You are on page 1of 57

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENAMAKAN NOMBOR 1

HINGGA 10

TONY KONG SING ANN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KOTA BHARU

2016

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk membantu murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran meningkatkan kemahiran mengenal dan menamakan nombor 1
hingga 10. Dalam kajian ini, dua orang murid dari sebuah sekolah di daerah Wakaf Che Yef
telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji telah menggunakan model Laidlaw yang
diperkenalkan pada tahun 1992 sebagai panduan kajian ini. Tinjauan awal mendapati
bahawa murid ini lemah dalam subjek Matematik khususnya kemahiran mengenal dan
menamakan nombor 1 hingga 10. Pengkaji merancang menggunakan kaedah VAKT bagi
membantu kedua-dua peserta kajian mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah terdiri daripada senarai semak,
ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi dan lembaran kerja. Selepas proses
intervensi, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan perubahan positif dalam kemahiran
mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Kaedah ini masih boleh ditingkatkan
dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang maujud dan berwarnawarni bagi membantu murid menumpukan perhatian dan mudah mengenal dan menamakan
nombor 1 hingga 10.

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah upaya untuk mengembangkan sumber daya manusia, kerana
tanpa pendidikan manusia tidak boleh memiliki dan mengikuti perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi dalam zaman globalisasi ini. Menurut pandangan M.J.
Langeveld (2013),

pendidikan adalah merupakan upaya manusia dewasa

membimbing manusia yang belum dewasa kepada kedewasaan. Dengan itu,


pendidikan adalah usaha untuk menciptakan manusia yang bertaqwa, berilmu
sehingga dapat mengembangkan segala potensi yang ada pada dirinya.
Pendidikan khas adalah suatu perkhidmatan dan kemudahan pendidikan
yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Murid-murid
berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar.
Namun demikian, kanak-kanak yang pintar cerdas yang mempunyai kebolehan
yang lebih jauh dan lebih tinggi daripada kanak biasa juga diklasifikasikan sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut Joan Harwell (2008), beliau memberikan
definisi bagi murid Pendidikan khas bermasalah pembelajaran merupakan satu
golongan murid yang bermasalah dari segi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan kemahiran mengira. Antara jenis kanak berkeperluan khas ialah
kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, terencat akal, masalah
pembelajaran spesifik, autisme, kecacatan fizikal, masalah kesihatan, masalah
bahasa dan komunikasi, pintar cerdas, kecederaan otak traumatik, masalah emosi
dan fizikal serta attention deficit hyperactive disorder (ADHD).
Menurut
Pendidikan

pandangan

Khas

menggalakkan

di

Mansor

Malaysia

perkembangan

(2005)

merupakan
optima

menyatakan
satu

seseorang

bahawa

usaha
sebagai

yang

Program
berterusan

seorang

yang

berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Oleh sebab itu, pendidikan khas adalah program yang dirancang khusus
untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan
khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan & keupayaan murid. Jadi, seorang guru pendidikan khas dikehendaki
peka terhadap keperluan murid-murid supaya boleh menggunakan teknik yang
bersesuaian dengan murid-murid khas bagi mengembangkan murid-murid tersebut.
Matematik selalu didefinisikan kajian mengenai pengukuran, hubungan, dan
sifat-sifat kuantiti dan set, menggunakan nombor dan simbol. Dengan kata lain, ia
merujuk kepada kajian mengenal nombor dan gambar rajah. Menurut Patmila
(2014) berpendapat bahawa pengetahuan dan penggunaan matematik asas penting
bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu. Sebagai guru Pendidikan Khas,
guru perlu sentiasa menggunakan pelbagai jenis strategi pengajaran untuk
membantu murid-murid bermasalah pembelajaran yang lemah dalam pembelajaran
Matematik. Contohnya, kemahiran-kemahiran asas matematik seperti konsep
banyak, konsep sedikit, nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan
operasi bahagi.
Manakala, matematik merupakan satu subjek yang memerlukan permikiran
logikal. Dengan itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas,
murid bekeperluan khas mempunyai masalah ingatan yang singkat, kurang dapat
berfikir secara abstrak dan bermasalah kognitif telah mengakibatkan mereka kurang
dapat menguasai kemahiran asas matematik. Contohnya, terdapat murid-murid
kurang dapat mengenal bentuk dan simbol nombor, nama nombor, nilai nombor dan
cara menulis nombor dengan betul serta urutan nombor. Menurut Sabhi (2011)
berpendapat bahawa konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
nombor bulat adalah asas kepada kebanyakan daripada idea-idea matematik. Oleh

sebab itu, murid-murid tersebut kurang dapat mempelajari konsep operasi tambah,
operasi tolak, konsep wang dan topik mengenai jam dan bulan. Hal ini kerana topiktopik tersebut memerlukan murid telah menguasai konsep pengenalan nombor bulat
asas seperti 1 hingga 10.
Kaedah multisensori ini ialah satu cara yang terdapat dalam Program
Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas seperti autism,
epilepsy, sindrom down, hiperaktif dan global delay. Kaedah ini juga digunakan
secara meluas dalam bidang pediatrik, psikiatri, strok dan traumatic brain injury.
Biasanya kaedah ini digunakan untuk merangsang perkembangan minda kanakkanak bekeperluan khas melalui lima deria asas iaitu penglihatan, pendengaran,
sentuhan, bau dan rasa.
Tujuan kaedah multisensori ini direka bentuk untuk membantu kanak-kanak
yang bermasalah dari segi pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus,
masalah pembelajaran, kebolehan kendiri, kebolehan bermain, kognitif dan konsep
asas. Sebagai contoh, kaedah ini boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak
khas mengenal konsep asas seperti warna, benda, tempat, rasa, nombor dan huruf.
Ia juga boleh membantu kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang lemah dan
tidak dapat menerima, memahami dan mengikut arahan.
Secara ringkasnya, guru pendidikan khas perlu sentiasa peka terhadap
keperluan murid bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka serta berfikir
secara kritis dan kreatif bagi membantu murid-murid tersebut menyelesaikan
masalah mereka dalam proses pembelajaran.

1.2 Konteks
Dalam konteks ini, pengkaji merupakan guru pelatih daripada IPG Kampus Kota
Bharu. Pengkaji telah menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Kota di
Wakaf Che Yeh. Sekolah ini mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Dengan itu, sekolah ini mempunyai lapan kelas pendidikan khas dan mempunyai
lebih kurang empat puluh orang murid pendidikan khas.
Seterusnya, pengkaji telah memilih subjek Matematik sebagai peserta
kajian. Hal ini kerana matematik merupakan suatu subjek yang memerlukan
pemikiran logikal, strategi penyelesaian masalah matematik. Dengan itu, muridmurid pendidikan khas mempunyai kemahiran intelek yang rendah dibandingkan
dengan murid-murid biasa. Oleh itu, subjek Matematik merupakan satu subjek yang
mencabar bagi murid-murid pendidikan khas.
Tambahan

pula,

kemahiran

matematik

yang

dipelajari

juga

boleh

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, murid-murid khas ini


memerlukan ilmu matematik untuk mengenal nombor duit dan mengira duit,
mengenal tarikh, jam serta konsep dan nilai nombor.

Oleh sebab itu, subjek

Matematik merupakan satu subjek berfungsi dalam kehidupan seharian bagi muridmurid pendidikan khas. Oleh hal yang sedemikian, jika murid-murid pendidikan khas
kurang dapat menguasai ilmu asas matematik dengan baik, maka mereka juga
kurang dapat hidup secara berdikari.
Secara ringkasnya, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid khas
dalam subjek matematik perlu dikurangkan dengan pelbagai intervensi yang sesuai.
Hal ini kerana murid-murid yang kurang dapat menguasai ilmu asas matematik,
maka mereka juga kurang dapat mempelajari topik matematik yang seterusnya
seperti topik operasi tambah dan tolak, pengenalan wang, pengenalan jam dan
sebagainya.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pada praktikum fasa tiga, pengkaji telah selaku sebagai seorang guru untuk
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sebuah
sekolah di daerah Wakaf Che Yeh iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kota. Di sekolah
tersebut pengkaji telah diberikan amanah untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia
dan Matematik bagi murid-murid Pendidikan Khas Tahun 3B. Pengkaji telah
mendapati beberapa masalah murid semasa pengkaji menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi murid-murid tersebut. Jadi, pengkaji
menggunakan teknik pemerhatian untuk mengesan masalah yang dialami oleh
murid. Pengkaji telah mendapati murid-murid kelas ini mempunyai banyak masalah
semasa pengkaji mengajarkan subjek matematik.
Melalui pemerhatian, pengkaji telah mendapati terdapat dua daripada enam
orang murid telah mengalami masalah ingatan. Dengan perkataan lain, murid-murid
ini mempunyai jangka ingatan yang pendek. Oleh sebab itu, pengkaji mendapati
murid-murid ini sangat mudah lupa tentang apa yang sudah diajarkan oleh guru.
Sebagai contoh, pengkaji telah mengajarkan murid bahawa nombor 10 ialah
nombor 1 di sebelah kiri dan nombor 0 di sebelah kanan. Manakala muridmurid
tersebut boleh menulis nombor sepuluh dengan betul pada hari itu. Pada proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, maka murid-murid tersebut telah
melupakan cara menulis nombor sepuluh dengan betul. Tambahan pula, terdapat
seorang murid mempunyai jangka ingatan yang pendek lagi. Contohnya, murid
tersebut boleh mengingatkan kedudukan nombor sepuluh dengan betul, maka pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid tersebut kurang dapat menulis nombor
sepuluh dengan betul semasa menjawab soalan yang disediakan oleh guru. Jadi, ia
merupakan satu masalah yang boleh dijadikan sebagai isu untuk kajian tindakan.
Seterusnya, pengkaji telah mendapati masalah kedua yang dialami oleh
murid-murid tersebut semasa proses pengajaran pengkaji di kelas ialah terdapat

