You are on page 1of 27

970711-14-5052

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan diberikan kepada Pengetua Kolej Tingkatan Enam Petaling
Jaya iaitu Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi kerana telah memberi kebenaran kepada pengkaji
untuk menjalankan kajian bagi menyiapkan Kerja Kursus Ekonomi saya. Begitu juga dengan
para pentadbir yang sama-sama memberikan sokongan padu kepada pengkaji dalam
menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya.
Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
matapelajaran Ekonomi saya iaitu Encik Sivaraman A/L Matthavan kerana telah banyak
membantu pengkaji dalam penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah banyak membantu
pengkaji menjalankan kajian dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pengkaji
untuk menyempurnakan kajian ini terutama dalam bahagian hasil kajian.
Akhir sekali, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Puan Samsiyah dan Encik Musa yang tidak putus-putus memberi semangat kepada
pengkaji untuk meneruskan kajian ini sehingga selesai. Merekalah yang telah banyak
memberi dorongan dan sokongan kepada pengkaji dari awal hingga akhir kajian ini. Sekian,
terima kasih.

970711-14-5052

Perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia dari tahun 2010 hingga
2014.
ABSTRAK
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk megenalpasti sumbangan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 2010
hingga 2014 dan masalah-masalah yang menghalang perkembangan PKS di
Malaysia. Bagi mendapatkan data sekunder, kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah perpustakaan iaitu melalui rujukan buku ilmiah dan
internet. Kaedah ini penting kerana melalui kaedah ini pengkaji mendapat
gambaran jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan
penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Dalam
kajian ini, pengkaji mendapati sumbangan PKS terhadap KDNK meningkat
dari tahun 2010 hingga 2014 seiring dengan peningkatan nilai KDNK
negara dalam tempoh tersebut. Hal ini dilihat daripada peningkatan
berterusan sumbangan setiap sektor yang terlibat seperti sektor
pembuatan, pembinaan, perlombongan dan kuari sera perkhidmatan.
Seterusnya, melalui kajian, pengkaji mendapati PKS telah menghadapi
beberapa masalah yang menghalang perkembangannya. Antaranya ialah
masalah akses kepada pembiayaan, teknologi, tenaga kerja, akses kepada
pemasaran,
persekitaran
undang-undang
dan
infrastruktur.
Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menambah ilmu pengetahuan
penyelidik berkaitan industri ini dan diharap kajian ini diteruskan oleh
pengkaji lain pada masa akan datang.

970711-14-5052

ISI KANDUNGAN
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

PERKARA
Penghargaan
Abstrak
Isi kandungan
Latar Belakang kajian
Pernyataan masalah
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
Cadangan
Rumusan kajian
Rujukan
Lampiran

MUKA SURAT
1
2
3
4
10
11
12
14
21
22
23
24

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


3

970711-14-5052

Melihat kepada keadaan semasa, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan
tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Ia merupakan salah
satu sektor perindustrian yang terdapat di negara Malaysia dan kini dilihat sebagai antara
industri yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu,
kerajaan telah memberi tumpuan kepada penglibatan kaum bumiputera dalam bidang
keusahawanan sebagai pemangkin kepada pembangunan Perusahaan Indsutri Kecil dan
Sederhana (PKS). Kerajaan juga akan memperkukuh keusahawanan Bumiputera bagi
mewujudkan perniagaan untuk menjadi peneraju industri yang lebih kukuh dan berdaya
saing.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia terlibat dalam pelbagai industri. Ia
juga mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor dan
memberi sumbangan yang besar dari segi KDNK. Terdapat beberapa aktiviti yang
termasuk dalam pengklafikasian aktiviti ekonomi yang melibatkan PKS iaitu pertanian
asas, perkilangan atau pembuatan (termasuk asas tani), perkhidmatan berkaitan
perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan pengkuarian serta pembinaan.
Menurut Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, (2016),
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau
syarikat yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji
kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. PKS di Malaysia ditakrifkan
berdasarkan kepada dua kriteria iaitu; nilai jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh
masa sesebuah perniagaan. Bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan dengan
pembuatan, PKS merujuk kepada perusahaan yang mempunyai nilai jualan tahunan
kurang daripada RM 25 juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang. Bagi
sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS merupakan perusahaan yang mencatat nilai
jualan tahunan kurang daripada RM 5 juta atau kurang daripada 50 orang pekerja sepenuh
masa.
Memandangkan terdapat pelbagai perubahan dalam ekonomi seperti inflasi harga,
perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan sejak tahun 2005, satu kajian
semula definisi telah dilakukan pada tahun 2013. Mesyuarat MPPK ke-14 pada bulan Julai
2013 telah meluluskan definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu
perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian.
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria
yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas iaitu; bagi sektor
pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi
4

970711-14-5052

RM 50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Manakala bagi
sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai
jualan tahunan tidak melebihi RM 20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 75 orang. (SME Corp. Malaysia, 2014) PKS di Malaysia boleh ditempatkan
dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil atau sederhana. Definisi terperinci mengikut
kategori iaitu mikro, kecil dan sederhana adalah seperti berikut:
Kategori

