You are on page 1of 2

http://www.astroawani.

com/berita-malaysia/jerebukementerian-pendidikan-aktifkan-bilik-gerakankecemasan-114503

Jerebu: Kementerian
Pendidikan aktifkan bilik
gerakan kecemasan
Ogos 19, 2016 14:10 MYT

Mahdzir berkata berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia. - Gambar fail

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan mengaktifkan bilik gerakan


kecemasan sejak dua hari lepas bagi memantau keadaan jerebu terutama di
kawasan sekolah.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya bekerjasama dengan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi tujuan itu.
"Setakat ini tiada apa-apa lagi (jerebu)...indeks (Indeks Pencemaran Udara)
semakin meningkat tapi tak berapa jelas menunjukkan (memberi) apa-apa
kesan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan
Perwakilan Bahagian UMNO Kota Baharu kali ke-22 di Bangunan UMNO
Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Kota Baharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che
Salleh.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar dilapor sebagai berkata beliau akan memaklumkan kepada
negara jiran Indonesia mengenai kebakaran tanah serta hutan di Sumatera
tengah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan di beberapa kawasan di
Malaysia.
Selasa lepas, jerebu kembali melanda beberapa kawasan di Lembah Klang,
Melaka dan Negeri Sembilan berikutan titik panas terus meningkat di
Indonesia.
Ditanya mengenai penutupan sekolah jika masalah jerebu semakin serius,
Mahdzir berkata ia bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang
dikeluarkan oleh kementerian itu berhubung sesuatu bencana.
"Ada tatacara dan peraturan sama ada tutup atau tak tutup (sesebuah
sekolah yang dilanda jerebu). Ini kira jauh lagi (daripada jerebu serius) dan
masih awal lagi (untuk tutup sekolah)," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya Mahdzir berkata hampir 60 dekad
kemerdekaan negara, pelbagai kejayaan telah dikecapi terutama
membabitkan bidang pendidikan khususnya bagi masyarakat yang tinggal di
luar bandar.
Beliau berkata kejayaan yang dikecapi itu hasil perpaduan antara kaum dan
sikap taat kepada pemimpin serta tidak membuat sesuatu yang boleh
menghuru-harakan negara.

You might also like