You are on page 1of 29

CONTOH-CONTOH KARANGAN

Sekolah saya
Saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop. Sekolah saya terletak di
Miri.
Sekolah saya mempunyai 37 buah bilik darjah , sebuah dewan besar , sebuah bilik guru
besar , dan sebuah bilik guru. Selain itu , sekolah saya juga mempunyai sebuah makmal sains
dan makmal komputer.
Sekolah saya mempunyai 63 orang guru dan 1700 orang murid. Semua murid belajar
dalam sesi pagi.
Kawasan sekolah saya sangat besar. Taman-taman di sekolah saya ditanam dengan bungabungaan yang cantik. Terdapat juga pondok, tasik dan pancutan air di dalam Taman Bestari.
Murid-murid sekolah saya sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Kami selalu
bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Oleh itu, kami dapat belajar dalam keadaan
yang bersih dan selesa.
Saya berbesar hati kerana dapat belajar di sekolah ini.

Kelas Saya
Saya belajar dalam Tahun Enam Merah. Kelas saya terletak di tingkat tiga Blok D.
Murid-murid kelas saya berjumlah empat puluh enam orang. Dua puluh enam orang ialah
murid lelaki dan dua puluh orang ialah murid perempuan. Kami selalu tolong-menolong antara
satu sama lain.
Setiap hari, kami membersihkan kelas. Kami menyapu lantai, mengelap tingkap dan
menyusun meja. Oleh itu, kelas selalu kelihatan bersih dan selesa.
Saya amat gembira dapat belajar dalam kelas yang bersih dan selesa ..

Kantin sekolah saya


Di sekolah saya mempunyai sebuah kantin. Kantin sekolah saya terletak di sebelah dewan
sekolah.
Kantin sekolah saya bersih. Terdapat roti, mi goreng. nasi lemak, air sirap dan sebagainya
dijual di gerai-gerai kantin sekolah saya. Harga makanan yang dijual di kantin sekolah
berpatutan .
Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman.
Kemudian, mereka akan menikmati makanan yang dibeli di tempat yang disediakan .Kami
makan sambil berbual-bual dengan gembira. Suasana di kantin sangat bising.
Setiap murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan kantin sekolah. Kami akan membuang
bungkusan makanan ke dalam tong sampah selepas makan . Oleh itu, kantin sekolah saya selalu
kelihatan bersih dan indah.
Saya amat gembira kerana sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang bersih dan indah.

Perpustakaan sekolah saya


Sekolah saya ada sebuah perpustakaan yang besar. Perpustakaan sekolah saya besar dan
cantik. Murid-murid suka membaca buku-buku cerita di dalam perpustakaan sekolah.
Di dalam perpustakaan sekolah saya ada rak-rak buku, kipas , meja dan kerusi. Terdapat
kira-kira enam ribu buah buku di perpustakaan itu. Selain buku-buku cerita, perpustakaan
sekolah saya juga ada banyak majalah dan surat khabar. Buku-buku, majalah serta surat
kahabar itu disusun dengan kemas.
Perpustakaan sekolah saya dibuka setiap hari persekolahan. Masanya dibuka dari pukul
8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Setiap kali dibuka ada empat orang pustakawan bertugas
di dalamnya. Mereka bertugas mengikut giliran yang ditetapkan oleh guru perpustakaan.
Semasa di perpustakaan, murid-murid tidak boleh berbuat bising. Selain itu, murid-murid
juga dinasihati agar menjaga kebersihan perpustakaan sekolah.

Binatang Kesayangan Saya / Binatang Peliharaan Saya


Saya mempunyai binatang kesayangan. Binatang kesayangan saya seekor anjing.
Bulu anjing saya berwarna hitam. Badan anjing saya montel kerana anjing saya kuat
makan.
Nama anjing saya Bobbi. Bobbi seekor anjing jantan yang comel.Ayah saya telah membeli
Bobbi dari sebuah kedai. Pada waktu itu harganya RM150.00. Ayah menghadiahkan Bobbi
kepada saya sempena hari jadi saya.
Bobbi suka makan daging dan minum susu. Bobbi tinggal di dalam sebuah rumah kecil.
Kadang-kala, saya memandikan Bobbi.
Pada masa lapang, saya selalu bermain dengan Bobbi. Bobbi pandai melompat. Selain itu,
Bobbi juga kuat berlari.
Saya sangat gembira kerana mempunyai seekor anjing. Saya akan menyayangi Bobbi
selama-lamanya.

Guru darjah saya / Guru kelas saya


Setiap bilik darjah ada gurunya. Begitu juga dengan bilik darjah saya . Guru darjah saya
bernama Cikgu Chin Ai Ling .
Wajah Cikgu Chin garang tetapi baik hati. Beliau berbadan ramping, berambut panjang
dan berkaca mata . Beliau seorang guru wanita yang cantik .
Umur guru darjah saya 36 tahun. Beliau berasal dari Kuching. Beliau gemar bermain
badminton dan memasak. Cikgu Chin juga seorang jurulatih bandminton yang handal .
Cikgu Chin mengajar kami Bahasa Cina dan Matematik. Beliau juga bertugas menguruskan
bilik darjah kami. Beliau sentiasa menasihati kami agar rajin belajar. Beliau mahu kami semua
berjaya dalam pelajaran .
Cikgu Chin seorang guru yang sangat mementingkan disiplin . Beliau juga seorang guru
yang rajin. Saya amat menghormati beliau. Beliau guru contoh di sekolah saya.
Saya amat kagum akan sikapnya. Kami sangat gembira kerana mempunyai seorang guru
darjah yang baik sepertinya.

