You are on page 1of 11

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI AZAN DAN SOLAT

1. Nama Program

: KEM BESTARI AZAN DAN SOLAT

2. Tarikh

: 25.07.2016

3. Hari/Masa

: Isnin / 7.45 1.35 tengahari

4. Tempat

: Surau SK Renek

5. Objektif

a) Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
b) Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan
bimbingan guru.
c) Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
d) Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan bimbingan guru.
e) Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat
yang wajib dalam kehidupan harian
f) Memberi pendedahan kepada murid

tentang kepentingan solat dalam

kehidupan.

6. Sasaran

: Murid-murid Prasekolah Baiduri Bestari

7. Butiran Aktiviti

TAKLIMAT PROGRAM ( Pengurus Program)


SLOT 1 (Lafaz Azan dan Iqamah)- Doa selepas azan / iqamah
REHAT
SLOT 2 (Bacaan surah2 pendek : al-an-Nas, al-Falaq, alan-Nasr dan menghafal surah2 terpilih)

Ikhlas, al-Masad ,

SLOT 3 ( IBADAH- niat solat fardu, bacaan surah pendek, bacaan iftitah, bacaan
rukuk, iktidal, sujud serta pengertiannya)
SLOT 4 (IBADAH- Bacaan Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir, Doa Qunut)

Satu program melibatkan ibu bapa telah dirancang oleh saya dan rakan praktikum saya
telah dirancang bagi memenuhi keperluan tugasan prasekolah pada kali ini. Pada
mulanya kami telah membuat pertemuan bersama ibu bapa murid prasekolah Baiduri
Bestari pada 21 julai 2016. Majlis ini telah dihadiri oleh 18 orang ibu bapa murid
prasekolah Baiduri Bestari. Pada perjumpaan ini kami telah membuat satu
perbincangan tentang program yang akan diadakan sesuai bagi murid prasekolah.
Beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu, perkhemahan kecil, lawatan dan kem
bestari azan dan solat. Pada mulanya, ada beberapa ibu bapa yang mencadangkan
untuk membuat perkhemahan kecil namun program itu tidak dapat dapat dijalankan
berikutan dengan kekurangan alat dan bahan untuk melakukan perkhemahan. Selain
itu juga, perkhemahan juga mempunyai risiko yang tinggi untuk dijalankan. Seterusnya,
program lawatan juga telah diketengahkan. Tempat lawatan yang dicadang pula ialah
kawasan mandi- manda. Program lawatan juga sangat menarik untuk dijalankan namun
kerana kengkangan kewangan menyebabkan lawatan tidak dapat dijalankan.
Memandangkan ibu bapa murid prasekolah Baiduri Bestari ini rata-rata berpendapatan
rendah jadi kami telah sepakat untuk tidak mengadakan lawatan. Selain itu juga, untuk
mendapatkan bas adalah memperuntukkan wang yang banyak dan memerlukan masa
untuk membuat tempahan. Seterusnya program kem bestari solat dan azan telah
diketengahkan. Setelah melakukan perbincangan, kami bersama ibu bapa telah
8

berbincang berkenaan kebaikan dan kelebihan melakukan program ini. Antara dapatan
yang baik telah didapati oleh kami bersama ibu bapa ialah agama adalah satu
pegangan yang syumul. Jadi majoriti keseluruhan murid prasekolah beragama islam.
Solat adalah tiang agama, jadi pendedahan mengenai solat dan azan amatlah penting
seawal usia 5 hingga 6 tahun. Seterusnya, kami juga telah bersepakat bahawa program
ini tidak memakan kos yang tinggi serta senang dan mudah untuk dijalankan kerana
tempat untuk menjalankan program adalah di surau Sk Renek. Jadi kami semua telah
sepakat untuk menjalankan program Kem Bestari Azan dan solat. Kertas cadangan
telah disiapkan, seterusnya, kami telah mendapatkan semakan dari guru pembimbing
dan

setelah

mendapatkan

semakan

daripada

guru

pembimbing

kami

telah

mendapatkan pengesahan dari Guru besar kami iaitu En. Salim Bin Yusof.

Laporan
Pada 25 Julai 2016 iaitu bersamaan dengan hari Isnin program yang dirancang telah
dijalankan. Kami telah memberi taklimat awal kepada murid-murid tentang program kem
Bestari Azan Dan Solat. Semua murid diberi taklimat awal tentang tentatif program.
Semua murid memberi perhatian serta teruja untuk mengikuti program Kem Bestari
Azan dan solat ini. Seterusnya kami telah membawa semua murid ke surau Sk Renek
untuk menjalankan program.

Gambar 1:Guru memberi taklimat awal tentang program Kem Bestari Azan dan
Solat
Guru sebagai fasilitator telah memberi pendedahan tentang cara-cara untuk azan dan
solat. Murid mendengar dengan baik segala penerangan yang diterangkan oleh fasilitor.

Gambar 2: Murid mendengar penjelasan tentang Azan dan Solat

10

Seterusnya Slot 1 dijalankan iaitu amali azan. Pada mulanya murid kelihatan seperti
malu-malu untuk melaungkan azan dengan kuat, namun setelah diberi semangat oleh
fasilitator murid menjadi bersemangat untuk melaungkan azan. Saya melihat murid
dapat mengikut azan yang dibimbing oleh fasilitator dan mereka dapat mengikuti Slot ini
dengan baik. Semua murid dapat mengazan dengan bimbingan fasilitator. Hal ini dapat
menguji keberanian murid itu sendiri untuk mengazan di khalayak ramai. Slot ini dapat
meningkatkan tahap keberanian murid serta menjadikan murid untuk berani mencuba
perkara yang baru memandangkan mereka belum pernah merasai pengalaman untuk
mengazan dengan sendiri.

