You are on page 1of 41

Kod

Etika dan
Polisi
Perlakuan
Perniagaan

PESANAN DARIPADA CEO VALSPAR

Pekerja Valspar yang dihormati:


Asas kekukuhan syarikat kita adalah komitmen kita untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul,
dengan cara Valspar. Kita telah membina kepercayaan para pelanggan dan pembekal kita dengan membentuk
reputasi menjalankan perniagaan kita dengan penuh integriti dan piawai etika tertinggi. Reputasi kita sebagai
sebuah syarikat beretika ialah salah satu aset Valspar yang paling berharga.
Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memastikan Valspar mengekalkan reputasinya sebagai sebuah
syarikat yang beretika, walaupun dalam persekitaran perniagaan yang menawarkan cabaran dan kejutan di
setiap penjuru. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membiasakan diri dan mematuhi prinsip dan garis
panduan yang ditetapkan di dalam Kod kita. Setiap kakitangan mestilah mematuhi Kod kita tidak kira di mana
anda bekerja di dunia ini. Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran terhadap Kod Etika dan
Perlakuan Perniagaan ini.
Kod ini bertujuan untuk membantu anda membuat keputusan yang beretika dan mematuhi undang-undang yang
tepat semasa anda menjalankan tanggungjawab anda untuk Valspar. Semua kakitangan Valspar mestilah
membaca, memahami dan mematuhi Kod ini. Tiada kod kelakuan akan dapat menangani semua isu etika yang
mungkin timbul. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang sebarang topik dalam Kod ini, anda harus
berbincang dengan pengurus anda, Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman. Selain itu. anda juga harus
segera melaporkan kepada pengurus anda, Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman tentang sebarang
tindakan, situasi atau keadaan yang anda percaya boleh melanggar Kod atau undang-undang. Kami bergantung
kepada kakitangan kami untuk memastikan pihak pengurusan Valspar mengetahui dan boleh membetulkan
sebarang isu yang tidak selari dengan budaya etika kami.
Terima kasih atas komitmen anda kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam Kod ini.
Yang benar,

Gary Hendrickson
Ketua Pegawai Eksekutif

VALSPAR CORPORATION

KOD ETIKA DAN KELAKUAN PERNIAGAAN


Pernyataan Skop

Kod ini tertakluk kepada semua kakitangan Valspar, anak syarikat dan usaha
samanya di seluruh dunia. Pekerja kontrak, konsultan, ejen dan wakil diminta
untuk mematuhi piawai perlakuan yang sama seperti kakitangan Valspar semasa
menjalankan urus niaga untuk Valspar. Mana-mana kakitangan Valspar yang
mengupah individu sedemikian bertanggungjawab untuk memastikan Kod ini
dipatuhi.
Kod ini juga tertakluk kepada ahli bukan kakitangan Lembaga Pengarah Valspar.
Pada keseluruhan Kod ini, terma kakitangan harus dibaca sebagai merangkumi
ahli bukan kakitangan Lembaga Pengarah.

Pernyataan Prinsip

Valspar komited untuk mematuhi semua undang-undang dan memenuhi atau


melepasi sasaran peraturan di mana sahaja kami menjalankan perniagaan. Setiap
kakitangan menyumbang kepada penjagaan dan pengekalan aset terpenting
Valspar - reputasi kita untuk integriti. Setiap kakitangan mesti membantu
memelihara dan mengekalkan aset tersebut. Kod ini akan membantu anda dalam
memandu perlakuan anda.
Pematuhan anda terhadap Kod ini adalah syarat pengambilan kerja dan akan
membantu memastikan bahawa reputasi sekian lama Valspar untuk kejujuran dan
urus niaga adil akan berterusan.
Valspar berhasrat melaksanakan peruntukan Kod ini dengan tegas. Pelanggaran
boleh mengakibatkan hukuman, termasuk dipecat dengan sebab, serta, dalam
sesetengah kes, dakwaan sivil dan jenayah.

Anda harus boleh menjawab ya kepada soalansoalan berikut sebelum mengambil sebarang
tindakan:
Adakah tindakan saya mematuhi undang-undang
dan polisi yang ditetapkan di dalam Kod ini
sepenuhnya?
Bolehkah tindakan saya bertahan dengan penelitian
awam?
Adakah tindakan saya akan melindungi reputasi
Valspar sebagai sebuah syarikat beretika?
Jika jawapan-jawapan anda bukan ya sebenarbenarnya, anda harus menilai semula tindakan yang
anda rancang dengan pengurus anda, kakitangan
Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman sebelum
meneruskannya. Jika anda rasa laporan sedemikian
tidak berkesan atau mustahil, anda juga boleh
menghubungi Pejabat Penasihat Umum atau Pejabat
Naib Presiden Kanan Sumber Manusia sebelum
meneruskannya.

Isi Kandungan

Pengenalan

Disiplin

Pelaporan

Amalan Perakaunan yang Betul

Tanpa Diskriminasi

Anti-Gangguan

Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

Rasuah dan Sogokan

Pematuhan Antitrust

Pematuhan Undang-undang Buruh

Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Orang Dalam

Budi Bahasa Perniagaan dan Ganjaran

Urus Niaga Adil

Sumbangan Politik dan Derma Kerajaan

Maklumat Sulit

Maklumat Tentang Pesaing

Konflik kepentingan

11

Penggunaan Aset Valspar

11

Polisi Akses E-mel dan Komputer

11

Penyimpanan Dokumen

11

Tiada Penepian

12

Lampiran

13

Sumber-sumber Lain

Kod Etika dan Perlakuan Perniagaan


Pengenalan

Tiada kod korporat yang dapat menangani segala persoalan perlakuan


perniagaan yang mungkin timbul. Apabila dalam keraguan bertanyalah
sebelum anda bertindak.
Kod ini menyatakan nilai asas kami dan menetapkan jangkaan untuk setiap
kakitangan tentang bagaimana kami menjalankan perniagaan; bekerja dengan
pelanggan, pembekal dan rakan kongsi perniagaan lain; berkhidmat kepada
pemegang saham kami; dan berinteraksi sesama sendiri. Setiap kakitangan
bertanggungjawab untuk mendukung Kod ini. Penasihat Umum adalah pegawai
korporat yang akan mentadbir program pematuhan keseluruhan Valspar.
Secara tidak langsung, Kod ini menangani soalan-soalan yang terlepas daripada
penjelasan mudah. Akan terdapat masa apabila anda menjadi tidak pasti
bagaimana Kod ini dilaksanakan. Dalam kes sedemikian, hubungi Pejabat
Penasihat Umum di 612/851-7705.

1. Disiplin

Pelanggaran Kod ini boleh membawa kepada hukuman serius, termasuk


denda, hukuman penjara dan pemberhentian kerja dengan sebab.
Kakitangan yang melindungi maklumat berkaitan dengan pelanggaran
undang-undang atau polisi Valspar oleh kakitangan lain juga boleh dikenakan
tindakan disiplin.
Perlakuan setiap kakitangan adalah perkara penting buat Valspar. Kakitangan
yang melanggar undang-undang mendedahkan diri mereka sendiri dan Valspar
kepada hukuman yang cukup besar. Melindungi reputasi Valspar adalah
tanggungjawab setiap kakitangan. Mana-mana kakitangan yang melanggar
undang-undang atau Kod ini adalah bertindak di luar skop pekerjaannya dan
boleh dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk ditamatkan
perkhidmatan.

2. Pelaporan

Laporkan semua pelanggaran Kod ini. Jika anda membuat laporan, ia akan
disiasat.
Valspar menggalakkan pelaporan potensi pelanggaran Kod oleh semua
kakitangannya. Jika anda percaya bahawa seorang kakitangan Valspar, pekerja
kontrak, konsultan, ejen, wakil atau operasi Valspar melanggar undang-undang
atau polisi Valspar atau terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan reputasi
Valspar, anda harus membawa maklumat anda kepada perhatian pengurus anda
atau salah seorang daripada yang berikut:
1

Ketua organisasi, jabatan atau unit perniagaan anda


Jabatan Guaman
Pengurus atau wakil sumber manusia anda
Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol (1-800-241-5689)
Network, sebuah syarikat bebas yang dibayar oleh Valspar untuk menyediakan
laporan tanpa nama, menjawab Talian Maklumat Perlakuan Peniagaan bebas tol.
Semasa menyampaikan kebimbangan atau pertanyaan anda kepada mana-mana
pihak di atas, anda boleh kekal tanpa nama jika mahu. Sebarang jenis tindakan
balas dendam terhadap kakitangan yang membuat laporan dengan niat baik adalah
dilarang. Apabila anda melaporkan kebimbangan anda tentang kakitangan lain
kepada salah seorang yang dinyatakan di atas, anda tidak akan dikenakan
sebarang tindakan buruk oleh syarikat.
Mana-mana penyelia, wakil atau ahli pihak pengurusan yang dimaklumkan
tentang potensi pelanggaran bertanggungjawab untuk segera memberitahu
pelanggaran yang dilaporkan kepada penyelianya, atau terus ke Jabatan Guaman.
3. Amalan Perakaunan
yang Betul

Operasi Valspar di seluruh dunia mesti mematuhi semua undang-undang


berkaitan dengan kira-kira dan rekod kewangan yang tepat dan lengkap.
Setiap kakitangan mesti membantu mengekalkan integriti rekod kewangan
Valspar.
Tiada Kod boleh menilai keperluan perakaunan menyeluruh yang harus Valspar
patuhi. Semua kira-kira dan rekod Valspar mestilah diuruskan selari dengan
prinsip perakaunan yang diterima umum, prosedur fiskal Valspar dan semua
undang-undang tempatan dan nasional berkenaan kira-kira dan rekod sedemikian.
Semua fail awam Valspar mestilah lengkap, adil, tepat, mengikut masa dan boleh
difahami. Aset dan dana korporat mestilah diperolehi, dikawal dan dibuang secara
baik dengan laporan kewangan yang menggambarkan aktiviti perniagaan setiap
operasi. Bagaimanapun, untuk mematuhi keperluan ini, Valspar mesti bergantung
kepada kejujuran kakitangan dalam amalan perakaunan. Para kakitangan boleh
tanpa sedar terlibat dalam sebarang penghasilan salah nyata akaun Valspar. Pada
masa yang sama, tiada keadaan membolehkan pengurusan akaun "luar buku"
untuk membantu pembayaran yang meragukan atau melanggar undang-undang.
Jika anda tidak pasti tentang sesuatu amalan perakaunan, hubungi Pejabat
Pengawal di 612/851-7833.
Aduan berkaitan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman, atau hal-hal audit
atau kekhuatiran berkaitan dengan amalan perakaunan atau audit yang boleh
dipersoal harus ditujukan kepada Pejabat Ketua Pegawai Kewangan di 612/8517350 atau Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705 atau kepada Pengerusi
Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Valspar (tersenarai dalam penyata proksi
di laman web Valspar). Jika anda ingin kekal tidak bernama, anda boleh
2

menghubungi Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol (1-800-2415689).


4. Tanpa Diskriminasi

Diskriminasi tidak mempunyai tempat dalam keputusan di tempat kerja.


Valspar komited untuk membenarkan kakitangannya maju berdasarkan kebolehan
mereka. Tiada keputusan penggajian atau pengambilan pekerja boleh berdasarkan
pada, sebagai contoh, bangsa, warna kulit, fahaman, jantina, agama, negara asal,
kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi seksual, status veteran
kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi
oleh undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan. Setiap kakitangan adalah
tertakluk kepada piawai ini. Naib Presiden Kanan Sumber Manusia adalah
pegawai yang bertanggungjawab atas pelaksanaan polisi ini.