Ketua darjah saya / Ketua kelas saya


Setiap bilik darjah ada ketuanya. Begitu juga dengan kelas saya. Ketua darjah saya
bernama Yek Yu .
Wajahnya sangat cantik. Ketua darjah saya berbadan kecil tetapi berjiwa besar. Dia
seorang ketua darjah yang bertanggungjawab, tegas, dan ringan tulang. Dia selalau membantu
kawan-kawan sekelas yang bermasalah.
Umur ketua darjah saya dua belas tahun. Kegemarannya suka membaca buku. Apabila
dewasa kelak , dia hendak menjadi seorang doktor pakar.
Tugas ketua darjah saya membantu guru darjah. Dia membantu guru mengawasi disiplin
murid-murid semasa ketiadaan guru. Selain itu, dia juga membantu guru mengumpul dan
menghantar buku latihan murid-murid di dalam bilik darjah.
Saya sangat menghormatinya. Saya sangat gembira kerana mendapat seorang ketua
darjah yang baik.

Keluarga saya
Setiap orang pasti mempunyai keluarga masing-masing. Begitu juga dengan saya .
Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu bapa, emak, saya dan dua orang adik
lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.
Ayah saya bernama Joshua Siaw. Ayah saya seorang guru yang mengajar di SMK Lutong.
Beliau seorang guru yang tegas tetapi baik hati.
Emak saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan
kami sekeluarga. Emak saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak.
Saya anak sulung. Saya belajar di SJK Chung Hua Krokop. Saya belajar dalam tahun
enam. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar yang bernama Joseph dan Jason.
Adik-adik saya comel dan manja.
Saya sayang akan keluarga saya. Saya berasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga
yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.

Jiran Saya
Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Saya percaya setiap
keluarga pasti mempunyai jiran-jiran. Begitu juga dengan keluarga saya.
Jiran saya bernama Encik Lim. Saya berjiran dengan Encik Lim sejak lapan tahun yang
lalu.
Keluarga Encik Lim sederhana besarnya. Encik Lim seorang doctor yang
bertanggungjawab. Dia seorang yang peramah. Isterinya, Puan Lily seorang jururawat yang
baik. Puan Lily selalu menolong jiran-jirannya yang dalam kesusahan.
Encik Lim mempunyai dua orang anak lelaki. Anak-anaknya masih belajar. Anak sulung
Encik Lim bernama Joseph manakala anak bongsunya bernama Jason.
Pada masa lapang, saya selalu bermain dengan Joseph dan Jason. Kami suka bermain bola
keranjang. Kami selalu bermain di halaman rumah Encik Lim. Selain itu, kami selalu mengulang
kaji pelajaran bersama-sama pada waktu petang.
Hubungan keluarga saya dengan keluarga Encik Lim sangat rapat. Kami saling membantu
antara satu sama lain.
Saya amat bertuah kerana mempunyai seorang jiran yang baik seperti Encik Lim.

Buah-buahan yang paling saya sukai/ gemari / minati


Di negara kita terdapat pelbagai jenis buah-buahan. Antaranya ialah pisang, durian,
rambutan, langsat, nanas dan sebagainya.
Buah-buahan yang paling saya gemari ialah buah durian. Buah durian ialah sejenis buah
yang bermusim. Buah durian banyak dijual di tepi jalan pada musimnya.
Kulit buah durian berwarna hijau dan berduri. Apabila masak, buah durian akan
mengeluarkan bau yang harum. Isi buah durian berwarna kuning dan rasanya manis. Buah
durian banyak mengandungi zat dan vitamin.
Durian biasanya dimakan terus. Durian segar juga boleh dimakan dengan santan serta
pulut. Selain itu, buah durian boleh dijadikan aiskrim, kek, dan dodol durian .
Saya sangat suka makan buah durian kerana rasanya sangat enak.

Bapa saya /orang yang paling saya hormati /sayangi / sanjungi


Saya yakin setiap orang pasti mempunyai seorang bapa . Begitu juga dengan saya .
Bapa saya bernama John Lim. Wajah bapa saya sangat kacak. Beliau berbadan tinggi
lampai .
Umur bapa saya 40 tahun. Bapa saya seorang guru yang bertanggungjawab. Setiap hari
beliau pergi ke sekolah dengan memandu kereta .
Bapa saya seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas. Dia selalu mengajar saya
membaca buku dan menulis karangan. Beliau juga selalu menasihati saya supaya rajin belajar.
Beliau mahu saya berjaya dalam pelajaran.
Saya amat gembira kerana mempunyai seorang bapa yang baik. Semoga bapa sihat selalu
dan dipanjangkan umur.

Mata pelajaran yang paling saya minati / sukai / gemari


Di sekolah, saya belajar banyak mata pelajaran. Antaranya termasuk Bahasa Malaysia,
Sains, Matematik dan sebagainya.
Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik. Saya sangat berminat dalam
mata pelajaran ini kerana Matematik sangat menarik. Masalah-masalah Matematik membuat
saya berfikir dengan cepat dan tepat.
Guru Matematik saya sangat bijak dalam mengajar Matematik. beliau selalu memberi
galakan kepada saya.
Saya mempelajari Matematik dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari, saya membuat
latihan Matematik. Saya selalu mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran ini.
Saya berharap saya akan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dalam
peperiksaan UPSR nanti.

Guru kesukaan saya /Guru yang paling saya sayangi/ hormati / sukai
Terdapat beberapa orang guru yang mengajar saya di sekolah. Guru kesukaan saya ialah
guru Bahasa Malaysia. Nama beliau Cikgu Su
Cikgu Su ialah seorang guru yang sangat peramah. Beliau juga seorang yang penyabar.
Semasa mengajar, Cikgu Su akan memastikan bahawa murid-muridnya faham. Dia akan
membantu sesiapa sahaja yang ada masalah dalam pelajaran.
Sebelum peperiksaan, Cikgu Su akan memberi kami kelas tambahan tanpa mengenakan
bayaran. Beliau hendak melihat murid-muridnya berjaya dalam pelajaran.
Saya berasa besar hati kerana mempunyai seorang guru yang baik seperti Cikgu Su.

