You are on page 1of 41

ANALISIS FOREX TERHEBAT !!!

Apa yg boleh kita buat utk dapatkan 1 analisis yg 100% tepat?


Huhuhu... jgn optimis sgt... mana ada analisis yg 100% tepat...
Kenapa?
Sebabnya dlm apa jua urusniaga, pergerakan harga selalunya ditentukan oleh emosi
manusia...
Kenapa tok cakap camtu? bukan ke data2 yg ada dah tunjukan arah market? bukan ke kita
ramai trader yg buat kajian dgn data2 statistik lepas atau logik metematik (Fibo, MA, RSI
dan Stoch)
Ya.. ada betulnya... tapi cuba korang fikir balik.. kalo tepat la sistem pengiraan yg diatas...
dah tentu bidang2 forex ni di monopoli oleh pakar2 matematik... betui x tok cakap ni?
memang tok akui benda2 ni amat diperlukan dan agak memuaskan.. tapi ada kala ia gagal
jugak.. kenapa??
dan robot yg dah diprogramkan utk menjalankan trade pun still xde yg 100% profit...
kenapa??
Jawapanya adalah manusia... market dipengaruhi oleh emosi manusia itu sendiri.. dan
kadang2 emosi ni melanggar Logik market tu sendiri.. lantas gagal la semua analisa dia
atas...
Kerana inilah kita perlukan SENTIMENT ANALYSIS
dgn memerhatikan chart dari m5 hingga ke h4... maka timbul lah satu analisa yg dipanggil
sentiment pasaran...
kalo diulangkaji balik pun, kita semua trader2 dapat news yg sama... chart yg sama... tp
kenapa analisisnya lain2?? Haaaa.... inilah yg dipanggil sentiment... dan mungkin inilah
punca fibo, trendlines atau pun support/resistance gagal. mencapai 100%
Jadi ape yg tok nak pesan, sebelum trade lakukan la teknikal analisis... di ikuti fundamental
analisis... dan seterusnya lihat la pada pergerakan harga tu.... lihat sentimen2 yg ada di
dalamnya...
Kalo korang gabungkan 3 analisis ni, maka wujudlah apa yg tok panggil ART OF FOREX....
Insyaallah korang akan ada rasa yakin... dan xkan trade bila terasa ragu2....
Setakat ini je la tok nak kongsikan utk semua teman seperjuangan...
Salam...

DUAL CANDLESTICK PATTERN


Salam sejahtera, bertemu lagi untuk kali ni dlm tajuk DUAL CANDLESTICK PATTERN

Hari ni tok masih nak bercerita tentang bentuk bentuk CS... Dlm pembelajaran yg lepas, kita
dah kenal bentuk bentuk tunggal CS yg berpotensi merubah trend, harini kita lihat pula CS
berkembar yg berpotensi membalikan trend juga.
Ayuh kita mulakan...

ENGULFING
Bearish/Bullish Engulfing

Bearish Engulfing

Dalam forex, perkataan bearish merujuk kepada "sell" manakala engulfing pula membawa
erti "menyelubungi atau diselubungi"... Seperti yg kita lihat diatas CS buy yg wujud di
selubungi oleh CS sell pada jam berikutnya. Apa yg terjadi memberitahu kita bahawa seller
telah menyelubungi pasaran dgn keyakinan yg tinggi. Bearish engulfing terbentuk apabila
wujud satu candle sell yg lebih besar dari candle buy sebelumnya.

Bullish Engulfing

Bullish pula merujuk kepada "buy". Tidak jauh beza dgn bearish engulfing, cuma bentuknya
berlawanan.
Bearish engulfing di kira sempurna apabila CS buy lebih menyelubungi CS sell
sebelumnya.

TWEEZER
Tweezer Tops/Bottoms

Tweezer Tops

Bentuk Tweezer tops/bottoms

1.
Body kedua dua CS sama atau lebih kurang sama.
2.
Jika CS pertama buy, CS kedua
3.
Sifat CS kedua melawan trend, jika trend berada dlm keadaan sell, maka CS kedua
tersebut mesti berbentuk CS buy.

Tweezer Bottom

Tweezer adalah gabugan dua bentuk CS yg sama saiz body dan shadownya.
Kedua dua jenis CS ini biasanya dijumpai di penghujung uptrend atau downtrend.
Tweezer membawa maksud "penyepit". Nama CS ini diberi sempena bentuknya yg seakan
akan penyepit.