5. Anti-Gangguan

Gangguan terhadap para kakitangan tidak akan ditoleransi.


Valspar mahukan semua personel untuk mengikuti satu standard mudah: semua
kakitangan mesti dilayan penuh hormat. Gangguan meliputi lingkungan luas
perlakuan, cthnya. tingkah laku seksual yang tidak disukai atau julukan
perkauman. Kod ini menetapkan satu standard mudah, dan semua orang yang
berkaitan dengan Valspar mestilah mematuhi sepenuhnya polisi anti-gangguan
Valspar. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.

6. Polisi Kesihatan,
Keselamatan dan
Alam Sekitar

Valspar akan menjalankan perniagaan pada sepanjang masa dengan


mematuhi undang-undang dan peraturan kesihatan, keselamatan dan alam
sekitar yang sesuai di setiap negara di mana ia beroperasi. Di kawasan tertentu
yang mempengaruhi operasi Valspar, polisi Valspar memerlukan tindakan
lebih tegas daripada yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang
berkenaan.
Adalah menjadi polisi Valspar untuk membangunkan produk yang
meminimumkan impak kepada alam sekitar, selamat untuk dikeluarkan
oleh para kakitangan dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan.
Adalah menjadi polisi Valspar untuk mengendalikan kemudahannya dalam
cara yang melindungi para kakitangan, orang awam dan alam sekitar.
Dalam melaksanakan polisi ini, Valspar akan mengendalikan
kemudahannya untuk:
Mengurangkan pengeluaran sisa ke udara, air dan tanah secara keseluruhan;
Terus mengurangkan bahan buangan dalam pengeluaran melalui kitar semula,
tebus guna dan pencegahan pencemaran;
Mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada kebimbangan masyarakat
tentang produk dan operasi Valspar;
Mematuhi semua peraturan yang dikenakan dan Piawai Valspar;
3

Mengoptimumkan penggunaan bahan dan proses yang tidak berbahaya kepada


alam sekitar;
Menasihatkan pelanggan tentang penggunaan, pemindahan dan pelupusan
produk Valspar secara selamat; dan
Memilih pengeluar utama produk Valspar yang mematuhi undang-undang dan
peraturan yang berkenaan.
Apabila Valspar bertanggungjawab ke atas tumpahan atau pelepasan tidak
sengaja bahan cemar, Valspar akan memikul tanggugjawab itu. Dalam
usaha memenuhi polisi ini Valspar akan:
Segera memastikan keselamatan semua kakitangan dan komuniti;
Segera membuat semua laporan yang perlu ke agensi yang bertanggungjawab;
Segera membersihkan semua bahan cemar ke tahap yang dibenarkan;
Mengenal pasti punca semua tumpahan atau pelepasan dan membangunkan
prosedur pengurusan untuk mencegah daripada berulang; dan
Mengambil langkah pembersihan yang sesuai di kawasan di mana terdapat
pembuangan bahan cemar ke alam sekitar yang disebabkan oleh operasi
lampau yang menjadi tanggungjawab Valspar.
CEO dan Pasukan Eksekutif Kanan membentuk polisi alam sekitar dan
mengawasi pematuhan alam sekitar untuk Valspar. Setiap kumpulan
perniagaan bertanggungjawab untuk mematuhi polisi alam sekitar Valspar dan
menjadikan pertimbangan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar sebagai
keutamaan dalam perancangan semua produk dan proses sedia ada serta baharu.
7. Rasuah dan Sogokan

Polisi Valspar secara tegas melarang mana-mana kakitangan daripada


membuat atau menawarkan rasuah atau memberikan sogokan. Rasuah,
sogokan atau bayaran tidak wajar yang lain tidak mempunyai tempat dalam
perniagaan Valspar.
Valspar akan memenangi perniagaan berdasarkan kepada reputasi beretika kami
dan kualiti produk serta perkhidmatan, bukan dengan mempengaruhi orang lain
secara tidak wajar untuk membuat keputusan perniagaan dengan menawarkan
rasuah atau sogokan. Rasuah dan sogokan adalah menyalahi undang-undang di
setiap negara di mana Valspar beroperasi. Sebarang tawaran atau bayaran apa-apa
sahaja yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan perniagaan individu atau
tindakan kerajaan boleh dianggap sebagai rasuah atau sogokan, dan dilarang
keras oleh Valspar. Kedua-dua tawaran dan pembayaran sebenar sebarang benda
bernilai, sama ada secara langsung oleh kakitangan atau oleh pihak ketiga yang
bertindak bagi pihak Valspar, adalah salah dan melanggari Kod ini. Jika anda
tidak pasti adakah tindakan anda boleh dianggap sebagai rasuah atau sogokan,
anda harus menghubungi Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705 sebelum
bertindak.
4

Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA) melarang pembayaran, hadiah, atau
pemberian kepada pegawai atau kakitangan mana-mana kerajaan asing atau
perniagaan milik kerajaan dengan tujuan untuk mendapatkan atau mengekalkan
perniagaan, atau mewujudkan gambaran bahawa anda mendapatkan atau
mengekalkan faedah untuk Valspar. Undang-undang itu juga melarang konsultan,
ejen atau wakil untuk menyalurkan pembayaran kepada pegawai kerajaan asing
untuk tujuan yang sama. Sebagai sebahagian daripada polisi dan prosedur Valspar
untuk menggaji konsultan, ejen dan wakil daripada jenis tertentu, Valspar
memerlukan semua konsultan, ejen dan wakil asing untuk menyatakan
persetujuan secara bertulis untuk mematuhi FCPA. Lihat Lampiran untuk polisi
dan prosedur kami untuk menggaji ejen asing.
Semua kakitangan yang berhubung dengan pegawai kerajaan di serata dunia
mestilah mengekalkan standard profesional tertinggi. Jangan tawarkan apa-apa
yang bernilai kepada pegawai sedemikian. Merasuah pegawai kerajaan boleh
membawa kepada hukuman jenayah untuk kedua-dua Valspar dan kakitangannya.
Sama juga, mendapatkan jualan dengan cara rasuah atau bayaran tunai adalah
dilarang keras.
Selain itu, FCPA memerlukan Valspar untuk memastikan buku dan rekod
kewangan tepat dan lengkap. Oleh itu, semua urus niaga perniagaan mestilah
dimasukkan dan direkod dengan sempurna dalam buku dan rekod kewangan
untuk unit perniagaan. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.
8. Pematuhan Antitrust

Pematuhan penuh kepada undang-undang antitrust adalah diperlukan.


Adalah menjadi polisi Valspar untuk membuat keputusan komersilnya sendiri
secara berdikari dan bebas sepenuhnya daripada sebarang persefahaman atau
persetujuan dengan mana-mana pesaing. Polisi ini memerlukan pengelakan penuh
sebarang perlakuan yang melanggar, atau yang kelihatan seperti melanggar,
prinsip-prinsip yang digariskan oleh undang-undang antitrust yang melarang
sebarang jenis persefahaman atau persetujuan di antara pesaing berkaitan harga,
terma jualan, bahagian pasaran, pengagihan pelanggan, atau sebarang aktiviti lain
yang menyekat persaingan, sama ada oleh penjual atau pembeli. Pematuhan
penuh kepada undang-undang antitrust adalah diperlukan. Lihat Lampiran untuk
polisi penuh.

9. Pematuhan
Undang-undang
Buruh

Adalah menjadi polisi Valspar untuk tidak melakukan perniagaan dengan


pembekal atau pihak lain yang tidak mematuhi undang-undang buruh yang
ditetapkan.
Valspar tidak akan membeli atau menggunakan barangan atau perkhidmatan yang
telah dikeluarkan atau disediakan dengan melanggar undang-undang buruh yang
ditetapkan.
5

10. Pematuhan Eksport,


Import dan
Perdagangan
Antarabangsa

Valspar mempunyai polisi untuk mematuhi undang-undang eksport,


import dan perdagangan antarabangsa di setiap negara di mana kami
menjalankan perniagaan.
Walaupun Valspar beribu pejabat di Amerika Syarikat, kami menjalankan
perniagaan di seluruh dunia. Setiap negara di mana kami menjalankan perniagaan
mempunyai undang-undang dan peraturan tersediri yang menetapkan bagaimana
kami menjalankan perniagaan, termasuk cara produk, data teknikal dan teknologi
kami diimport dan dieksport. Semua kakitangan mesti memahami undang-undang
dan peraturan yang berkenaan yang membantu Valspar mengekalkan reputasinya
sebagai syarikat global bertanggungjawab, termasuk yang berikut:
Kawalan Eksport. Kakitangan mesti memahami dan mematuhi undang-undang
nasional dan antarabangsa untuk mengeksport produk, data teknikal dan teknologi
dari satu negara ke negara lain. Banyak eksport memerlukan lesen atau permit
kerajaan (bergantung kepada bentuk dan nilai produk, data teknikal atau subjek
teknologi untuk dieksport) dan, dalam keadaan tertentu, undang-undang kawalan
eksport mungkin menghalang Valspar atau kakitangannya daripada berurusan
dengan negara tertentu. Mana-mana kakitangan yang terlibat dalam urus niaga
eksport harus menghubungi Jabatan Guaman jika mereka mempunyai sebarang
persoalan tentang undang-undang negara di mana urus niaga eksport berlangsung.
Kastam dan Import. Undang-undang kastam di negara di mana kami beroperasi
menetapkan dan, dalam sesetengah kes, mungkin melarang pengimportan produk
atau item tertentu. Adalah penting untuk mengingati bahawa peraturan ini
tertakluk bukan hanya kepada urus niaga di antara Valspar dan pihak ketiga,
tetapi juga kepada urus niaga di mana Valspar memindahkan produk, bahan atau
item di antara tapak, ahli gabungan, usaha sama atau anak syarikat. Peraturan
kastam memerlukan kakitangan Valspar untuk boleh menunjukkan, dengan
dokumentasi yang sewajarnya, bahawa Valspar melakukan usaha terbaik untuk
memastikan importnya mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Kakitangan
yang terlibat di dalam proses pengimportan produk Valspar perlu melaporkan
maklumat yang lengkap, tepat dan terperinci berkaitan produk yang diimport,
seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Valspar melarang
keras mana-mana kakitangan daripada dengan sengaja memberikan maklumat
palsu atau tidak tepat berkaitan dengan kastam dan import.