Emak saya / Ibu saya / Orang yang paling saya sayangi/Hormati


Semua orang mempunyai emak. Begitu juga dengan saya. Emak saya bernama Jolin.
Wajah emak saya ayu. Emak saya berbadan kecil. Emak saya seorang yang lemah-lembut
dan bersifat penyayang.
Umur emak saya 40 tahun. Emak saya suri rumah tangga. Pada masa lapang, emak saya
gemar menjahit pakaian dan membuat kek. Beliau bercita-cita untuk memiliki sebuah kedai
jahit sendiri.
Emak menjaga dan mendidik kami dengan baik. Setiap hari emak menguruskan rumah dan
memasak makanan yang lazat untuk kami. Saya sangat menghormatinya. Bagi saya, emak
sayalah emak yang paling baik di dunia ini.
Saya begitu bangga kerana mempunyai emak yang penyayang dan mengambil berat
tentang saya dan keluarga saya.

Sambutan Hari Guru sekolah saya


Pada 16 Mei, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan sekolah.
Pada hari itu, dewan sekolah dihias dengan cantik. Bunga-bunga yang cantik disusun
dengan kemas di atas pentas. Belon-belon dan reben-reben yang berwarna-warni digantung di
sekeliling dewan.
Pada pukul 8.00 pagi, para guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Majlis
dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu sekolah.
Selepas itu, guru besar memberikan ucapan. Persembahan juga diadakan untuk
menghiburkan para guru.
Acara majlis yang seterusnya ialah sukaneka. Guru-guru dijemput bermain permainan
bersama murid. Para guru terhibur dengan permainan yang dijalankan.
Selepas sukaneka, guru-guru dijemput menikmati jamuan ringan yang disediakan. Muridmurid memberikan hadiah kepada guru-guru. Guru-guru amat gembira apabila menerima
hadiah.
Majlis sambutan Hari Guru sekolah saya tamat pada pukul 11.30 pagi. Murid-murid pulang
ke rumah dengan gembira.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sekolah saya


Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan
Hadiad di dewan sekolah.
Pada hari itu, dewan sekolah dihias dengan cantik. Hadiah-hadiah disusun dengan kemas
di atas pentas.
Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid dan ibu-ibu bapa berkumpul di dewan sekolah. Majlis
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.
Selepas itu, guru besar memberikan ucapan. persembahan juga diadakan untuk
menghiburkan para penonton.
Upacara kemuncak ialah penyampaian hadiah. Guru besar menyampaikan hadiah kepada
murid-murid yang berjaya.
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah sekolah saya telah tamat pada pukul 11.30 pagi.
Murid-murid pulang ke rumah dengan gembira.

Hari Sukan / Temasya sukan / Sukan Tahunan sekolah saya


Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan di Stadium Miri.
Stadium dihias dengan panji-panji yang berwarna-warni. Berbagai-bagai acara telah
dipertandingkan seperti lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lari berpagar
dan sebagainya.
Awal-awal pagi, para peserta rumah sukan telah berkumpul di khemah masimh-masing.
Para ibu bapa berpusu-pusu datang. Mereka duduk di tepi padang.
Guru besar telah merasmikan Hari Sukan sekolah saya. Selepas itu, acara sukan bermula.
Semua peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk
memberikan sokongan kepada para peserta.
Pada pukul 12.00 tengah hari, murid-murid berehat dan menjamu selera. Sejam kemudian,
acara sukan diteruskan semula.
Akhirnya, Pasukan Singa berjaya mendapat johan. Guru besar menyampaikan pingatpingat dan piala kepada para pemenang. Joshua Dan Jenny dipilih sebagai olahragawan dan
olahragawati sekolah tahun 2010.
Hari Sukan sekolah saya tamat pada pukul 5.00 petang. Murid-murid pulang ke rumah
dengan gembira.

Rumah impianku
Rumah impianku besar dan cantik. Rumah impianku dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Rumah impianku terletak di atas bukit.
Rumah impianku diperbuat daripada bahan binaan bermutu. Rumah impianku berpagar.
Pokok bunga ditanam di tanah lapang hadapan rumah impianku. Pokok buah-buahan pula
ditanam di belakang rumah impianku.
Ruang tamu rumah impianku akan dilengkapi dengan perabot mewah dan alat elektronik.
Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan memasak yang maden. Ruang makan selesa
kerana dilengkapi dengan pendingin hawa. Bilik tidur juga dilengkapi dengan pendingin hawa
dan peralatan baharu. Rumah impianku juga mempunyai bilik mandi yang besar.
Aku beragan-agan tinggi dan yakin rumah impianku akan menjadi kenyataan pada suatu
hari nanti. Oleh itu, saya akan rajin berusaha agar mempunyai rumah seperti itu .

Majlis hari jadi saya


Saya telah menyambut hari jadi saya yang ke-12 pada 25 Jun yang lalu.
Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap. Bapa pula telah menghias
ruang tamu dengan belon-belon dan reben-reben yang berwarna-warni.
Pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan saya sudah sampai. Mereka membawa buah tangan
yang dibalut dengan cantik. Mereka mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya.
Apabila majlis bermula, kawan saya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Saya meniup lilin
pada kek dan memotong kek. Kemudian, kami makan dan bermain permainan.
Majlis hari jadi saya tamat pada pukul 10.00 malam. Kawan-kawan saya pulang dengan
gembira. Saya membuka hadiah satu demi satu. Saya amat gembira kerana mendapat banyak
hadiah.

Sambutan Hari Kebangsaan


Pada 31 Ogos yang lalu, bapa telah membawa saya ke Dataran Merdeka untuk melihat
perarakan Hari Kebangsaan.
Banyak orang telah berada di sana semasa kami tiba. Acara perarakan bermula tepat
pada pukul 8.00 pagi.
Acara yang paling menarik ialah perarakan kereta berhias. Selain itu, terdapat
pertunjukan seni silat dan bunga api pada waktu malam.
Saya berasa amat bertuah kerana dapat menyambut Hari Kebangsaan bersama-sama
rakyat Malaysia yang lain.

