You are on page 1of 2

Contoh Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh

biarlah daripada rebungnya.Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa


tersebut.
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya bermaksud mendidik
anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat
kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai
kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk
mendidik anak-anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila
dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari
kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.
Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang
mempunyai seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung
menyebabkan dia kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak menghalang Mak cik Mona
memberi pendidikan yang sempurna kepada anaknya, Iqbal. Mak cik Mona
berharap agar suatu hari nanti Iqbal akan dapat memenuhi impian arwah
ayahnya untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
Setiap pagi, Mak cik Mona terpaksa bangun seawal jam empat pagi
untuk menyiapkan nasi lemak dan kuih-muih. Semasa Iqbal pergi ke sekolah,
dia akan membawa kuih-muih dan nasi lemak yang disiapkan oleh ibunya untuk
dihantar ke warung Pak Mail. Sekembalinya dari sekolah, Iqbal akan
mengambil duit hasil jualannya tadi dan membeli barang-barang keperluan
yang dipesan oleh ibunya. Walaupun pendapatan mereka tidak seberapa,
namun wang tersebut mampu menyara kehidupan mereka berdua.
Sejak dari kecil, Iqbal telah dididik dengan ilmu agama.Setiap petang
dia belajar mengaji Al-Quran dengan Haji Ibrahim di masjid. Haji Ibrahim
juga turut mengajar fardu ain kepada anak-anak di kampung itu. Selepas itu,
Iqbal akan terus pulang ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran. Dia patuh

akan nasihat ibunya agar cepat pulang ke rumah dan tidak bercampur dengan
budak-budak kacang hantu di kampungnya.
Semakin meningkat remaja, Iqbal menjadi seorang anak yang berbudi
pekerti luhur. Dia tidak pernah mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab
kepada ibunya. Dalam setiap peperiksaan, dia telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang. Guru-guru selalu memuji dan menjadikan dia sebagai contoh
kepada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Ibunya selalu mengingatkan Iqbal
supaya tidak lupa diri. Tidak hairanlah Iqbal telah muncul sebagai pelajar
terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.
Kejayaan yang diperoleh telah melayakkan Iqbal melanjutkan
pelajaran ke menara gading. Akhirnya, ketekunan dan usaha gigih Iqbal
membuahkan hasil. Iqbal telah berjaya menjawat jawatan penting di ibu kota.
Iqbal bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya yang diceburi tetapi dia
juga menjadi seorang yang baik sahsiahnya dan berpegang teguh kepada
agama. Dia bukanlah individu yang diibaratkan seperti kacang lupakan
kulit. Kesungguhan dan ketabahan Mak cik Mona membesarkan anaknya telah
terbalas. Mak cik Mona bersyukur kepada Tuhan dan berasa gembira kerana
janji kepada suaminya telah terlaksana

You might also like