Sektor Pembuatan

Mikro

Jualan Tahunan:
< RM 300,000
atau Pekerja:
< 5 orang
Jualan Tahunan:
RM 300,000 < RM 15 juta
atau Pekerja:
5 hingga < 75 orang
Jualan Tahunan:
RM 15 juta RM 50 juta
atau Pekerja:
75 hingga 200 orang

Kecil

Sederhana

Sektor Perkhidmatan dan


sektor lain
Jualan Tahunan:
< RM 300, 000
atau Pekerja:
< 5 orang
Jualan Tahunan:
RM 300,000 < RM 3 juta
atau Pekerja:
5 hingga < 30 orang
Jualan Tahunan:
RM 3 juta RM 20 juta
atau Pekerja:
30 ingga 75 orang

1.1 Pengenalan
Pada era globalisasi ini telah meletakkan negara Malaysia dengan pelbagai cabaran untuk
menjadi sebuah negara maju dan jitu. Malaysia perlu meningkatkan industri kecil dan
sederhana (PKS) dalam memajukan ekonomi negara tidak kira sama ada sistematik mahupun
intensif bagi menggalakkan penambahbaikan, pertumbuhan dan pembangunan negara selaras
dengan wawasan 2020. Menurut Subbash. E (2013), dalam menongkah dan mengejar arus
modenisasi, kerajaan telah mengagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kewujudan industri ini akan memberi faedah kepada
masyarakat dan menyumbang kepada negara. Suhaila Nadzri et.al (2014), mengatakan
kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menarik minat masyarakat terutamanya
bumiputera di negara ini untuk menceburi bidang ini. Memandangkan bidang ini memberikan
sumbangan yang besar kepada pendapatan negara.

1.2 Jenis PKS


5

970711-14-5052

Jenis-jenis perusahaan kecil dan sederhana adalah seperti jadual berikut:


Jenis
Perusahaan berasaskan sumber

Keterangan
Perusahaan ini wujud kerana kewujudan bahan mentah di
kawasan tersebut. Contohnya, di kawasan yang terdapat
banyak buah-buahan, maka wujud PKS yang berasaskan
buah seperti kerepek ubi, pisang, gula melaka dan jeruk.
Perusahaan berasaskan logam
Biasanya perusahaan ini menggunakan logam seperti besi,
perak dan emas untuk menghasilkan nat, skru, bingkai
gambar dan lain-lain.
Perusahaan berasaskan plastik Perusahaan ini menggunakan bahan plastik dan getah
dan getah
untuk menghasilkan keluaran seperti paip getah dan tayar.
Industri pemprosesan makanan Perusahaan ini menghasilkan makanan untuk pasaran
dalam negeri dan dieksport ke luar negara.
Perusahaan pembuatan lain
Contohnya perusahaan yang mengeluarkan ubat-ubatan

1.3 Ciri-ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana :


1.3.1 Jenis Keluaran
Jenis keluaran dibahagi kepada dua iaitu barang pengguna untuk memenuhi keperluan
harian seperti industri makanan, tekstil dan perabot dan barang seperti alat gantian untuk
menyokong industri besar seperti nat, skru, dan kusyen kereta. Perusahaan kecil dan
sederhana ini mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri
besar dan barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor
pembuatan makanan.
1.3.2 Organisasi
Organisasi PKS lebih mudah, kurang formal, kurang birokratik dan berskala kecil
kerana perusahaan ini biasanya diasaskan oleh keluarga manakala pekerja perusahaan ini
merupakan ahli keluarga dan penduduk setempat dan mempunyai tingkat teknologi
rendah.
1.3.3 Keupayaan modal kecil
Kebanyakan PKS terdiri daripada syarikat sendirian berhad. Modal yang terhad
menyebabkan PKS cenderung menggunakan kaedah intensif buruh. MARA dan MIDF

970711-14-5052

memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit daripada institusi kewangan.
Selain itu, sebahagian besar modal disumbang oleh rakan kongsi atau tabungan sendiri.
1.3.4 Lokasi
Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
1.3.5 Berintensifkan buruh
Kebanyakan buruh mempunyai pendidikan formal yang rendah dan kurang terdedah
kepada kursus dan latihan. Pekerja juga sering tukar ganti pekerjaan kerana faktor gaji
yang rendah. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, tetapi menggunakan mesin
terpakai untuk menjimatkan kos.
1.4 Kepentingan PKS
1.4.1 Sumbangan kepada masyarakat
Industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu
Kampung Satu Produk. Sebagai contoh perusahaan kerepek, perusahaan sos tomato,
perusahaan kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha PKS dapat menjual hasil keluaran
mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain.
Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil PKS ini di pasar malam, pasar tani serta
di karnival-karnival jualan. Oleh itu, keperluan dan kehendak masyarakat dapat dipenuhi
dengan adanya keluaran berasaskan industri tersebut. Meskipun keuntungan penjualannya
tidaklah seberapa, namun produk mereka mendapat perhatian para pengguna. Selain itu,
PKS juga memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburi bidang perusahaan
dengan menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti sedia ada. Hal ini sedikit
sebanyak telah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
1.4.2