Guru besar sekolah saya


Saya yakin setiap sekolah pasti mempunyai seorang guru besar. Begitu juga dengan saya.
Guru besar sekolah saya bernama Cikgu Chieng Swee Yen. Guru besar saya berbadan
tinggi lampai , berambut pendek dan berkaca mata. Beliau seorang guru besar yang cantik.
Guru besar saya berumur 50 tahun. Beliau seorang guru besar yang bertanggungjawab.
Setiap pagi beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta dan samapi di sekolah pada pukul
enam pagi. Apabila sampai di sekolah, beliau akan melihat senarai tugasnya di atas meja.
Guru Besar saya juga seorang yang penyayang tetapi bersikap tegas. Beliau selalu
menasihati kami supaya rajin belajar dan menjaga kebersihan sekolah. Beliau mahu kami
semua berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, guru besar saya juga mengajar murid tahun enam mata pelajaran Pendidikan
Moral. Beliau selalu sibuk dengan urusan rasminya dan dibantu oleh tiga orang guru penolong
kanan . Tugas guru besar saya amat berat. Walau bagaimanapun, beliau akan berusaha untuk
melakukan kerjanya dengan baik.
Saya sangat menghormati guru besar saya. Saya amat gembira kerana mempunyai seorang
guru besar yang baik.

Aku sebuah kamus


Aku sebuah kamus. Nama aku Kamus Bahasa. Aku dilahirkan di Jepun. Aku berwarna
biru.
Setelah badan aku lengkap, pekerja kilang memasukkan aku ke dalam kotak yang besar.
Kemudian, mereka menghantar aku ke Miri dengan menaiki kapal. Dalam perjalanan, aku
berasa amat bimbang kerana belum pasti lagi aku akan hidup senang atau susah.
Setelah tiba di kedai, aku dipamerkan. Di situ, aku telah berkenalan ramai kawan yang
berjenama lain.
Selepas beberapa hari, datang seorang pemuda ke kedai. Pemuda itu membeli aku dengan
harga RM50.00 .
Nama pemuda itu Ali. Ali menggunakan aku dengan berhati-hati. Ali juga menjaga aku
dengan baik. Aku sayang akan Ali.
Aku berasa amat gembira kerana mendapat seorang tuan yang baik.

10

Aku seekor rama-rama


Aku seekor rama-rama. Aku tinggal di taman bunga.
Aku ada sepasang sayap yang berwarna-warni. Pada kepala saya ada sepasang sesungut.
Aku juga ada enam kaki. Aku dapat terbang.
Aku membiak dengan cara berteluk. Aku menghisap madu bunga. Aku suka bermain di
taman bunga. Aku bebas terbang ke sana sini.
Kadang-kadang, kawan-kawan saya ditangkap oleh manusia. Mereka dijadikan barang
perhiasan. Oleh itu, saya selalu berhati-hati semasa terbang mencari makan dan bermainmain.
Aku berasa amat gembira kerana menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Aku sebuah sekolah


Nama aku Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop Miri. Aku sudah berusia 50 tahun.
Aku besar dan cantik. Aku dapat menampung seramai 2000 orang murid. Banyak pokok
bunga telah ditanam di sekeliling badan aku.
Aku terdiri daripada empat buah bangunan utama. Selain itu, aku uga lengkap dengan
kemudahan seperti dewan, perpustakaan, pusat sumber dan kantin.
Setiap hari persekolahan, banyak murid datang untuk menimba ilmu. Murid-murid belajar
dan bermain dengan gembira di sini.
Murid-murid dinasihati agar menjaga kebersihan badan aku. Oleh itu, aku sentiasa bersih
dan cantik.
Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat.

11

Aku sebatang pokok kelapa


Aku sebatang pokok kelapa. Aku berumur 50 tahun.
Badan aku kurus dan tinggi lampai. Aku dilahirkan dan dibesarkan di dalam semak. Pada
kepala aku terdapat banyak buah. Aku sangat berguna kepada manusia.
Air aku dapat dijadikan minuman. Isi aku pula dapat dibuat santan atau dimakan begitu
sahaja. Batang aku dapat dijadikan titi. Lidi aku dapat dijadikan penyapu setelah diraut.
Selain itu, daun aku pula dapat dijadikan sarung ketupat.
Tuan aku ialah pekebun sayur. Tuan aku sering meraut lidi aku untuk dibuat lidi. Isterinya
pula selalu mengait buah aku dan memarut isi aku untuk mendapatkan santan. Aku selalu
memberi sumbangan kepada tuan aku sekeluarga.
Sekarang, aku sudah tua dan tidak dapat berbuah lagi. Aku berasa amat sedih kerana tidak
berguna lagi. Tuan aku akan menebang aku tidak lama lagi.

Kehidupan seorang pekebun / Pak Mat seorang pekebun


Pak Mat seorang pekebun sayur yang rajin. Dia menanam pelbagai jenis sayur seperti sawi,
kubis, cili dan sebagainya.
Pak Mat bangun awal setiap pagi. Selepas bersarapan, dia akan turun ke kebun sayurnya.
Mula-mula, Pak Mat menggemburkan tanah dan membuat batas. kemudian, dia menaburkan
benih-benih sayur di atas batas.
Dia menyiram pokok-pokok sayurnya dua kali sehari. Dia juga membubuh baja dan
menyembur racun serangga.
Apabila sayur-sayurnya sudah besar, Pak Mat memetik sayur-sayuran itu untuk dijual di
pasar. Ramai orang suka membeli sayur-sayurnya kerana segar dan murah harganya.
Wang hasil jualan sayur-sayuran itu akan digunakan untuk menyara hidup keluarganya, Dia
juga akan menyimpan sebahagian wang hasilnya di bank.
Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama keluarganya.

12

Kehidupan seorang nelayan / Pak Mat seorang nelayan


Pak Mat seorang nelayan yang rajin. Dia tinggal di Pulau Pangkor.
Pago-pagi lagi, Pak Mat sudah bersampan ke laut untuk menangkap ikan. Dia membawa
bersama-samanya bekalan makanan untuk makan tengah hari. Di laut, Pak Mat menebar
jalanya. Selepas itu, dia pun mengangkat jalanya yang penuh dengan pelbagai jenis ikan.
Apabila waktu senja tiba, dia pun pulang ke pantai.
Apabila tiba di tepi pantai, Pak Mat mengasing-asingkan hasil tangkapannya mengikut jenis
masing-masing. Peraih ikan yang sedia menunggu di jeti membeli semua hasil tangkapan Pak
Mat. Kadang-kala, dia membaiki sampannya yang rosak dan menjahit jalanya yang koyak.
Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama keluarganya.

