You are on page 1of 14

SULIT

011

SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011
TAHUN 6
MASA : 1 1/4 JAM
BAHAGIAN A
[20 markah]
Nama : ________________________________________ TAHUN 6 : ______________
Soalan 1-16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi
menjayakan majlis itu.
A Aku
B Saya
C Awak
D Anda
2. Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah
disiapkan tadi, Kata Cikgu Liyana kepada murid-muridnya.
A kalian
B kamu
C anda
D kita
3. Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.
A di
B pada
C ke
D dari

SULIT

011

Soalan 4 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
4. Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.
A lauk-pauk
B kuih-muih
C sayur-mayur
D buah-buahan
Soalan 5 berdasarkan gambar 2

Gambar 2
5. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada
ditanduk oleh kerbau.
A perlahan
B pantas
C cepat
D laju
2

SULIT

6.

011

Zulhilmi membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan


harga RM15,000.
A terlaris
B terbaru
C terbuang
D terpakai

7.

Danish, Zahir dan Irfan berlatih menyanyi sambil __________alat muzik


untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
A bermain
B permainan
C memainkan
D memeti

8. Rosalina berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat


di rumah seorang diri.
A jauh hati
B berat hati
C besar hati
D berkat hati
9. Pak Adam menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok
rambutan yang berdekatan dengan rumahnya. Kata Iktiqaf kepada adiknya.
A sebatang
B sebilah
C sebuah
D sekeping

SULIT

011

10. Afrina seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia
sentiasa berusaha untuk berjaya.
A namun begitu
B selain itu
C walaupun
D sekiranya
Soalan 11 berdasarkan gambar 3

Gambar 3
11.Munier terpaksa berakit di ________________Jambatan Pemaisuri Bainun untuk
pergi ke kebunnya.
A bawah
B tengah
C atas
D tepi

12.Saya _______________ membeli sepasang baju kurung,kata Faiqah kepada Aliya.


A harus
B dapat
C boleh
D hendak

SULIT

011

Soalan 13 berdasarkan gambar 4

Gambar 4
13.Pemandu lori
itu memecut
lorinya dengan
laju untuk _______________
bas yang ada di hadapannya.
A
B
C
D

melanggar
menyelit
memotong
menyusup

14.Cikgu Haida mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas
ujian penulisan itu.
A setiap
B beberapa
C sebilangan
D sebahagian
15. Haikal mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang
tidur.
Perkataan seerti bagi kesempatan ialah
A peluang
B peranan
C kehendak
D kesanggupan
Soalan 16
Pilih ayat yang betul.
5

SULIT

011

Perdana Menteri akan melawat ke Daerah Manjung. Beliau dijangka tiba pada pukul
10.00 pagi.

II

Jul Hassan murid yang pintar . Namun demikian, beliau tetap belajar bersungguhsungguh.

III Puan Fatimah mengajar di Sekolah Seri Samudera. Beliau telah berkhidmat di sana
selama empat tahun.
IV Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Soalan 17-20
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga
mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.
Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D.
Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, dan penyakit barah.
Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak besar.Telur
Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan otak, sistem
saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).
Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih mahal
sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini, orang ramai
sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang.
Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk menjamin
kesihatan yang lebih baik.

17.Apakah kelebihan telur Omega 3?


A Kerana saiznya
6

SULIT

011
B Kerana harganya mahal
C Kerana kuantitinya banyak
D Kerana ia mempunyai banyak khasiat

18.Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali


A vitamin A dan E
B vitamin D dan E
C vitamin A dan C
D vitamin A dan D
19.Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.
A serat
B

protein

C mineral
D karbohidrat

20. Berikut ialah makanan yang boleh menyebabkan badan kita mudah
dihinggapi penyakit kecuali
A ais krim
B

sayur-sayuran

makanan ringan

D daging berlemak

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.
7

SULIT

sambil
daripada

011

untuk
ke

kerana
kepada

sejak
dan

Semua murid ingin berjaya dalam pelajaran. Pelajaran sangat penting __________dapat
menjamin masa depan seseorang___________memohon pekerjaan nanti, Oleh sebab itu,
mereka bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran _____________mengikut bengkel teknik
menjawab soalan bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Ibu bapa juga memainkan
peranan yang penting memberikan pendidikan kepada anak mereka __________ kecil lagi.