Sumbangan kepada negara

PKS akan memainkan peranan lebih penting dalam ekonomi, bukan hanya sebagai
pendorong pertumbuhan, tetapi sebagai pemacu utama dan dalam mencapai matlamat
pertumbuhan yang terangkum dan seimbang. (Pelan Induk PKS 2010-2020) Perusahaan
Kecil dan Sederhana juga memberi sumbangan kepada negara seperti mungurangkan
kadar pengangguran dalam negara di mana kebanyakan buruh tempatan mempunyai
pekerjaan. Pengagihan pendapatan negara juga lebih adil kerana PKS menawarkan upah
yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir. Hal ini sedikit sebanyak dapat
7

970711-14-5052

mengurangkan kos sara hidup masyarakat seterusnya taraf hidup masyarakat akan
meningkat dengan adanya pekerjaan. Kadar kemiskinan dalam negara juga merosot.
Selain itu, PKS juga turut menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja. Dengan
peluang ini, maka akan lahirlah lebih banyak guna tenaga yang lebih berkemahiran dalam
proses pengeluaran barang atau perkhidmatan di negara.
Seterusnya, PKS dapat mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung
jalin dan pemindahan teknologi dengan firma besar mahupun syarikat antarabangsa.
Dengan peningkatan penggunaan kaedah baru serta teknologi yang canggih, pengeluaran
hasil PKS akan lebih berkualiti. Dengan ini permintaan barangan PKS meningkat sama
ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu import barang pengguna dari luar negara
dapat dikurangkan disamping imbangan dagangan negara dapat dikawal sehingga
mencapai nilai positif.
1.5 Masalah-masalah yang dihadapi PKS
1.5.1 Masalah kewangan
Kebanyakan industri sebegini sukar mendapatkan modal kerana Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) ini terdiri daripada usahawan yang bermodal kecil dan
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank swasta
1.5.2

kerana syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran.


Masalah pemasaran
Skop pasaran yang terhad, keluaran yang kurang berdaya saing serta sukar
menembusi pasaran menyebabkan keluaran PKS kurang diiklankan dan

1.5.3

dipromosikan.
Masalah pekerja
Rata-rata pekerja yang menceburi industri ini kurang kepakaran atau kurang
berkemahiran dalam sesuatu bidang. Oleh itu, industri menghadapi masalah pusing
ganti pekerja yang tinggi. Selain itu, pengusaha yang kurang kemahiran dan latihan
kerana kurang terdedah dengan pendidikan menyebabkan pengendalian perniagaan
perusahaan tidak berjalan dengan baik.

1.5.4

Masalah teknologi
Pengusaha dalam PKS tidak menggunakan teknologi yang moden dan canggih
kerana tidak memperolehi latihan dan kemahiran mengendalikan teknologi tersebut.

1.5.5

Masalah mendapatkan bahan mentah


8

970711-14-5052

Bahan mentah sukar diperolehi pada musim-musim tertentu dan harga bahan
mentah import yang tidak stabil turut menjejaskan kos pengeluaran sekaligus
menghalang pertumbuhan pembangunan industri ini.
1.5.6

Pengurusan hutang
Pengusaha tidak tahu membezakan antara wang syarikat dengan wang mereka
sendiri.

1.5.7

Pengetahuan
Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang lemah di kalangan
pengusaha PKS menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk membayar balik
pinjaman.

970711-14-5052

2.0 PENYATAAN MASALAH


Melihat kepada senario semasa, perusahaan kecil dan sederhana telah memainkan
peranan besar dalam meningkatkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan PKS
bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara, malah menyediakan peluang pekerjaan
kepada masyarakat tempatan. PKS merangsang pemilikan persendirian dan kemahiran
keusahawanan iaitu dengan menyediakan sumber pertumbuhan yang meluas selain
bertindak sebagai platform untuk membangunkan perusahaan tempatan menjadi syarikat
besar. Namun, sumbangan PKS kepada pendapatan negara secara relatifnya masih kecil.
Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian tentang sumbangan perusahaan kecil dan
sederhana ini terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 2010
hingga 2014.
Seterusnya kajian ini juga dijalankan kerana di Malaysia telah terdapat banyak
pertubuhan perniagaan-perniagaan baru sama ada terdiri daripada firma-firma besar
mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sendiri. Hal ini menimbulkan persaingan
kepada industri-industri baharu yang berasaskan industri kecil-kecilan ini. Walaupun
kerajaan telah memberikan beberapa kemudahan dan laluan kepada industri ini, terdapat
juga beberapa masalah lain yang menghalang kepada perkembangan industri ini.
Seterusnya Zaidatol (2007) juga telah mengenalpasti faktor kemahiran dapat
mempengaruhi kejayaan perusahaan ini. Antara kemahiran penting yang perlu dimiliki
oleh usahawan ialah kemahiran dalam pengurusan, kewangan dan pemasaran.
Kebanyakan perniagaan gagal disebabkan kekurangan kemahiran daripada aspek
pengurusan, aspek kewangan dan pengetahuan tentang penyediaan rancangan perniagaan.
Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk mengkaji masalah-masalah
yang dihadapi oleh PKS untuk berkembang.

