You are on page 1of 3

Mengapa

anda
memilih
profesion
perguruan?
Secara jujur cubalah tanya diri anda sendiri, apa agaknya yang mendorong anda memilih
bidang perguruan? Adakah kerana minat, kerjaya pilihan, terpaksa kerana tiada pilihan
kerjaya lain yang sesuai, atau anda sendiri tidak menjangka akan dipanggil temuduga
kerana anda sendiri tidak yakin boleh lulus ujian kelayakan temuduga (MTEST)? Saya
pernah memberikan respon kepada salah seorang pembaca yang meninggalkan komen di
entri bertajuk Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. Jawapan yang saya syorkan berhubung
pertanyaan itu ialah Sebab guru adalah antara kerjaya yang telah saya pilih sejak betahuntahun dahulu. Jika guru adalah kerjaya pilihan, bermakna secara tidak langsung anda
memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya berkenaan. Adakah itu jawapan yang
keterlaluan. Pada saya tidak kerana itu adalah jawapan ikhlas saya sendiri.
Bagaimana pula jika anda memberikan jawapan yang benar-benar ikhlas sehingga anda
menulis Saya gagal memohon dalam kerjaya yang lain. Disebabkan tiada pilihan maka saya
terpaksa memohon untuk mengikuti KPLI bagi membolehkan saya menjadi guru dan
mendapat pekerjaan. Pada saya ia bukanlah jawapan yang salah. Memang eloklah jika
menulis secara jujur. Tapi dalam kes temuduga seperti ini, kejujuran anda itu bermungkinan
besar tidak akan membantu memberikan keyakinan yang tinggi penemuduga terhadap
kesungguhan anda. Jadi, sebaik-baiknya elakkan daripada memberikan jawapan seperti itu.
Pengalaman
anda
dalam
bidang
keguruan
Anda boleh nyatakan Ada ataupun Tiada. Jika ada, elok juga jika dapat nyatakan secara
ringkas pengalaman berkaitan. Sebagai contoh, anda pernah menjadi Guru Sandaran Tidak
Terlatih atau Guru Pengganti di sekolah tertentu. Boleh tuliskan tempoh dan tempat anda
bertugas. Anda juga boleh nyatakan jika anda pernah mendaftar dalam Kumpulan Guru
Simpanan Kebangsaan (KGSK).
Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang
keguruan?
Terdapat banyak jawapan yang boleh dikemukakan bagi menjawab pertanyaan ini. Berikan
jawapan logik disertai dengan justifikasi yang meyakinkan. Sebagai contoh, saya juga
pernah diajukan secara lisan soalan yang hampir sama seperti ini semasa temuduga kerjaya
belasan tahun lepas. Jawapan yang saya berikan; Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa
sumbangan buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari
semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya
akan menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara
dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya. Alhamdulillah, jawapan saya dapat
diterima oleh penemuduga.
Bagaimanapun ingin saya jelaskan. Jawapan saya itu mungkin hanya sesuai mengikut
situasi saya dan penemuduga pada masa itu. Jadi saranan saya kepada calon-calon yang
akan menduduki KPLI nanti, berilah jawapan dan justifikasi yang dapat menyakinkan

penemuduga/penel pemilih dengan menyatakan kekuatan/kelebihan yang anda miliki.


Misalnya anda sangat mahir dalam dalam bidang kejuruteraan aplikasi. Jadi kemahiran ini
akan anda gunakan menghasilkan aplikasi bahan-bahan pengajaran & pembelajaran serta
aplikasi pengurusan pendidikan yang akan dapat memberi sumbangan ke arah
memantapkan proses pendidikan di Malaysia. Ini adalah antara justifikasi yang dapat
digunakan.

Keperluan/persediaan
lain
sebelum
menghadiri
temuduga
KPLI
Selain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat,
calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa
pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri
temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga
terdapat beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit
pengetahuan sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga
yang
berkaitan
dengan
pengambilan
guru,
antaranya:
- Senarai
Menteri
Malaysia
- Struktur
Organisai
Kementerian
Pelajaran
- Isu-Isu
Semasa
Pendidikan
- Bidang
Keberhasilan
Utama
Negara
(NKRA)
- Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategori Pendidikan
Mungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion
keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah
salah satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan.

Persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri temuduga.
Seorang calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan dengan
penemuduga juga ketika memberikan jawapan. Berusahalah supaya tidak memberikan
jawapan was-was atau lupa-lupa ingat. Elakkan juga daripada meminta penemuduga
mengulang semula soalan kerana ia menunjukkan anda kurang memberikan perhatian.
Melainkan anda benar-benar tidak mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh
penemuduga akibat gangguan bunyi bising dari luar. Jika tidak tahu jawapan bagi soalan
yang diajukan, jangan terus panik. Katakan secara jujur yang anda benar-benar tidak
mengetahuinya dan berikan alasan yang baik. Jangan sama sekali memberikan jawapan
hanya mengikut apa yang anda fikirkan ketika itu.
Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan
seorang guru, perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata. Pakai
pakaian kemas dan sesuai. Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika
berpakaian. Bagi yang mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap
bersedia kerana ujian fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa temuduga.
Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar
asalkan mencukup syarat atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau
sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus
diingat rezeki itu bukan kerana nasib baik dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada
usaha untuk mendapatkannya. Semoga berjaya.

You might also like