You are on page 1of 2

DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

, ,
, ,
,
,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan
hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua
ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami
.dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu
ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang
.diterima Mu
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid

Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami
menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran .
sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
.jawapan
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran . bagi kualiti dan
.bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh
dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah,
.cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami.
Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu
..kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah

You might also like