You are on page 1of 10

PENULISAN PERUNDANGAN

SYARIE
(LAW 636)
Legal Opinion

Disediakan oleh:
Nurul Fatin Amirah bt Abd Wahab
Disediakan untuk:
Puan Rafizah Abu Hassan

(2015287782)

Fakta kes
HARTA SEPENCARIAN SUMBANGAN SECARA TIDAK LANGSUNG
Aysha Aleeya, 50 telah berkahwin dengan Izzat Ikhwan, 55 pada tahun 1991
dan usia perkahwinan mereka telah mencecah 25 tahun. Hasil daripada
perkahwinan, mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Aiman Ilyas, 24 dan Amani
Ilyana, 22, Aliff Ilyas, 18 dan Amanda Ilyana, 12. Aysha adalah seorang suri rumah
sepenuh masa, manakala Izzat adalah bekas polis yang telah bersara setelah
berkhidmat selama 25 tahun.
Pada waktu Izzat mula-mula bekerja sebagai polis, Izzat seringkali bekerja
pada waktu malam dan jarang pulang kerumah. Oleh itu, semua hal yang berkaitan
dengan anak-anak di sekolah dan dirumah sepenuhnya dibawah tanggungjawab
Aysha. Sepanjang ketiadaan Izzat bersama dengan Aysha, Aysha tidak pernah
bersungut dan meminta Izzat untuk mengupah orang gaji bagi membantunya
mengurus rumah tangga. Malah, bagi meringankan beban Izzat, Aysha mengambil
upah membuat kuih dan menghantarnya ke kedai yang berhampiran dengan
menggunakan kereta Proton Saga lama milik Izzat yang telah dijual untuk membeli
rumah banglo di Batu Caves, Selangor.
Memandangkan Izzat adalah seorang polis, dia seringkali berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Ketika mula-mula berkahwin, Aysha mengikut Izzat
menetap di Raub, Pahang dan pangkat Izzat pada ketika itu ialah konstable.
Kemudian pada tahun 1992, Izzat dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal dan
Aysha mengikut Izzat yang telah dipindahkan ke Arau, Perlis. Selepas 4 tahun
berkhidmat di Perlis,Aysha telah mengikut Izzat yang telah diserapkan ke Pasukan
Gerakan Am (PGA) selama 6 tahun sehingga Izzat dinaikkan pangkat daripada Lans
Koperal menjadi Koperal. Kemudian, pada Disember 2004, Aysha mengikut Izzat
yang ditukarkan ke Johor kerana dinaikkan pangkat Sarjan. Pada April 2006, Izzat
mengikuti latihan Inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan dinaikkan
pangkat Inspektor sehingga seterusnya ditugaskan di Kor SUKSIS, Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam dan seterusnya bersara pada tahun Oktober 2011.
Pada September 2015, Aysha dan Izzat bercerai dan diluluskan oleh
Mahkamah atas alasan mereka tidak lagi sehaluan untuk hidup bersama dan tidak

bahagia sebagai pasangan suami isteri. Oleh itu, Aysha ingin menuntut keatas hartaharta yang diperolehinya bersama-sama sepanjang mereka berkahwin.
Antara harta-harta tersebut adalah sebuah rumah banglo yang beralamat di
Lot 5361, Jalan Murni, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor yang dibeli pada
tahun 2006 iaitu 16 tahun selepas perkahwinan dan masih belum habis dibayar.
Selain itu, mereka juga mempunyai sebuah rumah teres yang beralamat di No. 24,
Jalan Murni, Taman Sri Desa, Klang, Shah Alam, Selangor yang dibeli antara tahun
1991 hingga 1995 dan pinjaman rumah tersebut telah habis dibayar. Mereka juga
mempunyai sebuah kereta Honda Civic 1.8 (A) i-VTEC pada tahun 2012 yang dibeli
oleh Izzat dan dihadiahkan kepada Aysha hasil daripada duit pencennya no
Pendaftaran BKT 55 dan bayaran bulanan dibayar oleh Izzat sehingga sekarang.