segelintir rakan sebaya dalam kelas itu selalu mengejek rakannya merupakan
budak yang bodoh. Dengan itu,pengkaji telah mendapati rakan-rakan yang
diejekkan mempunyai konsep kendiri dan harga diri yang sangat rendah. Sebagai
contoh,pengkaji sedang memberi bimbingan dan dorongan kepada murid yang
lemah untuk cuba menjawab soalan matematik dengan betul, maka rakan sebelah
telah memberitahukan pengkaji bahawa rakannya merupakan murid yang tidak
pandai menguasai ilmu yang disampaikan. Pengkaji mendapati murid lemah itu
telah menukarkan semangat ingin mencuba menjawab soalan kepada semangat
ingin putus asa dan tidak menyiapkan soalan dengan baik. Tambahan pula, pengkaji
juga mendapati seorang murid yang lemah juga sering diejek oleh rakan sebaya
dan diberikan tanda sebagai murid yang tidak boleh belajar baik. Hal ini telah
menyebabkan murid ini mempunyai satu perasaan takut menjawab soalan dengan
salah. Oleh itu, murid itu akan menyalin jawapan rakan yang menjawab soalan
dengan betul. Dengan itu, dia berasa dia membuat sedemikian boleh membantu dia
mengelakkan diri daripada ejekan rakan sebaya. Jadi, ejekan murid lain merupakan
satu gangguan emosi bagi kedua-dua murid itu. Ia juga mengakibatkan kedua-dua
murid tersebut kurang bermotivasi untuk mempelajari matematik. Jadi, masalah ini
juga merupakan masalah kedua yang boleh dijadi isu kajian tindakan pengkaji.
Selain itu, masalah ketiga yang didapati oleh pengkaji dalam kalangan
murid-murid ini ialah murid-murid kurang dapat menulis nombor dengan betul.
Dalam konteks ini, pengkaji telah meminta guru matematik untuk mendapatkan
segala lembaran kerja murid-murid. Dalam proses menganalisis lembaran kerja
murid, pengkaji telah mendapati murid-murid mempunyai masalah tulisan yang
berbeza. Sebagai contoh, salah seorang murid telah menulis nombor 3, 4, 7 secara
terbalik. Murid tersebut menulis nombor 3 dan 7 yang menghadap ke sebelah kanan
dan nombor 4 menghadap ke sebelah kiri. Seorang murid lagi boleh menuliskan
nombor dengan betul. Tetapi, dia kurang dapat menuliskan nombor tersebut dengan

kemas. Contohnya, dia boleh menulis nombor 12 dengan menuliskan saiz nombor
dua besar daripada saiz nombor satu. Walaupun dia boleh menuliskan dengan
betul, maka nombor yang dituliskan oleh dia susah dikenali sebagai nombor
12disebabkan saiz nombor yang dituliskan adalah tidak seimbang. Satu lagi
masalah tulisan yang didapti oleh pengkaji ialah seorang murid kurang dapat
menuliskan kedudukan nombor dengan betul. Contohnya, murid tersebut telah
menuliskan nombor 12 dengan menuliskan nombor 2 di sebelah kiri dan nombor 1
di sebelah kanan. Walaupun murid tersebut boleh mengenalkan nombor 12, maka
dia kurang dapat menulis nombor 12 dengan betul.
Di samping itu, pengkaji juga mengesan murid-murid mempunyai masalah
dengan urutan nombor melalui ujian diagnostik. Secara umumnya, murid-murid
kelas tiga B boleh dikategorikan kepada kumpulan mahir dan kumpulan yang
kurang mahir. Dengan itu, kumpulan yang kurang mahir mempunyai masalah urutan
nombor dari satu hingga sepuluh. Terdapat murid boleh menyebut urutuan nombor
dari satu hingga lima dengan betul, malah dia mula keliru dengan urutan nombor
dari enam ke sepuluh. Contohnya, murid tersebut akan menyebut nombor lima,
tujuh, lapan, sembilan, enam dan sepuluh. Satu lagi murid yang menghadapi
masalah ini ialah dia hanya boleh menguasai urutan nombor dari satu hingga dua
sahaja. Contohnya, murid itu akan menyebut nombor satu, dua, empat dan
sebagainya.
Tambahan pula, pengkaji juga mendapati murid-murid pendidikan khas
mempunyai masalah menggunakan bahasa untuk menamakan nombor dengan
betul. Hal ini kerana murid-murid khas ini berasal daripada negeri Kelantan. Oleh
itu, murid-murid tersebut sudah menyesuaikan diri dengan menggunakan Bahasa
tempatan iaitu Bahasa Kelate untuk menamakan nama nombor. Sebagai contoh,
nombor satu akan menjadi sok, dua menjadi duo, lapan menjadi lapeh. Dengan
itu, murid-murid yang lemah mengalami masalah pemahaman tentang nombor yang

disebutkan oleh guru. Hal ini kerana pengkaji sebagai guru menggunakan Bahasa
Malaysia yang standard untuk menamakan nama nombor itu. Oleh itu, murid-murid
itu memerlukan masa yang panjang untuk memproses nama sebutan nombor yang
disebut oleh guru sebelum menuliskan nombor itu.
Satu lagi masalah yang didapti oleh pengkaji ialah terdapat dua orang murid
dalam kelas ini kurang dapat mengenal nombor 1 hingga 10 dengan betul. Dalam
proses temu bual dengan guru matematik kelas itu, pengkaji telah mendapati muridmurid ini boleh menyebut nama satu hingga sepuluh dengan betul. Tetapinya,
mereka kurang dapat mengingatkan dan menuliskan nombor dengan betul. Muridmurid ini boleh menuliskan nombor dengan betul semasa guru telah menunjukkan
kad nombor. Oleh itu, pengkaji telah mendapati murid-murid ini boleh menyebut
nama nombor dengan betul, maka mereka kurang dapat mengenal dan
mengingatkan nombor satu hingga sepuluh dengan betul tanpa bimbingan guru.
Kemudian, pengkaji juga mendapati murid-murid ini kurang dapat mempelajari topik
matematik lain dengan baik disebabkan mereka kurang dapat menguasai
kemahiran mengenal nombor dengan baik. Jadi pengkaji telah membuat keputusan
untuk memilih masalah ini sebagai tajuk kajian tindakan pengkaji supaya intervensi
yang dirancangkan oleh pengkaji boleh membantu murid-murid ini untuk menguasai
kemahiran pengenalan nombor asal ini.
Tambahan pula, pengkaji juga mendapati murid-murid kelas ini suka aktiviti
melukis dan aktiviti fizikal. Hal ini kerana pengkaji telah mengaplikasikan aktiviti
permainan kecil seperti aktiviti membaling kertas bola ke dalam bakul. Mereka juga
suka gambar-gambar haiwan atau gambar kartun yang cantik. Selepas itu, mereka
akan cuba untuk melukiskan gambar-gambar tersebut. Secara kesimpulannya,
pengkaji telah merancang menggunakan aktiviti kegemaran murid-murid untuk
mengurangkan masalah murid-murid itu.

2.0 FOKUS KAJIAN


Melalui

refleksi

pengajaran

dan

pembelajaran

pengkaji,

pengkaji

telah

menggunakan kaedah pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,


temu bual dengan guru subjek matematik serta ujian diagnostik mengumpulkan
pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas tahun tiga.
Namun demikian, pengkaji telah menumpukan tumpuan terhadap masalah
mengenal nombor 1 hingga 10. Hal ini kerana murid perlu menggunakan ilmu asas,
kemahiran mengenal nombor untuk mempelajari topik matematik yang seterusnya
seperti operasi tambah, operasi tolak dan lain-lain.
Dengan perkataan lain, pengenalan nombor tersebut merupakan satu aset
kepada murid-murid khas untuk memahami konsep mengira yang lebih kompleks.
Melalui temu bual dengan guru subjek matematik itu, beliau telah memberitahukan
kepada pengkaji kedua-dua orang murid itu selalu tidak dapat mengikuti proses
pengajaran guru disebabkan mereka tidak mengenal nombor dengan betul.
Tambahan pula, beliau juga memberitahukan pengkaji bahawa kedua-dua
murid itu mempunyai konsep kendiri yang rendah disebabkan mereka sering
membuat latihan dengan salah. Mereka juga bermula menunjukkan sikap kurang
minat terhadap subjek matematik. Dengan itu, pengkaji mendapati murid-murid khas
kurang dapat menguasai pengenalan nombor dengan baik telah menimbulkan
perasaan tidak suka terhadap kemahiran mengira semasa membuat lembaran kerja
matematik. Selepas itu, mereka juga menghilangkan minat pembelajaran mereka
terhadap matematik.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian
diagnostik untuk mengumpulkan data bagi mengenalpastikan kedua-dua orang
murid khas yang mempunyai masalah mengenal nombor dari 1 hingga 10. Pada
pendapat pengkaji, pengkaji telah mendapati peserta kajian pertama mempunyai

jangka ingatan pendek terhadap nombor. Contohnya, guru telah mengajarkan


bentuk simbol nombor dan menyuruh peserta kajian itu menuliskan nombor itu pada
papan hitam. Selepas 15 minit, dia boleh menyebut nama nombor dengan, tapi dia
memerlukan masa yang panjang untuk menulis nombor itu atau dia menulis nombor
lain yang tidak tepat. Ataupun, semasa guru menyebut satu nombor dalam
lingkungan sepuluh secara spontan dan dia kurang dapat menuliskan nombor itu
dengan tepat.
Manakala, masalah yang dihadapi oleh peserta kajian kedua ialah dia boleh
menyebut nama nombor dengan betul, namun demikian dia kurang menuliskan
nombor tersebut dengan betul. Contohnya, dia boleh menyebut urutan nombor dari
satu hingga sepuluh dengan betul, maka nombor yang dituliskan ialah satu, dua,
empat, enam, lima dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji telah mendapati peserta
kajian ini boleh mengingatkan nama nombor, maka dia kurang dapat mengingatkan
simbol nombor yang sama dengan nama nombor tersebut. Kemudian, peserta
kajian ini juga ada satu masalah iaitu dia menuliskan nombor yang terbalik. Sebagai
contoh, semasa guru menyebut nombor empat, peserta kajian itu telah menuliskan
nombor empat yang terbalik seperti nombor empat yang menghadap ke kanan.
Secara ringkasnya, contoh masalah murid yang pengkaji dapati murid boleh
menyebut nombor dan tidak dapat mengenal nombor dari satu hingga sepuluh
dengan betul. Mereka juga mereka nombor semasa mereka tidak dapat
menghubungkaitkan nama nombor dengan simbol nombor. Oleh itu, mereka kurang
dapat mengikuti topik pelajaran yang berkaitan dengan operasi tambah yang
pengkaji ajarkan. Jadi, jika masalah murid mengenal nombor ini tidak dapat
diselesaikan, maka murid-murid ini kurang dapat terus belajar topik matematik lain
dengan baik.
Sebaliknya, pengkaji juga mendapati bahawa guru khas sekolah ini selalu
membimbing murid-murid ini belajar dengan chalk and talk. Maka, pengkaji juga

mendapati murid-murid itu juga berpeluang untuk menyelesaikan masalah


mengenal nombor semasa guru menggunakan teknik pengajaran lain. Oleh itu,
pengkaji bercadang menggunakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan boleh
melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran itu. Jadi, pengkaji
mempercayai bahawa guru yang menggunakan cara lain untuk menggantikan teknik
chalk and talk boleh membantu murid menyelesaikan masalah mereka.

