You are on page 1of 14

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &


PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

KERTAS KERJA
MAJLIS PENTAULIAHAN &
PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA
DAN
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2015/2016

TARIKH
MEI 2015

TEMPAT
KOMPLEKS KESATRIA UKM

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

ANJURAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM

TEMA
PEMANGKIN ORGANISASI CEMERLANG
KERTAS KERJA
MAJLIS PENTAULIAHAN &
PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA
DAN
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN

Majlis Pentauliahan & Pembacaan Ikrar Jawatankuasa dan Kursus Pengurusan Organisasi &
Pentadbiran (KPOP) BSMM Cabang UKM ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan
semua Ahli Jawatankuasa sesi 2015/2016 dalam satu perjumpaan besar-besaran. Di samping
itu, untuk mohon pertimbangan dan kelulusan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan
Perhubungan Alumni untuk mengadakan program ini.
2.0

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Majlis Pentauliahan dan Pembacaan Ikrar Jawatankuasa BSMM Cabang UKM pernah
diadakan pada dua tahun yang lalu. Majlis Pentauliahan pada kebiasaannya akan diadakan
bersama dengan Pertandingan Perbarisan Tahunan yang disertai oleh semua ahli BSMM dari
semua Detachment UKM. Ia menjadi tempat semua ahli berhimpun dan merapatkan
hubungan untuk julung kali.

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran pula merupakan program yang dijalankan setiap tahun
yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para Ahli Jawatankuasa BSMM tentang
pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi, sama ada untuk organisasi formal dan
organisasi yang tidak formal. Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan
untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan ahli BSMM untuk meneruskan aktivitiaktiviti kemanusiaannya. Menyedari hakikat ini, BSMMCUKM mengambil langkah positif
menganjurkan kursus ini bagi memberi kefahaman kepada para ahli tentang perkara di atas di
samping melahirkan mereka dengan aspek kepimpinan dan pengurusan.
3.0

MISI

Melahirkan ahli-ahli BSMM Cabang UKM yang dapat menjalankan kegiatan pelajar yang
membantu mengharumkan nama universiti.
4.0

MATLAMAT

4.1 Melahirkan ahli-ahli BSMM Cabang UKM yang mempunyai ikatan silaturahim
dan kerjasama yang kuat
4.2 Memantapkan organisasi BSMM setiap detachment dari segenap aspek bagi
memenuhi fungsinya kepada penghuni dan pengurusan kolej.
4.3 Mendedahkan kepada semua ahli BSMM cara-cara menguruskan organisasi,
pengurusan kertas kerja, polisi kewangan dan sebagainya.
5.0

OBJEKTIF

5.1 Mengiktiraf perlantikan Jawatankuasa di peringkat Universiti dan Detachment.


5.2 Menanam minat berpersatuan dan semangat khidmat sukarela di kalangan ahliahli BSMM.
5.3 Melahirkan ahli BSMM yang mahir dalam cara-cara menguruskan organisasi,
pengurusan kertas kerja, polisi kewangan dan sebagainya.
5.4 Melahirkan ahli BSMM yang mempunyai semangat kerja berkumpulan yang
tinggi dan ikatan kumpulan (group binding) yang tinggi antara mereka dan
masyarakat.

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

6.0 TEMA

PEMANGKIN ORGANISASI CEMERLANG


7.0 ANJURAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN


MALAYSIA (UKM)

8.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh

: MEI 2015

Masa

: 8.15 pagi hingga 6.00 petang

Tempat: Kompleks Kesatria UKM


9.0

PUBLISITI

Publisiti untuk program ini hanya akan dijalankan melalui Facebook Page BSMM CUKM
kerana peserta yang terlibat adalah melibatkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMMCUKM
dan ahli jawatankuasa BSMM setiap detachment (kolej).
10.0

CADANGAN PERASMIAN

Perasmian Pembukaan:
1. Dr Roslan Abdul Jalil
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Hj. Zanudin Bin Mohd Daud

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Setiausaha Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
11.0

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Bilangan pegawai

= 10

orang

Bilangan urus setia

= 15

orang

Bilangan peserta

= 150 orang

12.0

STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A
13.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
14.0

PERINCIAN PROGRAM

14.1

Raptai Perbarisan

Persediaan awal sebelum Majlis sebenar. Semua AJK menjalankan latihan perbarisan. Ini
memastikan keseragaman kawat pada hari perbarisan sebenar.
14.2

Perbarisan Kehormat dan Pemeriksaan Barisan

Semua AJK berbaris mengikut Detachment dan berkawat ke depan pegawai, memberi tabik
hormat kepada tetamu jemputan dan ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMM Cabang UKM.
14.3

Majlis Pembacaan Ikrar

Semua ahli membaca ikrar untuk memberi khidmat kepada persatuan secara sukarela,
komited dan dedikasi.