11. Perdagangan
Orang Dalam

Jangan sekali-kali memperdagangkan saham, bon, opsyen atau sekuriti


syarikat yang lain berasaskan kepada maklumat sulit yang diperolehi di
tempat kerja.
Perdagangan orang dalam adalah jenayah yang serius. Perdagangan orang dalam
berlaku apabila, sebagai contoh, seseorang memperdagangkan saham semasa
mempunyai maklumat penting, bukan umum tentang syarikat yang terlibat.
Maklumat adalah penting jika ia akan mempengaruhi keputusan seseorang
6

untuk sama ada membeli, menjual atau menyimpan saham. Ianya bukan umum
jika ia belum diterbitkan dan dibeli oleh komuniti yang melabur.
Valspar dan para kakitangannya berkongsi kepentingan dalam mengelakkan
siasatan perdagangan orang dalam. Seseorang individu yang disabitkan dengan
perdagangan orang dalam boleh dikenakan hukuman sivil dan jenayah yang berat.
Siasatan boleh menjejaskan reputasi Valspar dan menyebabkan Valspar
dikenakan hukuman tambahan.
Oleh itu, polisi Valspar melarang perdagangan orang dalam oleh semua
kakitangan. Jangan berdagang berdasarkan kepada maklumat sulit yang diperolehi
di tempat kerja tidak kira maklumat itu berkaitan dengan Valspar atau entiti
lain.
Selari dengan peraturan sekuriti A.S., Valspar mengenakan had
perdagangan tambahan kepada Lembaga Pengarahnya dan pegawai
tertentu, dan Suruhanjaya Bursa Sekuriti memerlukan individu sedemikian
untuk mendedahkan jualan, pembelian dan lain-lain perubahan pemilikan
dalam sekuriti Valspar dengan segera.
Undang-undang perdagangan orang dalam tidak sentiasa jelas. Jika anda tidak
pasti bagaimana kuasa undang-undang ini pada keadaan tertentu, dapatkan
kepastian sebelum anda membuat urus niaga. Semua soalan harus dirujuk kepada
Pejabat Penasihat Umum di 612/851-7705.
12. Budi Bahasa
Perniagaan dan
Ganjaran

Berikan atau terima hadiah yang bernilai rendah sahaja. Pengecualian


memerlukan kelulusan.
Budi bahasa perniagaan dan ganjaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
hadiah, makanan, koktel, diskaun, hospitaliti, hiburan, rekreasi, item promosi,
perjalanan dan sebarang "item bernilai" ketara atau tidak ketara yang tidak
dibayar mengikut harga pasaran sebenar oleh penerima.
Kakitangan Valspar boleh memberi atau menerima hadiah atau ganjaran dalam
syarikat berkaitan dengan urus niaga perniagaan dengan pelanggan atau
pembekal, dengan syarat semua garis panduan berikut dipenuhi:
Ia tidak melanggar undang-undang, peraturan, budaya sesuai kawasan pasaran
atau polisi yang diketahui untuk majikan bagi kedua-dua pihak;
Ia berpatutan dari segi kos, jumlah, kuantiti dan kekerapan;
Ia bersesuaian dengan masa dan tempat;
Ia boleh berhadapan dengan penelitian awam tanpa merosakkan reputasi
Valspar.
Ia memenuhi tujuan perniagaan biasa dan diperlukan; dan
Ia telah diberi kelulusan terlebih dahulu oleh penyelia anda.
7

Hadiah tidak boleh diberikan kepada pegawai kerajaan atau kakitangan syarikat
milik kerajaan kerana itu biasanya adalah salah dan dilarang oleh bahagian
Rasuah dan Sogokan pada Kod.
Dalam apa keadaan sekalipun kakitangan Valspar tidak boleh memberi atau
menerima wang tunai atau hadiah setara dengan wang tunai (seperti kad hadiah
atau sijil hadiah) sebagai hadiah atau ganjaran. Pegawai korporat atau divisyen
yang bertanggungjawab untuk kawasan anda mesti meluluskan lebih awal hadiah
individu yang bernilai lebih daripada biasa.
13. Urus Niaga Adil

Setiap kakitangan mesti berusaha untuk menjalankan urus niaga yang adil
dengan pelanggan, pembekal, pesaing dan kakitangan Valspar.
Kakitangan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas sesiapa pun melalui
manipulasi, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat istimewa, salah nyataan
fakta penting atau sebarang amalan urus niaga tidak adil yang lain.

14. Sumbangan Politik


dan Derma
Kerajaan

Dana, harta atau perkhidmatan Valspar tidak boleh disumbangkan atau


didermakan atas sebarang sebab yang berkaitan dengan mana-mana kerajaan
(termasuk pelbagai agensinya), atau kepada mana-mana parti politik, calon
atau jawatankuasa.
Selain itu, kakitangan tidak boleh menawarkan atau menjanjikan sumbangan
kepada mana-mana pegawai kerajaan.

15. Maklumat Sulit

Salah satu aset Valspar yang paling penting ialah maklumat sulit
korporat. Tanggungjawab Valspar mengikut undang-undang dan
kedudukannya yang kompetitif sering menjadikan maklumat ini kekal sulit.
Maklumat sulit korporat biasanya terbahagi kepada dua kategori. Kategori
pertama merangkumi maklumat yang bertujuan untuk penggunaan dalaman
sahaja. Maklumat ini biasanya berkaitan dengan operasi Valspar senarai
pelanggan, penentuan harga pelanggan, penentuan harga pembekal, rebet,
maklumat penyumberan/pembekal, formula, teknik pengeluaran atau rahsia
perdagangan (maklumat sulit yang digunakan dalam urusan perniagaan untuk
memberikan Valspar kelebihan yang kompetitif). Valspar berusaha untuk
memastikan maklumat ini kekal sulit selamanya. Semua kakitangan mesti
mematuhi Polisi Rahsia Perdagangan Valspar, yang tersedia di intranet syarikat.
Kategori kedua melibatkan maklumat sulit korporat yang Valspar maklumkan
secara rutin kepada komuniti pelaburan. Maklumat ini biasanya mengukur
prestasi kewangan Valspar (cthnya. hasil kewangan suku tahunan operasi
Valspar) atau mengenal pasti kejadian yang mempunyai impak ketara (atau
penting) kepada nilai sekuriti Valspar. Pendedahan tidak wajar atau penggunaan
8

maklumat sedemikian untuk kepentingan peribadi boleh menyebabkan individu


itu dikenakan hukuman jenayah dan sivil yang berat.
Kakitangan tidak boleh mendedahkan maklumat sulit kewangan kepada sesiapa di
luar Valspar, kecuali kepada juruaudit dan penasihat profesional Valspar di bawah
syarat kerahsiaan. Di dalam Valspar sekalipun, maklumat sulit korporat harus
dibincangkan hanya dengan mereka yang perlu tahu maklumat itu.
Tanggungjawab kakitangan untuk melindungi maklumat korporat sulit ini
berterusan walaupun selepas beliau meninggalkan Valspar. Jika anda tidak pasti
tentang kerahsiaan maklumat tertentu, hubungi penyelia anda sebelum membuat
pendedahan.
16. Maklumat Tentang
Pesaing

Para kakitangan mestilah tidak sekali-kali cuba mendapatkan, atau bersedia


menerima, maklumat pesaing yang diperolehi secara salah.
Valspar tidak akan menggaji kakitangan untuk mendapatkan maklumat sulit
tentang syarikat lain. Namun begitu, kakitangan baharu mungkin mempunyai
maklumat sulit tentang majikan lama mereka. Kakitangan Valspar tidak boleh
bertanya dan kakitangan baharu tidak boleh mendedahkan maklumat sedemikian
atau membenarkan rakan sekerja Valspar mereka menggunakannya.

17. Konflik kepentingan


Untuk Kakitangan:

Setiap kakitangan mesti setia kepada Valspar.


Elakkan sebarang situasi di mana kepentingan peribadi anda bertembung dengan
kepentingan Valspar. Bahagian berikut menilai beberapa bidang masalah yang
berpotensi. Senarai ini tidak menyeluruh. Prinsip umumnya, bagaimanapun,
adalah mudah: pastikan anda sentiasa berhati-hati sekiranya wujud sekadar
gambaran sekalipun bahawa anda bertindak untuk alasan lain selain daripada
untuk kepentingan Valspar atau di mana kepentingan anda sendiri terlibat (atau
kelihatan seperti terlibat) dengan kepentingan syarikat.
Banyak konflik kepentingan boleh diselesaikan atau dicegah sekiranya ia
didedahkan dan diluluskan dengan sebaiknya. Dedahkan kepada penyelia anda
sebarang kepentingan peribadi atau keadaan yang mungkin menyebabkan berlaku
konfilikkepentingan (atau gambaran seperti anda mempunyai konflik kepentingan
sekalipun) sebaik sahaja anda menyedari keadaan yang mungkin mewujudkan
konflik itu. Kakitangan yang gagal untuk mendedahkan potensi konflik
kepentingan boleh dikenakan tindakan disipilin, termasuk perkhidmatan mereka
ditamatkan. Jika tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan konflik kepentingan
selepas anda mendedahkannya kepada penyelia anda, anda harus menghuungi
Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman untuk mengesahkan bahawa
konflik kepentingan itu telah diselesaikan dengan baik.
Tanggungjawab pertama anda terletak pada Valspar. Valspar memerlukan
perhatian penuh kakitangannya. Secara umum, perhatian tahap ini menjadikannya
9

tidak praktikal untuk kakitangan mengejar pekerjaan di luar Valspar. Selain itu,
pekerjaan di luar boleh membawa kepada konflik kepentingan kakitangan itu.
Oleh itu, penyelia anda atau Sumber Manusia mesti meluluskan lebih awal
sebarang pekerjaan luar yang menyeluruh atau mempunyai konflik dengan
Valspar.
Jangan pesongkan sebarang peluang perniagaan yang boleh menguntungkan
Valspar untuk keuntungan peribadi. Kesetiaan dianggap telah dilanggar
sekiranya kakitangan mendapat keuntungan secara peribadi daripada peluang
perniagaan yang sepatutnya menjadi milik Valspar. Masalah ini timbul apabila
kakitangan mempunyai kepentingan dalam entiti yang menawarkan produk atau
perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh Valspar, atau apabila kakitangan itu
menawarkan sendiri produk atau perkhidmatan sedemikian.
Kepentingan kewangan dalam pesaing, pembekal atau pelanggan boleh
mengakibatkan konflik kepentingan. Kakitangan mesti mengelakkan situasi
dan aktiviti di mana kepentingan peribadi mereka boleh mendatangkan konflik,
atau kelihatan berkonflik, dengan kepentingan Valspar. Oleh itu, penyelia anda
atau Penasihat Umum mesti meluluskan terlebih dahulu sebarang kepentingan
kewangan oleh kakitangan atau saudara terdekat kakitangan dalam pesaing,
pembekal atau pelanggan.
Hubungan Peribadi. Hubungan peribadi anda dengan kakitangan Valspar yang
lain juga boleh mewujudkan konflik kepentingan. Adalah bertentangan dengan
polisi Valspar untuk pengurus menjadi penyelia kepada ahli keluarganya atau
terlibat dalam hubungan romantis dengan kakitangan yang melapor kepadanya.
Kakitangan yang menghadapi isu ini harus segera mendedahkan hubungan
peribadi itu dan membincangkan perkara ini dengan penyelia beliau atau Sumber
Manusia.
Untuk Lembaga
Pengarah Valspar:

Bahagian konflik kepentingan ini juga tertakluk kepada pengarah bukan


kakitangan dengan pengecualian untuk peruntukan berkaitan dengan pekerjaan di
luar Valspar. Untuk para pengarah, konflik kepentingan boleh timbul apabila
syarikat bercadang untuk memasuki urus niaga atau rancangan yang mana
menyebabkan pengarah itu akan mendapat faedah selain daripada yang diperolehi
dari kedudukannya sebagai pengarah atau pemegang saham. Selain itu, konflik
boleh timbul apabila pengarah mempunyai kepentingan yang berbeza dengan
Valspar. Apabila seorang pengarah Valspar menyedari terdapat konflik sebenar
atau potensi konflik, pengarah itu harus segera menghubungi Pengarah Utama,
Ketua Pegawai Eksekutif atau Penasihat Umum dan mendedahkan fakta dan
keadaan yang menimbulkan konflik itu. Lembaga Pengarah Valspar
bertanggungjawab untuk menilai fakta dan keadaan itu serta mengambil tindakan
sewajarnya berkenaan dengan konflik kepentingan pengarah terbabit.

10

18. Penggunaan Aset


Valspar

Semua aset Valspar mesti digunakan hanya untuk tujuan perniagaan Valspar.

