You are on page 1of 2

SMK JALAN MENGKIBOL

KM 4, JALAN MENGKIBOL
86000 KLUANG, JOHOR

Tel : 07-7525303
Fax : 07-7525504
Kod Sekolah : JEA 2030
e-mail : jea2030@yahoo.com.my

Rujukan Tuan
Rujukan Kami

:
: JEA2030/100-13/3/1/(01)

Tarikh

: 21 Julai 2016

Pengetua,
SMK Simpang Rengam,
KM 72, Jalan Johor,
86200 Simpang Renggam
Johor
Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS PENGGUNAAN VLE
DALAM PENTADBIRAN, PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Media dan Guru ICT SMK Jalan Mengkibol akan
mengadakan lawatan penanda aras penggunaan VLE dalam pentabdiran, pembelajaran dan
pengajaran. Pihak kami memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan di sekolah tuan
sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh
Masa
Bilangan peserta

:
:
:

25 Julai 2016 (Isnin)


8.00 pagi 12.30 tenghari
2 orang guru

3.
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada warga
pendidik SMK Jalan Mengkibol tentang aspek pengurusan VLE sekolah tuan sebagai salah sebuah
sekolah tertinggi penggunaan VLE dalam negeri Johor.
4.
Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih..
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

You might also like