10

970711-14-5052

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dari tahun 2010 hingga 2014. Terdapat dua objektif
dalam menjalankan kajian ini iaitu untuk:
3.1 Mengenal pasti sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 2010 hingga 2014.
3.2 Mengenal
pasti
masalah-masalah
yang
menghalang
perkembangan PKS di Malaysia.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan
literatur seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah
ini pengkaji mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan
dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Kajian kepustakaan
melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu mengumpulkan data dan menganalisis,
Pengkaji mencatatkan nota yang diperlukan semasa membuat penyelidikan dan mencari

11

970711-14-5052

bahan rujukan di perpustakaan. Contohnya, pengkaji merujuk kepada buku PRA-U Teks
STPM EKONOMI.
Pengkaji juga menggunakan maklumat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
daripada internet seperti pertumbuhan KDNK PKS. Pengkaji menganalisis data
berdasarkan data yang dikumpulkan daripada sumber internet. Contohnya, pengkaji
melayari laman sesawang: http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2015-12-2109-09-49/sme-definition . Pengkaji akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang
siap kemudiannya akan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam
penyelidikan kajian tersebut. Rujukan bahan bacaan dari perpustakaan dan laman
sesawang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan peratus
sumbangan PKS kepada KDNK dalam tempoh 2010-2014 mengikut sektor di Malaysia.
Sebagai contoh, data yang diperoleh dikumpul dan diisikan dalam jadual seperti di bawah;
Tahun

2010

2011
2012
2013a
% bahagian kepada KDNK

Sektor
Agrikultur
Perlombongan & kuari
Pembinaan
Pembuatan
Perkhidmatan
Campur: Duti Import
Sumbangan PKS kepada KDNK

2014p

keseluruhan
Jadual 4.1: Sumbangan PKS kepada keseluruhan KDNK mengikut aktiviti ekonomi utama
(%)

Tahun

Sumbangan KDNK PKS

Sumbangan KDNK PKS

KDNK keseluruhan

(%)

(RM juta)

(RM juta)

2010
2011
2012
2013a
2014p

Jadual 4.2: Peratus Sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana kepada KDNK, sumbangan
KDNK PKS dan KDNK keseluruhan antara tahun 2010 hingga 2014
a: anggaran
p: permulaan
12

970711-14-5052

Cara perhitungan nilai sumbangan PKS kepada KDNK:


= % PKS kepada KDNK x Nilai KDNK
Cara perhitungan kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS:
= Sumbangan PKS tahun semasa- Sumbangan PKS tahun sebelum

100

Sumbangan PKS tahun sebelum

5.0 HASIL KAJIAN


5.1 Sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 2010 hingga 2014.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PKS telah mencatat peningkatan ketara dari segi
prestasi. Misalnya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar PKS telah secara konsisten
mengatasi pertumbuhan ekonomi keseluruhan, iaitu berkembang pada kadar purata tahunan
6.8%, berbanding 4.9% bagi keseluruhan ekonomi dalam tempoh 2004 - 2010. Ini adalah
sebahagian besarnya disebabkan oleh dasar Kerajaan melalui Majlis Pembangunan PKS
Kebangsaan (MPPK). (Pelan Induk PKS, 2012-2020)
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menunjukkan peningkatan dari segi
sumbangannya terhadap pendapatan negara dalam tempoh 2010 ke 2014 seiring dengan
13