Setakat ini sahaja utk DUAL CANDLESTICK PATTERN


Pembelajaran berikutnya masih berkisar tentang CS
Nantikan post tok yg berikutnya dgn tajuk TRIOS CANDLESTICK PATTERN

Fibonacci
Fibonacci (fibo)
Apa itu Fibonacci? Fibonacci adalah satu teori metematik yg di perkenalkan oleh Leonardo
Fibonacci.
Subjeknya terlalu besar hinggakan tok pun malas nak baca panjang-panjang... Ahahaha...
Namun, apa yg kita nak ceritakan adalah penggunaan fibo dalam market seharian.
Kebanyakan trader dalam dunia ni berpegang pada 2 teori fibo iaitu Fibonacci Retracement
dan Fibonacci Extention.
Dalam teori ini, ada nisbah yg tertentu yg menerangkan kadar semulajadi di dalam alam
semesta..
Agak meragukan, tapi kebenarannya berkesan.. Nisbah2 ini dikenali sebagai SILVER
RATIO

Silver ratio dikira secara menaik dari 0 dan 1. Dari 1, kita mencampurkan angka semasa
dengan angka terdahulu untuk mendapatkan ratio seterusnya.
contoh: 0, 1, 1, 2, 3 ,5, 8, 13, 21, 34, 55...

Utk penerangan diatas, siri nombor ini bermula dengan 0, di ikuti 1 dan seterusnya 2. (1+1
= 2)
utk mendapatkan no seterusnya, nombor semasa (2) dicampurkan dgn no sebelumnya (1)
Maka 2 + 1 = 3

Begitulah seterusnya...
3+5 = 8
8+5 = 13
13+8 = 21
21+13 = 34
34 + 55 = 89
dan dikira berterusan..
Selain Silver Ratio, terdapat juga nisbah yg dikenali sebagai GOLDEN RATIO

Setelah mendapat nisbah tertentu dlm silver ratio, anda akan mendapat satu nisbah yg
dikenali sbg GOLDEN RATIO dgn membahagikan sebarang nisbah dgn nisbah yg lebih
besar dlm silver ratio.
Nisbah golden ratio utk fibo retracement yg penting dlm market adalah:
0.236, 0.382, 0.500, 0.618
Manakala utk fibo extention pula adalah:
1.382, 1.618
Contoh: 34 dibahagi dgn 55 = 0.618
Dan jika anda mengira antara nisbah alternatif, anda akan mendapat nisbah Golden ratio yg
lain pula.
Contoh: 34 dibahagikan 89 = 0.382
Sebenarnya anda tidak memerlukan kalkulator utk mengira semua ini kerana dlm "fibo
tools" disediakan dlm kebanyakan trading platform. Apa yg ada perlukan hanyalah
penggunaan yg betul.

Apa yg diajar dlm post ni hanyalah basic. Kerana trader-trader seluruh dunia menggunakan
fibo retracement utk mencari potensi paras Suppport atau Resistance.
Dan yg lebih misteri terdapat dlm SILVER RATIO. Perkara ini akan tok terangkan di masa
akan datang, Insyaallah...

CARA MENGGUNAKAN FIBO RETRACEMENT/ EXTENTION

Video ini mungkin berguna utk anda mempelajari bagaimana utk mengaplikasikan fibonacci
retracement.

Mencari peluang buy

1. Lihat trend.. Ingat! TREND IS OUR FRIEND.. Dalam rajah diatas, price sedang membuat
uptrend

2. Click kat "Fibonacci Retracement"

3. Tarik Fibo dari A (swing low) ke B (swing high)


4. Tunggu price menyentuh level 50.0 atau 61.8
Kebiasaanya price akan retrace dari 61.8 namun, 50.0 juga adalah strong level. Buy di

salah satu level ini.


5. Take Profit ikut ketamakan masing-masing.. Hahaha

Mencari peluang sell

1. Sama dgn cara buy tadi, cuma trendnya berlawanan.. kali ni kita cari downtrend..
2. Masih sama dgn cara diatas.
3. Tarik dari atas A (swing high) ke bawah B (swing low)
4. Tunggu price mencecah zon 50.0 atau 61.8.

HASILNYA.....

Waauuuuu.....
Price retrace di 50.0 dan terus jatuh mencecah ke downtrend lines.