2.1 Tujuan Kajian


Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu dua orang murid pendidikan
khas meningkatkan kemahiran mengenal dan menamakan nama nombor 1 hingga
10 dengan betul. Oleh sebab itu, intervensi-intervensi yang bersesuaian dengan
maslah kemahiran yang dikaji akan pengkaji laksanakan bagi membantu murid
mengenal dan menamakan nama nombor

1 hingga 10. Pengkaji akan

menggunakan kaedah multisensori yang digelar sebagai kaedah VAKT untuk


membantu murid-murid menyelesaikan masalah ini.
2.2 Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah memenuhi kepentingan pelbagai pihak seperti
murid-murid bekeperluan khas, guru, sekolah, dan ibu bapa.

Murid Bekeperluan Khas:


Kajian ini boleh membantu murid-murid bekeperluan khas mengenal dan
menamakan nama nombor 1 hingga 10. Dengan itu, kaedah VAKT digunakan untuk
membantu murid tersebut menyelesaikan masalah itu supaya mereka boleh belajar
dengan seronok dan tidak ada bebanan. Guru akan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersifat konkrit dan membolehkan murid-murid melihat dan

mengenal nombor dengan jelas. Murid-murid juga boleh menggunakan jari untuk
menyentuh nombor pada bahan bantu mengajar tersebut. Selain itu, murid-murid
boleh mendengar dan mempelajari cara menamakan nama nombor dengan alat
multimedia. Oleh itu, murid-murid khas ini boleh menumpukan minat dalam proses
pembelajaran kemahiran mengenal dan menamakan nama nombor dengan kaedah
VAKT.

Guru
Kajian

yang

dijalankan

ini

membolehkan

guru

pendidikan

khas

melihat

keberkesanan intervensi yang dirancang bagi murid yang dikaji. Kajian ini juga
boleh membantu guru mengenal pasti dan memahami maslaah yang dihadapi oleh
murid. Ia juga boleh membantu guru dari segi amalan pengajaran. Guru dapat
mempelbagaikan corak pengajaran dan meningkatkan kualiti mengajar dengan
penggunaan kaedah VAKT. Jadi, guru boleh menggunakan pelbagai jenis kaedah
pengajaran bagi membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang dirancangkan.
Sekolah
Melalui kajian ini, pihak sekolah boleh mendapat langkah-langkah alternatif untuk
membantu murid-murid bekeperluan khas yang menghadapi masalah dalam
mengenal dan menamakan nama nombor. Dengan itu, pihak sekolah boleh
mendorong guru-guru pendidikan khas untuk meningkatkan pencapaian muridmurid bekeperluan khas dalam bidang akademik.

Ibu Bapa
Kajian yang dijalankan ini juga boleh memberi pendedahan kepada ibu bapa
tentang langkah-langkah alternatif bagi menyelesaikan masalah murid-murid

bekeperluan khas ini di rumah masing-masing. Tambahan pula, ia juga boleh


dijadikan satu motivasi kepada ibu bapa yang mula berasa putus asa terhadap anak
bekeperluan khas sendiri. Jadi, ibu bapa dapat disedarkan bahawa golongan
bekeperluan khas ini juga boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam bidang
akademik dan mereka amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak ibu
bapa.

2.3 Pengumpulan Data Awal


Pada peringkat awal, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu
bual serta ujian diagnostik bagi mengenalpastikan tahap penguasaan murid
terhadap nombor 1 hingga 10. Tambahan pula, pengkaji juga dapat mengenal pasti
kelemahan peserta kajian menerusi instrumen tersebut seperti ujian diagnostik dan
senarai semak. Secara ringkasnya, kaedah-kaedah tersebut telah membantu
pengkaji memilih peserta kajian.

i) Pemerhatian Terhadap Pembelajaran Murid Dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran
pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk memerhati murid-murid
semasa pengkaji bermula mengajar subjek matematik. Dalam proses pemerhatian,
pengkaji telah menggunakan senarai semak untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid terhadap nombor 1 hingga 10. Pengkaji akan menilai dan
menandakan ciri-ciri yang disediakan dalam senarai semak Selepas proses
pemerhatian, pengkaji telah mendapati peserta kajian 1 dan peserta kajian 2
mempunyai masalah mengenal nombor. Sebagai contoh, mereka boleh menyebut
nama nombor tapi tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 10. Oleh itu, pengkaji
telah memilih kedua-dua peserta kajian tersebut sebagai peserta kajian pengkaji.

ii) Proses Temu Bual Dengan Guru


Kemudian, pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual dengan guru
subjek matematik kelas tersebut untuk mengenalpastikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid dalam proses pembelajaran matematik. Kaedah ini telah
membantu pengkaji untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap nombor 1
hingga 10 dengan lebih terperinci. Hal ini kerana guru sudah lama bertugas di
sekolah itu dan guru lebih mengenali murid-murid tersebut. Guru telah
memberitahukan pengkaji bahawa terdapat beberapa murid boleh mengingatkan
nama nombor, tetapi mereka kurang dapat mengenal nombor dengan betul semasa
guru mengajar. Sebagai contoh, mereka kurang dapat mengenal nombor 1 hingga
10 dan menamakan nombor 1 dan 2 dengan betul apabila guru menunjukkan kad
nombor. Jadi, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta
kajian semasa mengenal nombor 1 hingga 10.

iii) Ujian Diagnostik


Menurut Mashudi (2008), ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip
dan mengumpul data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap
sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Pengkaji juga menggunakan ujian
diagnostik untuk mengenalpastikan kelemahan-kelemahan murid dalam topik
matematik. Melalui ujian diagnostik tersebut, pengkaji telah mendapati murid kurang
dapat membulatkan nombor yang disebutkan oleh guru dengan betul. Oleh itu,

pengkaji telah mengenalpastikan terdapat dua orang murid lemah mengenal


nombor.

2.4 Tindakan
Pengkaji telah memilih Model Lewin dan Laidlaw (1992) sebagai asas rujukan bagi
melaksanakan kajian tindakan pengkaji. Model ini mempunyai lima fasa bagi
menjana reka bentuk kajian. Contohnya, mengenl pasti aspek amalan, merancang
pelan tindakn, melaksanakan tindakan, pengumpulan data dan membuat refleksi.
Secara ringkasnya, model ini boleh menjadi panduan kepada pengkaji untuk
melaksanakan kajian.

memb
uat
refleksi
terhad
ap
tindaka
n

mengu
mpul
data

menge
nal
pasti
aspek
amalan

Mo
del
Le
wi
n

Rajah : Model Kajian Laidlaw (1992)


Sumber: Rosinah Edini et al

meran
cang
pelan
tindaka
n

melaks
anakan
pelan
tindaka
n

Pada

fasa

pertama,

pengkaji

telah

mengesan

masalah

murid

semasa

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. pengkaji telah menggunakan


kaedah pemerhatian, ujian dan temu bual untuk mengesan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid. Dengan itu, pengkaji telah mendapati murid-murid menghadapi
masalah mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Kemudian, peserta kajian
juga dikenal pasti melalui alat-alat kajian tersebut supaya dapat mengesan masalah
tang dihadapi oleh mereka dengan lebih tepat.
Pada fasa kedua, pengkaji bermula membuat perancangan tentang
intervensi yang sesuai untuk membantu peserta kajian mengenal dan menamakan
nombor 1 hingga 10 dengan betul. Intervensi yang diberi adalah dengan
menggunakan kaedah VAKT iaitu peserta kajian mengenal dan menamakan
nombor 1 hingga 10 dengan deria penglihatan, deria pendengaran, deria sentuhan
dan pergerakan. Dalam perancangan pengkaji, pengkaji akan menggunakan
permainan ketingting, alat multimedia iaitu powerpoint, buku

nombor dan kad

nombor diperbuat daripada kertas pasir. Kaedah yang dirancang untuk mengutip
data ialah kaedah ujian, kaedah pemerhatian dan kaedah analisis dokumen.
Pada fasa ketiga, pengkaji telah menggunakan instrumen untuk mengutip
data

bagi

mengenalpastikan

peningkatkan

peserta

kajian

mengenal

dan

menamakan nombor 1 hingga 10. Instrumen yang akan digunakan untuk mengutip
data ialah ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi, lembaran kerja dan
senarai semak. Pengumpulan data adalah berdasarkan kaedah triangulasi bagi
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data tersebut.
Pada fasa keempat, pengkaji akan menganalisis data supaya boleh
mengetahui peningkatan peserta kajian dan menilai keberkesanan intervensi yang
dilaksanakan. Pengkaji perlu meneruskan pembacaan bidang yang dikaji untuk

sebarang perubahan dan penambahbaikan. Terdapat beberapa bacaan yang telah


pengkaji membaca yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
Dalam kajian pengkaji, murid-murid yang terpilih telah mengalami masalah
mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10 dengan betul. Pada pandangan
Norfasihah (2013), nombor ialah suatu ilmu asas yang dipelajari oleh murid-murid
dalam subjek Matematik sebelum mempelajari kemahiran yang selanjutnya. Hal ini
kerana kemahiran matematik seperti operasi tambah, nilai wang dan lain-lain
memerlukan ilmu asas tersebut. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan agar murid
dapat mempelajari topik matematik lain dalam buku teks dan juga boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Menurut Rosmah (2016), permainan membantu kanak-kanak mengenal dan
memahami nilai nombor 1- 10 dengan betul. Dalam konteks ini, guru perlu
mengetahui tahap keupayaan murid perlu diketahui oleh guru agar guru dapat
memberikan pengajaran yang senang difahamkan oleh murid. Dengan itu,
permainan telah diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
menarik perhatian murid dan meningkatkan kefahaman murid terhadap kemahiran
mengenal nombor 1 hingga 10. Oleh itu, permainan tradisional masyarakat Melayu
iaitu permainan congkak yang senang dimainkan telah digunakan oleh beliau untuk
mendidik murid-murid mengenal dan memahami nombor 1 -10. Hasil kajian beliau
telah berjaya meningkatkan kemahiran murid mengenal dan memahami nilai
nombor 1 10. Jadi, bahan konkrit seperti congkak dan guli yang digunakan dapat
menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna dan berkesan.

Hycinthanita (2012) juga telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan


masalah menangani nombor tetapi berfokus pada 1 hingga 5.