Kehidupan seorang penoreh getah / Pak Mat seorang penoreh getah


Pak Mat seorang penoreh getah yang rajin. Dia tinggal di Kampung Setia.
Pagi-pagi lagi, Pak Mat bangun untuk menyediakan makanan dan minuman. Kemudian, dia
pergi ke ladang getah dengan menunggang basikal. Dia membawa alat-alat seperti pisau toreh,
tong besi dan lampu suluh.
Setibanya di ladang getah, Pak Mat pun mula menoreh getah. Susu getah akan mengalir ke
dalam mangkuk kecil. Pada pukul 8.00 pagi, semua pokok getah telah habis ditorehnya.
Selepas itu, Pak Mat berehat sambil memakan bekalan yang dibawa.
Sejam kemudian, Pak Mat mengumpul susu getah lalu memasukkannya ke dalam tong besi.
Setelah itu, dia membawa susu getah ke kilang memproses getah.
Pada waktu petang, Pak Mat akan bercucuk tanam di belakang rumahnya untuk
menambahkan pendapatannya. Sebahagian hasil pendapatannya akan disimpan di dalam bank
untuk kegunaan masa depan.
Walaupun kehidupan Pak Mat miskin tetapi dia hidup bahagia bersama keluarganya.

13

Bercuti di kampung
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga bercuti di kampung.
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Dalam perjalanan, kami
bergurau-senda. Tepat pukul 11.00 pagi, kami pun tiba di destinasi.
Setibanya di kampung, saya dapat melihat sawah padi yang terbentang luas. Suasana di
kampung sunyi dan udaranya sungguh segar.
Datuk telah membawa saya ke dusun buah-buahannya. Saya menolong datuk mengait buah
rambutan yang masak. Saya juga mengutip buah durian yang gugur. Di samping itu, saya juga
mengikut sepupu saya mandi di sungai. Kami turut memancing ikan.
Pada hari yang ketiga, kami pulang ke rumah. Bapa berjanji akan membawa kami bercuti di
kampung lagi pada masa hadapan.

14

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang
membuat minuman ringan. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG MINUMAN RINGAN
Pada 30 Januari 2010, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilang
Minuman F&N. Lawatan tersebut bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman ahli-ahli persatuan.
Seramai 40 orang murid telah menyertai lawatan ini. Kami diketuai oleh lima orang guru.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas sekolah. Tepat pukul
8.30 pagi, kami tiba di destinasi.
Kami disambut mesra oleh pengurus kilang, Encik Joshua Ting. Kemudian, Encik Ting
memberi penerangan tentang operasi kilang itu. Setelah itu, kami dibawa melawat sekitar
kilang. Kami berpeluang menyaksikan cara-cara memproses minuman ringan. Semua kerja di
situ dibuat oleh mesin-mesin yang canggih untuk menjimatkan masa. Di samping itu , semua
pekerja juga kelihatan sangat rajin bekerja .
Pada waktu tengah hari , kami menjamu selera di kantin. Sebelum pulang, pengurus kilang
telah menghadiahi kami setiap orang dua tin air koka-kola .Cikgu Lim juga menyampaikan
cenderahati kepada Encik Ting sebagai tanda terima kasih .
Kami berasa amat seronok kerana dapat melawat kilang itu. Kami telah mendapat banyak
pengalaman yang berguna. Kami tiba di sekolah pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh,
____________
( JOHN LIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK Chung Hua Krokop,Miri.

3 FEBRUARI 2010

15

Tulis sebuah catatan yang bertajuk Sehari dalam hidup saya


Selasa, 3 Mei 2010
5.30 pagi

: Saya bangun awal. Selepas menggosok gigi dan mandi, saya pun makan sarapan
bersama ibu bapa saya.

5.45 pagi

: Selepas bersenam, saya pun pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

6.00 pagi

: Saya membersihkan kelas saya. Selepas itu, saya berbual-bual dengan rakanrakan saya.

6.50 pagi

: Loceng berbunyi. Kelas bermula. Guru Bahasa Malaysia kami mengajar kami
Menulis sebuah karangan yang bertajuk Aku sebatang pen .

9.50 pagi

: Saya pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, saya bermain bola
Sepak di padang.

12.40 tengah hari

: Loceng tamat sekolah berbunyi. Saya menunggu bas sekolah untuk


pulang ke rumah di perhentian bas.

1.20 petang : Saya tiba di rumah saya. Selepas mandi dan makan, saya menyiapkan kerja
sekolah saya.
2.00 petang : Saya pergi ke kelas tuisyen. Kelas tuisyen saya tamat pada pukul 4.00 petang.
5.30 petang : Saya berjoging di taman bersama bapa saya.
7.00 malam : Makan malam. Selepas makan, saya berehat sambil menonton televisyen
bersama keluarga saya.
8.00 malam : Saya mengulang kaji pelajaran saya di dalam bilik.
9.00 malam : Saya pun tidur dengan nyenyak.

16

Tulis catatan kamu mengenai aktiviti pada hari Ahad / hari cuti sekolah .
3 Jun 2010, Hari Ahad
6.30 pagi

- Saya bangun daripada tidur. Kemudian, mengemas bilik tidur serta mandi
dan memakai pakaian yang bersih.

7.00 pagi

- Saya menolong emak menyediakan sarapan. Hari ini emak menanak nasi
lemak dan karipap. Selepas itu, saya bersarapan bersama keluarga.

8.30 pagi

- Saya mengikut bapa dan emak pergi ke pasar. Kami membeli sayursayuran, buah-buahan, ayam dan ikan.Setelah membeli semua barang, kami
pun pulang ke rumah.