Dan ingat, walaupun Fibo tools selalunya tepat, terkadang ada juga gagalnya... Jadi, jgn
lupa letak Stop Loss setiap kali anda trade...

Masalah Fibonacci Retracement


Dibawah ini adalah contoh apabila adengan Fibo Retracement yg tak ingin kita lihat
(termasuk lah tok)

Chart diatas menunjukan market berada dlm uptrend. Seperti biasa, fibo tools diguna utk

mencari peluang sell.


Dalam rajah diatas, kita nampak price seolah olah bertahan di zon 50.0. Sudah pastinya
kita akan menjangkan price akan turun dari sini. Namun apa yg berlaku?

Price tidak retrace di zon 50.0 atau 61.8 dan terus melepasi swing high.
Kesimpulanya di sini gunakan fibo sebaik-baik mungkin. Walaupun fibo tools selalu
memberi tanda retacement yg jelas, kegagalan pasti boleh berlaku juga. Kita tidak akan tau
dimana sebenarnya price akan retrace. Mungkin di 38.2? 50.0? atau 61.8?
Masalah ini mungkin disebabkan sentiment pelabur itu sendiri. Ini kerana traders melihat
dari sudut berbeza.
Ada yg menggunakan timeframe berlainan, ada juga yg melihat swing high atau low
berlainan.
Apa yg penting adalah kesabaran. Jgn sesekali masuk market jika anda merasakan x
cukup jelas dgn trend semasa. Dan jgn sesekali MAIN TEKA TEKA je...
Sekian utk kali ini, jumpa lagi di topik KOMBINASI FIBO DAN SUPPORT & RESISTANCE

Salam..

Kombinasi Fibo dan Support/Resistance


Seperti yg pernah dibincangkan di topik yg lepas, Fibo adalah satu teori yg teramat
subjektif.
Perlu di ingat disini, apabila zon Fibo berfungsi dgn baik, ia x bermakna traders melihat
peluang yg datang hanya berdasarkan perkiraan fibo tersebut sahaja.
Fibo tool amat berguna bila digabungkan dgn teori2 yg lain. Utk post harini, kita akan
melihat bagaimana Fibo tools berfungsi dgn baik bersama Support & Resistance..

Chart diatas menunjukan market berada dlm posisi uptrend, seperti yg kita lihat, level
support telah terbentuk di 1.0510. Dan apabila fibo retracement diaplikasikan, kita akan
dapati zon fibo 50.0 sama dgn level support tersebut. Adakah ini menandakan ada peluang
terbaik utk kita buy dia 1.0510?
Sama sama kita lihat hasilnya.

Price menurun ke support dan membuat beberapa kali pecubaan utk melepasinya namun gagal dan
terus melepasi resistance (swing high)

Tadaaa...!! Power x? Untuk downtrend, anda hanya perlu tarik fibo dari swing high ke swing
low dan jgn lupa pastikan level support dan resistance.

Cuba anda bayangkan situasi ini:

1. Para fibo traders setuju bahawa 1.0510 adalah titik resistance


2. Para support & resistance trader juga bersetuju bahawa 1.0510 adalah support.

Maka di sini peratusan utk price retrace dari 1.0510 adalah tinggi.
Jadi kepada traders semua, ingat... jgn masuk market jika anda keliru. Tunggu peluang
seperti ini berlaku. Jika tiada pada hari ini, esok pasti ada...
Pada topik seterusnya, kita akan bincangkan KOMBINASI FIBO DAN TRENDLINES

Kombinasi Fibo dan Trendline


Dari topik yg lepas, kita pastinya dah sedia kenal apa itu fibonacci, support &
resistance.
Dan yg pastinya kita dah tau macamana nak mengaplikasikan kedua dua
kaedah tersebut.

Pada hari ini, tok kita akan advance sedikit ke penggunaan fiba dlm trendline.
Tok pernah beberapa kali mengingatkan betapa pentingnya trend dlm market
kan?
Jadi rasenya semua dah tau siapa "kawan" kita tu...

Untuk mengelakan pembaziran air liur tok, mari kita lihat contoh penggunaan
fibo dlm trendline.

Contoh chart yg telah ditandakan dgn trendline

Rajah diatas menunjukan kita berada di uptrend. Kita akan mencari peluang buy
apabila price mencecah trendline tersebut. Tapi sebelum itu, apa kata kita
tambahkan sikit keyakinan kita dgn fibo?