Beliau telah

mengambil tindakan seperti memberi bimbingan secara individu dan menggunakan

bahan bantu mengajar (BBM) yang pelbagai kepada peserta kajian. Dengan itu,
bahan maujud dan alat berbentuk multimedia telah digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas. Sebagai contoh, video
mengenai cara mengenal nombor dan cara menulis nombor dengan betul boleh
digunakan oleh guru dalam kelas. BBM yang bersifat maujud dan alat mulitmedia itu
boleh menarik perhatian murid dalam kelas dan kaedah bimbingan secara individu
boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid. Dengan itu, pengkaji telah
disedarkan bahawa murid-murid pendidikan khas juga boleh mempelajari ilmu
matematik dengan ABM yang berbentuk multimedia.

Aprilla Wahyu (2015) telah melaksanakan satu kajian menggunakan konsep


permainan bowling untuk membantu murid-murid prasekolah untuk mengenal
nombor 1 10. Pada pendapat beliau, permainan bowling ini boleh membantu
murid lebih fokus dan memberikan tumpuan untuk mempelajari nombor. Hal ini
kerana kaedah permainan bowling ini boleh menstimulasikan murid-murid
prasekolah ini berminat untuk mempelajari kemahiran mengenal nombor. Oleh itu,
beliau telah berjaya menggunakan permainan bowling ini menjadikan murid-murid
bersemangat dalam mempelajari kemahiran mengenal nombor 1 hingga 10. Melalui
kajian ini, pengkaji telah disedarkan bahawa konsep permainan ini boleh
merangsangkan

minat

dan

motivasi

murid

untuk

belajar.

Pengkaji

telah

mendapatkan idea untuk merancang aktiviti pengkaji berdasarkan teori VAKT.

Kajian lepas yang dijalankan oleh Conelia (2012) tentang kaedah


penggunaan nombor berwarna dalam membantu murid mengingat nombor 1 hingga
9 adalah berkait rapat dengan masalah mengenal dan menulis. Beliau telah memilih
penggunaan nombor berwarna disebabkan penggunaan warna yang berbeza dapat

membantu mengingatkan nombor. Beliau telah memastikan kaedah yang dipilih


mempunyai sifat-sifat berkaitan dengan minat peserta kajian, serta bersesuaian
dengan tahap kecekapan peserta kajian beliau. Intervensi yang diaplikasikan telah
berjaya membantu peserta kajian beliau meningkatkan daya ingatannya terhadap
nombor 1 hingga 9 dalam masa 2 bulan. Dengan itu, pengkaji telah mendapatkan
idea bahawa penggunaan warna yang berbeza boleh menarik perhatian dan minat
murid untuk mengenal nombor.

Majeda (2013) juga menjalankan satu kajian yang berkaitan tentang


keberkesanan penggunaan kaedah multisensori terhadap murid-murid bekeperluan
khas. Beliau telah menggunakan lapan minggu untuk menjalankan kajian itu. Beliau
telah membahagikan peserta kajian kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
menggunakan kaedah multisensori untuk mendidik peserta kajian tentang operasi
tambah, manakala kumpulan kedua menggunakan kaedah pengajaran tradisional
untuk mengajar topik operasi tambah. Pada akhirnya, peserta kajian kumpulan satu
telah menunjukkan hasil pembelajaran yang tingggi daripada kumpulan dua. Jadi,
kaedah multisensori ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai untuk mendidik
murid-murid bekeperluan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik.

Presley (2012) juga menghasilkan satu kajian yang menggunakan teknik


menyanyi

membantu

murid-murid

prasekolah

untuk

menguasai

kemahiran

mengenal, menulis dan mengira nombor asas itu. Beliau juga berpendapat bahawa
aktiviti pengajaran tradisional itu amat membosankan murid dan murid mudah hilang
minat untuk belajar. Oleh itu, teknik nyanyian yang digunakan oleh beliau telah
mendatangkan keseronokan kepada murid-murid prasekolah dan membantu

mereka menguasai nombor asas. Beliau juga berpendapat bahawa kaedah


nyanyian ini meningkatkan tahap kefahaman serta menguatkan lagi ingatan kanakkanak. Jadi, pengkaji telah mendapatkan idea bahawa murid-murid juga boleh
belajar dengan berkesan dan gembira apabila guru menggunakan lagu atau muzik
untuk merangsangkan deria pendengaran murid.

Menurut Nur Zahidah (2013), beliau telah membantu murid mengenal angka
dengan bahan maujud seperti biskut. Beliau telah menggunakan bahan bantu
mengajar yang kreatif iaitu biskut yang pelbagai perisa. Ia telah berjaya menarik
perhatian murid-murid untuk belajar kerana murid-murid ingin makan biskut yang
pelbagai perisa. Jadi, pengkaji telah disedarkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yang maujud dan kreatif boleh menarik perhatian murid dan meningkatkan
minat murid untuk mempelajari topik Matematik.

Kesimpulannya, pengenalan nombor 1 hingga 10 merupakan kemahiran


asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Murid-murid yang tidak boleh mengenal
dan menyebut nama nombor dengan betul, maka murid itu kurang dapat
mempelajari kemahiran matematik lain. Seterusnya, guru pendidikan khas perlu
berfikir secara kritis dan kreatif untuk merancang cara penyelesaian untuk
membantu murid-murid ini. Oleh sebab itu, pengkaji berpendapat bahawa kaedah
multisensori boleh digunakan untuk membantu murid belajar dengan berkesan. Hal
ini kerana kaedah ini telah merangsangkan kelima-lima deria murid dalam proses
pembelajaran. Apabila kelima-lima murid telah dirangsangkan, maka murid boleh
menumpukan perhatian dan berminat terhadap pengajaran guru. Murid juga
mendapat pengalaman langsung dan tidak mudah lupa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid mengenal dan
menamakan nombor 1 hingga 10 dengan betul melalui kaedah VAKT.
3.2 Objektif Khusus:

1. Meningkatkan kefahaman murid mengenal nombor 1 - 10 dengan


kaedah VAKT.
2. Meningkatkan keupayaan murid untuk menamakan nombor 1- 10
dengan betul melalui kaedah VAKT.
3. Meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari nombor 1 - 10
dengan kaedah VAKT.

3.3 Soalan Kajian

1. Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengenal


nombor 1 10 dengan menggunakan kaedah VAKT?
2. Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran menamakan
nombor 1 10 dengan kaedah VAKT?
3. Bagaimanakah motivasi murid terhadap pembelajaran nombor 1 10
dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah VAKT?

4.0 Latar Belakang Peserta Kajian


PESERTA KAJIAN 1

Butiran
UMUR
JANTINA
Ciri-Ciri

11 tahun
Lelaki

Suka
jawapan

PESERTA KAJIAN 2
11 tahun
Lelaki

menyalin

Suka melukis

rakan

sebelah
KATEGORI

Slow learner

Slow learner

PEMBELAJARAN
NAMA SEKOLAH
PRESTASI

Sk Seri Kota
Lemah dalam Matematik

Sk Seri Kota
Lemah dalam Matematik

AKADEMIK
MASALAH

MASALAH

AKADEMIK

Boleh menyebut nama

Boleh

nombor, tapi kurang

nama nombor, tapi

dapat menulis simbol

kurang

dapat

nombor.
Jangka

menulis

simbol

nombor.
Menulis

nombor

pendek

ingatan

menyebut

yang terbalik.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Bagi peserta kajian yang menghadapi masalah pengenalan nombor dari 1 hingga
10, pengkaji telah mencadangkan penggunaan teknik multisensori iaitu peserta
kajian mempelajari nombor dengan melibatkan kelima-lima deria visual (V), auditory
(A), kinesthetic (K) dan tactile (T) dalam proses pembelajaran. Jadi, guru yang
mengaplikasikan teknik VAKT ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh
memudahkan murid-murid khas ini mempelajari topik matematik. Biasanya, guru
akan membimbing murid-murid mengenalkan nombor dari satu hingga sepuluh.
Secara ringkasnya, aktiviti yang dirancangkan oleh pengkaji berdasarkan
kaedah VAKT ini ialah:Jadual : Aktiviti Intervensi VAKT
DERIA
Penglihatan

AKTIVITI
Murid mengenal nombor pada buku nombor

VISUAL (V)

dan memadankan kad nombor yang sama


dengan nombor pada buku.
Murid dikehendaki menyebut nama nombor

Pendengaran

itu.
Satu

AUDITORY (A)

nombor 1 hingga 10. Murid mengenal

powerpoint

yang

mengandungi

nombor dan mendengar sebutan nama


Pengerakan
KINESTHETIC (K)
Sentuhan
TACTILE (T)

nombor pada slaid itu.


Aktiviti Ketingting Bernombor.
Kad nombor yang diperbuat daripada kertas
pasir.

Dalam perancangan pengkaji, pengkaji merancang aktiviti tersebut dijalankan


mengikut urutan seperti, aktivti pendengaran, aktiviti sentuhan, aktiviti penglihatan
dan aktivti pergerakan. Hal ini kerana pengkaji ingin murid mengenal nombor dahulu
dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam aktiviti pergerakan.

1. Aktiviti berkaitan dengan Deria Auditory (A):


Dari segi deria pendengaran ini, pengkaji telah merancang menggunakan alat
multimedia untuk menunjukkan gambar nombor yang berbunyi. Pengkaji merancang
menggunakan powerpoint untuk menghasilkan slaid yang mengandungi nombor 1
hingga 10. Murid boleh menggunakan alat tertikus untuk menekan gambar nombor
tertentu, maka nama bunyi nombor tersebut akan dibunyikan. Tujuan aktiviti ini
dijalankan adalah membantu murid-murid mengenal nombor dan mengetahui nama
nombor melalui deria pendengaran.
Langkah

pelaksanaan

aktiviti

ini

ialah

guru

membimbing

murid-murid

mengenalsemua nombor dan nama nombor dahulu. Kemudian, guru menyebut


nama nombor tertentu, maka murid hendak menekan gambar nombor tertentu pada
slaid powerpoint. Jadi aktiviti ini boleh dijalankan secara individu.

2. Aktiviti berkaitan dengan Deria Tactile (T):


Dari segi deria sentuhan ini, pengkaji telah merancang menggunakan kertas pasir
membentuk nombor satu hingga sepuluh pada satu kad. Kemudian, ia juga
dihiaskan menjadi sebagai kad nombor yang menarik.Tujuan aktiviti ini ialah murid
boleh mengenal nombor melalui deria sentuhan mereka.
Langkah pelaksanaan aktiviti ini ialah murid hendak menyurih nombor kad
kertas pasir itu sambil menyebut nama nombor tersebut. Jadi, aktiviti ini juga boleh
dijalankan dengan melibatkan kedua-dua orang murid pada satu masa yang sama.