[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Tahniah Syed Putera, atas
kejayaan kamu sebagai
murid cemerlang UPSR.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

SULIT

011

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk
membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses
pembakaran. Kuih baulu telah menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu
pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis
Perkahwinan.
Kemampuan menyediakan kuih baulu yang baik dari segi rupa dan cita rasa menjadi
kebanggaan seseorang individu atau pengusaha makanan kerana produk tersebut akan
menjadi tumpuan atau pilihan kepada penggemar kuih baulu.
Sekarang ini, pembuatan kuih baulu lebih mudah dan hanya memerlukan bahanbahan yang mudah dan senang didapati di kedai-kedai runcit seperti tepung gandum, telur
ayam dan gula pasir. Namun, perbezaan bagi setiap kuih baulu yang dihasilkan adalah pada
sukatan dan teknik pembakaran bahan-bahan asas dan pembuatan kuih baulu tersebut.
Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih baulu juga sudah
berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan
bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka juga turut
membakar adunan di atas bara api dan perlu diselubungi asap yang menyesakkan.
Namun kini tidak lagi, segala-galanya sudah berubah. Melalui penggunaan alat-alat
yang berteknologi moden seperti oven dan mixer, pembuatan kuih baulu lebih cepat dan
ringkas. Para pengusaha makanan tradisional seperti kuih baulu ini tidak lagi memerlukan
masa yang lama untuk menghasilkannya, malahan turut dapat menghasilkan produk dengan
jumlah yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

a. Pada masa sekarang, kuih baulu dibakar menggunakan ____________________.


9

SULIT

011

[1 markah]

b. Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Kuih baulu ialah kuih tradisional orang Melayu dari


zaman dahulu hingga sekarang ini.
Kuih baulu masih menjadi hidangan penting dalam
majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya.

BETUL

Kuih baulu tidak dapat dihasilkan pada masa dahulu


kerana masalah asap yang menyesakkan nafas.

SALAH

Kuih baulu yang disediakan dengan baik dari segi


rupa dan cita rasa menjadi kebanggaan seseorang.

[3 markah]

Soalan 24
10

SULIT

011

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus Rapid KL
hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri
Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk
laluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen
Dua, Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang
di ibu kota.

Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat kerana
jumlah pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan
meningkat kepada 6,000 penumpang pada hari cuti, kata beliau dalam sidang akhbar pagi
tadi.
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan kepada para pengguna yang menaiki bas
dua tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas Rapid KL yang lain, katanya
kepada pemberita selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan di sini hari ini.

Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar
Seni ialah RM3.00 bagi setiap penumpang. Menurutnya lagi, sejak perkhidmatan bas dua
tingkat ini dilancarkan September lepas, perkhidmatan berkenaan telah mendapat sambutan
yang amat baik dan memberangsangkan daripada para pengguna.

Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan Rapid
KL tetapi perkhidmatan ini masih tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas
berkenaan adalah setinggi 4.2 meter, katanya, semasa mengulas permintaan pelanggan.
11

SULIT

011

Sehingga kini 14 daripada 40 buah bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah
Klang. Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 orang penumpang pada setiap
masa dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan kemudahan rangkaian kawasan
setempat (Wifi) secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL ini juga
sangat mesra pelanggan. Bas ini amat istimewa kerana mesra untuk orang kurang upaya
(OKU).

(Dipetik daripada sumber; Bernama)

a. Perkataan Rapid KL, rapid merujuk kepada perhidmatan bas yang ________________

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh Rapid KL melalui perkhidmatan bas dua
tingkat yang bermula pada 19 Oktober 2015.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Mengapakan perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL tidak dapat disediakan bagi
kesemua laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL bagi hari-hari
bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti
umum dengan hari bekerja?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah]

12

SULIT

011

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Payah kami menanam padi,
Nenas juga ditanam orang;
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Bekal menjadi kenang-kenangan.
Jentayu burung jentayu,
Hinggap di balik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik tidakkan hilang.
Biarlah orang bertanam buluh,
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang mencari musuh,
Marilah kita menyemai budi.
Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita menyemai budi,
Orang yang jahat menjadi baik.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap ketiga pantun di atas?

13

SULIT

011

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Nilai budi sangat tinggi dalam kehidupan bermasyarakat.


Orang jahat diibaratkan seperti bunga yang sudah layu.
[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.


Biarlah orang mencari musuh,
Marilah kita menyemai budi.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah]

14

You might also like