19. Polisi Akses


E-mel dan Komputer

Agar Valspar dapat meneruskan aktiviti perniagaannya dan mengekalkan


kelebihan kompetitifnya, Valspar mesti melindungi ciptaan, penemuan,
hakmilik maklumat dan harta teknikal serta perniagaan, termasuk maklumat
elektronik.
Oleh itu, semua kakitangan yang mempunyai akses ke rangkaian Valspar, aplikasi
dan data Valspar, mel elektronik dan internet melalui komputer dan perisian yang
dimiliki oleh Valspar perlu mematuhi Polisi Akses E-mel dan Komputer sebagai
syarat mendapat akses tersebut. Lihat Lampiran untuk polisi penuh.

20. Penyimpanan
Dokumen

Simpan rekod, e-mel dan dokumen lain mengikut Polisi Penyimpanan Rekod
Valspar, yang tersedia di intranet syarikat.
Jika anda menyedari bahawa sebarang prosiding guaman melibatkan Valspar
ingin dilakukan atau telah berjalan, segera ambil langkah untuk menyimpan
semua rekod dan fail yang berpotensi untuk bersangkut-paut dengannya dan
segera hubungi Jabatan Guaman.

21. Tiada Penepian

Hanya Lembaga Pengarah boleh mengenepikan sebarang peruntukan dalam


Kod ini.

11

LAMPIRAN
Polisi-polisi Korporat Valspar

Polisi Gangguan Seksual

iii

Polisi Kelakuan/Gangguan Menjelikkan

iv

Polisi Peluang Sama Rata

Polisi dan Garis Panduan Akta Amalan Korupsi Asing

xvi

Polisi Antitrust

xx

Polisi Akses E-Mel dan Komputer

12

Polisi Gangguan Seksual


Valspar tidak akan bertoleransi dengan sebarang perlakuan gangguan seksual oleh mana-mana kakitangan di
tempat kerja. Gangguan seksual ialah satu pelanggaran terhadap hak individu kakitangan dan Valspar akan
menangani setiap situasi yang melibatkan gangguan seksual.
Gangguan seksual ditakrifkan sebagai cubaan seksual yang tidak disukai, permintaan untuk layanan seksual
atau lain-lain perlakuan secara lisan atau fizikal yang berbau seksual apabila:
Persetujuan untuk perlakuan sedemikian dilakukan, sama ada secara tersurat atau tersirat, sebagai terma
atau syarat untuk perkhidmatan seseorang individu diteruskan
Persetujuan kepada atau penolakan perlakuan sedemikian oleh seseorang individu digunakan sebagai
asas untuk keputusan penggajian di masa hadapan yang melibatkan individu itu
Perlakuan sedemikian mempunyai tujuan atau kesan untuk mengganggu tanpa sebab prestasi kerja
seseorang individu atau mencipta persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan atau mengganggu.
Di sini adalah beberapa contoh perlakuan yang berkemungkinan akan atau dianggap sebagai gangguan seksual
(senarai ini tidak dianggap sebagai menyeluruh):
Penggunaan istilah yang menjelikkan atau menjatuhkan maruah yang berbaur seksual
Kemesraan fizikal, tingkah laku, tindakan atau sentuhan yang dipertikaikan
Cadangan yang tidak disukai berkenaan, atau jemputan kepada, pertemuan sosial atau acara sosial
berkaitan kerja
Sebarang tanda, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa jaminan pekerjaan, tugasan kerja, syarat
penggajian atau peluang naik pangkat seseorang kakitangan bergantung kepada persetujuannya untuk
melakukan layanan seksual
Sebarang tindakan berkaitan dengan status pekerjaan seseorang kakitangan yang sebenarnya dipengaruhi
oleh pertimbangannya untuk menerima atau menolak layanan sosial atau seksual
Mewujudkan suasana gangguan seksual atau menakutkan secara sengaja atau tidak sengaja
Gurauan atau kenyataan secara sengaja atau tidak yang berbaur seksual kepada atau dengan kehadiran
mana-mana kakitangan yang menganggap gurauan atau kenyataan sebegitu sebagai menjelikkan
Menunjukkan atau menghantar bahan yang mengandungi kandungan seksual atau bersifat seksual
(seperti kartun, artikel, gambar, dll.), sama ada menggunakan e-mel, mel antara pejabat, Internet atau
lain-lain, kepada kakitangan yang menganggap bahan sedemikian menjelikkan
Semua kakitangan mesti melayan rakan sekerja, pekerja bawahan dan penyelia mereka dengan rasa hormat
sepanjang masa.
Jika anda rasa anda mengalami gangguan seksual, anda mempunyai hak untuk dengan serta-merta meminta
pelakunya berhenti tidak kira siapa pelaku tersebut atau apa kedudukan mereka dalam syarikat. Anda juga
mempunyai hak untuk, dan harus dengan serta-merta melaporkan tingkah laku sedemikian kepada penyelia
anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia. Kakitangan yang terlibat dalam gangguan seksual akan
dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan.

Jika anda rasa melaporkan gangguan seksual kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau jika
penyelia anda ialah punca gangguan itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan atasan di lokasi anda
serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau Jabatan Guaman.
Anda mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan penyelia anda atau sesiapa yang disebut
sebelum ini tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa
akan dibenarkan untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau kerana
melaporkan kelakuan sedemikian.
Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan gangguan seksual atau yang percaya
dirinya menjadi mangsa gangguan seksual serta ingin kekal tanpa nama, digalakkan untuk menghubungi Talian
Maklumat Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan. Nombor bebas tol untuk lokasi anda
disenaraikan di belakang Kod ini.

ii

Polisi Kelakuan/Gangguan Menjelikkan


Valspar berusaha untuk mengekalkan persekitaran kerja yang bebas daripada kenyataan atau kelakuan yang
menjelikkan atau menjatuh maruah dan oleh itu, sebarang tingkah laku menjelikkan/gangguan daripada manamana kakitangan tidak akan diterima. Tingkah laku menjelikkan/ gangguan boleh termasuk kenyataan atau
tindakan tidak wajar yang dianggap menjelikkan untuk orang lain, berdasarkan kepada, sebagai contoh, bangsa,
warna, fahaman, jantina, agama, negara asal, kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi seksual, status
veteran kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi oleh undang-undang
tempatan, negeri dan persekutuan. Tingkah laku menjelikkan juga boleh melibatkan permintaan untuk
menyertai kelakuan yang salah, tidak bermoral atau tidak beretika, atau ia boleh melibatkan sentuhan fizikal
yang tidak wajar.
Jika anda rasa anda berhadapan dengan tingkah laku menjelikkan, anda mempunyai hak untuk dengan sertamerta meminta pelakunya berhenti tidak kira siapa pelaku tersebut atau apa kedudukan mereka dalam syarikat.
Pada masa yang sama, anda juga mempunyai hak untuk, dan harus dengan serta-merta melaporkan tingkah laku
sedemikian kepada penyelia anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia. Kakitangan yang terlibat dalam
tingkah laku menjelikkan/ gangguan akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan
perkhidmatan.
Jika anda rasa melaporkan tingkah laku menjelikkan itu kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau
jika penyelia anda ialah punca tingkah laku menjelikkan itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan
atasan di lokasi anda serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau
Jabatan Guaman. Anda mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan sesiapa yang disebut
sebelum ini tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa
akan dibenarkan untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau kerana
melaporkan kelakuan sedemikian.
Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan tingkah laku menjelikkan/ gangguan atau
yang percaya dirinya menjadi mangsa tingkah laku menjelikkan/ gangguan serta ingin kekal tanpa nama,
digalakkan untuk menghubungi Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan.
Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di belakang Kod ini.

iii

Polisi Peluang Sama Rata


Valspar mempunyai polis yang melarang diskriminasi dalam sebarang bentuk berdasarkan kepada, sebagai
contoh, bangsa, warna, fahaman, jantina, agama, negara asal, kelainan upaya, usia, status perkahwinan, orientasi
seksual, status veteran kakitangan atau pemohon pekerjaan atau sebarang klasifikasi lain yang dilindungi oleh
undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan. Polisi tanpa diskriminasi ini tertakluk kepada amalan dan
prosedur penggajian termasuk:
Peluang untuk penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat
Kadar gaji dan bentuk-bentuk ganjaran lain
Peluang mendapat latihan
Tindakan disiplin, turun pangkat, dihentikan kerja sementara atau penamatan perkhidmatan
Penggunaan kemudahan syarikat dan penyertaan dalam aktiviti syarikat
Satu peluang untuk bekerja dalam persekitaran yang bebas daripada gangguan yang tidak sepatutnya.
Jika anda rasa anda menjadi mangsa kepada diskriminasi, anda mempunyai hak untuk dengan serta merta
melaporkan tingkah laku sedemikian kepada penyelia anda dan kakitangan Jabatan Sumber Manusia.
Kakitangan yang terlibat dalam diskriminasi akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk
penamatan perkhidmatan.
Jika anda rasa melaporkan diskriminasi itu kepada penyelia anda tidak berkesan atau mustahil, atau jika
penyelia anda ialah punca diskriminasi itu, laporkan situasi itu kepada pihak pengurusan atasan di lokasi anda
serta kakitangan Sumber Manusia, timbalan presiden kumpulan perniagaan anda atau Jabatan Guaman. Anda
mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memaklumkan penyelia anda atau sesiapa yang disebut sebelum ini
tentang sebarang masalah agar Valspar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tiada sesiapa akan dibenarkan
untuk membalas dendam kepada anda kerana menyuruh seseorang berhenti atau melaporkan kelakuan
sedemikian.
Sebagai alternatif, seseorang kakitangan yang sama ada menyaksikan diskriminasi atau yang percaya dirinya
menjadi mangsa diskriminasi serta ingin kekal tanpa nama, digalakkan untuk menghubungi Talian Maklumat
Perlakuan Perniagaan Valspar untuk memfailkan aduan. Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di
belakang Kod ini.