Secara ringkasnya, aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan secara berulang bagi


meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid dan mereka dikehendaki
membuat lembaran kerja selepas menyiapkan setiap aktiviti.

3. Aktiviti berkaitan dengan Deria Visual (V):


Dari segi deria penglihatan ini, pengkaji telah merancang menghasilkan satu buku
nombor yang menarik seperti star book. Tujuannya ialah buku yang kreatif dan
dihasilkan dengan cantik boleh menarik tumpuan dan minat murid untuk membaca
buku. Tambahan pula, buku yang berwarna-warni dan kelihatan kreatif mudah
merangsangkan minat murid dan menarik perhatian murid terhadap buku itu.
Apabila minat dan tumpuan murid telah ditumpukan pada buku itu, maka murid
boleh fokus untuk mengenal nombor dan menyebut nama nombor 1 hingga 10.
Selepas murid boleh mengenal dan menyebut nama nombor dari buku itu, maka
murid perlu memadankan satu kad nombor yang terlekat dalam buku pada
kedudukan yang betul. Sebagai contoh, murid hendak melekatkan kad nombor yang
sama dengan muka surat yang menunjukkan nombor itu.

4. Aktiviti berkaitan dengan Deria Kinesthetic (K):


Dari segi pengerakan ini, pengkaji telah merancang menggunakan aktiviti
permainan tradisional iaitu permainan ketingting bernombor. Pengkaji merancang
aktiviti ini dilaksanakan di luar bilik darjah. Pengkaji merancang aktiviti ini dijalankan
di koridor besar yang terletak di sebelah bilik darjah pendidikan khas Tahun Satu.
Tujuan pengkaji melaksanakan aktiviti ini ialah pengkaji ingin murid dapat belajar
nombor dalam suasana yang berlainan dengan bilik darjah dan membantu mereka
mengaplikasikan nombor dalam permainan.

Bagi aktiviti ini, pengkaji telah memasukkan nombor satu hingga sepuluh ke
dalam petak permainan kedinidng tersebut. . Selepas itu, murid dikehendaki
melompat ke petak nombor yang disebut oleh guru.Kemudian, murid dikehendaki
melompat ke dalam petak ketingting itu sambil menyebut nama nombor itu Jadi,
aktiviti ini boleh dijalankan dengan melibatkan kedua-dua orang murid pada satu
masa yang sama.

5.2 Kaedah Pengumpulan Data


Dalam perancangan pengkaji, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah
ujian dan kaedah penelitian dokumen. Kaedah pemerhatian digunakan untuk
merekod interaksi peserta kajian dalam kajian yang dijalankan.
Pemerhatian:
Dalam konteks ini, pemerhatian ialah salah satu instrumen yang digunakan
untuk mengumpul data. Pemerhatian turut serta digunakan. Oleh itu, pengkaji
membuat pemerhatian sebagai peserta supaya pengkaji dapat merekod maklumat
dengan jelas. Seterusnya, senarai semak digunakan untuk merekod maklumat
semasa pemerhatian dilaksanakan. Instrumen ini digunakan untuk mengumpul data
tentang keupayaan murid mengenal dan menyebut nama nombor satu hingga
sepuluh.

Kaedah Ujian:
Seterusnya, kaedah ujian dijalankan bagi merekod data-data yang berkaitan.
Dengan itu, suatu ujian bertulis dibina oleh guru sendiri. Ujian tersebut adalah
berkaitan dengan pengenalan nombor satu hingga nombor sepuluh. Soalan objektif

dan soalan subjektif digunakan. Murid menjawab kedua-dua soalan itu. Ujian
sebelum intervensi ini dijalankan sebelum pelaksanaan intervensi. Ujian selepas
intervensi ini dijalankan selepas pelasanaan intervensi VAKT itu. Jadi, keputusan
ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi dibandingkan untuk
mengenalpastikan peningkatkan peserta kajian mengenal dan menamakan nombor
1 hingga 10.
Kaedah Analisis Dokumen:
Selain

itu,

kaedah

penelitian

dokumen

telah

digunakan

untuk

mengumpulkan data setelah murid melaksanakan setiap aktiviti berkaitan dengan


VAKT itu. Dengan itu, pengkaji memberi peserta kajian membuat lembaran kerja
selepas melaksanakan satu aktiviti daripada kaedah VAKT itu. Lembaran kerja itu
juga terdiri daripada soalan subjektif. Perbezaan lembaran kerja ini dengan ujian
sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi ialah lembaran kerja digunakan
selepas murid melaksanakan aktiviti VAKT. Tujuannya adalah untuk melihat
keberkesanan aktiviti intervensi untuk meningkatkan murid mengenal dan menyebut
nama nombor 1 hingga 10. Jadi, pengkaji boleh mendapatkan gambaran dan
kefahaman yang dalam tentang penguasaan peserta kajian mengenal dan
menyebut nama nombor selepas menjalankan aktiviti VAKT itu.
5.3 Cara Menganalisis Data
Dalam langkah ini, pengkaji menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk
menghasilkan satu hasil analisis dapatan kajian.

Analisis Kaedah Pemerhatian:


Instrumen pengumpulan data secara pemerhatian agak popular dan sering
digunakan oleh para penyelidik. Ia merupakan proses pengumpulan data yang

berbentuk kualitatif. Aspek tingkah laku peserta kajian diperhatikan semasa


keempat-empat intervensi dijalankan. Data-data yang dikumpulkan melalui kaedah
pemerhatian akan dipamerkan dalam bentuk jadual kekerapan. Melalui jadual
kekerapan, pengkaji boleh mengetahui perubahan tingkah laku peserta kajian dari
intervensi pertama hingga intervensi keempat.
Analisis Kaedah Ujian:
Seterusnya, ujian telah dikendalikan untuk mengesahkan kelemahan murid
secara spesifik dalam kemahiran mengenal dan menyebut nama nombor 1 hingga
10. Pengkaji boleh menganalisis data yang dikumpulkan melalui ujian sebelum
intervensi dan ujian selepas intervensi dengan mengambil kira jumlah jawapan yang
betul. Pengkaji boleh mengategorikan soalan ujian sebelum intervensi dan ujian
selepas intervensi ke dalam beberapa kumpulan. Kemudian, pengkaji boleh
menganalisis jumlah jawapan betul yang didapatkan oleh peserta kajian dalam
kumpulan tertentu. Dengan cara itu, pengkaji boleh mengetahui kelemahan peserta
kajian secara spesifik.
Tambahan pula, pengkaji boleh menbandingkan keputusan ujian sebelum
intervensi dan ujian selepas intervensi bagi mengenal pasti peningkatan tahap
penguasaan peserta kajian untuk mengenal dan menyebut nama nombor 1 hingga
10.

Analisis Kaedah Analisis Dokumen:


Lembaran kerja kedua-dua peserta kajian akan dianalisis dan diberi penilaian.
Kemudian, pengkaji akan membuat satu jadual tentang soalan yang dijawab betul
oleh peserta kajian dan soalan yang dijawab salah oleh peserta kajian. Dengan ada

jadual, pengkaji boleh mengenalpastikan penguasaan peserta kajian dalam


kemahiran mengenal dan menyebut nama nombor 1 hingga 10 dengan lebih
terperinci. Jadi, aspek ini memainkan peranan yang penting untuk melihat tahap
penguasaan kemahiran mengenal dan menyebut nama nombor selepas intervensi
VAKT.

5.4 Cara Menyemak Data


Menurut Khairuddin (2014),

triangulasi merupakan suatu pendekatan yang

digunakan semasa menjalankan sesuatu kajian dengan menggabungjalinkan lebih


daripada satu alat kajian. Ia juga dapat meningkatkan kesahan hasil dapatan yang
dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif serta meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga
jenis teknik triangulasi iaitu triangulasi kaedah, masa dan sumber.
Triangulasi kaedah dilaksanakan dengan membuat perbandingan antara
sumber data yang dikumpul iaitu kaedah pemerhatian, kaedah ujian, dan kaedah
penelitian dokumen. Perbandingan ini membantu pengkaji menyemak data yang
diperolehi. Dengan kata lain, pengkaji boleh melihat keputusan ketiga-tiga kaedah
itu untuk mengetahui peningkatkan tahap penguasaan peserta kajian mengenal dan
menamakan nombor 1 hingga 10.
Keduanya, triangulasi masa dilaksanakan dengan mengumpul data
lembaran kerja peserta kajian selepas setiap aktiviti intervensi VAKT dan ujian
sebelum intervensi serta ujian selepas intervensi. Suatu jangka masa digunakan
untuk mengumpul data tersebut. Sebagai contoh, ujian sebelum intervensi
dijalankan sebelum Kaedah VAKT digunakan. Maka, data lembaran kerja dikumpul
semasa peserta kajian telah melaksanakan satu aktiviti daripada kaedah VAKT.
Kemudian, data ujian selepas intervensi dikumpulkan semasa peserta kajian telah

berjaya melaksanakan semua aktiviti VAKT. Jadi, jurang masa data ujian sebelum
intervensi dan data ujian selepas intervensi serta data lembaran kerja dikumpulkan
pada masa yang berbeza adalah untuk menguji ketekalan pencapaian peserta
kajian.
Ketiganya, triangulasi sumber digunakan oleh pengkaji. Dari segi sumber
soalan lembaran kerja dan soalan ujian sebelum intervensi serta soalan ujian
selepas intervensi adalah tidak sama. Soalan lembaran kerja dengan ujian pra dan
pos adalah tidak sama. Tambahan pula, sumber senarai semak yang dikumpulkan
melalui kaedah pemerhatian ini juga boleh menunjukkan tingkah laku dan minat
peserta kajian dalam proses mempelajari kemahiran mengenal dan menamakan
nombor 1 hingga 10. Dengan itu, pengkaji boleh menyemak peningkatkan tahap
penguasaan peserta kajian untuk mengenal dan menamakan nombor.

6.0 Dapatan dan refleksi


Analisis Data
Analisis data ialah satu proses menghuraikan data-data yang diperoleh supaya data
itu dapat difahami dan memberi faedah kepada kajian tindakan yang dijalankan.
Dalam kajian ini, kaedah mengumpul data ialah ujian sebelum intervensi, lembaran
kerja, senarai semak dan ujian selepas intervensi. Kaedah-kaedah itu digunakan
untuk mengumpul data tentang peserta kajian mengenal dan menamakan nombor 1
hingga 10. Sebagai seorang pelaksana kajian, data-data yang diperoleh ini dapat
menunjukkan perubahan dan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran
mengenal dan menamakan nama nombor sebelum dan selepas intervensi.