Hmmm... Nampak macam peluang baik untuk buy di trendline.. Ada support 61.8 yg
menyokong betul betul sama di zon trendline tersebut... Dan jika anda memasuki pasaran
pada zon tersebut, maka hasilnya mungkin begini...

Wohaaa... Amacam? Pastinya anda nak hasil macam ni kan?


Jadi nasihat tok, gunakan lah tools yg ada dalam platform anda tu sebaik mungkin. Bukan
kena bayar pun..
Dengan Fibo retracement, kita akan dapat mencari harga yg baik sebelum memasuki
pasaran.
Dalam mana mana pasaran sekalipun pasti akan ada trend. Jadi gunakan kedua dua tools
ini utk mendapat trade yg sempurna.
Sekian utk kali ini. Bertemu lagi di topik KOMBINASI FIBO DAN CANDLESTICK

Rujukan Candlestick Trading Style

Support dan Resistance


Support dan Resistance (S & R) ni konsep yg paling banyak digunakan dalam pasaran.. x
kira forex, metal atau stock.. konsep ini paling mudah di gunakan. Namun, masih ramai
trader yg tidak mengunakannya....
Sedangkan semua traders dlm dunia ini macam bersependapat tentang level ni S & R ini..
Ape pun, jom kita tengok dulu contohnya....

Seperti yang kita nampak, corak diatas seperti bentuk tangga menaik... ini menandakan kita
berada dlm trend BUY atau BULLISH
Jadi apabila pasaran bergerak ke atas dan kemudian turun balik, maka titik tertinggi dicapai
sebelum ia turun balik telah menjadi resistance level!
Dan apabila pasaran menaik semula, titik terendah dicapai sebelum ia bermula kembali
menjadi support level! Maka, x susah la kita mencari level-level in dgn konsep ini. Anda
boleh lihat sendiri S & R sentiasa terbentuk dalam pasaran.. Seperti berayun dari semasa
ke semasa. Dan didalam kes ni, market akan reverse jika price melepasi mana-mana
support level yg terbentuk...

Masalah S & R
Perkara penting yang perlu diingat ialah level S & R Bukan satu level yg tepat!!!
Kadang-kadang anda akan lihat price seolah2 dah melepasi tahap S& R yang muncul, tapi
tidak lama lepas tu price membuat reverse dan terus memulakan trend baru... ini
menandakan bahawa price cuma "mengetest" level tersebut. Jadi, dgn mengunakan
candlestick, anda akan nampak apa sebenarnya berlaku dalam "ujian" tahap S & R tu...
lihat contoh kat bawah:

Perhatikan bagaimana shadow daripada candlestick tu menguji tahap support di 1.4700. Apa yg kita
nampak price seolah-olah dah menembusi support tu. Namun lepas tu, kita boleh melihat bahawa itu
hanyalah COBAANNNN.....

So, macamana nak tau price betul-betul dah break S & R atau tidak?
Jawapanya kita kena tunggu price close melepasi tahap Support atau Resistance tu..
Kebanyakan traders dlm dunia akan mula memasuki market bile price melepasi level2 S &
R ni...

TAPI.... wujud pulak lagi satu masalah mcm ni...

Dalam kes ini, harga telah ditutup di bawah paras support 1.4700, tetapi berakhir meningkat semula
keatas atas. Tok ingat betul-betul, rupanya cobaan, cobaan, cobaannnnnn....

Pada sesiapa yg percaya price betul-betul dah breakout, mesti dia dah sell kan? dan bila
dah sell, mesti menyesal punya lah...

So apa yg kita boleh lakukan?


Untuk membantu menapis jerangkap samar ni, anda harus berfikir bahawa Support &
Resistance ni lebih sebagai "zon" dan bukannya nombor tetap semata-mata.
Salah satu cara untuk membantu anda mencari zon Support & Resistance ni adalah dgn
menggunakan LINE CHART. Sebabnya, line chart hanya menunjukkan kepada anda harga
penutup manakala candlestick menunjukan semua perjalanan (high dan low) dlm dari masa
ke semasa..

Maka, anda akan mendapat chart yg macam ni...

kalau diperhatikan nampak price macam dah lepas je support atau resistance tu kan? hakikatnya, tu
semua adalah ujian... so, ambil masa anda... ulangkaji selalu... pasti anda akan jumpe jawapanya...