NO
1

HARTA YANG DITUNTUT


Rumah banglo

TAHUN
2006

Lot 5361, Jalan Murni, Taman Sri Gombak, Batu Caves,


Selangor
2

Rumah teres

1991-1995

No. 24, Jalan Murni, Taman Sri Desa, Klang, Shah Alam,
Selangor
3

Kereta Honda Civic 1.8 (A) i-VTEC


No. Pendaftaran BKT 55

Legal Opinion

2012

Dalam perkara ini, perkara utama yang perlu diambil kira adalah samaada
Mahkamah mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuntuan
harta sepencarian atau pun tidak.
Mengikut Hukum Syara sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab al-Fiqh
al Islami wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily yang mana bidang kuasa
Hakim(qadi) ada sepuluh iaitu;
1) Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada secara
suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui hukuman yang diperkuat
kuasakan,
2) Menghalang
pencerobohan

orang
dan

yang

zalim

lain-lain,

daripada

serta

melakukan

menolong

orang

perompakan,
teraniaya

dan

menyampaikan hak kepada tuannya,


3) Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Alaah s.w.t,
4) Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka,
5) Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak ayatim, orang gila dan
melantik wasi untuk menguruskan harta mereka,
6) Mengawasi harta wakaf,
7) Melaksanakan wasiat,
8) Mengahwinkan wanita yang tidak ada walim, atau yang walinya enggan
mengahwinkannya,
9) Mengawasi kepentingan kepentingan awam seperti halan raya dan lain-lain,
dan
10)Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan perkataan
dan perbuatan.
Manakala dari segi undang-undang pula, terdapat dua peruntukan undangundang mengenai tuntutan harta sepencarian di dalam negeri Selangor pada masa
ini. Peruntukan pertama adalah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen
2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan
bahawa sebarang harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri sepanjang
perkahwinan merupakan harta sepencarian dan ia berkuat kuasa mengikut syaratsyarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Seterusnya,

peruntukan

kedua

adalah

Seksyen

122

Enakmen

sama

memperuntukkan berkenaan dengan kuasa Mahkamah memerintah pembahagian


harta sepencarian. Di dalam Seksyen 122(1) menyatakan bahawa Mahkamah
mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah supaya membahagikan mana-mana

aset yang diperolehi oleh pasangan semasa tempoh perkahwinan dengan usaha
bersama-sama antara mereka atau menjual mana-mana aset dan hasil jualan
dibahagi kedua-dua belah pihak.

Seksyen 122(2)(a) menyatakan bahawa

Mahkamah perlu memberi perhatian kepada takat sumbangan-sumbangan yang


diberi oleh suami isteri sama ada dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi
memperolehi aset tersebut; (b) sebarang hutang atau pinjaman yang dibuat oleh
suami atau isteri sepanjang perkahwinan bagi manfaat bersama; (c) dan sekiranya
ada anak yang belum dewasa, perlu diambil kira keperluan-keperluan bagi anakanak tersebut, dan merujuk kepada perkara-perkara tersebut Mahkamah perlu
membahagikan aset-aset dengan sama banyak. Subseksyen (3) menyatakan bagi
aset yang diperolehi hasil daripada usaha satu pihak, aset tersebut boleh dibahagi
antara mereka atau aset itu dijual dan nilainya dibahagi antara mereka. Bagi aset
yang diperolehi hasil dari satu pihak, subsekyen (4) menyatakan bahawa Mahkamah
perlu mengambil kira takat sumbang yang dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi
aset tersebut dari segi kebajikan kepada keluarga dengan memelihara rumahtangga
atau menjaga keluarga dan juga keperluan anak-anak yang belum dewasa
sekiranya ada, dan Mahkamah boleh membahagikan aset-aset tersebut mengikut
kadar yang difikirkan munasabah tetapi pihak yang memberi usaha untuk
memperolehi aset tersebut perlulah menerima kadar yang lebih besar. Subseksyen
(5) pula menyatakan bahawa aset-aset yang diperolehi sepanjang tempoh
perkahwinan termasuklah aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan
yang telah dimajukan sebahagian besarnya dalam tempoh perkahwinan oleh pihak
yang satu lagi atau dimajukan bersama-sama.
Di dalam Sekyen 61 (3)(b)(iv) menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah
mempunyai bidang untuk mendengar dan memutuskan hal-hal yang berkaitan
pembahagian atau tuntutan harta sepencarian sekiranya semua pihak dalam
tindakan atau prosiding adalah orang Islam.
Oleh itu, mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam
negeri Selangor, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah Mahkamah yang
berkompeten dan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan
tuntutan harta sepencarian dan lain-lain tuntutan yang terbit daripadanya.

Kemudian barulah kita lihat samaada harta yang dituntut oleh Aysha adalah harta
yang diperolehi semasa dalam perkahwinannya dengan Defendan ataupun tidak dan
juga apakah sumbangan Aysha dalam mendapatkan harta berkenaan serta
berapakah takat sumbangannya.
Dalam kes ini, Aysha menuntut daripada Izzat ke atas harta-harta sebagaimana
berikut:i)

Sebuah rumah banglo yang beralamat di Lot 5361, Jalan Murni,

ii)

Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.


Sebuah Rumah teres No. 24, Jalan Murni, Taman Sri Desa, Klang,

iii)

Shah Alam, Selangor.