970711-14-5052

peningkatan nilai Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan nilai yang
berbeza. Hal ini disebabkan peratus pertumbuhan industri ini semakin meningkat dari tahun
2010 ke 2014 (rujuk jadual 5.1.1).
PKS terus menunjukkan peningkatan terhadap sumbangan kepada KDNK negara. Bagi
sumbangan PKS terhadap KDNK keseluruhan Malaysia pada 2010, PKS telah
menyumbangkan sebanyak RM 217 882.266 juta bersamaan dengan 32.2% dan meningkat
kepada RM 233 457.28 juta bersamaan dengan 32.8% pada tahun berikutnya dengan jumlah
peningkatan sebanyak RM 15 575.01 juta. Peratus peningkatannya adalah sebanyak 7.15%.
PKS kemudiannya menunjukkan peningkatan lagi terhadap sumbangan kepada KDNK negara
dengan mencatat sebanyak RM 248 138.22 juta bersamaan dengan 33% daripada KDNK
keseluruhan pada 2012. Peningkatan nilainya adalah sebanyak RM 14 680.94 juta bersamaan
dengan 6.29% berbanding tahun sebelumnya. Pada 2013, sumbangan PKS terhadap KDNK
keseluruhan mencatatkan nilai RM 263 849.69 juta bersamaan dengan 33.5%. Peningkatan
nilai sumbangan PKS dari tahun 2012 ke 2013 adalah sebanyak RM 15 711.47 juta bersamaan
dengan 6.33%. Seterusnya pada 2014, nilai sumbangan PKS terhadap KDNK keseluruhan
adalah sebanyak RM 299 779.36 juta bersamaan dengan 35.9%. Berbanding tahun 2013, nilai
sumbangan PKS terhadap KDNK keseluruhan meningkat sebanyak RM 35 929.67 juta
bersamaan dengan 0.14%. (Rujuk Jadual 5.1.2)
Peningkatan sumbangan PKS terhadap KDNK keseluruhan negara daripada tahun 2010
hingga 2012 adalah kerana sumbangan setiap sektor yang yang terlibat dalam PKS itu sendiri.
Antara sektor yang menunjukkan peningkatan berterusan dalam nilai sumbangan terhadap
KDNK ialah sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Contohnya, sektor pembuatan
menunjukkan prestasi pertumbuhan positif yang telah disumbangkan sebahagian besarnya
oleh subsektor Elektrik & Elektronik dan kimia. Peningkatan ini sebahagiannya disebabkan
oleh penggunaan aplikasi baharu untuk produk semikonduktor dalam pendigitalan, mobiliti,
ketersambungan, kecekapan tenaga dan peminiaturan. Manakala peningkatan nilai ditambah
dalam subsektor kimia pula disebabkan peningkatan permintaan produk kimia yang
merupakan input penting kepada industri yang berkembang pesat seperti automotif, E&E,
farmaseutikal dan pembinaan. (Kertas strategi 19: Mengukuhkan sektor Pembuatan) Oleh itu,
produk pembuatan terus menguasai eksport negara di samping menyumbang kepada KDNK
Malaysia.
Tahun

2011

2012

2013a

2014p

14

970711-14-5052

Pertumbuhan KDNK PKS (%)

7.3

6.0

6.4

13.6

Pertumbuhan KDNK Keseluruhan (%)

5.3

5.5

4.7

6.0

Jadual 5.1.1: Pertumbuhan Tahunan KDNK Keseluruhan dan KDNK PKS (%) (harga malar
tahun 2010)
2010

2011

2012

2013a

2014p

Pertanian

4.3

4.3

4.1

4.0

4.5

Perlombongan & Pengkuarian

0.05

0.05

0.1

0.1

0.1

Pembinaan

0.9

0.9

1.0

1.1

2.0

Pembuatan

7.2

7.4

7.4

7.5

7.8

Perkhidmatan

19.6

19.9

20.0

20.5

21.1

Campur: Duti Import

0.2

0.3

0.3

0.3

0.4

32.2

32.8

33.0

33.5

35.9

Sektor / Tahun

Sumbangan PKS kepada KDNK


Keseluruhan
Jadual 5.1.2: Sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana kepada keseluruhan KDNK
mengikut aktiviti ekonomi utama (%)
a: anggaran
p: permulaan
Tahun

(sumber: www.smecorp.gov.my)

Sumbangan KDNK PKS

Sumbangan KDNK PKS

KDNK keseluruhan

(%)
(RM juta)
(RM juta)
2010
32.2
217 882.27
676 653
2011
32.8
233 457.28
711 760
2012
33.0
248 138.22
751 934
2013a
33.5
263 849.69
787 611
2014p
35.9
299 779.36
835 040
Jadual 5.1.3: Peratus sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana kepada KDNK, nilai
KDNK PKS dan nilai KDNK keseluruhan antara tahun 2010 hingga 2014
5.2

Masalah-masalah yang menghalang perkembangan PKS

di Malaysia.
15

970711-14-5052

Melihat senario semasa, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan salah satu
penjana kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Ia merupakan salah satu sektor
perindustrian yang terdapat di negara Malaysia dan kini dilihat sebagai antara industri yang
memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Namun, peratus usahawan
bumiputera yang berjaya dan menonjol kurang meluas dalam perusahaan ini dan pemiagaan
ini masih berada ditahap yang tidak membanggakan. Kaji selidik ini menunjukkan bahawa
kebanyakan PKS menghadapi berbagai-bagai kekangan yang menyekat kemampuan mereka
untuk bersaing dan menyumbang kepada ekonomi secara berkesan.
Pada masa ini, PKS tidak dapat mencapai prestasi yang tinggi kerana wujudnya
cabaran yang perlu ditangani dalam setiap bidang tersebut (rujuk Carta 5.2.1). Adalah penting
untuk memastikan cabaran tersebut ditangani secara serentak bagi mencapai hasil yang
diingini kerana kelemahan pada mana-mana pendorong ini boleh menjejaskan prospek
pertumbuhan PKS secara keseluruhannya.