Perkara lain tentang Support & Resistance


*Bile price melepasi support, maka level support tu akan bertukar menjadi resistance...
begitu juga sebaliknya...
*Lebih kerap price gagal menembusi support atau resistance, maka lebih kuat la level2
tersebut...

Sekian untuk kali ini... Salam..

Trade mengunakan Candlestick 1


Japanese candlestick
Oleh kerana tok malas nak bermukadimah panjang panjang, maka hari ni tok nak
terus jump ke bab bentuk bentuk candlestick (CS)....
Rasanya semua traders di sini dah tau pasal asas CS ni... so rasenye xperlu la tok nak
cerita pasal body, shadow, open, high, low dan close... Ape yg tok nak cerita, tentang
bentuk bentuk yg agak pentingnya dlm market.... Ilmu ni amat berguna dlm mengesan
kemungkinan berlakunya reverse market....
So, mari kita mulakan...
Seperti namanya, CS digunakan oleh orang orang Jepun satu masa dahulu dlm urusniaga
perdagangan beras.
Teknik ini kemudianya di perkenalkan oleh Steve Nison. Dalam tahun 90' teknik ini mula
popular dan diaplikasi dlm graft2 market harini...
Jom lihat contoh Japanese candlestick

Mesti anda terfikir kan? benda mcm ni pun nak cerita ke? semua orang tau laaaa...
Baiklah... Sebenarnya apa yg tok nak cerita berkisar "POWER OF CANDLESTICK
FORMATION"
Dlm chart, kita selalunya bergantung kepada pelbagai indicators, pattern atau apa sahaja
teori.

Tapi jgn lupa, CS juga adalah sebahagian daripada indicator. Malah, CS adalah indicator
utama yg anda guna setiap hari! Dgn melihat bentuk CS, kita boleh tau apa sebenarnya yg
sedang berlaku dlm market.
Untuk pembelajaran yg pertama, mari kita lihat contoh DOJI formation

CS membuat lower shadow yg panjang dan close di open price jam yg sama

Apa sebenarnya yg berlaku?


Dalam rajah diatas, kita dapat lihat bahawa market turun dgn lajunya sehingga membentuk
sell trend yg amat kuat. Namun disaat akhir jam tersebut tanpa kita tau sebabnya, buyer
memasuki pasaran dan membuat price berpatah balik dan close di open price jam tersebut.
Ini menandakan buyer telah mengambil posisi dan cuba mengambil alih arah pasaran. Dan
mereka berjaya menguasainya buy trend di jam berikutnya.
Kesimpulanya disini, apabila anda terlihat CS yg bodynya pendek tetapi panjang shadow
nya, maka berhati hati lah.. Ini menandakan pesaing trend bakal menguasai atau cuba
merubah trend.
Berikut adalah bentuk2 lain bagi doji

Selain dari bentuk ini, doji juga wujud dlm bentuk sebegini

Rajah diatas memberitahu kita bahawa trend semasa adalah buy, namun tiba-tiba price
seolah olah tidak mahu meneruskan uptrend lagi... Kenapa ini berlaku?
1. Price telah mencecah ke zon Resistance
2. Buyer bertindak mengambil untung disaat harga sedang tinggi
3. Berita
dan macam lagi punca yg tidak kita ketahui...
Apa yg boleh kita jangkakan dlm situasi diatas?
1. Uptrend telah kehilangan momentum
2. Buyer mengambil untung
3. Kemungkinan seller mengambil alih trend
Jadi, gunakan peluang sebaik2 mungkin bila anda terjumpa tanda2 ini di level2 penting
tersebut.
Pastikan candle sell menutup di bawah open candle buy tadi sebelum memasuki pasaran.

Lain-lain bentuk CS

Spinning Tops
sifatnya berbadan kecil, shadow atas dan bawah hampir sama panjang
CS ini menandakan Buyer dan Seller bersaing, namun berakhir dgn "seri"

Jika anda menjumpai tanda ini di uptrend, ini bermaksud buyer semakin berkurangan dan
kemungkinan utk market menjunam wujud.Begitu juga sebaliknya bagi downtrend.

Marubuzo
CS ini terbentuk tanpa shadow atas atau bawah. Menandakan market masih kuat mengikuti
CS ini.

Hanging Man
CS ini menandakan buyer semakin berkurangan utk meneruskan momentum.