Sebuah kereta Honda Civic 1.8 i-VTEC dengan No. Pendaftaran BKT
55

i)

Rumah banglo yang beralamat di Lot 5361, Jalan Murni, Taman Sri
Gombak, Batu Caves, Selangor.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Aysha, dia mengatakan bahawa
rumah banglo yang berada di alamat tersebut dibeli pada 2006 iaitu selepas 15
tahun usia perkahwinan. Oleh yang demikian, rumah tersebut diperolehi dalam
tempoh perkahwinan Aysha dan Izzat yang mana mereka telah berkahwin pada
tahun 1991. Menurut Aysha, kereta Proton Saga yang dijual oleh Izzat untuk
membeli rumah tersebut telah digunakan oleh Aysha sebelumnya untuk
kegunaannya menghantar kuih muih yang dibuat ke kedai-kedai yang
berhampiran. Dalam kes ini, Aysha telah berusaha berniaga secara kecil-kecilan
bagi menambahkan pendapatan. Sekiranya Mahkmah berpuas hati dengan
bukti-bukti yang diberikan oleh Aysha, maka rumah banglo yang beralamat di Lot
5361, Jalan Murni, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor yang telah
diperoleh oleh Aysha dan Izzat semasa perkahwinan mereka merupakan harta
sepencarian. Namun begitu, sumbangan yang diberikan oleh Aysha bagi
mendapatkan rumah banglo tersebut bukanlah sumbangan secara langsung
yang berbentuk wang tetapi hanyalah sumbangan secara tidak langsung
sebagai seorang isteri yang turut bekerja menjual makanan bagi menambah
pendapatan keluarga.

ii)

Rumah teres di No. 24, Jalan Murni, Taman Sri Desa, Klang, Shah Alam,
Selangor.
Menurut Aysha, rumah teres ini telah diperolehi oleh Izzat antara tahun 1991
hingga 1995, dan sekarang telah pun habis dibayar. Oleh itu, tanah tersebut jelas
diperolehi dalam masa perkahwinan dengan Plaintif dan ianya boleh dianggap
sebagai harta sepencarian. Walau bagaimanapun, Aysha tidak menyatakan
sumbangannya secara langsung dalam memperolehi harta tersebut, sebaliknya
Aysha hanya menyatakan sumbangannya dengan bekerja secara kecil-kecilan
dan mengambil tempahan kuih-muih telah membantu pendapatan keluarga
sehingga memberi ketenangan kepada Izzat yang bekerja sebagai anggota polis
di samping Aysha menjaga dan membesarkan anak seramai 4 orang. Oleh itu,
rumah teres tersebut merupakan harta sepencarian kerana diperolehi dalam
tempoh perkahwinan mereka dan takat sumbangan Aysha dalam memperolehi
harta tersebut hanyalah sumbangan secara tidak langsung.

iii)

Sebuah kereta Honda Civic no Pendaftaran BKT 55.


Kereta Honda Civic tersebut dibeli oleh Izzat dengan menggunakan duit
bersaranya. Oleh itu, jelaslah kereta tersebut diperolehinya ketika dalam tempoh
perkahwinan.

Walau

bagaimanapun,

Aysha

gagal

untuk

menyatakan

sumbangannya secara langsung dalam memperolehi kereta tersebut. Walaupun


begitu, Mahkamah masih akan lihat sumbangan secara tidak langsung yang
disumbangkan oleh Aysha iaitu kesetiaannya yang sentiasa berada di sisi Izzat
memandangkan Izzat sentiasa berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain.
Dalam hal ini, Mahkamah akan mengambil kira pengorbanan yang dibuat oleh
Aysha sehingga memberi ketenangan kepada Izzat dalam menumpukan kepada
kerjayanya sehingga ditawarkan ke pangkat Inspektor dan seterusnya bersara
daripada menjadi anggota polis. Hasil daripada duit bersara tersebut, Izzat telah
membeli kereta Honda Civic tersebut. Oleh itu, dengan mengambil kira hal-hal
berikut, kereta tersebut merupakan harta sepencarian mereka bersama dan
sumbangan Aysha dalam memperolehi kereta tersebut adalah sumbangan
secara tidak langsung.
Oleh itu, sumbangan Aysha secara tidak langsung dalam memperolehi hartaharta tersebut tidak dapat dinafikan dengan mengambil kira hal-hal seperti berikut:-

1)