Gambar 3: Guru memberi bimbingan cara mengazan dengan betul

11

Gambar 4:Murid mengazan dengan bimbingan guru

Seterusnya, setelah selesai menjalankan Slot 1. Murid dibenarkan rehat dan makan.
Makanan yang dihidangkan pada kali ini ialah mee goreng. Kami semua menikmati
hidangan dan juadah yang disediakan. Kami meneruskan dengan slot ke-2 iaitu
bacaan surah2 pendek seperti al-an-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas, al-Masad , an-Nasr.
Hal ini adalah untuk memberitahu kepada murid surah-surah yang dapat dibaca
ketika solat. Fasilitator telah mengalunkan bacaan surah-surah ini sambil didengari
oleh murid-murid. Setelah itu, murid sama-sama diajak untuk membaca surah-surah
ini. Bacaan surah-surah ini diulang beberapa kali bagi membolehkan murid untuk
mengikuti surah ini. Pada slot kali, saya melihat ada beberapa murid dapat mengikut
dengan baik. Namun ada segelintir yang kurang dapat untuk mengikut bacaan ini.
Hal ini mungkin kerana, mereka belum pernah diberi pendedahan dengan surahsurah ayat lazim ini oleh ibu bapa masing-masing.

12

Seterusnya, aktiviti Slot 3 disambung murid diajar cara niat solat fardu, bacaan
surah pendek, bacaan iftitah, bacaan rukuk, iktidal, sujud serta pengertiannya.
Semua murid melakukan turutan dalam solat dengan bimbingan fasilitator dan
fasilitator memberitahu kedudukan solat yang betul kepada murid-murid. Fasilitator
juga membacakan bacaan-bacaan ini dengan kuat sambil diikuti oleh murid-murid.
Murid-murid mengikut bacaan niat solat fardu, bacaan surah pendek, bacaan iftitah,
bacaan rukuk, iktidal, sujud yang dibimbing oleh fasilitator.

Gambar 5: Guru membetulkan cara solat dan kedudukan yang betul kepada murid

Seterusnya, Slot 4 diteruskan dengan bacaan Tahiyat Awal, Tahiyat Akhir dan qunut.
Fasilitator telah memberi bimbingan kepada murid untuk membaca dengan
kedudukan yang betul dalam solat. Murid mengikut bacaan yang diajar oleh
fasilitator dengan kuat dan jelas. Bacaan ini diulang beberapa kali bagi
membolehkan murid untuk mengikuti bacaan dengan betul.
13

Gambar 6: Murid sama-sama melakukan amali solat bersama guru

14

8. Penilaian Program :
a. Kekuatan Program :
Azan Dan Solat ini sangat penting kerana kami berpendapat
kanak-kanak prasekolah yang beragama Islam haruslah
didedahkan dengan azan dan solat. Hal ini kerana, majoriti
kanak-kanak prasekolah Baiduri Bestari adalah beragama
Islam. Kami juga merasakan pada usia seawal 5 tahun
kanak-kanak seharusnya sudah didedahkan dan didik untuk
solat supaya mereka dapat mengetahui tanggungjawab
sebagai seorang Muslim yang beragama Islam. Pada
program kali ini saya mendapati murid prasekolah dapat
mengikuti program ini dengan baik dan kelihatan teruja untuk
belajar cara azan dan solat dengan betul. Melalui program ini
murid dapat mengetahui cara azan yang betul. Hal ini kerana
pada sebelum ini murid hanya mendengar azan namun tidak
mengetahui maksud serta apa inti pati yang terdapat dalam
azan itu sendiri. Melalui program ini murid prasekolah telah
mengetahui tujuan azan serta intipati yang terdapat dalam
azan itu sendiri. Seterusnya, murid dapat mengenali jenisjenis solat, rakaat dalam setiap solat secara menyeluruh dari
segi teori dan praktikal.

b. Kelemahan Program :
Kekangan masa amat memberi masalah kepada fasilitator
kerana tahap fokus kanak-kanak Prasekolah sangat kurang.
Hal ini kerana, masa yang singkat telah menyebabkan kami
sebagai fasilitator tidak dapat mengawal murid prasekolah
dengan baik. Jadual yang diperuntukkan terlalu padat. Hal ini
menyebabkan murid prasekolah cepat bosan dan mudah
15

hilang fokus untuk mempelajari azan dan solat. Hal ini juga,
telah Memberi cabaran kepada kami sebagai fasilitator
dalam mengawal murid.

c.

Cadangan Penambahbaikan :
Saya mencadangkan supaya program ini dapat diteruskan
pada masa hadapan namun seperti sedia maklum mengawal
murid prasekolah amat mencabar. Adalah disarankan
bahawa pada masa hadapan dapat menambah bilangan
fasilitator, supaya murid dapat belajar dalam kumpulan yang
lebih kecil. Ini memberi peluang kepada murid-murid
mempelajari solat dengan lebih jelas lagi. Selain itu juga,
mungkin ibu bapa boleh dijadikan fasilitator pada masa
hadapan untuk mengajar anak-anak mereka cara yang solat
dengan betul.

Kesimpulan :
Program ini adalah salah satu daripada aktiviti yang terdapat di dalam
tunjang kerohanian. Tujuannya adalah untuk memantapkan rohani dan jasmani muridmurid prasekolah. Aspek mengambil Azan dan bersolat ditekankan kerana ia
merupakan perkara asas yang paling penting, yang murid kena lakukan sejak dari kecil
lagi. Diharapkan kem ini akan memberi input dan kesan yang mendalam kepada muridmurid prasekolah bagi meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran dan rasa
bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah.
Disediakan Oleh,
16

.
( MUHAMAD HANIF BIN MOHD ZAKI )

17

You might also like