Kriteria:
Lower shadow yg 2 atau 3 kali lebih panjang dari body

Tiada atau hanya ada sedikit sahaja upper shadow

Close di swing high atau di resistance level

CS bull atau bear tidak penting. Yg penting hanyalah bentuknya

Hanging Man

Hammer
CS ini menandakan seller semakin berkurangan utk meneruskan momentum.

Kriteria:
Lower shadow yg 2 atau 3 kali lebih panjang dari body

Tiada atau hanya ada sedikit sahaja upper shadow

Close di swing low atau di support level

CS bull atau bear tidak penting. Yg penting hanyalah bentuknya.

Hammer

Bila anda terjumpa Hanging man atau Hammer, tidak bermakna anda akan selamat apabila
memasuki market.
Cari lebih banyak confirmation sebelum anda bertindak memasuki market. Please play
safe.. Hahaha..
Kita akan menyambung topik ini di Trade mengunakan Candlestick 2

Trade mengunakan Candlestick 2


Dari Trade mengunakan Candlestick 1, kita bersambung lagi tentang bentuk bentuk penting
CS dalam dalam market.
Dalam pembelajaran lepas, kita dah mengenal Doji, Spinning Tops, Marubuzo, Hanging
Man dan Hammer.
Hari ni kita akan mengenal beberapa bentuk bentuk lain pula.
Mari kita mulakan...

INVERTED HAMMER

Bentuknya sama seperti Hammer, tapi CS ini berbentuk seperti Hammer terbalik
Sesuai dgn namanya... INVERTED HAMMER membawa "tukul terbalik"
CS ini kerap dijumpai ketika downtrend kehabisan momentum atau mungkin price telah
berada di strong support level.
Shadow panjang diatas menandakan buyer cuba membuat market beralih trend dari
downtrend ke uptrend, namun seller seperti tidak mahu mengalah dan cuba menentang.
Dan apa yg dapat kita lihat, buyer menang tipis di akhir jam tersebut.

Oleh kerana pihak seller tidak dapat membuat CS menutup lebih rendah, ini menandakan
pihak buyer telah mengatasi seller. Situasi ini memberitahu kita trend akan berubah di jam

berikutnya...

Satu lagu CS yg bentuknya hampir sama, namun CS ini dijumpai di uptrend dan memberi
tanda kemungkinan berlakunya reversal.

SHOOTING STAR
Bentuknya sama seperti Inverted Hammer, tapi CS ini close dlm bentuk sell.
CS ini digelar Shooting Star kerana ia menandakan price akan terhempas ke bawah.
Shooting Star membawa maksud "tahi bintang" dan seperti kita tahu, ia pasti terhempas
dimana mana planet.

Apa yg berlaku dlm market diatas?


1. Buyer cuba membawa price ke level yg lebih tinggi.
2. Namun, seller memasuki pasaran dan mengagalkan buyer utk berbuat demikian.
3. Di waktu penutup, seller mengalahkan buyer. Dan pasaran di kuasai pihak seller.
Ok.. Rasenye setakat tu je untuk arini... Lepas ni kita belajar lagi tentang CS...
Jumpa lagi di Dual Candlestick Pattern
Salam..

Trios Candlestick Pattern


Seperti yg dijanjikan, harini tok kita akan belajar tentang Trios Candlestick Pattern.
Tanpa membuang masa, mari kita mulakan.

MORNING & EVENING STARS


Morning Star

Morning Star

Morning Star adalah 3 CS yg biasa dijumpai di penghujung uptrend.


Kriteria

1. CS pertama berbentuk bullish/buy


2.CS kedua mempunyai body yg kecil. Kehadiranya menandakan kemungkinan berlakunya
reversal x kira sama ada berbentuk bullish/buy atau bearish/sell.
3. CS ketiga muncul dan close separuh body CS pertama atau lebih. Kehadiranya
mengesahkan reversal telah terjadi.

Evening Star

Evening Star

Evening Star biasa dijumpai di penhujung downtrend


Kriteria
1. CS pertama berbentuk bearish/sell
2.CS kedua mempunyai body yg kecil. Kehadiranya menandakan kemungkinan berlakunya
reversal x kira sama ada berbentuk bullish/buy atau bearish/sell.
3. CS ketiga muncul dan close separuh body CS pertama atau lebih. Kehadiranya
mengesahkan reversal telah terjadi.

THREE INSIDE UP & DOWN

Three Inside Up

Three Inside Up adalah reversal pattern yg boleh dikumpai di penghujung downtrend.