10.00 pagi

- Saya menolong emak memasak di dapur. Saya belajar satu lagi resipi baru
daripada ibu.

1.00 petang

- Saya makan tengah hari bersama keluarga.

2.00 petang

- Kami sekeluarga berehat sambil menonton televisyen.

3.00 petang

- Saya menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru dan mengulang kaji
pelajaran.

5.00 petang

- Saya bermain bola bersama-sama kawan-kawan di padang permainan.

6.30 petang

- Saya pulang ke rumah dan mandi. Kemudian, saya menolong emak


menyiapkan makan malam. Selepas bersiap, kami sekeluarga makan malam
bersama-sama.

8.00 malam

- Saya menonton televisyen sambil berbual-bual dengan keluarga saya.

9.00 malam

- Mengulang kaji pelajaran saya di dalam bilik saya.

10.00 malam

- Tidur.

17

Tulis sepucuk surat kepada guru darjah kamu untuk memohon cuti sakit selama dua hari.
Lot 123, Taman Seri,
Jalan Pisang 8,
98000 Miri.

Cikgu Chin,
SJK Chung Hua Krokop,
98000 Miri.

3 MAC 2010.

Cikgu,
Memohon Cuti Sakit
Merujuk perkara di atas, saya Ling Ming Hui, murid Tahun Enam E, ingin memohon cuti sakit
selama dua hari, iaitu pada 3 Mac dan 4 Mac.
2.
Saya terpaksa memohon cuti ini kerana telah dijangkiti deman panas. Saya telah
menerima rawatan dan dinasihati oleh doctor supaya berehat selama dua hari. Saya akan
kembali belajar di sekolah setelah sembuh.
3.
Bersama-sama dengan surat ini saya sertakan surat akuan daripada doktor untuk
makluman pihak cikgu.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
_______________
( LING MING HUI )

18

Persatuan Bahasa Malaysia bercadang hendak mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang
memproses susu. selaku setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada pengurus kilang untuk memohon kebenaran.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Jenis Kebangsaan,
Chung Hua Krokop,
98000 Miri.

Pengurus Kilang,
Kilang Susu Sedap,
Jalan Piasau 8,
98000 Miri.

10 MEI 2010

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Kilang
Merujuk perkara di atas, Persatuan Bahasa Malaysia ingin memohon kebenaran mengadakan
lawatan ke kilang tuan.
2.
Lawatan tersebut bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman
baharu ahli-ahli persatuan.
3.
Lawatan ini akan diadakan pada 10 Jun 2010. Lawatan ini akan disertai oleh 40 orang
ahli serta lima orang guru penasihat.
4.
Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan menjaga nama baik
sekolah semasa mengikuti lawatan ini.
5.
Saya amat berharap tuan dapat meluluskan permohonan ini dengan secepat mungkin
bagi memudahkan kami untuk membuat segala persiapan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
_______________
( BONG KOK WEI )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia.

19

Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda di luar Negara untuk menceritakan tempattempat yang menarik di Malaysia.
123, Taman Seri ,
Jalan Pisang 9 ,
98000 Miri .
5 Julai 2010 .
Menemui sahabatku, saudara John yang kini berada di Jepun dengan selamatnya.
Saudara,
Apa khabar saudara di sana? Saya kini sihat-sihat sahaja. Semoga saudara begitu juga.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tempat-tempat menarik di
Malaysia. Malaysia mempunyai tempat-tempat yang sejuk seperti Cameron Highlands dan
Gunung Kinabalu. Suasana di situ amat segar dan udaranya pula nyaman.
Jika saudara suka mandi-manda, saudara boleh pergi ke tepi pantai atau air terjun. Pantai
Port Dickson dan Air Terjun Lala Iskandar amat terkenal di kalangan pelancong. Air terjun
yang sejuk amat sesuai untuk saudara mandi-manda.
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga bertemu lagi .
Yang benar ,

Jack

20

Cita-cita saya
Saya yakin setiap orang pasti mempunyai cita-cita. Begitu juga dengan saya.
Saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Saya berasa kasihan melihat pesakit setiap
kali saya pergi ke hospital. Keadaan ini telah mendorong saya untuk menjadi seorang doktor.
Tugas seorang doktor sangat berat. Jika saya seorang doktor , saya akan merawat
pesakit dengan baik. Saya tidak akan memilih kasih dan berharap mereka akan cepat sembuh.
Selain itu, saya akan memberi nasihat kepada mereka.
Saya akan membuka sebuah klinik sendiri di kampung. Saya akan merawat pesakit-pesakit
yang miskin dengan percuma.
Mulai hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapi cita-cita saya.

Kehidupan seorang posman / Encik Hassan seorang posman


Encik Hassan seorang posman yang rajin dan bertanggungjawab. Dia bekerja di Pejabat
Pos Miri .
Encik Hassan mula bekerja pada pukul 8.00 pagi . Dia menghantar surat dengan
menunggang motosikal .
Encik Hassan bekerja tanpa menghiraukan hari panas atau hujan. Kadang-kadang , dia
dikejar oleh anjing yang garang .
Encik Hassan berasa bangga menjadi seorang posman .

Bermain layang-layang
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti di kampung datuk saya selama seminggu.
Semasa berada di kampung , saya berpeluang bermain layang-layang bersama kawan-kawan
lama saya .
Kami bermain layang-layang di padang yang luas dan lapang. Kami bermain layang-layang
pada waktu petang .
Layang-layang kami terbang dengan tinggi apabila angin bertiup dengan kencang. Kami
sangat gembira apabila melihat layang-layang terbang tinggi di udara. Kami juga sering
bertanding untuk melihat layang-layang siapa yang terbang paling tinggi.
Pada waktu senja, barulah kami pulang ke rumah masing-masing .