Aysha melakukan kerja berniaga secara kecil-kecilan dengan


mengambil tempahan membuat kuih-muih.
Mengikut

Aysha,

dia

melakukan

pekerjaan

dengan

berniaga

bagi

menambahkan pendapatan serta meringankan kehidupan berkeluarga. Aysha


berniaga kuih-muih ketika mengikuti Izzat bertugas sebagai anggota polis di
Raub, Pahang dan di Arau, Perlis. Oleh itu, apa-apa perolehan ke atas aset-aset
yang dituntut sudah tentulah ada bahagiannya sebagai isteri kepada Izzat. Hal ini
bertepatan dengan Surah An-Nisa, ayat 32 dimana Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan
orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.
Manakala, di dalam kes Boto Bte Taha lwn Jaafar, isteri yang telah
menemankan dan menolong suami terus menerus dalam perniagaan ikan dan
segala hasil yang diperoleh seperti rumah, tanah, kapal tangkap ikan dan gerai
menjual ikan diputuskan isteri berhak kepada 1/3 daripada harta sepencarian
tersebut. Maka, di dalam kes ini, Aysha berhak untuk mendapatkan bahagiannya
di dalam harta sepencarian tersebut sekurang-kurang 1/3 daripada harta
sepencarian.
2)

Mahkamah perlu mengambil kira kesabaran hidup Aysha yang


menemani Izzat berpindah tempat sehingga Izzat berjaya dinaikkan
pangkat.
Berkat kesabaran hidup bersama dengan Izzat selama 25 tahun usia

perkahwinan,

Izzat

dimurahkan

rezeki

dan

dinaikkan

pangkat

dalam

perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sesungguhnya di sebalik kenaikkan


pangkat daripada Konstable ke peringkat Inspektor adalah pengorbanan oleh
Aysha sebagai seorang isteri yang tercinta yang sentiasa menyokong dan
meringankan beban Izzat dengan menjaga rumah tangga dan hal ehwal anakanak sehingga membuatkan Izzat menjadi tenang dan terus komited dalam
tugasnya. Oleh itu, adalah tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi tentang
sumbangan tidak langsung yang dibuat oleh Aysha dalam perolehan harta
sepencarian tersebut.
3)

Pengorbanan dan usaha menjaga serta mendidik anak-anak.

Perngorbanan Aysha dalam mendidik anak seramai 4 orang juga adalah


merupakan

satu

sumbangan

atau

pengorbanan

dlam

mengambil

kira

pembahagian harta sepencarian yang dituntut tersebut. Ini jelas dinyatakan di


bawah Seksyen 122(4) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa (a) Mahkamah perlu
mengambil kira takat sumbang yang dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi
aset tersebut dari segi kebajikan kepada keluarga dengan memelihara
rumahtangga atau menjaga keluarga dan (b) keperluan anak-anak yang belum
dewasa sekiranya ada, dan Mahkamah boleh membahagikan aset-aset tersebut
mengikut kadar yang difikirkan munasabah tetapi pihak yang memberi usaha
untuk memperolehi aset tersebut perlulah menerima kadar yang lebih besar. Di
dalam kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi, Kadi Besar Pulau Pinang berkata
bahawa harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan
perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumah tangga, suami keluar
mencari nafkah isteri, menurut Syarak berhak mendapat orang gaji dalam
mengurus rumah tangga, jika tidak maka kerja memasak, membasuh dan
mengurus rumah hendaklah dianggap sebahagian dari kerja yang mengurangkan
tanggungan suami. Dalam kes lain iaitu Haminah Be lwn Samsudin, Kadi Besar
Pulau Pinang memutuskan bahwa isteri yang telah membuat kerja-kerja lazim
dilakukan oleh seorang isteri dengan sepenuhnya tanpa pertolongan dari orang
gaji, maka hasil sepanjang hidup dianggap hasil bersama dan kerja yang
dilakukan oleh isteri tersebut telah meringankan 1/3 dari tanggungannya. Dalam
kes itu, Mahkamah memutuskan sebuah rumah yang diperolehi di dalam
perkahwinan dibahagi dua dengan nilaian wang sebanyak $7000 iaitu seorang
$3500.
Secara kesimpulannya, berdasarkan tuntutan Aysha terhadap harta-harta
tersebut, Aysha mempunyai bukti yang cukup bahawa ketiga-tiga harta yang dituntut
tersebut merupakan harta sepencarian bersama-sama dengan suaminya, Izzat.
Namun, berdasarkan fakta yang diberikan oleh Aysha, dia hanya dapat
membuktikan sumbangan secara tidak langsung. Mahkamah masih akan mengambil
kira sumbangan secara tidak langsung dalam pembahagaian harta sepencarian
mengikut kadar yang munasabah tetapi walau bagaimanapun, pihak yang

mempunyai usaha dalam meperolehi aset iaitu dalam kes semasa, Izzat akan
mendapat kadar yang lebih besar.

You might also like