Untuk tanda tanda reversal yg kukuh, lihat kriteria ini:


1. CS pertama mesti berada di paras terendah downtren. Body CS ini agak panjang dan
berbetuk bearish/sell.
2. CS kedua berbentuk bullish/buy. Body CS ini hampir separuh panjang dari CS pertama.
3. CS ketiga juga berbentuk bullish/buy. CS ini close melebihi open CS pertama,
CS ini menandakan pihak buyers telah mendominasi pasaran.

Three Inside Down

Three Inside Down adalah reversal pattern yg boleh dikumpai di penghujung ipntrend.
Untuk tanda tanda reversal yg kukuh, lihat kriteria ini:
1. CS pertama mesti berada di paras terendah downtren. Body CS ini agak panjang dan
berbetuk bullish/buy.
2. CS kedua berbentuk bearish/sell. Body CS ini hampir separuh panjang dari CS pertama.
3. CS ketiga juga berbentuk bearish/sell. CS ini close melebihi open CS pertama,
CS ini menandakan pihak sellers telah mendominasi pasaran.

THREE WHITE SOLDIERS & BLACK CROWS

Three Black Crows

Three Black Crows terbentuk apabila 3 CS bersaiz agak panjang muncul di bottom
downtrend.
Ia sekaligus menandakan perubahan arah telah berlaku. Formasi ini selalu dianggap paling
berkesan dlm menandakan perubahan arah.

Kriteria
1.CS yg pertama dipanggil CS PEMBALIKAN, ia menandakan semua trend dari tempoh m5
ke h1 membentuk satu hala yg sama.
2. CS yg kedua dipanggil CS PENGESAHAN. CS ini harus lebih besar dari CS PERTAMA.
Kriteria lain pada CS KEDUA adalah ia tidak mempunyai shadow.
3. CS terakhir pula adalah CS PELENGKAP. Ciri ciri CS ini ialah ia mempunyai sedikit
shadow atau tiada.

Three White Soldiers

Three White Soldiers pula mempunyai sifat bertentangan seperti Three Black Crows.
Bezanya cuma ketiga tiga CS ini berbetuk bullish/buy.

Wedges
Wedge menandakan bahawa trend sedang berehat seketika bagi meneutralkan harga dari
tekanan membeli/menjual.
Wedge juga memberi isyarat bahawa price akan meneruskan major trend atau membuat
reversal dlm masa terdekat.Mari kita lihat bagaimana teori ini digunakan.

Rising Wedge

Rising wedge terjadi apabila price bergerak secara terbelenggu diantara garis rintangan
uptrend dan downtrend. Di sini, price jurang price akan semakin kecil dan mengecil.
Kebiasaanya, apabila kita melihat keadaan begini, pastinya kita akan menjangkakan price
akan melepasi (breakout) garis uptrend atas atau bawah. Namun lazimnya price akan
melepasi (break) ke bawah di dalam pattern ini.
Mari kita lihat contoh entry di pattern ini.

Sebaliknya, jika rising wedge berlaku ketika price di dalam mojor downtrend, ini
menandakan bahawa price akan meneruskan pergerakanya di dalam downtrend!
Perhatikan...

Apa yg perlu kita lakukan sekarang adalah SELL AT TOP!


Dan jgn lupa stoploss anda!

Kesimpulanya:
Rising wedge yg terbentuk di major uptrend menandakan isyarat reversal akan berlaku.
Manakala rising wedge yg terbentuk di major downtrend menandakan isyarat continuation
(price menuju semula ke downtrend)
Atau nak lebih senang ingat,
RISING WEDGE MENANDAKAN PRICE AKAN MENJUNAM KEBAWAH!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Falling Wedge
Sama seperti Rising wedge, cuma bentuknya didalam keadaan menurun. Daripada situ lah
ia dapat nama.
Ia juga memberi isyarat bahawa price akan terus membuat reversal atau menyambung ke
uptrend semula.
Ringkasnya, price akan keatas semula apabila Falling wedge terbentuk.

Dalam chart diatas, falling wedge jenis ini memberi isyarat bahawa price akan membuat
reversal.
Dan cara entry yg terbaik adalah buy di bottom.

Wallaaaa!!
Sekarang jom lihat contoh falling wedge yg memberi isyarat continuation pula.
Falling wedge jenis ini biasa dijumpai di Major uptrend.

Dan hasilnya...

You might also like