21

Memancing ikan.
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa telah membawa saya pergi memancing ikan di tepi
sungai. Sebelum bertolak , Kami telah menyediakan joran, umpan, baldi dan sebagainya.
Kami berbasikal ke sana. Dalam perjalanan , kami bergurau-senda. Tidak lama kemudian,
kami pun tiba di destinasi.
Apabila tiba di tepi sungai, bapa mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah
sebatang pokok yang rendang. Bapa mengajar saya memasang umpan pada joran. Selepas itu,
kami mula memancing.
Suasana di situ amat tenang. Udaranya juga nyaman. Kami memancing sambil membaca
buku. Kami tidak bercakap semasa memancing kerana takut akan ikan tidak datang memakan
umpan kami.
Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya
amat gembira kerana terpancing seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami mendapat
lapan ekor ikan.
Pada waktu senja, kami berkemas lalu pulang ke rumah. Saya amat gembira kerana dapat
pergi memancing ikan bersama bapa.

Melawat ke Zoo Negara / melawat suatu tempat yang menarik


Pada minggu yang lalu, kelas kami telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Semua murid
kelas saya menyertai rombongan ini.
Kami diketuai oleh Cikgu Su dan Cikgu Lim. Kami bertolak ke Zoo Negara pada pukul 9.00
pagi dengan menaiki bas yang disewa. Dalam perjalanan, kami bergurau-senda . Kira-kira tiga
jam kemudian, kami pun tiba di Zoo Negara.
Setelah membeli tiket, kami terus masuk ke dalam zoo. Di dalam Zoo Negara, terdapat
berbagai-bagai jenis binatang seperti harimau , singa, beruang, zirafah, kuda belang dan
sebagainya. Kami gembira melihat telatah monyet di situ. Burung kakak tua juga memberikan
kami salam Selamat Datang .
Apabila penat berjalan, kami berehat sebentar. Selepas itu, kami bergambar beramairamai.
Kami bertolak pulang pada pukul 4.30 petang. Kami semua berasa amat gembira pada
hari itu.

22

Mimpi ngeri / mimpi yang menakutkan


Pada suatu malam, saya berjalan kaki pulang dari rumah kawan saya. Keadaan di
sekeliling sangat gelap.
Apabila tiba di bawah sepohon pokok yang besar, saya terdengar suara orang memanggil
saya. Saya segera menoleh ke belakang. Saya ternampak suatu lembaga yang sangat hoboh
terbang ke arah saya .
Saya berasa terkejut dan takut. Saya terus berlari sekuat-kuat hati sambil menjerit
meminta tolong. Lembaga itu mengejar saya.
Tiba-tiba, saya terasa bahu saya ditepuk. Saya terus membuka mata. Rupa-rupanya saya
bermimpi.

pameran / pesta buku


Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan Johan bersama-sama pergi ke pameran
buku. Pameran buku itu diadakan di dewan sekolah saya selama seminggu.
Kami ke sana dengan menaiki bas pada pukul 8.00 pagi. Tidak lama kemudian,
kami pun tiba di destinasi.
Setibanya di situ, ramai orang telah berada di tempat pameran. Dewan
sekolah telah dihias dengan cantik. Pelbagai jenis buku disusun kemas di atas meja.
Suasana di situ riuh-rendah.
Selain itu, alat tulis turut dijual. Semua buku di situ dijual dengan harga yang
murah. Di samping itu, semua buku juga diberikan potongan sehingga 40%.
Saya telah membeli dua buah buku cerita Bahasa Malaysia. Johan pula
membeli sebuah kamus Bahasa Cina.
Selepas membayar wang di kaunter, kami pulang ke rumah dengan gembira.

23

berkelah di tepi pantai


Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Damai.
Emak saya menyediakan makanan, minuman, baju renang dan sebagainya. Kami
bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Tidak lama kemudian,
kami pun tiba di tepi pantai.
Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok . Saya, kakak dan abang
terus menukar baju renang. Kami bermain air di dalam laut. Kami bermain dengan
gembira . Bapa membaca buku cerita manakala emak mendengar radio di bawah
pokok.
Selepas puas berenang, kami berehat dan menikmati makanan yang disediakan
oleh emak. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi pantai. Saya juga mengutip kuli
siput yang cantik. Kakak dan abang pula membina istana pasir. Bapa mengambil
gambar untuk kami.
Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

24

Kamu akan menyambut hari lahir/ jadi yang ke-11. Kamu bercadang untuk menjemput
sahabat kamu untuk menghadiri majlis hari lahir kamu. Tulis sepucuk surat kepada
sahabat kamu itu.
123, Taman Seri ,
Jalan Nanas 9 ,
98000 Miri.
18 Mei 2008
Menemui sahabatku, saudara Johan yang kini berada di Marudi dengan selamatnya.
Saudara,
Apa khabar ? Saya kini sihat-sihat sahaja. Semoga saudara begitu juga.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudara menghadiri majlis hari
lahir saya yang ke 11. Hari jadi saya jatuh pada 18 Jun 2008 , hari Sabtu. Majlis hari jadi
saya akan diadakan pada pukul 6.00 petang di rumah saya.
Saya telah menjemput kawan-kawan yang saudara kenal untuk datang menghadiri
majlis ini. Saya berharap saudara dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis hari jadi
saya ini . Di samping itu, saudara juga boleh bersembang dengan kawan-kawan yang lama. Jika
saudara ada masalah tempat tinggal , jangan bimbang , saudara boleh bermalam di rumah
saya.
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga bertemu lagi.
Yang benar,
Adam

25

Hari yang paling malang bagi saya


Pada suatu pagi, semasa saya bersarapan, susu yang hendak saya minum tertumpah pada
pakaian sekolah saya. Oleh itu, saya terpaksa menyalin pakaian saya secara tergesa-gesa.
Kejadian itu telah menyebabkan saya ketinggalan bas dan terlewat sampai di sekolah.
Semasa saya memasuki bilik darjah, rakan-rakan sedarjah mentertawakan saya. Ruparupanya baju yang saya pakai terbalik.
Apabila pulang ke rumah, barulah saya sedar bahawa saya terlupa membawa kunci rumah.
Oleh itu, saya terpaksa menunggu ibu pulang dari pejabat.
Hari itu merupakan hari yang paling malang bagi saya .

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan


Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan berlaku pada hari pertama saya belajar dalam
tahun satu.
Pada hari itu, nenek telah menghantar saya ke sekolah. Guru kelas saya sangat garang.
Semasa berada di dalam kelas, saya terasa hendak ke tandas. Saya tidak berani
memberitahu guru saya. Tanpa disedari, saya telah terkencing di dalam kelas.
Guru saya telah memarahi saya. Saya berasa sangat malu pada hari itu.

Pengalaman pergi ke pasar


Pada hari Ahad yang lalu, saya telah mengikut emak pergi ke pasar. Kami berjalan kaki ke
sana.
Setiba di sana, saya dapat melihat ramai orang dan banyak gerai. Ada gerai sayur, ikan,
daging, buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya. Pada mulanya, saya dan emak berjalan
menuju ke gerai menjual ikan. Emak telah membeli dua ekor ikan bawal hitam. Selepas itu,
emak membeli beberapa jenis sayur, kuih-muih dan buah-buahan.
Banyak orang sedang membeli-belah di pasar. Keadaan di situ sibuk dan riuh dengan
jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik perhatian pembeli. Para pembeli
pula tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang murah.
Setelah emak selesai membeli barang-barang, kami pun pulang ke rumah. Saya amat
gembira kerana dapat mengikut emak pergi ke pasar.

26

Pengalaman pergi ke pasar malam


Pada setiap hari Jumaat, pasar malam diadakan di tempat saya.
Pada hari Jumaat yang lalu, setelah makan malam, saya dan abang mengikut ibu bapa
pergi ke pasar malam. Kami berjalan kaki ke sana.
Setiba di sana, saya dapat melihat pelbagai kerenah manusia dan banyak gerai. Ada gerai
buah-buahan , kuih-muih , barang-barang perhiasan dan sebagainya. Harga barang-barang di
pasar malam sangat murah.
Banyak orang sedang membeli-belah di pasar malam. Keadaan di situ sibuk dan riuh
dengan jeritan penjual. Para penjual menjerit-jerit untuk menarik perhatian para pembeli.
Para pembeli pula tawar-menawar dengan penjual untuk mjendapatkan harga yang murah.
Emak telah membeli beberapa jenis kuih di sebuah gerai kuih-muih. Bapa pula membeli
beberapa ekor ikan emas untuk saya dan abang.
Kemudian, kami pun pulang ke rumah. Saya amat gembira kerana dapat mengikut ibu bapa
pergi ke pasar malam.

27

Pasukan pakaian seragam yang kamu sertai telah mengadakan perkhemahan. Tuliskan sebuah
berita tentang perkhemahan tersebut .
AKTIVITI PERKHEMAHAN
MIRI , 15 November Persatuan Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Jenis Kebangsaan Chung
Hua Krokop telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Taman Negara Lambir. Seramai 100
orang ahli menyertai perkhemahan yang diadakan julung kalinya .
Aktiviti perkhemahan selama dua hari itu bertujuan untuk melatih ahli-ahli supaya hidup
berdikari.
Lima orang guru ditugaskan untuk membimbing dan membantu para ahli. Pelbagai aktiviti
seperti memasang khemah , pertandingan memasak , mencari harta karun dan sebagainya
telah dilakukan .
Setelah tamat aktiviti perkhemahan , para perserta diberi sijil penyertaan . Semangat
bekerjasama dapat dilihat semasa aktiviti-aktiviti dijalankan .
Persatuan Pengakap Kanak-Kanak sekolah tersebut akan mengadakan aktiviti
perkhemahan seumpama itu pada tahun hadapan .

Tuliskan berita tentang perasmian pusat sumber sekolah kamu .


PERASMIAN PUSAT SUMBER
MIRI , 2 Mei Pusat sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop telah dirasmikan
Pegawai Pelajaran Daerah , Puan
Dalam ucapan perasmian , beliau mengucapkan syabas atas kejayaan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG ) kerana berjaya mengumpul wang dan seterusnya membina pusat sumber
dalam masa yang singkat .
Beliau berharap pusat sumber di sekolah tersebut akan memudahkan pembelajaran
murid-murid. Mereka juga dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan harta benda di dalam
pusat sumber tersebut .
Terdapat pelbagai jenis buku dan majalah serta empat buah computer . Justeru itu,
murid-murid akan memperoleh pengetahuan terkini di samping berpeluang menambahkan
pengetahuan dengan cara yang lebih menyeronokkan .
Majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian koir oleh
murid-murid sekolah. Selepas itu, jamuan minuman petang diadakan .
Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang .

28

Andaikan bahawa kamu ialah setiausaha Persatuan Seni sekolah kamu. Tulis sebuah laporan
tahunan bagi persatuan tersebut.
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN SENI
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa

:
:
:
:
:

Cikgu Kho Min Hui


Lim Lin Loi
Wong Ai Ling
Voon Hok Seng
Chew Kok Meng
Kong Kok Kee
Peggy Ng
Sepanjang sesi persekolah tahun ini , Persatuan Seni SJK Chung Hua Krokop telah
bergerak giat dengan mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti pertunjukan kebudayaan ,
pertandingan melukis dan kelas bimbingan kerja tangan .
Selain itu, persatuan juga telah menerima sebanyak 52 orang ahli baharu yang terdiri
daripada murid-murid Tahun Empat , Lima dan Enam.
Pada bulan November, persatuan ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman
Negara Lambir .
Semoga persatuan ini akan terus maju pada sesi persekolahan yang akan datang. Akhir
sekali , Semua AJK dan ahli-ahli persatuan Seni merakamkan ribuan terima kasih kepada guru
penasihat atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan sepanjang tahun ini .
Disediakan oleh ,

15 NOVEMBER 2012

( WONG AI LING )
Setiausaha ,
Persatuan Seni ,
Sekolah Jenis Kebangsaan ,
Chung Hua Krokop .

29

You might also like