Professional Documents
Culture Documents
(ii) perkembangan kurikulum dan pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v)
pengurusan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Bagi Ahmad
Tajuddin Abdul Hamid (1989: 64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh
disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu:
i.
Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
ii.
iii.
Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja
amal dan sebagainya.
iv.
1.
Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang Berkesan
Kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru
besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau
berperanan sebagai pemimpin pengajaran. Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982),
Weber (1971), Rutter (1979), Edmonds (1979), Levine dan Lessotte (1981), Wellish et al. (1978), Hussein
Mahmood (1993), dan Shahril Marzuki (1997).
Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait dengan
kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah:
i.
Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
ii.
Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat
menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya.
iii.
iv.
Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan
program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.
Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar dalam
kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan guru-guru
dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam
pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian
matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang mengatakan:
Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif
sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang
kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program
perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh
pihak sekolah.
Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan
pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju
bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979), Krajewski
(1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989).
Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah
merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan bahawa
terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin
pengajaran. Antara bukti tersebut ialah:i.
Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya.
ii.
iii.
iv.
Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain.
ii.
iii.
Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah.
Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran.
Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan
pengajaran amat terhad. Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetuapengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan pengajaran,
namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang lain adalah berat
dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolahsekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas dan mereka juga
amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaranpembelajaran dengan guru-guru secara profesional.
Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat menunjukkan
bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Ini disebabkan:
i.
Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas
pengajaran dalam masa persekolahan.
Mereka takut kerana kekurangan kepakaran.
Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa walaupun
pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka sebenarnya mahu
beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada.
Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di sekolahsekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas berdasarkan
Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru besar dikehendaki
mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas
mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan dalam kurikulum,
kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-pembelajaran yang terkini
seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi profesionalismenya pula, penglibatan
pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran akan mendorong dirinya untuk
mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan baru selari dengan perkembangan
semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21 ini, peranan
pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan pentadbiran dan pemimpin pengajaran
sahaja, tetapi lebih daripada itu.
1.
Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa Depan
Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa
depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada
hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan.
Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu
situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang. Menurut Abas Awang (1999),
pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:
i.
Mengenali penyakit (masalah persekolahan).
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
Ketrampilan lain
(i) Ketrampilan pentadbiran
menganalisis masalah secara berkesan
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
2.
ii.
iii.
iv.
v.
Kemahiran manusia.
Kemahiran pendidikan.
Kemahiran simbolik.
Kemahiran budaya.
Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan
(management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi
dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam menyelesaikan
masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya.
Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan (organizing), penjadualan
(schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan organisasi sekolah.
Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human
engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang
tinggi, mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu
memotivasikan stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya
wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru, dan guru dengan
pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen, ketidakhadiran bertugas dan perasaan
burn out di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang berjaya dalam memotivasi gurugurunya. Bagi menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk membina
dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi penghargaan, sokongan,
menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan.
Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal klinik
"Clinical Practitioner (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan mesti
pakar dalam pendidikan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-pembelajaran,
penggunaan alat bantu mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat pencerapan pengajaran
guru dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan dengan pengajaranpembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai super teacher kepada guru
dan pelajarnya.
Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau chief (Sergiovani, 1995: 93), di mana
pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan
sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan bagi
mencapai visi dan misi sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini, pengetua
dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah, masalah disiplin
pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.
Kemahiran budaya bermaksud, seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai high priest
(Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai,
kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. Peranan pengetua termasuklah
mewujudkan visi dan misi sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan sosiolisasi di antara
guru dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada guru dan
pelajar yang telah mencapai kejayaan.
Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu
diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.
2.
Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko
terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di
kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Jika adapun, wawasan
itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993: 163), wawasan
dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi rasional, matlamat,
arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan pelajar untuk
mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang pengetua itu merealisasikan
wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif serta inginkan perubahan. Pengetua yang
berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa dan masyarakat
sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini, masalah kurangnya hubungan,
sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani
dengan mudah dan berkesan.
3.
Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. Berlakunya
beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat kerana
komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Oleh itu, pengetua
perlu memahami, proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan
dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115), seseorang pengetua
yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka terhadap pelbagai
halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara aktif, dan sebagai pemberi maklum
balas yang mahir. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani
pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari guru dan masalah disiplin di
kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara pengetua dengan pelajar dan masyarakat
dapat dikurangkan.
Selain kemahiran berkomunikasi, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai
seorangmotivator dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau
pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah,
1999: 108). Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai
masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah
bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha mencapai
visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.
4.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
2.
Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi.
Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan cergas. Pengetua yang tidak
mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan berkesan. Pengetua
juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ
Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan pemimpin (pengetua) hendaklah
mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi
membolehkan pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi,
pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi
serta mempunyai konsep kendiri yang boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk
melihat stres dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua
adalah antara golongan yang mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Kecergasan
fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua
terhadap tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah
mengalami stres dan sukar diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan
autokratik. Manakala pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung
mengamalkan gaya kepimpinan demokratik.
3.
Beriman dan Bermoral
Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan. Dari
perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan ketinggian
komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya sekolah di
samping mensepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mempunyai
rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada mereka. Selain daripada
mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pengetua juga perlu mempunyai
"character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan "uswatun hasanah" (model
terbaik).
Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah
pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ia perlu
mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau
kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu, sebagai
pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan kepada nilainilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab. Dengan
mempunyai ciri-ciri ini, pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan menangmenang (win-win).
1.
Covey, S. (1990). Principle-Centered Leadership. New York: Fireside, Simon & Schuster.
Dwyer, D.C. (1986). Understanding the Principals Contribution to Instruction dalam D.C. Dwyer (ed.), The
Principal as Instructional Leader. Peabody Journal of Education, 63 (1), hlm. 3 17.
Edmond, R. (1979). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership, 37 (1), hlm. 15
27.
Fadzilah bin Hj. Md. Noor (1990). Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah
Menengah di Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).
Hanafi Kamal (1980). An Identification for the Desirable Behavioral Domains of the Secondary
School Principalship in Malaysia. University Ohio. (Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan).
Hoy, W.K. dan Miskel, C.G. (1991). Educational Administration, Theory Research and Practice.
Singapore: McGraw-Hill.
Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.
Institut Aminuddin Baki (1998). Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan Menurut Model Malaysia.
Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan, 5 Mac 1998. (Tidak diterbitkan).
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di
Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krajewski, R.J. (1977). "Secondary Principals Want to be Instructional Leader". Phi Delta Kappan,
hlm. 53 58.
Leithwood dan Montgemery. (1982). "The Role of The Elementary School Principal In Program
Improvement". Review of Educational Research, 52 (3).
Levine, D., dan Lezotte, L. (1990). Unusually Effective Schools. Madison, WI: The National Center for
Effective Schools Research and Development.
Lunenburg, C.F. (1995). The Principalship. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, S., dan Ecob, R. (1988). School Matters: The Junior
Years. Somerset, Open Books.
Peter Mortimore. (1995). "Key Characteristics of Effective School". Kertas dibentangkan pada seminar
Sekolah Efektif, Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Rutter, M., Maughan, B., Mortimore, P., Ouston, J., dan Smith, A. (1979). Fifteen Thousand Hours:
Secondary School and Their Effects on Children. Cambridge MA: Harvard University Press.
Sergiovani, T.J. (1982). "Ten Principles of Quality Leadership". Educational Leadership, 35 (9).
Sergiovani, T.J. (1984). "Leadership and Excellent in Schooling". Educational Leadership, 41 (5).
Sergiovani, T.J. (1995). "The Principalship: A Reflective Practice Perspective". Boston: Allyn and
Bacon.
Shahril @ Charil Marzuki (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis kedoktoran tidak diterbitkan).
Stoner, J. A. F. (1989). Pengurusan (edisi terjemahan). Kuala Lumpur: AMIZA.
Sweeney, J. (1982). "Research Synthesis on Effective School Leadership". Educational Leadership, 39
(5), hlm. 346 352.
Zaidatul Akmaliah (1999). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti.