemerlang, di samping tempat di
institusi pengajian tinggi terkemuka boleh dilamar berserta tajaan biasiswa yang menarik
dan berprestij.

Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau
tindak tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan gelaran ulat
buku? Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan dicop sebagai ulat buku
semata-mata. Pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum kebiasaannya akan
ditunjukkan oleh mereka. Sebenarnya pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas
ialah bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan
medium dalam memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap
bakat kepimpinan dan suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan
menggunakan kebolehan dan potensi diri sama ada sebagai pemimpin, petugas atau
peserta di mana-mana aktiviti persatuan, kelab, unit pakaian seragam, sukan dan
permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak sekolah untuk menjayakan
program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan oleh mereka dan seberapa banyak
pengalaman akan dicari oleh pelajar cemerlang ini.
Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,
Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu
kejayaan. Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang.
Gelaran pelajar skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah
dan peduli oleh mereka. Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual
dan bergaul mesra dengan rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang
kurang beruntung, walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga
penampilan. Mereka akan berusaha untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan
yang mampu memberi aura positif dengan mempengaruhi para pelajar untuk lebih
bersikap psitif dan optimis dalam menuntut pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran
tunjuk ajar tidak perlu dijelaskan oleh mereka, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan
tingkah laku yang disenangi oleh orang sekelilingnya. Sebagai contoh, ketepatan masa
sangat dipentingkan oleh pelajar cemerlang dan sesuatu tugasan akan sentiasa
dilaksanakan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak akan melaksanakan setiap
tugasan yang diberi dengan sambalewa semata-mata sperti hanya melepaskan batuk di
tangga bagi setiap tugasan yang diberi. Jelaslah disiplin haruslah menjadi prinsip yang
harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam memacu kecemerlangan yang lebih
terjamin dalam hidup mereka.
Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah
ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata-kata yang
baik budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir-butir mutiara yang

berharga. Rakan akan berasa dilindungi dan selamat berada di sisi pelajar cemerlang ini
kerana mereka ini hanya mendengar perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat
sahaja. Sudah tentu, pelajar cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap
mempunyai kelemahan tertentu, tetapi mereka akan sedaya upaya untuk mengawal
kelemahan yang dimiliki agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana
pihak.
Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah
antara ciri pelajar cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada
Tuhan pencipta sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini. Contohnya,
pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala patuhan
dan suruhannya dan larangannya haruslah dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh
dan kukuh menjadi petunjuk jalan dan penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong
dan jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, kecemerlangan di dunia dan akhirat
sentiasa diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang cemerlang.
Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu
para pelajar mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara
persoalan yang mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang dinyatakan
terdapat dalam diri sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri kecemerlangan tersebut
dapat saya garap dengan baik. Jawapannya ialah, usah khuatir akan potensi dalaman
dan luaran diri anda, jika anda mempunyai satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri
para pelajar ketika ini, saya ucapakan tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan
permulaan yang baik untuk meneruskan bagi mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan
tersebut. Saya yakin bahawa semua pelajar berpotensi besar untuk mengembangkan
bakat diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini di dalam diri iaitu di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Thursday, 21 January 2016

PT3 Essay - Benefits of Taking up Hobbies (Speech)

A very good morning to our beloved principal,teachers,honest and


sincere judged panels and my fellow friends.I am glad to be given this
opportunity to participate in this public speaking competition.The title
of my speech is the benefits of taking up a hobby.
First and foremost,we can gain knowledge through hobbies.As far as
we can see,reading is one of the hobbies that is acknowledged as the
source of knowledge.We can get to know information and sharpen our
mind through reading.We can also know the latest issues and news
from all across the world so that we will not be called a frog underneath
the coconut shell.
As time is gold,one can use his or her leisure time wisely by taking up
hobbies.Hobbies can help to keep us away from involving in non
beneficial activities like loitering with bad companies and involving in
juvenile delinquency.Hobbies are useful things that can keep our spare
time occupied.
Apart from that,we can make friends through hobbies.We might get
to know people from all types of life through hobbies like
jogging,playing chess and many more.This further our communication
with people.Thus,we can get a lot of friends who will help us in rainy
days.As the saying goes,a friend in need is a friend indeed.
In addition to this,hobbies can be a relieve of stress.There are a lots
of hobbies that can reduce stress.Being a schoolchildren is always
defined as stressful life.So,we need a kind of escapism from this
escapism.
Next,hobbies can be a change of activities.You can do your hobbies
instead of routine activities.As the saying goes,all work and no play
makes Jack a dull boy.We should need a break from our work.When we

have numerous of hobbies,our mind will be relaxed.As the saying


goes,variety is the spice of life.
Thank you for lending me your ears

You might also like