iv

Polisi dan Garis Panduan Akta Amalan Korupsi Asing


Pengenalan
Adalah menjadi polisi Valspar untuk menjalankan operasi dan aktiviti di luar Amerika Syarikat dengan
mematuhi sepenuhnya peraturan dan kehendak Akta Amalan Korupsi Asing (FCPA) dan undang-undang manamana negara yang melarang pemberian rasuah kepada pegawai asing. Tiada pegawai, kakitangan atau ejen
Valspar mempunyai kuasa untuk menawarkan bayaran kepada pegawai asing untuk memujuk pegawai itu untuk
mempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan kerajaan dalam cara yang akan membantu Valspar atau manamana anak syarikat atau divisyennya untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.
Juga, setiap pegawai, kakitangan dan ejen adalah diwajibkan oleh polisi Valspar dan undang-undang negara
untuk menyimpan kira-kira, rekod dan akaun yang menunjukkan semua urus niaga dan penggunaan aset
Valspar dengan tepat dan adil.
Akibat daripada kegagalan untuk mematuhi polisi ini boleh mendatangkan masalah besar kepada Valspar dan
kakitangannya. Pelanggaran FCPA oleh kakitangan Valspar boleh menyebabkan denda berjuta dolar terhadap
Valspar, boleh merosakkan reputasi Valspar dengan teruk dan boleh menyebabkan kakitangan itu dikenakan
tuduhan jenayah, denda dan dipenjarakan. Sebagai tambahan, Valspar akan mengambil segala tindakan disiplin
yang diperlukan - termasuk memecat - terhadap kakitangan yang melanggar polisi ini.
Rangka Kerja Statutori
FCPA biasanya melarang bayaran yang dibuat secara korup untuk memujuk seseorang pegawai asing untuk
menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan kerajaan dalam cara yang akan
membantu Valspar atau mana-mana anak syarikat atau divisyennya untuk mendapatkan atau mengekalkan
perniagaan.
FCPA juga memerlukan pengeluar sekuriti A.S. yang berdaftar untuk membuat dan menyimpan kira-kira,
rekod, dan akaun, yang mana, secara terperinci, tepat dan adil menggambarkan urus niaga dan penggunaan
aset pengeluar. Pematuhan kepada peruntukan kira-kira dan rekod memerlukan rekod dan akaun tepat untuk
bayaran sedemikian, tidak kiralah walaupun ia dibuat kepada pegawai kerajaan.
FCPA melarang bayaran kepada pegawai asing yang dibuat atau ditawarkan secara korup. Bayaran korup dalam
FCPA adalah bayaran yang bertujuan untuk memujuk pegawai asing agar menyalahgunakan kedudukan
rasminya atau agar tidak menjalankan satu fungsi rasmi. Definisi bayaran bagi FCPA adalah termasuk wang
tunai, kad hadiah atau pemberian apa sahaja yang bernilai, seperti hadiah, makanan dan minuman, pembayaran
balik untuk perjalanan atau perbelanjaan dan pinjaman perniagaan. Bayaran yang dilarang itu mungkin dibuat
untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan untuk Valspar dan/atau anak syarikatnya. Ia juga mungkin
dibuat untuk mendapatkan penggubalan undang-undang, peraturan atau perintah yang menguntungkan
perniagaan Valspar.
Bayaran korup mestilah dibuat kepada pegawai asing. Pegawai asing dalam konteks FCPA adalah pegawai atau
kakitangan kerajaan atau jabatan, agensi, atau bantuan pihak asing, atau mana-mana orang yang bertindak
dalam kapasiti rasmi untuk atau bagi pihak kerajaan, jabatan, agensi, atau bantuan sedemikian, termasuk
v

pegawai dan kakitangan lain perusahaan milik atau yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Terma pegawai asing
juga termasuk pegawai parti politik dan calon untuk jawatan politik.
Valspar juga tidak membenarkan atau memaafkan rasuah komersil, bayaran yang dibuat kepada seseorang di
syarikat lain (seperti pelanggan atau pembekal) untuk memujuk orang itu agar bertindak dengan tidak wajar
untuk kepentingan Valspar. Semua bayaran sedemikian melanggar polisi Valspar dan, dalam kebanyakan kes,
juga melanggar undang-undang negara di mana bayaran rasuah komersil yang tidak wajar itu dibuat. Kegagalan
untuk merekod dan membuat akaun dengan sempurna untuk bayaran sedemikian juga akan melanggar polisi
Valspar. Valspar melarang kakitangannya daripada menggunakan wang peribadi mereka untuk membuat
bayaran kepada pegawai asing.
Bayaran kepada pihak ketiga seperti ejen, konsultan dan penasihat boleh melanggar FCPA jika ia dibuat dengan
kepercayaan bahawa semua atau sebahagian daripada bayaran sedemikian akan ditawarkan, diberi atau
dijanjikan kepada pegawai asing untuk sebarang tujuan yang dilarang yang dinyatakan di atas.
Polisi dan Prosedur untuk Mengekalkan Ejen
Kakitangan Valspar yang bertanggungjawab untuk mendapatkan ejen untuk bertindak bagi pihak Valspar di
luar Amerika Syarikat perlu mematuhi polisi dan prosedur yang dinyatakan di bawah. Bagi tujuan polisi ini,
ejen adalah mana-mana orang, syarikat atau entiti yang diambil oleh Valspar yang mempunyai kuasa untuk
bertindak untuk atau bagi pihak Valspar atau sebaliknya mewakili Valspar kepada pelanggan atau pegawai
kerajaan dengan bayaran, seperti wakil, ejen dan konsultan jualan. Terdapat tiga langkah asas yang harus
diambil oleh kakitangan Valspar untuk mengurangkan kemungkinan berlaku bayaran yang dilarang oleh ejen
kepada pegawai kerajaan asing yang menjalankan transaksi perniagaan dengan Valspar dan untuk
meminimumkan risiko bayaran sedemikian dianggap diketahui di pihak Valspar atau kakitangannya jika ia
berlaku: (1) Prosedur Usaha Wajar Pra-Perlantikan; (2) Prosedur Perlantikan Ejen; dan (3) Pengawasan Selepas
Perlantikan.
Usaha Wajar Pra-Perlantikan
Sebelum memeterai sebarang perhubungan atau perjanjian dengan seseorang ejen, kakitangan Valspar mesti
melakukan langkah-langkah berikut untuk mendapatkan maklumat latar belakang tentang ejen itu dan menilai
potensi risiko:
Langkah Pertama
Meminta calon ejen untuk melengkapkan Soal Selidik Ejen FCPA pada borang yang diluluskan oleh
Jabatan Guaman;
Langkah Kedua
Hantar Borang Kelulusan Ejen dan Soal Selidik Ejen FCPA kepada pegawai yang bertanggungjawab ke
atas kumpulan perniagaan untuk semakan dan kelulusan. Pegawai yang bertanggungjawab untuk
kumpulan perniagaan itu mesti menandatangani Borang Kelulusan Ejen menyatakan bahawa dia
bersetuju bahawa keperluan perniagaan yang sah wujud untuk mengambil ejen; dan
vi

Langkah Ketiga
Hantar Soal Selidik Ejen FCPA yang telah dilengkapkan dan Borang Kelulusan Ejen yang telah
dilengkap kepada Pengarah Kewangan Kanan untuk kumpulan perniagaan untuk semakan dan
kelulusan.
Pengarah Kewangan Kanan untuk kumpulan perniagaan mesti meluluskan calon ejen sebelum (i) mana-mana
kakitangan Valspar memuktamadkan persetujuan dengan ejen, (ii) ejen mula bekerja bagi pihak Valspar, atau
(iii) sebarang bayaran akan diberi kuasa kepada ejen itu.
Semua persetujuan agensi yang yang diluluskan akan disimpan dalam daftar ejen berpusat yang ditadbir oleh
Jabatan Kewangan dan Jabatan Guaman. Audit dalaman akan mengaudit hubungan agensi dan pematuhan
kepada proses usaha wajar yang digariskan di atas secara tetap.
Perlantikan Ejen
Terma dan syarat semua hubungan dengan ejen yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Valspar mestilah
ditetapkan lebih awal dalam borang perjanjian yang dibenarkan oleh Jabatan Guaman untuk peruntukan
perkhidmatan yang diingini. Borang perjanjian sedemikian tersedia daripada Jabatan Guaman dan di tapak
intranet Jabatan Guaman. Bayaran perkhidmatan akan disyaratkan pada penyempurnaan semua langkahlangkah Usaha Wajar Pra-Perlantikan. Borang perakuan akan diberikan kepada kakitangan apabila diperlukan
dan semua perjanjian ejen mestilah diluluskan oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk kumpulan
perniagaan sebelum perlantikan mereka.
Pengawasan Selepas Perlantikan Ejen
Kakitangan Valspar yang bertanggungjawab untuk memantau kerja ejen untuk Valspar perlu mengawasi secara
tetap aktiviti perniagaan ejen bagi pihak Valspar. Semua ejen yang diambil oleh Valspar mesti melengkapkan
borang perakuan yang disertakan pada permulaan hubungan dan setiap tahun selepas itu. Sebarang bendera
merah yang dikenalpasti oleh aktiviti perniagaan ejen mesti disiasat secara menyeluruh. Valspar akan menilai
semula hubungannya dengan ejen itu berdasarkan kepada hasil sebarang siasatan dan akan menamatkan
hubungannya dengan ejen itu sekiranya siasatan mendedahkan sebarang tindakan tidak wajar oleh ejen itu.
Kakitangan yang mendapatkan ejen itu bagi pihak Valspar bertanggungjawab secara peribadi untuk
memastikan bahawa aktiviti ejen itu mematuhi sepenuhnya Kod Perlakuan dan tanggungjawab undangundang Valspar. Mana-mana kakitangan yang gagal untuk memantau hubungan ejen dengan baik atau
serta merta mendedahkan sebarang aktiviti tidak wajar yang dibuat oleh ejen yang menjadi
tanggungjawab kakitangan itu akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk ditamatkan
perkhidmatan.
Hukuman untuk Pelanggaran
Kerajaan Amerika Syarikat telah meningkatkan hukuman jenayah untuk pelanggaran FCPA dengan ketara pada
tahun 1988. Pelanggaran sama ada peruntukan anti-rasuah atau perakaunan boleh menyebabkan individu
vii

dikenakan denda melebihi $250,000 atau dua kali ganda keuntungan atau kerugian kasar daripada kesalahan itu
dan hukuman penjara hingga lima tahun. Valspar boleh didenda sehingga melebihi $2 juta atau dua kali ganda
keuntungan atau kerugian kasar daripada kesalahan itu.

viii

Perakuan Akta Amalan Korup Asing Ejen Valspar


Saya, __________________________, wakil yang diberi kuasa oleh [NAMA EJEN] mengesahkan bahawa
saya, syarikat saya dan sesiapa yang diambil oleh saya atau syarikat saya mengetahui polisi Anti Rasuah dan
Sogokan Valspar serta keperluan Akta Amalan Korup Asing. Saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya
akan mematuhi semua aspek polisi Anti Rasuah dan Sogokan Valspar serta keperluan FCPA pada sepanjang
masa semasa saya diambil untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi pihak Valspar. Saya bersetuju
dan memahami bahawa sebarang pelanggaran polisi Akta Amalan Korup Asing Valspar boleh mengakibatkan
penamatan serta merta sebarang perjanjian dengan Valspar tanpa bayaran lanjut atau jalan keluar oleh saya atau
syarikat saya.
Saya selanjutnya mengakui dan mengesahkan bahawa saya tidak mengetahui sebarang tawaran, bayaran, janji
untuk membayar, atau pemberian kuasa bayaran sebarang wang, atau tawaran, hadiah, janji untuk memberi,
atau kuasa untuk pemberian apa sahaja barang bernilai yang dibuat atau ditawarkan secara langsung atau tidak
langsung kepada pegawai asing, kakitangan syarikat milik kerajaan asing, parti politik asing, atau mana-mana
calon untuk jawatan politik asing, atau kepada sesiapa, mengetahui bahawa semua atau sebahagian daripada
wang atau barang bernilai akan ditawarkan, diberi, atau dijanjikan, secara langsung atau tidak langsung, untuk
mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau bayaran untuk mendapatkan penggubalan undang-undang,
peraturan atau perintah yang disukai yang akan menguntungkan perniagaan Valspar.
Saya selanjutnya mengakui dan mengesahkan bahawa, selaras dengan polisi Valspar dan menurut pengetahuan
saya, semua kira-kira, rekod dan akaun yang menjadi tanggungjawab saya atau yang saya ketahui melalui
aktiviti perniagaan saya menggambarkan semua urus niaga dan penggunaan aset Valspar secara tepat dan adil.

Bertarikh: _____________________
Tandatangan: _________________________________________

ix

SOAL SELIDIK VALSPAR UNTUK EJEN


1.

Nama Syarikat: ___________________________________________________________

2.

Negara di mana anda akan mewakili Valspar: ________________________________

3.

Maklumat Pengurusan:
Pengerusi/Presiden: _________________________________
Pengarah Urusan: ________________________________
Pengarah Lain: ___________________________________

4.

Pemilik/Pemegang Saham (termasuk nama, negara kediaman dan % pemilikan):


____________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________

5.