6.1 Analisis Senarai Semak Motivasi Peserta kajian mengenal


dan menamakan nombor 1 hingga 10
Jadual : Dapatan Pemerhatian Motivasi Murid Semasa Intervensi.
Peserta

Peserta kajian 2

kajian 1
1
Y

Bi

Item

l
1

Peserta kajian berminat mempelajari nombor

semasa intervensi dijalankan.


Peserta kajian dapat menumpukan perhatian

terhadap aktiviti intervensi yang dijalankan.


Peserta kajian tidak menggangu kawan

semasa intervensi dijalankan.


Peserta kajian berasa gembira semasa

intervensi dijalankan.
Peserta kajian dapat

memberi

respon

2
Y

3
Y

4
Y

terhadap pertanyaan guru.

Catatan:
1= Intervensi 1

2= Intervensi 2

3= Intervensi 3

4= Intervensi 4

Y= Ya

1
Y

2
Y

3
Y

4
Y

Jadual di atas menunjukkan dapatan yang diperolehi hassil daripada pemerhatian


yang dibuat bagi setiap intervensi dilaksanakan.
Bagi peserta kajian 1 hanya boleh menumpukan perhatian terhadap intervensi dan
memberikan respon kepada pertanyaan guru pada intervensi 1. Pada intervensi 2,
peserta kajian 1 bermula menunjukkan minat terhadap proses mempelajari nombor.
Pada intervensi 3, peserta kajian telah boleh menunjukkan minat dan tumpuan
terhadap proses pembelajaran nombor. Peserta kajian 1 boleh memberi respon
kepada pertanyaan guru dan tidak mengganggu kawan semasa intervensi
dilaksanakan. Pada intervensi 4, peserta kajian 1 menunjukkan minat mempelajari
nombor semasa intervensi dijalankan, boleh menumpukan perhatian terhadap
intervensi, tidak menggangu kawan dan memberi respon terhadap pertanyaan guru
serta berasa gembira semasa intervensi dijalankan.
Pada mulanya, peserta kajian 2 kurang memberikan kerjasama untuk menjalankan
intervensi 1. Pada intervensi 2, peserta kajian 2 telah bermula menunjukkan minat
dan memberikan tumpuan terhadap intervensi. Peserta kajian 2 berasa gembira
menjalankan intervensi 3 dan boleh memberikan respon terhadap pertanyaan guru.
Pada intervensi 4, peserta kajian boleh menunjukkan minat dan tumpuan terhadap
intervensi, dan dia berasa gembira dan memberikan respon kepada pertanyaan
guru.
Secara ringkasnya, peserta kajian 1 dan 2 telah menunjukkan perubahan tingkah
laku dari negatif ke tingkah laku positif. Manakala, peserta kajian 2 masih
menunjukkan tingkah laku yang mengganggu rakan semasa intervensi dijalankan.

6.2 Analisis Ujian Sebelum Intervensi


Ujian sebelum intervensi ini diberikan kepada kedua-dua peserta kajian sebelum
pelaksanaan aktiviti intervensi dilaksanakan. Soalan ujian sebelum intervensi ini
terdiri daripada 4 peringkat yang mengandungi 34 soalan. Tujuan pengkaji membina
soalan ujian yang terdiri daripada pelbagai peringkat soalan adalah untuk melihat
perubahan peserta kajian dalam mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10
berdasarkan corak soalan yang berbeza. Data yang diambil mengikut jawapan yang
betul sahaja.
Jadual : keputusan ujian Sebelum Intervensi Mengikut Peringkat Soalan
Jenis

J1

J2

J3

J4

Jumlah

Soalan
Peserta

1/4

6/10

56/10

4/10

16/34

Kajian 1
Peserta

1/4

5/10

4/10

2/10

12/34

Kajian 2
Catatan:
J1= Mengenal Nombor dan Menamakan Nombor
J2= Mengenal Kedudukan Nombor Yang Betul
J3= Memadan Nombor Yang Sama
J4= Membilang Gambar Dan Tulis Nombor

Melalui hasil pengujian sebelum intervensi ini, peserta kajian 1 dan peserta kajian 2
didapati mempunyai kelemahan dalam mengenalpasti nombor 1 hingga 10. Sebagai
contoh, peserta kajian 1dan 2 hanya mengenal satu nombor mengikut nama nombor
dengan betul. Dari segi soalan berbentuk mengenal kedudukan nombor yang betul,
peserta kajian 1 mengenal 6 jawapan yang betul dan peserta kajian mendapat 5
jawapan yang betul. Dari soalan padan nombor yang sama, peserta kajian 1
mendapatkan 5 jawapan betul dan peserta kajian 2 mendapatkan 4 jawapan yang
betul. Bagi soalan bilang gambar dan tulis nombor, peserta kajian mendapatkan 4
betul dan peserta kajian 2 mendapatkan 2 jawapan betul sahaja.
Ini telah membuktikan kedua-dua peserta kajian lemah dalam mengenal nombor
mengikut nama nombor dan membilang gambar dan menulis nombor. Hal ini kerana
jumlah skor peserta kajian 1 telah mendapatkan 16 daripada 34 dan peserta kajian 2
telah mendapatkan 12 daripada 34.
Kesimpulannya, peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 kurang dapat mengenal dan
menamakan nombor 1 hingga 10 dengan betul.

6.3 Analisis Lembaran Kerja


Lembaran kerja diberikan kepada peserta kajian bertujuan bagi menilai peningkatan
peserta kajian mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10 dengan betul.
Terdapat 4 lembaran kerja disediakan untuk peserta kajian selepas keempat-empat
intervensi.
Jadual : Skor Lembaran Kerja Intervensi 1 (Audio)
Nombo
r
Peserta

10

Jumla
h
6/10

Kajian
1
Peserta

4/10

Kajian
2

Jadual di atas menunjukkan penguasaan peserta kajian terhadap nombor 1 hingga


10. Intervensi yang dijalankan ialah murid mendengar nama nombor pada slaid
komputer.
Melalui intervensi ini, peserta kajian 1 didapati boleh mengenal dan menamakan 6
nama nombor dengan betul. Maka, peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan 4 nama nombor dengan betul. Peserta kajian 1 ini boleh menamakan
nama nombor 1, 2, 3, 5, 7, 8 yang ditunjukkan oleh guru selepas dia menjalankan
intervensi. Peserta kajian 2 ini boleh menamakan nama 1, 2, 3, dan 5 dengan betul
sahaja. Jadual di atas juga menunjukkan peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 boleh
mengenal dan menamakan nombor 1, 2, 3 dan 5. Manakala, peserta kajian 1 boleh
mengenal dan menamakan nombor 7 dan 8 dengan betul.

Kesimpulannya, kedua-dua peserta kajian didapati boleh mengenal dan menamakan


nombor 1, 2, 3 dan 5.

Jadual : Skor Lembaran Kerja Intervensi 2 (tactile)


Nombor
Peserta

Kajian 1
Peserta

10

Jumlah
6/10
4/10

Kajian 2

Jadual di atas data yang dikumpulkan daripada intervensi kedua. Intervensi kedua
ialah peserta kajian perlu menggunakan deria sentuh menyentuh kad nombor yang
kasar.
Melalui intervensi ini, peserta kajian 1 didapati boleh mengenal dan menamakan 6
nama nombor dengan betul. Maka, peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan 4 nama nombor dengan betul. Peserta kajian 1 ini boleh menamakan
nama nombor 1, 2, 3, 5, 7, 9 yang ditunjukkan oleh guru. Peserta kajian 2 ini boleh
menamakan nama 1, 2, 3, dan 6 dengan betul sahaja.
Ini telah membuktikan bahawa kedua-dua peserta kajian boleh mengenalpastikan
nombor-nombor lain. Contohnya, peserta kajian 1 boleh mengenald an menamakan
nombor 9, maka peserta kajian 2 boleh mengenal dan menamakan nombor 6.
Kesimpulannya, intevensi ini telah merangsangkan peserta kajian 1 dan peserta
kajian 2 mengenal dan menamakan nombor yang lain.

Jadual : Skor Lembaran Kerja Intervensi 3 (visual)


Nombor
Peserta

Kajian 1
Peserta

10

Jumlah
7/10

5/10

Kajian 2

Jadual di atas data yang dikumpulkan daripada intervensi ketiga. Intervensi ketiga
ialah peserta kajian perlu menggunakan deria mata melihat buku nombor yang
disediakan.
Melalui intervensi ini, peserta kajian 1 didapati boleh mengenal dan menamakan 7
nama nombor dengan betul. Maka, peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan 5 nama nombor dengan betul. Peserta kajian 1 ini boleh menamakan
nama nombor 1, 2, 3, 5, 6, 8, 9 yang ditunjukkan oleh guru. Peserta kajian 2 ini boleh
menamakan nama 1, 2, 3, 5 dan 10 dengan betul. Ini telah membuktikan bahawa
kedua-dua

peserta

kajian

menunjukkan

peningkatan

dalam

proses

mengenaslpastikan nombor 110. Contohnya, peserta kajian 1 boleh mengenal dan


menamakan nombor 6 dan 8, maka peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan nombor 5 dan 10.

Jadual : Skor Lembaran Kerja Intervensi 4 (kinestic)


Nombor
Peserta

Kajian 1
Peserta

10

Jumlah
8/10

6/10

Kajian 2

Jadual di atas data yang dikumpulkan daripada intervensi keempat. Intervensi


keempat ialah peserta kajian perlu menggunakan motor kasar dan motor halus untuk
memainkan permainan ketingting nombor.
Melalui intervensi ini, peserta kajian 1 didapati boleh mengenal dan menamakan 8
nama nombor dengan betul. Maka, peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan 6 nama nombor dengan betul. Peserta kajian 1 ini boleh menamakan
nama nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10 yang ditunjukkan oleh guru. Peserta kajian 2 ini
boleh menamakan nama 1, 2, 3, 4, 5 dan 10 dengan betul. Ini telah membuktikan
bahawa kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan lagi dalam proses
mengenaslpastikan nombor 110. Contohnya, peserta kajian 1 boleh mengenal dan
menamakan nombor 4, 7 dan 10, maka peserta kajian 2 boleh mengenal dan
menamakan nombor 4.
Kesimpulan Hasil Analisis Lembaran Kerja
Berdasarkan analisis data-data di atas, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 telah menunjukkan peningkatkan dalam
kemahiran mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10.

