You are on page 1of 12

MASALAH MEMBACA

TAJUK 6: MASALAH BACAAN


PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka
telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam
kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .
Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya
menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik
mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik
mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca
murid.
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca,
dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak
berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan muridmurid.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,
2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,
3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca
MASALAH MEMBACA
Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca
Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan
Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Punca masalah Membaca
6.1 Masalah Bacaan
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan
tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke
peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat
sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah
KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan
KBSM di sekolah menengah.
1

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M.
Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.
Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun
sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di
sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi
Membaca dan Menulis atau KIA2M.
6.1.1 Jenis Masalah Bacaan
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.
Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah,
kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan
sebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini
bukan disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang.
Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah
maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;
2

Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.

e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan
diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu
juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu
diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku
yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam
bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut
sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
3

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan


k) tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya
kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.
Latihan:
Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau
kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.
6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan
Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang
dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran
murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan
pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus
petikan, dan sebagainya.
Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:
i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan
waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,
ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi
pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,
iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan
terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,
iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,
v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,
vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang
dibaca,
vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya
sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh
merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih
mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih
membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan
makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan
5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

Latihan:
Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh
untuk menjelaskan jawapan anda.

6.3 Punca Masalah Membaca


Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy
L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga
faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi,
aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat
makanan yang serius, dll).
Faktor Kognitif dan Bahasa
Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi
masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah
sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar.
Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan
keupayaan semantik dan sintaksis.
Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan
Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan
yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian
mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh
menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan
menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti
tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan
sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak
memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran
membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang
berkesan, dan sebagainya.
6.4 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita
gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua
kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita
merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara
terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan
terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahirankemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan
5

seterusnya
Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan
teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang
diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam
Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui
gabungan suku kata.
6.5 Kaedah Mengajar Bacaan
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanakkanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:
iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a
z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan,
dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu hurufhuruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang
kukuh dalam membaca.

Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan


Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh
mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini,
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna
seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak,
bapa dan sebagainya.
6

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.


Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar
secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau
bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar
menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid
dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan
membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf
tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang
lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai
[ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah gabungan bunyi kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah
demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk
huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu
berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut
nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
7

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan
latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan
kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan
pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap
perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
6.6 KAEDAH KHAS PEMULIHAN BACAAN
Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan
kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak
pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan
dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan
kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret,
Lynne, Janet, 1989).
Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan
itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT


(Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis
bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran .
Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:
8

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan


- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas
pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan
lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh
tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.
Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanakkanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan
pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria
(VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.
Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:
Peringkat 1:
- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan
itu (A).
- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.
Peringkat 2:
- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis,
menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
9

- Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.


Peringkat 3:
- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada
perkataan-perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca
daripada buku.
Peringkat 4:
- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan
perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.
Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT.
Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:
i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan
iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti
disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.
Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk
mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk.
Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi
dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun
(minimum)
Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan
pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan
bunyi yang bersamaan dengannnya.
Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan
deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas
itu adalah:
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya.
Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual.
Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan
otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf
sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
10

v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa
bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan
bentuk visual huruf-huruf.
Langkah-langkah pengajaran;
Langkah 1:
- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?
Langkah 2:
- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan
Langkah 3:
- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.
Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.
Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan
pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran
membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.
Latihan:
Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.

6.7 Kesimpulan
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam
kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar
bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
11

penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran
pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu
kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu.
Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian
darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah
tersebut.
Rumusan
1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.
2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh muridmuridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah
dalam bacaan.
3. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah membaca kepada
tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa, dan faktor emosi, persekitaran,
dan pendidikan
4. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu
supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap.
5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan
teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang
diajar adalah berbeza antara satu sama lain.
6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham digolongkan sebagai
pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang
mengalami masalah bacaan yang teruk.
Kata Kunci : Kinestetik ,Surih, Pelbagai deria,Kognitif,Aphasia
Rujukan
Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:
Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.
Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:
Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.

12

You might also like