16

970711-14-5052

PAPA eekk nrmss eeebr aa ikkpnteeaag ppnru a inddna ao vppmraeausomsni dbdr aaialnnniyg atse ank nd oa ln gk ia w a l s e l i a
In fra tru tu r

Rajah 5.2.1.1 Cabaran yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia
(sumber: Pelan Induk PKS 2012-2020)
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah terlibat dalam berbagai-bagai aktiviti
ekonomi. Antaranya dalam sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan serta pembinaan
perlombongan dan kuari. Bilangan pertubuhan PKS yang semakin meluas dari semasa ke
semasa mampu menjana ekonomi negara sama ada dari segi Keluaran dalam Negara Kasar
(KDNK), peningkatan kadar guna tenaga dan membaiki imbangan pembayaran negara.
Namun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh PKS yang menghalang kepada
peningkatan pertumbuhan dan perkembangan industri ini. Antara masalah yang dihadapi oleh
PKS ialah darin aspek:
5.2.1

Pembiayaan Operasi PKS

17

970711-14-5052

Kebanyakan operasi PKS diusahakan oleh usahawan bumiputera yang bermodal kecil.
Oleh itu, kebanyakan usahawan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal
atau pinjaman daripada bank-bank swasta kerana syarat pinjaman yang ketat. Selain itu,
terdapat juga syarikat pinjaman yang memerlukan cagaran daripada pengusaha-pengusaha
sebelum menjalankan perniagaan, terutamanya daripada syarikat-syarikat baru. Mengikut
laporan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara pada tahun 2005, hampir
separuh daripada PKS melaporkan mreka meminjam daripada institusi perbankan untuk
membiayai operasi perniagaan. Sejumlah 32.4% daripada PKS menggunakan modal sendiri
manakala 11% bergantung kepada sumber lain seperti keluarga, sahabat handai dan kredit
pembekal. Hanya 4.1% daripada PKS meminjam daripada institusi kewangan pembangunan.
5.2.2

Penggunaan Teknologi
Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan kitaran produk yang lebih

singkat. Untuk kekal kompetitif, pengusaha perlu terus berinovasi dan menambah baik ciriciri dan kualiti produk. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengusaha PKS mempunyai
keupayaan inovasi yang rendah disebabkan oleh kekurangan sumber dan pengetahuan serta
keengganan untuk berubah. Ketidakmampuan untuk memanfaatkan teknologi menyebabkan
aktiviti yang kurang kompetitif dan menjejaskan keupayaan PKS untuk bersaing dalam
pasaran global. Malah, terdapat juga pengusaha dalam PKS menggunakan teknologi yang
rendah kerana tidak memperolehi latihan dan kemahiran yang sistematik.
5.2.3

Tenaga kerja PKS


Dapatan kajian oleh Bank Negara Malaysia terhadap PKS pada tahun 2005 mendapati

bahawa PKS agak kurang menitikberatkan latihan, dengan 43% daripada mereka tidak
menyediakan latihan kepada kakitangan mereka. Bagi PKS yang menyediakan latihan,
program latihan yang diberi pada amnya ialah latihan teknikal yang meramgkumi latihan asas
sambil bekerja. Hanya 43.6% daripada PKS yang menyediakan latihan mengikuti modul
latihan yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan pengurusan. Disebabkan rata-rata
pekerja dalam industri ini yang kurang berkemahiran dan kepakaran, industri ini menghadapi
masalah pusing ganti pekerja yang tinggi. Selain itu, pengusaha yang sebahagian besarnya
adalah daripada kawasan luar bandar dan kurang berpendidikan serta kurang pengalaman
mengendalikan hal-hal berkaitan perniagaan.
5.2.4 Kekurangan akses kepada khidmat nasihat
Faktor kekurangan akses terhadap khidmat nasihat oleh PKS juga menjadi salah satu
punca operasi perniagaan PKS sukar ditingkatkan. Daripada hasil kajian, jelas didapati
bahawa PKS memerlukan banyak nasihat berkaitan perniagaan dan kewangan bagi membantu
18

970711-14-5052

mereka memajukan perniagaan mereka. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank
Negara pada tahun 2005, didapati majoriti PKS (52%) tidak mempunyai akses kepada
khidmat nasihat, manakala selebihnya bergantung kepada sektor swasta (34%) dan sektor
kerajaan (14%). Khidmat nasihat yang diperlukan oleh PKS ditunjukkan melalui carta di
bawah. (Carta 5.2.4.1)

23%
mengisi borang permohonan pinjaman

28%
akaun, kewangan & audit

2% 7%
18%
teknologi maklumat

pentadbiran perniagaan

21%
pemasaran

lain-lain

Carta 5.2.4.1: Khidmat nasihat yang diperlukan oleh PKS


5.2.5

Masalah pemasaran
Hasil kajian menunjukkan bahawa PKS tertumpu terutamanya pada pasaran dalam

negeri. PKS kurang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dan oleh sebab itu mereka
terlepas peluang bersaing dalam pasaran besar. Lebih 60% daripada PKS bergantung pada
usaha pemasaran sendiri untuk menjual produk mereka, manakala 21% menjual produk
mereka melalui pameran perdagangan. Hanya 7% menjual produk mereka melalui syarikat
perdagangan. Ruang pasaran yang terhad menyebabkan kebanyakan keluaran PKS kurang
berdaya saing serta sukar menembusi pasaran akibat kekurangan pengiklanan dan promosi.