6.4 Analisis Ujian Selepas Intervensi


Ujian selepas intervensi ini diberikan kepada kedua-dua peserta kajian selepas
pelaksanaan aktiviti intervensi dilaksanakan. Ujian ini menggunakan soalan yang
sama dengan ujian sebelum intervensi

Jadual : keputusan ujian Selepas Intervensi Mengikut Peringkat Soalan


Jenis

J1

J2

J3

J4

Jumlah

Soalan
Peserta

3/4

10/10

10/10

7/10

30/34

Kajian 1
Peserta

2/4

8/10

8/10

6/10

24/34

Kajian 2

Catatan:
J1= Mengenal Nombor dan Menamakan Nombor
J2= Mengenal Kedudukan Nombor Yang Betul
J3= Memadan Nombor Yang Sama
J4= Membilang Gambar Dan Tulis Nombor

Melalui hasil pengujian selepas intervensi ini, peserta kajian 1 dan peserta kajian 2
didapati menjawab banyak soalan dengan betul. Sebagai contoh, peserta kajian 1
telah mengenal tiga nombor mengikut nama nombor dengan betul, maka peserta
kajian 2 berjaya mengenal dua nombor mengikut nama nombor dengan betul. Dari
segi soalan berbentuk mengenal kedudukan nombor yang betul, peserta kajian 1
menjawab semua soalan dengan betul dan peserta kajian 2 telah mendapat lapan
jawapan betul. Dari segi soalan padan nombor yang sama, peserta kajian 1
mendapatkan semua jawapan betul dan peserta kajian 2 mendapatkan lapan
jawapan yang betul. Bagi soalan bilang gambar dan tulis nombor, peserta kajian 1
mendapatkan tujuh jawapan betul dan peserta kajian 2 mendapatkan enam jawapan
yang betul.
Ini telah membuktikan kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan
dalam mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Hal ini kerana peserta kajian
1 telah mendapatkan 30 jawapan betul daripada 34 soalan dalam ujian ini. Maka,
peserta kajian 2 telah mendapatkan 24 jawapan betul daripada 34 soalan dalam
ujian ini.

6.5 Perbandingan Keputusan Ujian Sebelum Intervensi Dengan Ujian Selepas


Intervensi.
Jadual : Skor Ujian sebelum intervensi dan Ujian Selepas Intervensi

Bi

Item

l
1

Peserta

Kajian 1
Peserta

J1
U1 U2

J2
U1

J3
U2

1/4 3/4 6/10

10/1

1/4 2/4 5/10

0
8/10

U1

J4
U2

U1

U2

5/10 10/10 4/10 7/10

16/3

30/34

4/10

4
12/3

24/34

8/10

2/10 6/10

Kajian 2
Catatan:
U1= Ujian Sebelum Intervernsi

Jumlah
U1
U2

4
U=2 Ujian Selepas Intervernsi

J1= Mengenal Nombor dan Menamakan Nombor


J2= Mengenal Kedudukan Nombor Yang Betul
J3= Memadan Nombor Yang Sama
J4= Membilang Gambar Dan Tulis Nombor

Mengikut jadual di atas, peserta kajian 1 telah menunjukkan peningkatan dalam


menjawab keempat-empat jenis soalan itu. Peserta kajian 1 memperoleh 16
daripada 34 pada ujian sebelum intervensi, manakala skor ujian selepas intervensi
telah meningkat kepada 30 daripada 34. Seterusnya, peserta kajian 2 memperoleh
12 daripada 34 pada ujian sebelum intervensi, maka skor ujian selepas intervensi
telah meningkat kepada 24 daripada 34. Ini telah membuktikan peserta kajian 2 juga
menunjukkan peningkatan selepas intervensi dilaksanakan.
Jelasnya bahawa peserta kajian 1 dan 2 telah mengalami peningkatan selepas
intervensi dijalankan iaitu 14 bagi peserta kajian 1

dan 12 bagi peserta kajian 2.

Perbandingan skor ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi telah
menunjukkan peserta kajian 1 meningkat lebih banyak daripada peserta kajian 2.

REFLEKSI
Perbincangan
Dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mempelajari banyak perkara
dan ilmu serta pengalaman. Kaedah VAKT ini telah berjaya meningkatkan peserta
kajian mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Menurut dapatan kajian yang
pengkaji hasilkan, semua data yang diperolehi telah menunjukkan kemahiran keduadua peserta kajian mengenal dan menamakan nama nombor telah ditingkatkan.

Pengkaji juga mendapati bahawa peserta kajian 1 telah mengalami


peningkatan yang lebih tinggi daripada peserta kajian 2. Mengikut hasilan analisis
data, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian 1 berjaya menguasai kemahiran
mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 3, maka dia juga boleh mengenal dan
menamakan nombor 4, 7, 8 dan 9 selepas intervensi itu. Ia telah membuktikan
bahawa peserta kajian 1 telah menunjukkan peningkatan dengan boleh mengenal
dan menamakan keempat-empat nombor itu. Manakala, peserta kajian ini kurang
dapat mengenal dan menamakan nombor 6 dan 10 disebabkan dia masih kurang
yakin diri semasa dia sedang mengenal nombor 6 dan 10.

Seterusnya, peserta kajian 2 juga mengalami peningkatan dalam proses


mengenal dan menamakan nama nombor 1 hingga 10. Dia telah dapat mengenal
dan menamakan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, dan 10. Maka, dia kurang dapat
mengenal dan menamakan nombor 7 dan 9 dengan betul. Hal ini kerana peserta
kajian suka mengganggu rakan sebaya semasa intervensi dilaksanakan. Oleh itu, dia
kurang dapat mengenal dan menamakan nombor 7 dan 9 dengan betul. Secara

ringkasnya, ia juga membuktikan bahawa kaedah VAKT ini juga meningkatkan


peserta kajian 2 untuk mengenal dan menamakan nombor.

Refleksi
Jelaslah bahawa kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam
proses mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10 dengan kaedah VAKT ini. Ia
juga menepatkan kajian Majeda (2013) yang berkaitan tentang keberkesanan
penggunaan kaedah multisensori terhadap murid-murid bekeperluan khas. Beliau
juga berpendapat bahawa kaedah VAKT ini boleh membantu murid-murid khas
mudah mempelajari ilmu pengetahuan tentang subjek Matematik.

Seterusnya, pengkaji juga mendapati bahawa peserta kajian-peserta kajian


berasa sangat bersemangat semasa mereka melihat pengkaji membimbing mereka
melaksanakan intervensi yang merangsangkan deria pendengaran mereka. Apabila
pengkaji mempamerkan alat komputer riba dan slaid dengan powerpoint. Keduadua peserta kajian telah menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap alat ICT
itu.

Hasil dapatan intervensi ini juga menepati kajian Hycinthanita (2012) yang
menjalankan kajian tentang masalah menangani nombor 1 hingga 5 dengan alat
bantu mengajar multimedia. Beliau juga berjaya membantu murid meningkatkan
kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 dengan alat multimedia. Oleh sebab itu,
pengkaji telah mendapati bahawa penggunaan alat ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran boleh menarik perhatian dan fokus serta meningkatkan
pembelajaran peserta kajian.

Di samping itu, intervensi yang melibatkan deria sentuhan itu juga


mengukuhkan pemahaman peserta kajian. Hal ini kerana peserta kajian boleh
mengenal nombor tersebut dengan menyentuh bentuk nombor itu. Dengan itu,
peserta kajian telah memperolehi satu pengalaman langsung semasa mereka
mengenal nombor melalui deria sentuhan mereka. Pengkaji hanya membimbing
peserta kajian mengenal nama nombor dengan betul bagi mengukuhkan ingatan dan
pemahaman peserta kajian. Secara ringkasnya, intervensi melibatkan deria sentuhan
mudah membimbing peserta kajian mengenal dan menamakan nama nombor
dengan pengalaman mereka.

Intervensi ketiga iaitu intervensi yang melibatkan deria penglihatan itu telah
berjaya menarik perhatian dan tumpuan peserta kajian. Pada pendapat pengkaji,
bahan bantu mengajar yang kreatif dan cantik telah berjaya merangsangkan deria
penglihatan peserta kajian hingga mereka bersemangat untuk meminta peluang
daripada pengkaji untuk membaca buku nombor yang berwarna. Pengkaji telah
mendapati bahawa pemahaman peserta-peserta kajian mudah ditingkatkan semasa
intervensi ini telah dijalankan. Kenyataan ini telah menepatkan kajian Conelia (2012)
tentang kaedah penggunaan nombor berwarna dalam membantu murid mengingat
nombor 1 hingga 9 adalah berkait rapat dengan masalah mengenal dan menulis.
Secara ringkasnya, bahan bantu mengajar yang boleh merangsangkan minat dan
tumpuan peserta kajian dapat membantu mereka mudah mengenal dan menamakan
nombor 1 hingga 10.

Intervensi keempat ialah intervensi yang melibatkan pengerakan. Pengkaji


telah mendapati kaedah ini telah membantu peserta kajian-peserta kajian menjadi
lebih aktif dalam proses pembelajaran nombor 1 hingga 10. Hal ini kerana permainan

kedingding nombor telah digunakan dalam proses pembelajaran. Permainan ini telah
mendatangkan keseronokan kepada peserta kajian dalam proses pembelajaran
matematik. Peserta kajian juga dapat mempelajari kemahiran mengenal dan
menamakan nombor dalam keadaan yang tidak membosankan.

Dengan itu, peserta kajian dapat menumpukan perhatian mereka dengan


baik dalam proses pembelajaran semasa terdapat permainan dilaksanakan. Secara
ringkasnya, permainan adalah digalakkan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas supaya murid khas boleh mempelajari ilmu dalam
proses permainan.Kenyataan ini turut disokong oleh Rosmah (2016) dalam artikel
yang bertajuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1-10 dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah menggunakan congkak Ajaib, beliau telah berjaya
menggunakan permainan membantu kanak-kanak mengenal dan memahami nilai
nombor 1- 10 dengan betul.

Secara kesimpulannya, pengkaji telah mendapati bahawa suasana proses


pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan apabila kaedah
VAKT ini telah diaplikasikan. Hal ini kerana kaedah ini telah menggabungkan
keempat-empat unsur yang boleh mempengaruhi tahap pembelajaran murid
pendidikan khas. Kaedah ini sangat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya subjek Matematik. Hal ini kerana murid-murid khas ini
perlu mempelajari ilmu dan kemahiran matematik melalui deria penglihatan, deria
pendengaran, deria sentuhan, pengerakan. Dengan itu, mereka tidak mudah
melupakan ilmu yang dipelajari.