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

14.4

Majlis Pentauliahan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Detachment

Penyerahan Sijil Perlantikan kepada Komandan Detachment dan semua Ahli Jawatankuasa
Induk BSMM bagi Sesi 2015/2016.
14.5

Pembahagian Kumpulan Peserta dan Ice Breaking Dalam Bahasa Inggeris

Pengarah program akan menerangkan justifikasi dan objektif mengadakan kursus ini dan para
peserta akan dipecahkan kepada 11 kumpulan kecil yang terdiri daripada 12 orang setiap
kumpulan. Setiap peserta akan dibekalkan dengan 3 helai kertas A4, kemudian peserta
dikehendaki melukis gambar yang menggambarkan dirinya, kawan di sebelahnya dan
suasana bilik seminar tersebut. Mereka juga diminta menerangkan setiap satu lukisan
tersebut.
Bahasa Inggeris akan digunakan sepanjang sesi Ice Breaking ini supaya melahirkan ahli
BSMM yang pakar dalam Bahasa Negara dan Bahasa Antarabangsa.
14.6

Ceramah Pengurusan Projek di Universiti Kebangsaan Malaysia

Ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah adalah berhubung format kertas kerja
yang diguna pakai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memohon kelulusan
mengadakan projek/ aktiviti/ program dan bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan
Mahasiswa dan Perhubungan Alumni dan Pusat Kesatria. Peserta akan didedahkan dengan
prosedur yang betul dan teratur untuk menganjurkan sebarang aktiviti.
14.7

Kursus Pengurusan Organisasi dan Pentadbiran

Slot ini merangkumi Buku panduan No. 7 di bawah tajuk Peraturan-Peraturan Dan UndangUndang Kursus, Peperiksaan dan Lencana Bulan Sabit Merah. Penceramah akan lebih halusi
erti, cara, bentuk organisasi itu sendiri di samping memperjelaskan lagi fungsi dan cara
menggerakkan satu-satu organisasi itu sendiri. Selain daripada itu, kursus ini adalah wajib
bagi ahli BSMMCUKM bagi melengkapkan tujuh sijil yang perlu diikuti untuk melahirkan
jurulatih bertauliah BSMMCUKM.
14.8

Apa Itu Protokol

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan
kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan
yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang
dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan
sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis. Slot ini akan menerangkan protokol
dalam sesuatu majlis kepada ahli BSMM.
14.9

Ujian Kursus Pentadbiran

Ujian ini sebagai salah satu bagi melayakkan peserta bagi mendapatkan sijil Kursus
Pengurusan Pentadbiran yang menjadi salah satu sijil yang wajib diambil bagi melahirkan
jurulatih BSMM yang bertauliah.

Hasil Pembelajaran :
i. Selepas menyertai program tersebut, peserta dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi
termasuk kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh
dan hubungan mata) yang sangat berkesan secara konsisten, kebolehan mengamalkan
kemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat secara
konsisten, kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan sebutan jelas, tersusun, lancar
dan nada bersesuaian secara konsisten, kebolehan membuat pembentangan dengan yakin dan
berkesan menggunakan bantuan teknologi (bahasa, simbol dan visual) secara konsisten,
kebolehan berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain
dan merangsang perbincangan, kebolehan berinteraksi dengan khalayak pelbagai budaya
menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa
berinteraksi secara konsisten dan kebolehan membuat rumusan secara lisan dan bertulis
dengan padat, tepat dan mantap secara konsisten.
ii. Peserta juga dapat mempelajari kemahiran bekerja berpasukan dalam kumpulan termasuk
kebolehan membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama (bina hubungan
baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka). Kebolehan

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Kebolehan menghormati pandangan, pendirian dan
kepercayaan orang lain, kebolehan menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan,
kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha
kumpulan, bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan dan berkebolehan membantu
rakan-rakan lain secara proaktif.
iii. Peserta dapat mempelajari pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat iaitu
berupaya lebih memahami pertolongan cemas asas, berupaya meneroka isu/masalah yang
memerlukan penyelesaian secara kendiri dalam menghadapi halangan berupaya mengaitkan
keperluan maklumat, memilih sumber yang berkualiti dengan cekap secara kendiri, berupaya
menentukan maklumat yang diperoleh mencukupi untuk menyokong kesimpulan, berupaya
membina struktur koheren dan terfokus, berupaya menggabungkan maklumat untuk membuat
keputusan dan penyelesaian dan menyusun semula maklumat penting supaya mudah dicapai
bagi meningkatkan kefahaman.
iv. Peserta juga dapat mempelajari sifat kebertanggungjawaban terdapat detachment masingmasing. Peserta juga memahami bahawa tanggungjawab mereka dalam setiap pusingan
adalah penting dalam memberi kepekaan terhadap sikap sosial seperti perpaduan dan tingkah
laku bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
v. Selepas menghadiri semua sesi di atas, ahli BSMM dapat menampilkan pemakaian santun
dan sesuai dengan keperluan di mana setiap peserta memakai baju uniform, menunjukkan
kewibawaan profesionalisme, menunaikan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,
berkebolehan memperbaiki diri berdasarkan teguran yang diterima dan mengurus masa dan
menepati waktu dalam setiap aktiviti. Selain itu, ahli BSMM juga akan dapat mahir
kemahiran dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi dan menjadi seorang ahli BSMM
yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi.
15.0

BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

16.0

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat, sila
hubungi:
Nama : SHAAMESWARY A/P ANNADORAI
FEP/2 A146816
No Tel : 013-314 5530
Email : annadoraishaameswary@yahoo.com

17.0

PENUTUPAN

Pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM amat berharap agar kelulusan untuk kertas
kerja ini daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni.
Kerjasama dari pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh :

________________________________
SHAAMESWARY A/P ANNADORAI
Ketua Pengarah
Majlis Pentauliahan & Pembacaan Ikrar Jawatan Kuasa
Kursus Pengurusan Organisasi & Pentadbiran (KPOP)
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Disahkan oleh,

________________________________
HJ. ZANUDIN MD DAUD
Setiausaha Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan oleh,

_________________________________
DR. ROSLAN ABDUL JALIL
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-26
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
Penaung
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Naib Canselor, UKM
Penasihat
Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah binti Hj. Mohd. Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Penyelaras
En. Abdul Aziz Abu Bakar
Timbalan Pendaftar
Pusat Khidmat Siswa
Penasihat
Dr. Roslan Abdul Jalil
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Hj. Zanudin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
Ketua Pengarah
SHAAMESWARY A/P ANNADORAI

A146816

Timbalan Ketua Pengarah 1


CAROLYNNA BUYAU AK JAMES

A145781

Timbalan Pengarah 2
MUHAMMAD YUSUF BIN ABDUL KARIM

A145595

Setiausaha
MOHAMAD AZIZI BIN SAID / A145741
Bendahari
ANG MIN ZEE / A145728

Pengarah Teknikal

: MUHAMMAD MUNZIR BIN ABD HALIM (L) /


A150597

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

Pengarah Jamuan

: ZUHAIRA NASRIN BT MOHAMED ZIN (B) /


A147474

Pengarah Multimedia

: NUR IZMA SYAHIDA BINTI MUHAMMAD


ASHARI (E) / A151011

Pengarah Protokol

: SITI NAJIEHAH BINTI MOHD SUKARNO (H) /


A147669

Pengarah Logistik

: BRIAN CHONG WEI KHONG (Z) / A150329

Pengarah Publisiti

: CHIA SHEE LEEI / A145433

Pengarah Cenderamata & Persijilan : KAVEENAASVINI A/P CHANDRAN (A) / A150057

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
TARIKH DAN MASA
9 MEI 2015 (Sabtu)

PERKARA

7.30 pagi
8.00 pagi
8.15 pagi

Pendaftaran Peserta
Ketibaan Pegawai
Perbarisan Kehormat & Pemeriksaan

8.30 pagi

Barisan
Nyanyian Lagu Negaraku, Varsiti

TEMPAT

Kita, Ilmu, Mutu dan Budi dan Lagu


8.50 pagi
9.00 pagi
9.15 pagi
9.45 pagi
10:15 pagi

BSMM
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Pangarah
Ucapan Perasmi
Majlis Pembacaan Ikrar
Majlis Petauliahan Jawatankuasa

10:30
11:00 pagi

Induk dan Jawatankuasa Detachment


Jamuan Pagi
Pembahagian Kumpulan Peserta dan

12:00 petang

Ice Breaking Dalam Bahasa Inggeris


Ceramah Pengurusan Projek di

1:00 petang
2:00 petang

Universiti Kebangsaan Malaysia


Jamuan Tengahari
Kursus Pengurusan Organisasi dan

3:00 petang
4:00 petang
5:00 petang

Pentadbiran
Apa itu Protokol
Ujian Kursus Pentadbiran
Bersurai

KOMPLEKS KESATRIA
UKM

MAJLIS PERTAULIAHAN & PEMBACAAN IKRAR JAWATANKUASA


KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI &
PENTADBIRAN (KPOP)
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA CABANG UKM
MEI 2015

LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL
1
2

PERKARA
Sumbangan KESATRIA
Yuran Peserta ( RM 10 x 150)
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

RM
1267.50
1500.00
2767.50

Anggaran Perbelanjaan
BIL
PERKARA
1
Pencetakan & Alat Tulis
Sijil (Pentauliahan & Penyertaan)

RM
340

(RM 1 x 170 orang) x 2

A4 paper

15

Pencatakan

50

Alat Tulis
Tugas-tugas Khas

25

i.
3
4
5

Tag nama (170 peserta X RM 1.00)

170

ii.
Banner
Cenderamata Perasmi & Penceramah
Yuran Penghargaan Penceramah
Jamuan Pagi

80
150
500

VIP ( RM 10.00 x 10 orang )

100

AJK ( RM 2.50 x 15 orang )

37.50

Peserta ( RM 2.50 x 150 orang )

375

Jamuan Tengahari
VIP ( RM 10.00 x 10 orang )

100

AJK ( RM 5.00 x 15 orang )

75

Peserta ( RM 5.00 x 150 orang )


JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

750
2767.50

You might also like