19

970711-14-5052

2%
Usaha yang diselaraskan
oleh MATRADE
23%

12%
Pesta perdagangan/ promosi eksport
18%

Pesta perdagangan/ promosi di Malaysia


24%

Rangkaian data untuk padanan perniagaan

Akses kepada syarikat perdagangan

lain-lain

21%

Carta 5.2.5.1: Bantuan pemasaran yang diperlukan oleh PKS


5.2.6

Masalah infrastruktur
Terdapat lebih daripada 600 kawasan perindustrian yang kebanyakannya tidak

mempunyai fasiliti yang mencukupi. Kawasan perindustrian juga tidak diselenggara dengan
baik kerana tidak mempunyai pengurus kawasan perindustrian dan sumber pihak berkuasa
tempatan yang terhad. Akses dan liputan jalur lebar masih tidak mencukupi di kebanyakan
kawasan perindustrian. Kekurangan ini menghalang penggunaan ICT dalam kalangan
pengilang terutamanya PKS untuk meningkatkan kecekapan dan akses pasaran yang lebih
baik. Pengilang di Sabah dan Sarawak menghadapi keadaan yang lebih mencabar. Di samping
infrastruktur yang tidak mencukupi yang menyebabkan ketersambungan dan kualiti utiliti
yang rendah, pengilang di kedua-dua negeri ini juga berhadapan dengan cabaran yang lebih
besar dalam fasiliti perdagangan, kesukaran mendaftarkan perniagaan dan akses pasaran yang
terhad.
5.2.7 Masalah dalam operasi perniagaan
Banyak PKS menyatakan beberapa isu yang mereka hadapi dalam menjalankan
perniagaan ini. Pada umumnya, terdapat 5 tahap masalah yang dihadapi oleh kalangan PKS di
Malaysia. Sokongan kerajaan dalam bidang teknologi maklumat, akses kepada maklumat dan
program latihan juga diperlukan. Masalah yang dihadapi dalam bidang bantuan kerajaan yang
diinginkan oleh PKS tertera dalam jadual di bawah:-

20

970711-14-5052

TAHAP
1
2
TAHAP
3
4
TAHAP5

Rajah 5.2.7.1: Masalah dalam operasi perniagaan dan bantuan kerajaan yang
diperlukan

(sumber: PRA-U Teks STPM EKONOMI Penggal 3, 2016)

6.0 Cadangan
Berdasarkan kajian yang dijalankan, cadangan yang ingin diutarakan oleh pengkaji adalah
untuk mewujudkan PKS yang berdaya saing di peringkat global yang meningkatkan
penciptaan kekayaan dan menyumbang secara ketara kepada kesejahteraan sosial negara.
Walaupun sumbangan PKS terhadap KDNK negara menunjukkan peningkatan dari tahun ke
tahun, namun dengan membangunkan lagi pertumbuhan PKS boleh membawa negara ke satu
tahap yang lebih tinggi di mana Malaysia boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain. Pelaksanaan Pelan Induk adalah peringkat yang paling
mencabar. Ini memerlukan satu anjakan paradigma dalam minda semua pihak yang terlibat
dalam pembangunan PKS untuk menerima pakai pendekatan baharu ini dan mencungkil
potensi pertumbuhan PKS yang maksimum di Malaysia. Seharusnya, PKS perlu melibatkan
21

970711-14-5052

diri dalam aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang sederhana dan tinggi daripada
rantaian nilai. Hal ini kerana hanya segelintir PKS sahaja yang sofistikated menceburi aktiviti
nilai ditambah tinggi, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
Selain itu, daripada sorotan kajian yang dijalankan, pengkaji mencadangkan supaya sektor
kerajaan di pelbagai peringkat dan sektor swasta memainkan peranan yang penting dalam
menarik minat masyarakat terutamanya bumiputera di negara ini untuk menceburi bidang
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Hal ini lebih tertumpu kepada kaedah memudahkan
pengembangan PKS itu sendiri melalui bantuan pembiayaan daripada pihak kerajaan dan
swasta. Ini kerana rata-rata masalah yang dihadapi oleh PKS adalah berpunca daripada
masalah modal dan pembiayaan pengurusan. Seterusnya, dengan perkhidmatan perniagaan
yang cekap seperti aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), melaksanakan inovasi dan
menaiktaraf teknologi, aktiviti penembusan pasaran eksport, pengurusan kewangan yang lebih
baik perlulah ditekankan dalam membangunkan industri ini. Dengan adanya kerjasama antara
pihak kerajaan dan sektor swasta di samping institusi kewangan dalam pemberian kemudahan
pembiayaan kepada pengusaha-pengusaha PKS, maka PKS dapat berkembang dan mampu
menyumbang lebih kepada ekonomi negara.