Syarikat Induk: ____________________________________


Anak Syarikat: _________________________________
Syarikat Usaha Sama: ______________________________

6.

Rujukan Perniagaan (jika tidak diberikan sebelum ini):


(a) ______________________________________________
(b) ____________________________________________
(c) ______________________________________________

7.

Rujukan Kredit Perbankan:


(a) _____________________________________________
(b) ______________________________________________
(c) ____________________________________________

8.

Perniagaan Lain di Mana Pengarah Urusan Terlibat: __________________________

9.

Perniagaan Lain di Mana Pengarah Lain Terlibat: ____________________________

10.

Latar Belakang Sejarah. Terangkan secara ringkas aktiviti perniagaan utama, jangka masa beroperasi, pertukaran pemilikan,
rancangan pertumbuhan:
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
__________________________________

11.

Terangkan secara ringkas pengalaman dan kelayakan kakitangan pengurusan:


____________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________

12.

Sila lampirkan penyata kewangan (diaudit, jika boleh) untuk tiga tahun lalu, termasuk kunci kira-kira dan penyata
untung/rugi.

13.

Senaraikan secara ringkas semua sumbangan, sama ada berbentuk wang tunai atau sebaliknya, yang dibuat dalam tempoh
tiga tahun terakhir kepada mana-mana parti politik, calon, entiti atau jabatan kerajaan, atau entiti kebajikan.

14.

Pernahkah organisasi anda atau mana-mana pegawai, pengarah, pemilik atau ahli pihak pengurusan disiasat kerana,
disabitkan atau memasuki penyelesaian atau perjanjian rayuan yang melibatkan amalan rasuah atau korup? Jika ya, sila
terangkan:
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
__________________________________

15.

Adakah mana-mana pegawai kerajaan semasa atau bekas pegawai kerajaan, kakitangan perusahaan milik negeri, pegawai
parti politik, calon jawatan politik, atau saudara sesiapa di antara mereka ini mempunyai kepentingan pemilikan, secara
langsung atau tidak langsung, dalam syarikat anda?

16.

Adakah terdapat mana-mana pegawai kerajaan semasa atau bekas pegawai kerajaan, kakitangan perusahaan milik negeri,
pegawai parti politik, calon jawatan politik, atau saudara sesiapa di antara mereka ini merupakan seorang kakitangan,
pegawai atau pengarah dalam syarikat anda?

17.

Jika jawapan kepada salah satu Soalan 15 atau 16 adalah ya, sila:
(a)

Nyatakan nama dan jawatan rasmi orang tersebut dalam kerajaan atau parti politik:

(b)

Terangkan tugas dan tanggungjawab rasminya dengan kerajaan, pejabat kerajaan atau parti politik dan, jika
orang itu saudara seorang pegawai, pengarah atau pemilik syarikat anda, hubungan pegawai itu dengan
kakitangan anda:

(c)

Nyatakan jenis dan tahap kepentingan pemilikannya dalam syarikat anda (cthnya. peratus pemilikan,
kedudukan dengan syarikat anda, pemegang saham, pegawai, pengarah, dll.)

__________________________

____________________________________

Saksi

Tandatangan

__________________________

____________________________________

Nama Bertaip

Nama/Gelaran Bertaip
Tarikh: ________________________________

xi

BORANG KELULUSAN CALON EJEN


ARAHAN: Borang ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam mendapatkan kelulusan pihak pengurusan, Jabatan Kewangan dan
Jabatan Guaman untuk memulakan proses melantik ejen, konsultan, wakil atau pihak ketiga lain yang terletak di luar Amerika
Syarikat untuk bertindak bagi pihak Valspar di bawah polisi dan prosedur yang telah dinyatakan dalam Kod Etika dan Perlakuan
Perniagaan.

Orang Penghantar:

Tarikh:

Nama/Alamat Syarikat/Calon Ejen:

Penerangan Terperinci Jangkaan Aktiviti Yang Akan Dilakukan Oleh Syarikat/Calon Ejen Bagi
Pihak Valspar (lampirkan sebarang dokumentasi sokongan yang relevan):

Alasan Perniagaan untuk Mengambil Calon Ejen:

Jangkaan Bayaran untuk Dibayar kepada Calon Ejen:

Adakah Calon Ejen Perlu Menemui Pegawai Kerajaan atau Entiti Milik Negeri? Jika Ya,
Berikan Ringkasan Terperinci Jangkaan Aktiviti Sedemikian:

KELULUSAN:
______________________________________ ______________________________________
Kakitangan Penghantar/Tarikh
Naib Presiden Kumpulan/Tarikh
xii

AKTA AMALAN KORUP ASING


SOALAN LAZIM
S: Apakah FCPA?
FCPA bermaksud Akta Amalan Korup Asing, satu undang-undang A.S. yang menjadikan
tawaran rasuah kepada mana-mana pegawai asing satu jenayah. FCPA juga meminta syarikatsyarikat untuk menyimpan kira-kira dan rekod yang tepat serta memastikan kawalan perakaunan
yang baik.
S: Jadi adakah FCPA berurusan hanya dengan isu merasuah pegawai asing?
Tidak. Untuk syarikat awam, FCPA juga mempunyai peraturan tentang bagaimana urus niaga
mesti diterangkan dalam semua kertas kerja dan rekod Valspar, serta peraturan tentang kawalan
perakaunan yang mesti disediakan. Apabila membuat rekod bagaimana anda telah menggunakan
aset Valspar, atau semasa melengkapkan kertas kerja berkenaan dengan sebarang urus niaga,
anda mestilah benar-benar tepat dan memberikan maklumat terperinci sewajarnya untuk
menerangkan urus niaga itu. Tiada dokumen atau rekod Valspar boleh dipalsukan untuk
sebarang alasan dan tiada akaun dana atau aset Valspar yang tidak didedahkan atau tidak
direkodkan boleh dicipta untuk sebarang tujuan. Dalam perkataan lain, FCPA melarang dana
yang tidak digambarkan dengan baik dalam buku dan rekod Valspar, walaupun jika syarikat
menggunakan dana itu untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.
S: Saya bukan seorang warga A.S. dan saya bekerja dengan Valspar di luar Amerika
Syarikat. Adakah FCPA juga tertakluk kepada mereka yang bukan rakyat A.S. dan
kepada aktiviti di luar Amerika Syarikat?
Ya. FCPA secara khusus menyasarkan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di luar
Amerika Syarikat. Individu adalah tertakluk kepada keperluan FCPA kerana mereka adalah
kakitangan Valspar, yang juga merupakan sebuah syarikat A.S. yang juga tertakluk kepada
FCPA. Individu juga boleh secara langsung tertakluk kepada undang-undang A.S. jika mereka
adalah penduduk tetap A.S. atau rakyat A.S., dan kerana Valspar adalah sebuah pengeluar
sekuriti tersenarai A.S. dan diperbadankan di Amerika Syarikat.
S.

Saya bekerja di jabatan kewangan dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan
pegawai asing sebagai sebahagian daripada tugas saya di Valspar. Adakah saya perlu
bimbang tentang FCPA?

Ya. Walaupun anda mungkin tidak berinteraksi secara langsung dengan pegawai asing, anda
kerap melihat kertas kerja yang berkaitan dengan mereka yang berinteraksi secara langsung.
Anda memainkan peranan penting untuk Valspar dalam mengesan dan melaporkan aktiviti tidak
wajar yang berkaitan dengan pegawai asing. Anda perlu sentiasa memerhatikan untuk lebih
daripada sekadar penipuan. Anda perlu memantau urus niaga yang, walaupun didokumentasi dan
dijelaskan dengan baik, tetap melibatkan pemberian apa sahaja yang bernilai kepada pegawai
asing, yang boleh melanggar FCPA. Sebagai contoh, anda perlu peka dengan permintaan
xiii

pembayaran balik perbelanjaan yang, walaupun disokong dengan resit dan tujuan perniagaan
yang baik, mungkin melanggar FCPA kerana perbelanjaan itu melibatkan pegawai asing.
S: Saya bekerja secara tetap dengan syarikat milik negeri atau usaha sama. Betulkah
orang yang berurusan dengan saya di syarikat-syarikat ini bukan pegawai asing?
Ya. Bayaran kepada kakitangan syarikat milik negeri boleh melanggar FCPA dan polisi Valspar.
FCPA menganggap kakitangan kebanyakan perniagaan milik negeri sebagai kakitangan kerajaan
yang memilikinya. Paling penting, FCPA mungkin menganggap syarikat itu sebagai milik
negeri, dan kakitangannya sebagai pegawai asing, walaupun sekiranya undang-undang tempatan
tidak menganggap entiti itu sebagai milik negeri. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan
tentang sama ada syarikat di mana anda bekerja adalah milik negeri, sila hubungi Pejabat
Guaman.
S: Jika FCPA hanya berkaitan dengan merasuah pegawai asing, adakah ini bermaksud
merasuah orang yang bekerja dengan syarikat swasta boleh dilakukan?
Tidak. Bayaran tidak wajar yang dibuat oleh kakitangan Valspar kepada syarikat swasta
(kadangkala dipanggil rasuah komersil) adalah tidak wajar di bawah Kod Perlakuan Valspar
dan juga menyalahi undang-undang di kebanyakan negara di mana Valspar beroperasi. Tidak
pernah ada alasan yang boleh diterima untuk memberi rasuah kepada sesiapa dalam urusan
perniagaan anda dengan Valspar.
S: Adalah menjadi budaya di negara di mana saya bekerja untuk Valspar untuk
memberikan hadiah atau sejumlah kecil wang pada perayaan tertentu atau di acara
sosial, seperti perkahwinan. Sebagai contoh, adalah menjadi amalan biasa di Asia
untuk memberikan sampul merah atau lebih dikenali sebagai angpau yang berisi
wang pada masa-masa tertentu dan saya akan dianggap biadap jika tidak berbuat
demikian, yang mana benar-benar boleh merosakkan hubungan perniagaan Valspar
di Asia. Adakah FCPA membenarkan saya menghormati budaya tempatan dengan
memberi hadiah atau sejumlah kecil wang kepada pegawai asing?
Tidak. Kod Etika Valspar dan polisi FCPA melarang anda daripada memberikan sebarang hadiah
atau bayaran kepada pegawai asing, walaupun jika ia merupakan sebahagian daripada tradisi atau
budaya negara di mana anda bekerja.
S: Saya tidak pernah mempunyai urusan secara langsung dengan pegawai asing. Saya
membayar seorang ejen untuk mengekalkan hubungan itu dan dia mengekalkan
hubungan baik kita dengan kerajaan itu, walaupun saya tidak begitu pasti bagaimana
dia melakukannya. Adakah ini bermakna saya tidak dilindungi oleh FCPA?
Tidak. Valspar boleh dianggap bertanggungjawab untuk rasuah yang dibuat oleh pihak ketiga
yang bertindak bagi pihaknya, termasuk ejen dan pengedarnya, jika Valspar mengetahui
tentangnya lebih awal atau sepatutnya tahu tentang rasuah yang diberikan kepada pegawai asing.
Jika keadaan menunjukkan bahawa Valspar telah menutup mata untuk melakukan atau sengaja
xiv