8.0 Cadangan Tindakan Susulan


Selepas pengkaji telah melaksanakan kaedah VAKT ini, pengkaji telah mendapatkan
beberapa tindakan susulan yang boleh dijalankan oleh pengkaji seterusnya supaya
dapat menghasilkan kesan yang lebih positif dan boleh meningkatkan lagi muridmurid mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10.
8.1

Penggunaan

Teknik

Nyanyian

boleh

digunakan

dalam

Intervensi

Pendengaran
Cadangan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ialah lagu berkaitan nombor
boleh digunakan dalam intervensi pendengaran. Hal ini kerana teknik nyanyian boleh
memudahkan murid-murid untuk mengenal nombor dan menamakan nombor
mengikut irama lagu. Dengan itu, murid-murid juga berasa seronok semasa muridmurid menyanyi lagu nombor sambil mempelajari kemahiran mengenal nombor.
8.2 Penggunaan Doh untuk Membentuk Nombor dalam Intervensi Pergerakan
dan Intervensi Sentuhan
Dalam kaedah multisensori ini, bahan-bahan seperti doh juga boleh digunakan untuk
membimbing murid membentuk nombor dan mengenal serta menamakan nombor 1
hingga 10 dengan betul. Dalam proses membentuk nombor, motor halus murid-murid
boleh dikembangkan dan murid-murid boleh juga boleh menyentuh nombor-nombor
yang dihasilkan oleh diri sendiri. Oleh sebab itu, murid-murid mempunyai
pengalaman membentuk nombor dan murid mudah mengenal dan menamakan
nombor yang pernah dihasilkan.
8.3 Penglibatan Sekelompok Murid-Murid dalam Intervensi VAKT
Dalam kajian ini, pengkaji banyak menjalankan aktiviti yang mejurus kepada aktiviti
secara berpasangan. Pada mula-mulanya, pengkaji pernah mendapati kedua-dua
peserta kajian berasa malu dan kurang aktif dalam proses intervensi. Dengan itu,

pengkaji telah menggunakan pelbagai cara untuk mendorong mereka melibatkan diri
secara aktif dalam proses intervensi. Oleh sebab itu, pengkaji seterusnya boleh
melibatkan banyak murid dalam proses intervensi bersama dengan peserta kajian.
Dengan itu, pengkaji perlu fokus pada perkembangan peserta kajian dalam proses
intervensi.
8.4 Penggunaan Animasi dalam Pengajaran
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan slaid yang menunjukkan gambar yang tidak
bergerak dan peserta kajian perlu membilang dan kad nombor akan keluar pada
slaid. Dengan itu, pengkaji mencadangkan gambar beranimasi boleh digunakan
pada slaid powerpoint. Sebagai contoh, gambar boleh keluar satu demi satu
semasa peserta kajian bermula membilang jumlah gambar yang keluar. Dengan itu,
ia mudah menarik perhatian dan tumpuan peserta kajian. Ia juga memudahkan
peserta kajian memahami dan mengingati apa yang dipelajari terutamanya proses
menguasai kemahiran mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Dengan itu,
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

9.0 Cadangan Kajian Lanjutan


Bagi tujuan kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan beberapa perkara seperti yang
berikut:
9.1 Tempoh Masa Dipanjangkan
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tempoh masa yang singkat iaitu
selama empat minggu sahaja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan tempoh masa kajian
dapat dilanjukan dan dipanjangkan dengan lebih lama bagi melihat sejauh mana
keberkesanan penggunaan kaedah VAKT dalam membantu murid menguasai
kemahiran mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Jadi, sekiranya terdapat
guru atau pengkaji lain yang ingin menggunakan kaedah VAKT ini, pengkaji
mencadangkan lapan minggu sebagai tempoh masa untuk membantu murid-murid
mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10.
9.2 Penglibatan Ibu Bapa
Dalam kajian ini, pengkaji hanya melibatkan subjek kajian sahaja. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan penglibatan ibu bapa murid khas dapat menigkatkan lagi pencapaian
peserta kajian dalam menguasai kemahiran mengenal dan menamakan nombor 1
hingga 10. Sebagai contoh, guru pendidikan khas boleh mengatur pertemuan
dengan ibu bapa bagi menerangkan dengan jelas mengenai penggunaan kaedah
VAKT supaya mereka faham dan boleh mengaplikasikan kaedah tersebut di rumah.
Dengan itu, masalah yang dihadapi oleh murid dapat diatasi dengan cepat dan
keyakinan murid terhadap proses pembelajaran dapat ditingkatkan.
9.3 Kaedah Ini Diaplikasikan Pada Murid Arus Perdana
Pada pendapat pengkaji, Intervensi VAKT ini tidak hanya terbatas kepada murid
pendidikan khas tetapi ia juga boleh diaplikasikan pada murid arus perdana yang
mengalami masalah dalam mengenal dan menamakan nombor 1 hingga 10. Hal ini

kerana kaedah ini juga dapat menarik minat dan tumpuan murid-murid arus perdana
untuk mempelajari kemahiran ini. Dengan itu, murid-murid arus perdana lebih mudah
memahami dan menguasai kemahiran ini semasa mereka melibatkan keempatempat deria dalam proses pembelajaran.
9.4 Penambahan Bahan-Bahan Maujud Dalam Intervensi VAKT.
Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan empat bahan untuk intervensi ini.
Oleh itu, penambahan bahan maujud seperti, doh, guli, biji kacang, dan sebagainya
juga mampu meningkatkan rangsangan murid dalam membuat pengiraan dan
mempelajari nombor 1 hingga 10. Tambahan pula, bahan-bahan maujud ini juga
mempunyai pelbagai jenis warna supaya mudah menarik perhatian dan minat murid
untuk belajar.
9.5 Penggunaan Nombor Yang Bersaiz Lebih Besar.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan saiz nombor yang hampir sama
dengan saiz nombor di dalam buku teks. Dengan itu, saiz nombor 1 hingga 10 yang
digunakan dalam intervensi ini perlu menjadi besar. Hal ini kerana saiz nombor yang
besar mudah menarik perhatian murid dan mudah diingatkan oleh murid. Tambahan
pula, guru juga boleh menggunakan saiz nombor yang besar untuk mendidik muridmurid dalam bentuk kumpulan.

Rujukan
Aprilia Whayu QurAini. (2015). Meningkatkan Kemampuan Mengenal Angka 1 10
Menggunakan Media Bowang Pada Anak Kelompok A TK Taman Indria
Kecamatan Kota, Kota Kediri. Jurnal Penelitian, 1(1), 1- 14.
Chia Lee Shan. (2015) Meningkatkan Kemahiran Menulis Angka Dengan
Menggunakan Secret Recipe Dalam Kalangan Murid Pemulihan. Jabatan
Pendidikan Khas: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Christine Kian Kok. (2012). Kaedah Marble Glass Meningkatkan Penguasaan
Konsep Asas Nombor Satu Hingga Sepuluh. Jurnal Penyelidikan IPG KBL,
5(1), 186-200.
Conelia anak Ragum. (2012). Penggunaan Nombor Berwarna Dalam Membantu
Murid Mengingat Nombor I Hingga 9. Artikel Penyelidikan Tindakan. Kuching:
Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.
Deborah Deutsch Smith. (2006). Introduction To Special Education: Teaching In Age
of Opportunity. New York: Pearson Education, Inc.
English Club. (2015, Februari 25). Re: How To Teach kids Numbers 1 to 10.
Retreived from https://edition.englishclub.com/tefl-articles/teach-kids-numbers1-to-10/.
Joan M . Harwell. (2008). The Complete Learning Disabilities Handbook: Ready To
Use Strategies & Ativities For Teaching Students With Learning Disabilities.
San Francisco: A Wiley Imprint.
Khairuddin Mohamad Ibrahim Yusof. Zaridah Ramli.(2014). Penyelidikan Dalam
Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia.

M. Dash. (2007). Education of Exceptional Children. New Delhi: Alantic Publishers &
Distributors (P) LTD.
Majeda Al Sayyed. (2013). The Impact of Using Multi-Sensory Approach For
Teaching Students With Learning Disabilities. Journal of International
Eductiona Research, Volume 9, Number 1
Michelle Brice. (2012, Frebrauri 25). Re: Multisensory Approaches VAKT. Retreived
from https://prezi.com/ccewikecflwq/multisensory-approaches-vakt/.
Mohd Sharani bin Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nor Shamisiah Binti Ismail. (2015). Peningkatan Kemahiran Mengenal Nombor Murid
Pendidikan Khas Masalh Pembelajaran. Jabatan Pendidikan Khas: Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Norfasihah Mohamad Awang. (2013). Mari Belajar Membilang Nombor 1 Hingga 5
Mengikut Urutan Yang Betul Menggunakan Terapi Cara Kerja. Jabatan
Pendidikan Khas: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Nur Sharmimi. (2012). Kaedah VAKT dan Menulis Nama. Jurnal Penyelidikan IPG
KBL, 19(1), 177-190.
Nur Zahidah Subri. (2013). Nak Lagi Biskut Nombor. Jabatan Pendidikan Khas:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Nurul Najihah Binti Awang. (2014). Murid Menunjuk Nombor 11, 12, 13, 14 dan 15
Dengan Betul Serta Meningkatkan Minat Murid Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Jabatan Pendidikan Khas: Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu.

Patmila. (2014, Februari 26). Re: Pengenalan Matematik Asas. [Web blog post].
Retreived

from

http://patmila.blogspot.my/2014/09/pengenalan-matematik-

asas.html.
Presley Peter. (2012). Teknik Nyanyian Dalam Mengenal, Menulis dan Mengira
Nombor Asas 1 - 10. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 6(1), 45 - 55.
Roger Pierangelo. (2008). Teaching Students With Learning Disabilities : A Step By
Step For Educators.California: Corwin Press A SAGE Company.
Rosmah Binti Abd Ghani. (2016). Meningkatkan Kemahiran Mengenal Nombor 1
10 Dalam Kalanngan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Congkak Ajaib.
Jurnal Penyelidikan IPG Sultan Mizan, 13 (1), 66-77.
Rud Turnbull. (2004). Exceptional Lives Special Education in Todays Schools. New
Jersey: Pearson Education Inc.
Sharon Ang. (2012, Februari 26). Re: Kaedah VAKT. [Web blog post]. Retreived from
http://sudutpemulihan.blogspot.my/2012/12/kaedah-vakt.html.
Special Educatior PPG. (2011, Februari 26). [Web blog post]. Re: Kaedah Membaca
Pelbagai

Deria

(VAKT).

Retreived

specialeduppg.blogspot.my/2011/12/kaedah-membaca-pelbagai-deriavakt.html.

from

You might also like