You are on page 1of 1

AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN

OLEH CALON CEMERLANG PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN


GURU
Md Zuki Bin Hashim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, Malaysia
tadsuki@msn.com
Abstrak
Kajian ini adalah kajian kes ke atas enam orang Calon Cemerlang Praktikum (CCP) Pendidikan Islam yang sedang
menjalani latihan mengajar di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kemahiran menerapkan Kemahiran Berfikir
(KB) dalam amalan pengajaran oleh CCP. Data kajian diperoleh daripada pemerhatian ke atas amalan pengajaran dalam
bilik darjah, analisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan temubual dengan CCP. Data dianalisis
menggunakan perisian NVIVO8. Kajian ini mendapati wujud kelemahan menerapkan KB dalam amalan pengajaran CCP
dari segi saranan maklumat awal, diskusi yang kurang mantap dan aktiviti tidak berfokus. Masalah ini berpunca daripada
faktor kefahaman CCP, kecacatan RPH dan bimbingan oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing yang tidak berfokus.

Keywords: praktikum, amalan pengajaran, kemahiran berfikir

You might also like