mengabaikan bendera merah yang mungkin menunjukkan bahawa pihak ketiga membuat
bayaran kepada pegawai asing yang melanggar peruntukan anti rasuah FCPA, Valspar dianggap
mengetahui perkara itu dan boleh dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran itu.
S: Semasa menentukan sama ada untuk mengambil ejen jualan di negara tertentu, calon
itu mendakwa sebagai adik kepada Menteri Perindustrian. Adakah ini satu bendera
merah?
Ya, dengan dua alasan. Pertama, calon mungkin merupakan saudara rapat kepada pegawai
kerajaan dalam kedudukan untuk "membantu mendapatkan atau mengekalkan perniagaan", satu
elemen utama di bawah FCPA. Valspar harus memastikan bahawa ejen itu, jika ditahan, tidak
cuba untuk mempengaruhi saudaranya secara korup bagi pihak Valspar. Kedua, dakwaan calon
tentang hubungannya ini menunjukkan bahawa dia melihat hubungan ini sebagai satu aset untuk
membantu Valspar mendapatkan atau mengekalkan perniagaan. Dalam kedua-dua kes,
kebimbangan FCPA memuncak kerana hubungan rapat calon ejen ini dengan pegawai asing dan
anda harus merujuk kepada Jabatan Guaman tentang cara terbaik untuk meneruskan.
S: Saya terima FCPA adalah undang-undang. Tetapi walaupun had laju adalah undangundang, saya kadangkala menganggap adalah masuk akal untuk memandu melebihi
had laju. Bolehkah saya mengikuti amalan yang sama di sini mematuhi undangundang pada kebanyakan masa, namun menerima bahawa terdapat masa di mana
terdapat alasan perniagaan yang baik untuk tidak mematuhi undang-undang dan
hanya menerima risiko itu?
Tidak. Pelanggaran FCPA boleh membawa kepada denda sivil dan jenayah jutaan dolar dari
Jabatan Kehakiman dan Suruhanjaya Bursa Sekuriti, serta kerosakan besar yang boleh
diakibatkan oleh dakwaan FCPA itu kepada reputasi Valspar. Selain itu, pelanggaran FCPA oleh
anda boleh menyebabkan anda dan orang lain di Valspar dipenjarakan. Valspar tidak menerima
bahawa akan ada alasan perniagaan yang sah untuk melanggar FCPA.
S: Siapa yang harus saya hubungi sekiranya saya mempunyai soalan tambahan tentang
FCPA atau kebimbangan bahawa aktiviti tertentu mungkin merupakan pelanggaran
kepada FCPA?
Anda harus menghubungi Jabatan Guaman Valspar dengan sebarang persoalan yang anda ada
tentang FCPA. Anda juga boleh melaporkan sebarang kebimbangan kepada Talian Maklumat
Perlakuan Perniagaan Valspar. Nombor bebas tol untuk lokasi anda disenaraikan di belakang
Kod ini.

xv

Polisi Antitrust
Hubungi Jabatan Guaman Dengan Sebarang Pertanyaan Tentang Polisi Ini
Setiap pengurus dan jurujual di Valspar harus memahami polisi ini tentang pematuhan kepada undang-undang
antitrust.
Subjek ini adalah penting kerana dua sebab asas. Pertama, sesiapa yang melanggar undang-undang antitrust
boleh dikenakan denda yang besar dan bertanggungjawab kepada jenayah itu secara peribadi. Mana-mana
syarikat yang melanggar undang-undang antitrust boleh dikenakan siasatan, denda yang cukup banyak,
kehilangan keistimewaan berdagang dan kerosakan kepada reputasinya. Kedua, Valspar tidak menyokong
sebarang jenis kelakuan anti-persaingan. Kami adalah pesaing yang kuat, namun kami mematuhi undangundang. Kami komited kepada keadilan dan bertindak dalam cara beretika dalam segala yang kami lakukan.
Terdapat beberapa peraturan asas untuk diingati tentang undang-undang antitrust secara umum. Ini bukan
senarai semak yang menyeluruh, namun ia menampilkan beberapa isu utama.
Skop Undang-undang Antitrust
Undang-undang antitrust secara umum melarang perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan
pasaran yang dominan. Sesetengah situasi yang biasa dibincangkan di bawah. Perjanjian anti-persaingan boleh
timbul antara pihak-pihak pada tahap yang sama dalam rantaian pengedaran, cthnya. di antara pesaing
("perjanjian mendatar), dan perjanjian antara pihak-pihak pada tahap berlainan dalam rantaian pengedaran,
cthnya. pengeluar dan pengedar (perjanjian menegak). Larangan dikenakan kepada perjanjian bertulis atau
lisan dan kepada amalan bersepadu, di mana dua atau lebih syarikat merancang amalan anti-persaingan tanpa
perjanjian formal.
Ingat bahawa peraturan yang dinyatakan di bawah bertindak dua hala. Ia juga dikenakan kepada pesaing
Valspar dan rakan perniagaan lain. Jika anda percaya Valspar adalah objek atau mangsa amalan anti-persaingan,
hubungi penyelia anda atau Jabatan Peguam.
Tingkah Laku Terhadap Pesaing
Larangan terhadap perjanjian anti-persaingan bermakna bahawa kerjasama dengan pesaing boleh melanggar
undang-undang. Oleh itu, peraturan umum Valspar ialah: Tiada hubungan dengan pesaing. Terdapat
pengecualian seperti yang dibincangkan di bawah.
Pelanggaran antitrus tipikal adalah perkara-perkara seperti pesaing menetapkan harga, diskaun atau terma
penjualan lain, pertukaran maklumat komersil, bersetuju dengan satu atau lebih pesaing untuk menolak berurus
niaga dengan satu pihak ketiga, membahagikan pasaran, pelanggan atau wilayah dan menetapkan kuota untuk
pengeluaran/jualan. Bukti berdasarkan keadaan yang digunakan untuk membuktikan pelanggaran ini boleh
didapati daripada dokuman perniagaan dalaman serta hubungan dan peluang untuk berhubung dengan pesaing.
Hubungan sedemikian boleh menjadi secara tidak langsung, melalui pelanggan, pembekal atau orang tengah
lain.
xvi

Dalam siasatan atau litigasi antitrust, dokumen perniagaan dalaman diperiksa dengan teliti. Sebarang memo,
e-mel atau tulisan lain yang bertujuan untuk penggunaan dalaman mungkin tertakluk kepada penemuan dan
boleh ditawarkan sebagai bukti pelanggaran. Semasa menulis memo atau komunikasi lain, peraturan berikut
boleh membantu menolak atau mengurangkan masalah antitrust:
1.

Elakkan Bahasa Sensasi, Tidak Senonoh Perkataan seperti pengaruh, menutup gadai janji",
"mendominasi", "rancangan pengganti", "isyarat", "hantar mesej" dan lain-lain, tidak memberitahu
pembaca apa-apa namun telah menjadi bahan tumpuan tuntutan mahkamah. Pengurus harus mengelak
daripada menggunakan perkataan berimpak tinggi dengan makna yang rendah dan harus memberikan
mesej ini kepada mereka yang melaporkannya.

2.

Tulis Secara Positif. Terangkan setiap cadangan perniagaan secara terperinci tentang apa akan ia
lakukan untuk perniagaan kita, bukan apa ia akan lakukan kepada perniagaan pesaing.

3.

Fokus kepada Fakta. Dokumen akan menjadi susah untuk disalahtafsirkan.

4.

Peraturan New York Times. Sentiasa tanya diri anda soalan ini, "Jika tulisan saya muncul di halaman
hadapan New York Times, adakah ia akan memalukan saya atau Valspar?"

Pengecualian kepada Peraturan Tiada Hubungan Dengan Pesaing


Persatuan Perdagangan Mana-mana organisasi keahlian di mana pesaing boleh berjumpa adalah berkaitan
perdagangan, tidak kira apa ia dipanggil. Secara umum, persatuan perdagangan akan menyediakan peguam
untuk memastikan agenda dan perbincangan yang mematuhi undang-undang. Jika tiada peguam tersedia, ikuti
agenda bertulis, dan tinggalkan mesyuarat itu jika anda rasa perbincangan itu akan menghasilkan aktiviti yang
menyalahi undang-undang. Jika boleh, pastikan fakta anda meninggalkan mesyuarat dicatatkan dalam minit
mesyuarat, dan laporkan sebarang kebimbangan tentang aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada Jabatan
Guaman.
Petisyen Bersama Aktiviti politik bersama-sama pesaing, bersama-sama membuat petisyen kepada kerajaan
dan tindakan mahkamah sekalipun, apabila sesuai, selalunya mematuhi undang-undang.
Membeli dari dan Menjual kepada Pesaing Undang-undang membenarkan untuk mempunyai pesaing dari
kalangan pembekal atau pelanggan. Jelas, semua perbincangan mestilah terhad kepada perniagaan yang ada,
dan perlu sentiasa berhati-hati.
Penyelidikan dan Usaha Sama Lain Penyelidikan dan usaha sama lain dengan pesaing adalah sah di mana
tidak mungkin berlaku bahaya kepada persaingan, namun bincangkan perkara ini dengan Jabatan Guaman
kerana sebarang aturan atau perjanjian sebegitu mesti disemak untuk pematuhan undang-undang.
Kebijaksanaan Bersaing - Pengumpulan maklumat yang wajar daripada pesaing adalah sesuai. Rasuah,
penipuan, kecurian, pemaksaan, atau penggelapan tidak pernah menjadi wajar.
Pemerolehan Peraturan antitrust atau kawalan penggabungan boleh dikenakan kepada pemerolehan. Hubungi
Jabatan Guaman sebelum menilai sebarang maklumat bukan umum tentang sasaran pemerolehan atau
xvii

menjalankan sebarang pemerolehan. Pengumpulan maklumat semasa usaha wajar potensi pemerolehan adalah
wajar, dengan syarat maklumat berkaitan harga jualan dan teknologi proprietari dikecualikan.
Tingkah Laku Terhadap Pembekal
Perundingan Harga Valspar mesti bersaing dalam pembelian bahan mentah dan bekalan sama seperti yang
dilakukan dalam jualan produknya.
Pembangunan Bersama Kontrak pembangunan bersama dengan pembekal boleh menjadi sah, walaupun jika
pembekal dihalang dalam untuk tempoh masa yang wajar daripada menjual secara bersaing dengan kita. Syaratsyarat khusus perjanjian penggabungan mestilah dianalisis secara teliti oleh Jabatan Guaman untuk isu paten
dan antitrust.
Pembelian Timbal Balik Sifat timbal balik, di mana pembelian daripada pembekal diselaraskan dengan jualan
kepada pembekal, boleh menimbulkan isu antitrust, jadi hubungi Pejabat Peguam sebelum memasuki sebarang
aturan atau perjanjian sebegitu.
Tingkah Laku Terhadap Pelanggan
Pilihan Pelanggan Valspar boleh memilih pelanggan yang ia rasakan layak dan berhak menamatkan
pelanggan kerana kredit yang teruk, prestasi teruk dan yang sepertinya. Bagaimanapun, adalah salah untuk
menamatkan pelanggan untuk mengaturkan pakatan, seperti skim pengekalan harga jualan semula.
Urus niaga Eksklusif Di mana jualan dibuat dengan syarat bahawa pelanggan bersetuju untuk tidak
menguruskan produk yang bersaing, pasti ada banyak isu guaman, terutama apabila Valspar mempunyai
bahagian pasaran yang besar dan/atau tempoh perjanjian melebihi 5 tahun.
Mengikat Selalunya tidak sah untuk mensyaratkan jualan produk yang diingini atau penting dengan pembelian
satu lagi produk yang tidak sah dan kurang diingini. Cuba memaksa pelanggan untuk mengendalikan barisan
penuh produk selalu dianggap mengikat.
Had Jualan Semula - Wilayah dan Harga Menghalang sepenuhnya seorang pelanggan untuk menjual semula
dalam wilayah yang ditetapkan meningkatkan kebimbangan undang-undang. Lebih banyak aturan fleksibel
seperti "kawasan tanggungjawab utama" boleh diterima.
Perjanjian Harga Jualan Semula Mengawal atau menyelaraskan harga pada mana pelanggan menjual semula
produk biasanya adalah salah, namun had harga jualan minimum atau maksimum adalah dibenarkan di bawah
keadaan tertentu di negara tertentu.
Diskriminasi Harga Di Amerika Syarikat, biasanya tidak salah untuk mendiskriminasi harga atau elaun
promosi di kalangan pelanggan yang bersaing. Diskriminasi harga sebenarnya hanyalah perbezaan harga untuk
produk yang sama. Diskaun kuantiti atau insentif lain yang menunjukkan kos lebih murah untuk menjalankan
perniagaan adalah sah. Menurunkan harga untuk mendapatkan harga yang kompetitif juga tidak salah. Kita
mesti, bagaimanapun, percaya bahawa pelanggan sedang menerima harga terendah. Jangan sekali-kali
memeriksa harga dengan pesaing.
xviii