7.0 Rumusan Kajian


Menurut Laporan Tahunan PKS 2012/13 oleh Majlis PKS Kebangsaan, sumbangan PKS
kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan mengikut aktiviti ekonomi utama
telah meningkat daripada 32.5 peratus pada tahun 2011 kepada 32.7 peratus pada tahun 2012.
Malah menurut laporan ini lagi guna tenaga dalam sektor ini juga telah bertambah daripada
4,100,952 pada tahun 2009 kepada 4,854,142 pada tahun 2012 (Laman web rasmi SME
Corp). Malah, menurut Rosli Mahmod et al. (2008) usahawan bukan sahaja mencipta
perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber
penciptaan penemuaan terbaru, teknologi baru dan inovasi. Negara turut memperolehi
keuntungan berlipat ganda dari sektor keusahawanan. Selain keuntungan ekonomi, faedah lain
22

970711-14-5052

turut dirasai oleh masyarakat dari segi taraf kehidupan, tanggungjawab sosial dan pengukuhan
industri.
Hasil dapatan kajian Mohd Nor Hidayad bin Hambali (2011) mendapati kesemua
faktor bantuan-bantuan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan pembangunan,
perkhidmatan nasihat dan perundingan, pemasaran dan peluang perniagaan, dan sokongan
infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan dapat membantu meningkatkan kejayaan
usahawan PKS bumiputera dalam menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian oleh
Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof (2011) pula menunjukan sokongan keusahawanan dan
dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan business angel dan ketersediaan modal risiko,
ketersediaan sumber kewangan, pengaruh dan sokongan kerajaan untuk keusahawanan dan
peranan dasar-dasar kerajaan kepada aktiviti keusahawanan juga menjadi pendorong kejayaan
usahawan dalam mengembangkan industri PKS di Malaysia.
Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat membantu penyelidik di masa depan yang ingin
mengkaji dalam bidang yang sama. Di samping itu kerangka kajian yang dicadangkan boleh
digunapakai dan diperkembangkan oleh penyelidik yang ingin mengkaji hubungan di antara
sumbangan PKS dan masalah yang dihadapi PKS untuk berkembang. Hasil dapatan kajian
tersebut diharapkan dapat membantu kerajaaan, agensi-agensi yang berkaitan dan usahawan
PKS khususnya dalam merangka strategi untuk lebih berjaya dalam sektor ini.

8.0 Rujukan
Kertas Strategi 19: Mengukuhkan Sektor Pembuatan. Rancangan Malaysia
kesepuluh (2011-2015) dan kesebelas (2016-2020). Unit Perancang
Ekonomi.
Laman

Web

Rasmi

SME

Corp.

Malaysia,

http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2015-12-21-09-09-49/sme-definition,
Garis Panduan Bagi Definisi Baharu PKS disediakan oleh SME corp.

23

970711-14-5052

Malaysia Sekretariat bagi Majlis Pembangunan Perniagaan Kecil dan


Sederhana Kebangsaan, Oktober 2013
Mohamad Syukri Seman, Lim Kien Kwok dan SafrizaAbd. Hamid, 2016.
Teks STPM PRA-U EKONOMI (EKONOMI MALAYSIA). Selangor: Pelangi Sdn.
Bhd
Mohd

Nor

Hidayat

Meningkatkan

Hambali

Kejayaan

2011,

Usahawan

Faktor

Bantuan

Industri

Kerajaan

Kecil

dan

yang

Sederhana

Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor, Tesis Sarjana Muda, Universiti


Teknologi Malaysia
Siti

Nor

Wardatulaina

Mohd

Yusof

2011,

Success

factors

in

Enterpreneurship: The Case Study of Malaysia, Pilot Research Work (Phd


Thesis), Department DEconomia De LEmpresa, Universitat Autonoma de
Barcelona.
Subbash E kambaram (2013), Kepentingan Industri Kecil Dan Sederhana
(IKS).

Dicapaipada

Januari

21,

2013,

from

http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.com/2013/01/kepentinganindustri-kecil-dan.html
Suhaila Nadzri et. al (2014), Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan
Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Bumiputera Di
Malaysia. Prosiding 2014. Kolej Universiti Islam Selangor.
Utusan Melayu (2013), Sumbangan PKS dijangka meningkat 33 peratus.
Artikel

Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130425/ek_04/SumbanganPKS-dijangka-meningkat-33-peratus#ixzz3D5HCQp3H
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Usahawan dan keusahawanan satu
perspektif pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pirie

&

Habibah

Elias

(2004),

Keupayaan

Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu


Kajian Kes. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum.
24

970711-14-5052

9.0

LAMPIRAN

(sumber: Rencana kaji selidik PKS oleh Bank Negara)

25

970711-14-5052

26

970711-14-5052

(sumber: Pelan Induk PKS 2012-2020)

(sumber: Akhbar Berita Harian)

27

You might also like