Minggu 1 Konsep sumber pengajaran dan pembelajaran
Pengenalan konsep bahan sumber
Menggunakan bahan sumber merupakan sebahagian daripada alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh kaum guru sejak dahulu hingga sekarang ini. Keberkesanan dan kecekapan yang dilakukan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada murid dapat diukur dan dinilai dengan penggunaan bahan sumber bagi setiap pelajaran yang dipersembahkan oleh guru. Definisi bahan pengajaran Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana pengajaran bagi sesuatu tajuk atau topik tertentu. Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas. Konsep sumber pdp sejarah Sumber ialah sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan pengajaran seseorang guru dan kaedah yang digunakan. Konsep sumber pdp sejarah Penggunaan istilah atau perkataan bagi sumber pengajaran, media pengajaran, bahan bantu mengajar ataupun alat bantu mengajar sering digunakan dalam menerangkan kepentingannya membantu guru menyampaikan pdp.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan pengajaran dan alat bantu
mengajar ada pelbagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagof (1979), sumber adalah apa-apa sahaja perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan informasi dalam kehidupan manusia. Ia juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pdp dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui cara lain. Perkataan media dijelaskan oleh Yusuf Hashim (1997), sebagai peralatan dan bahan perisian yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan. Menurut Naim (2000), media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan eksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Rumusan Sumber pengajaran atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah merujuk kepada penggunaan alat dan bahan bagi membantu guru melaksanakan pdp dengan lebih menarik dan berkesan. Konsep penggunaan sumber pdp Henry dan Ulimer (1978) menyatakan guru perlu memiliki ciri-ciri berikut dalam konteks penggunaan bahan sumber: 1. Berkebolehan dan mahir menentukan jenis sumber yang sesuai dan berkesan. 2. Berkebolehan dan mahir menggunakan bahan sumber yang dipilih.
3. Dapat menentukan sumber yang sesuai dan berkesan untuk
digunakan dalam pdp. 4. Guru harus mempunyai kebolehan dan kemahiran mencipta bahan sumber. 5. Berkemahiran dalam menilai sesuatu bahan sumber. Bahan sumber menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Media bercetak - bahan berasaskan contoh buku, majalah, laporan, carta dll. Media ekektronik - bahan audio dan visual contoh video, animasi, gambar pegun, rancangan TV, CD, DVD, Perisian kursus, aplikasi pendidikan dll. Social media - bahan pengantara secara talian contoh Internet, Facebook, Twitter, Google, Blog dll. Lain-lain bercetak Bahan bercetak ialah bahan-bahan suber yang dicetak di atas kertas. Contoh bahan bercetak: buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, Jurnal, carta dll. Jenis carta Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan Carta tabular/jadual data dalam bentuk nombor atau peratus Carta aliran Tujuan bahan bercetak 1. Memberikan panduan 2. Menyampaikan maklumat 3. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak
Fungsi bahan bercetak
1. Bahan sumber 2. Bahan untuk latihan 3. Bahan maklumat 4. Bahan untuk peningkatkan ilmu
Kelebihan bahan bercetak
1. Amat mudah diperolehi dalam pelbagai topik dan bentuk 2. Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan 3. Boleh dialih 4. Mudah dari segi penghasilan Kelemahan bahan bercetak 1. Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu 2. Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif pelajar) 3. Dianggap sebagi bahan hafalan (fakta) 4. Tidak bersifat interaktif (persembahan satu hala) Bahan elektronik Ialah bahan yang terdiri daripada bahan perisian dan bahan perkakasan. Bahan elektronik ialah seperti lembaran lutsinar (transparensi), OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan flannel, disket dan cakera padat. Bahan perkakasan ialah 1. Bahan-bahan bukan tayang 2. Bahan-bahan audio 3. Bahan-bahan visual 4. Bahan-bahan audio visual
Lain-lain bahan bercetak
Bahan Maujud Ialah bahan sebenar yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup atau sudah diawetkan. Contoh, tumbuhan, batu, air, binatang dll. Dari sudut mata pelajaran sejarah, jenis-jenis bahan maujud terdiri daripada a. Bahan peninggalan sejarah - Sultan Abdul Saman, Kuala Lumpur b. Bahan budaya - pakaian c. Dokumen di arkib - manuskrip, surat-surat perjanjian d. Bahan arkeologi Realia Ialah bahan-bahan sebenar yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: 1. Realia asli Bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing. Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll. 2. Realia awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bendalir kimia. Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll. 3. Specimen Sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya specimen didapati dalam bentuk awet.
Misalnya bahan hidup seperti daun digunakan sebagai specimen.