Contoh Perlakuan Yang Melanggar Polisi


Berjumpa dengan pesaing untuk membincangkan peningkatan harga akan datang.
Bergabung dengan pesaing dan pelanggan biasa untuk menetapkan harga untuk barangan promosi.
Bersetuju dengan pesaing bahawa anda tidak akan menjual kepada pelanggan pesaing dan sebaliknya.
Peringatan Akhir Ingat
Di bawah undang-undang sesetengah negara, kakitangan secara persendirian boleh dianggap bertanggungjawab
secara jenayah kerana pelanggaran undang-undang antitrust. Syarikat boleh dikenakan denda yang sangat besar
dan akibat lain, tetapi orang perseorangan boleh dan pernah dihukum penjara kerana pelanggaran antitrust.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang polisi ini atau aplikasi dan interpretasinya, hubungi
Jabatan Guaman Valspar di 612/851-7705.

xix

Polisi Akses E-Mel dan Komputer


Untuk memastikan Valspar meneruskan aktiviti perniagaan dan mengekalkan kelebihan kompetitif, Valspar
mesti melindungi ciptaan, penemuan, teknikal proprietari dan maklumat perniagaan serta harta termasuk
maklumat elektronik.
Oleh itu, semua kakitangan (Pengguna) yang mempunyai akses ke rangkaian Valspar, aplikasi dan data Valspar,
mel elektronik (E-mel) dan Internet melalui komputer dan perisian yang dimiliki oleh Valspar (Sistem
Komputer Valspar) perlu mematuhi polisi ini sebagai syarat mendapat akses tersebut.
1. Akses E-mel/Internet melalui Sistem Komputer Valspar akan digunakan secara utamanya untuk tujuan
berkaitan dengan perniagaan Valspar. Pengguna TIDAK dibenarkan untuk mengakses Sistem Komputer
Valspar untuk tujuan merosakkan Valspar dan memberi kelebihan kepada pesaing Valspar dan akses
sedemikian akan menjadi pelanggaran Akta Salah Guna dan Penipuan Komputer.
2. Sistem Komputer Valspar mengandungi maklumat sulit dan proprietari. Pengguna mesti menganggap
semua maklumat pada Sistem Komputer Valspar sebagai sulit dan mengambil langkah-langkah, yang
perlu, untuk mengekalkan kerahsiaan sedemikian.
3. Pengguna akan diberikan akses ke kawasan dan perkhidmatan Sistem Komputer Valspar yang tertentu
serta mesti mengehadkan penggunaan Sistem Komputer Valspar ke kawasan sedemikian. Pengguna
tidak boleh cuba mengakses kawasan selain daripada yang diberikan akses secara khusus oleh Valspar.
4. Valspar berhak untuk mengawasi aktiviti dan mengaudit penggunaan Sistem Komputer Vaslpar.
Pengawasan sedemikian oleh Valspar akan berlaku tanpa pengetahuan Pengguna. Seorang Pengguna
pada satu rangkaian tidak boleh menganggap bahawa mesej pada rangkaian itu adalah sebahagian
daripada sistem kerahsiaan. Pentadbir sistem, dengan kelebihan mereka, boleh melihat sebarang data
pada sistem.
5. Pengguna bertanggungjawab atas penggunaan Sistem Komputer Valspar dan harus mengekalkan
kerahsiaan dan keselamatan akaun, kelebihan akses dan mencegah orang lain daripada menggunakan
akaun, kelebihan akses dan kata laluan. Langkah keselamatan ini dinyatakan dalam syarat-syarat kata
laluan semasa Valspar.
6. Virus atau perisian hasad lain adalah ancaman kepada Sistem Komputer Valspar. Oleh itu, Pengguna
tidak boleh memuatkan atau menjalankan sebarang perisian pada Sistem Komputer Valspar yang belum
diluluskan oleh Jabatan MIS. Semua cakera yang dimasukkan ke dalam Komputer Valspar mesti
diluluskan oleh jabatan MIS.
7. Jangan mengakses akaun orang lain dengan niat untuk membaca, menyemak, mengubah, menyalin atau
memadamkan fail dan direktori kecuali mereka telah memberikan anda kebenaran khusus untk berbuat
sedemikian.
8. Pengguna dilarang daripada membuat atau menggunakan salinan menyalahi undang-undang untuk
perisian berlesen atau berhakmilik. Pengguna tidak berhak untuk memiliki atau menggunakan salinan
perisian tanpa kebenaran, atau membuat salinan perisian tanpa kebenaran.
9. Sistem E-mel/Internet tidak boleh digunakan untuk membuat, melihat, menghantar atau memajukan
dokumen yang menjelikkan atau merosakkan. Antara yang dianggap menjelikkan adalah sebarang
dokumen yang mengandungi implikasi seksual, sindiran perkauman, komen khusus jantina atau
sebarang komen lain yang secara jelik menyentuh usia, orientasi seksual, agama atau kepercayaan
politik, asal-usul atau kelainan upaya seseorang. Selain itu, sistem E-mel/Internet tidak boleh digunakan
untuk sebarang aktiviti salah.
xx

Semua perkakasan, perisian, bekalan dan dokumentasi adalah hak milik Valspar dan sebarang item di
bawah kawalan kakitangan mesti dipulangkan segera kepada Valspar sebaik sahaja perkhidmatan
ditamatkan. Ia tidak boleh dibawa keluar dari Valspar tanpa kebenaran khusus. Manual lama mesti
dicarik dan cakera liut, CD atau sebarag media simpanan mestilah dipadam sepenuhnya sebelum
dibuang.
11. Elakkan sebarang aktiviti di sekitar tempat kerja anda yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada
Sistem Komputer Vaslpar. Sistem Komputer Valspar adalah sumber berharga, dan tidak boleh
dipersiakan atau disalah guna.
12. Teknologi dan cara orang menggunakannya berubah dengan pantas. Tiada polisi boleh melindungi
semua kemungkinan. Disebabkan satu aktiviti tidak dilarang secara jelas dalam polisi tidak
menjadikannya boleh diterima oleh kakitangan terlibat dalam aktiviti sedemikian. Tujuan polisi ini
adalah untuk memberikan gambaran luas tentang tingkah laku apa yang melibatkan sumber komputer
yang dilarang oleh Valspar. -{}13. Pengguna harus segera melaporkan pelanggaran polisi ini kepada Pengarah Operasi Teknikal di
612/851-7869.
14. Pelanggaran polisi ini boleh membawa kepada tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan.
10.

xxi

Sumber-sumber Lain
Sumber-sumber berikut memberikan panduan tambahan tentang menjalankan perniagaan bagi pihak Valspar:
Sumber

Hubungi

# Telefon

Polisi Penyimpanan Rekod

Pengurus Rekod
Intranet

612 / 851-7282

Polisi Kebenaran Kontrak

Pembelian
Intranet

612 / 851-7716

Polisi Kawalan Kewangan

Pengawal
Intranet

612 / 851-7833

Kontrak Standard untuk Wakil Asing

Jabatan Guaman
Intranet

612 / 851-7705

Borang Perakuan FCPA

Jabatan Guaman
Intranet

612 / 851-7705

Buku Panduan Kakitangan

Sumber Manusia
Intranet

612 / 851-7737

Polisi Ujian Dadah

Sumber Manusia
Intranet

612 / 851-7737

Piawai Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar

Hal Ehwal Regulatori 612 / 851-7850


Intranet

Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan

The Network
1/800-241-5689
Untuk panggilan dari luar A.S. atau Kanada,
lihat carta berikut

Tarikh Pindaan: Oktober 2011

12

Notis
Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol yang tersenarai dalam Kod harus digunakan dalam A.S. atau Kanada sahaja.
Panggilan ke Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan bebas tol yang berasal dari luar A.S. atau Kanada harus dilakukan seperti
berikut: 1) Dail Kod Akses AT&T yang tersenarai untuk lokasi anda. Selepas mendail anda akan disambungkan dengan operator,
mesej yang di prarakam, atau mendengar nada tanpa suara. Mesej yang disediakan oleh operator atau rakamannya mungkin bukan
dalam bahasa ibunda anda. 2) Selepas mesej tamat, atau selepas nada tanpa suara, dail nombor Bebas Tol yang tersenarai di bawah.
Anda akan dihubungkan dengan Talian Maklumat Perlakuan Perniagaan dan mendengar pengumuman dalam bahasa ibunda anda
tentang bagaimana untuk meneruskan.
Negara

Kod Akses AT&T

Nombor Bebas
Tol

OPTUS Australia
TELSTRA Australia
Austria
Bahrain
Belgium
Brazil
Brazil
China Selatan , Shanghai
China Utara, Beijing
Finland
Perancis France Telecom
Perancis - Telecom Development
Jerman
Hong Kong Telephone
Hong Kong New World Telephone
India
Indonesia
Ireland
Itali
KDDI Jepun
Softbank Telecom Jepun
NTT Jepun
Malaysia
Mexico
Mexico Por Cobrar
Belanda
Antilles Belanda (Bonaire / Curacao / Saba )
New Zealand
Norway
PLDT Filipina (Berbahasa Inggeris)
PLDT Filipina (Berbahasa Tagalog)
PLDT Filipina (Berbahasa Inggeris)
Poland
Rusia
Rusia Moscow, St. Petersburg
Rusia Luar Moscow
Rusia Luar St. Petersburg
SingTel Singapura
StarHub Singapura
Afrika Selatan
Sepanyol
Sweden
Switzerland
Taiwan
Thailand Baharu
Thailand Lama
BT United Kingdom
C&W United Kingdom
Vietnam

1-800-551-155
1-800-881-011
0-800-200-288
800-00-001
0-800-100-10
0-800-890-0288
0-800-888-8288
10-811
108-888
0-800-11-0015
0-800-99-0011
0-805-701-288
0-800-225-5288
800-96-1111
800-93-2266
000-117
001-801-10
1-800-550-000
800-172-444
00-539-111
00-663-5111
0034-811-001
1-800-80-0011
01-800-288-2872
01-800-112-2020
0800-022-9111
001-800-872-2881
000-911
800-190-11
1010-5511-00
1010-5511-10
105-11
00-800-111-1111
8^10-800-110-1011
363-2400
8^495-363-2400
8^812-363-2400
800-011-1111
800-001-0001
0-800-99-0123
900-99-0011
020-799-111
0-800-890011
00-801-102-880
1-800-0001-33
001-999-111-11
0800-89-0011
0-500-89-0011
1-201-0288

877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205

877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205
877-450-5205

You might also like