You are on page 1of 3

TUGASAN 4: LAPORAN KRITIS

LAPORAN MENGHAYATI PERSEMBAHAN MUSIC FESTIVAL 2016 DARIPADA


PENANG SYMPHONY SOCIETY
Pada 17 September 2016 (Sabtu) pukul 8.15 malam, saya telah menghayati
satu persembahan iaitu Music Festival 2016

yang disampaikan oleh kumpulan

Penang Symphony Society bertempat di Dewan Sri Pinang. Persembahan ini


terdapat tiga bahagian, bahagian pertama dipersembahkan oleh Penang Junior
Orchestra, bahagian kedua dipersembahkan oleh Penang Wind Orchestra dan
bahagian yang terakhir dipersembahkan oleh Penang Symphony Orchestra.
Konduktor bagi ketiga tiga bahagian ialah Dato Woon Wen Kin. Segala input yang
diperoleh amat berguna selepas menghayati persembahan tersebut bagi menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi dalam diri saya
sebagai seorang bakal guru muzik. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya
laporkan mengenai persembahan Music Festival 2016.
Kualiti Persembahan
Bahagian pertama ialah persembahan daripada Penang Junior Orchestra.
Ahli kumpulan terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7- 16. Banyak bahagian
yang sumbang terutamannya bahagian violin, mungkin disebabkan oleh pemain
muzik yang agak muda.
Lagu yang dimain ialah Solvonic Dance, Polka, West Side Story, Homage
March. Alat muzik yang digunakan ialah violin polka, viola, cello, double bass, flute,
oboe, clarinet, bass clarinet, bassoon, horn, trumpet, tuba dan percussion.
Bahagian kedua ialah persembahan daripada Penang Wind Orchestra. Ahli
kumpulan terdiri daripada remaja dan semua ahli memainkan alat muzik tiupan.
Kumpulan ini menunjukkan daya usaha yang sangat tinggi. Mereka bermain dengan
bagus dan tidak sumbang.
Lagu yang dimain ialah Alvamar Overture- op.45, Dance Bacchanale, Fairy
Tale dan English Folks Songs. Alat muzik yang digunakan ialah flute, oboe, clarinet,
bass clarinet, bassoon, alto saxophone, tenor saxophone, baritone saxophone,
trumpet, French horn, trombone, euphonium, tuba dan juga alat bukan tiupan iaitu
percssion dan double bass.

Bahagian ketiga ialah persembahan daripada Penang Symphony Orchestra.


Ahli kumpulan terdiri daripada orang dewasa yang berpengalaman. Kumpulan ini
memainkan muzik dengan penuh semangat dan berkualiti. Tidak ada bahagian yang
sumbang menunjukkan pengalaman yang dipunyai dan usaha yang dijayakan oleh
pemain-pemain tersebut.
Lagu

yang

dimain

ialah

Zampa

Overture,

Masquerade

Waltz,

Greensleeves, Phantom of the Opera dan Jurassic Park. Alat muzik yang
digunakan ialah violin, viola, cello, double bass, flute, piccolo, oboe, clarinet,
bassoon, horn, trumpet, trombone, timpani, percussion dan harp.
Susunan Item
Susunan item menunjukkan profesionalisme kumpulan persembahan.
Kedudukan diatur dalam keadaan yang selesa dan kemas. Semua alat muzik berada
dalam kedudukan yang sesuai.
Sistem Bunyi
Terdapat beberapa kelemahan dalam bahagian system bunyi. Pihak
penganjur tidak menyediakan mic yang bergantung bagi bahagian woodwind dan
brass. Walaupun bunyi dapat didengar tetapi jika menggunakan mic bunyi akan
menjadi lebih jelas.
Gubahan Muzik
Dari segi gubahan muzik pula, ketiga-tiga kumpulan mempunyai kreatif yang
berbeza. Muzik sangat menghebohkan dan menarik. Beberapa buah muzik diiringi
dengan drum set. Penonton dikejut kerana muzik digubah menjadi lebih moden dan
menarik.
Etika Persembahan
Etika persembahan yang ditunjukkan oleh pemain muzik sangat bagus dan
bersopan. Mereka memberi tanda penghargaan sebelum dan selepas persembahan.
Pemain muzik menunjukkan sifat professional dan berdisiplin semasa persembahan.
Mereka tidak bercakap dan duduk dengan postur yang betul.
Dari segi kostum, pemain muzik mengamalkan pakaian yang selaras dan
selesa. Hal ini menunjukkan kepentingan kostum dalam satu persembahan. Kostum

akan meningkatkan semangat persembahan dan persembahan itu akan menjadi


lebih menarik perhatian jika kelihatan kemas dan bersatu.
Etika Penonton
Pihak penganjur tidak menitikberatkan etika pakaian penonton dan tidak
memberi makluman supaya penonton mematikan telefon dan tidak camera yang
berflash tidak dibenarkan.
Terdapat penonton yang memakai t-shirt dan seluar pendek dan berslipar. Hal
ini menunujukkan penonton tersebut tidak menghormati majlis pada hari itu. Selain
itu, beberapa remaja menggunakan camera untuk mengambil gambar semasa
persembahan dijalankan dan flashlight camera tersebut dibuka. Hal ini akan
menjejaskan pemain muzik di atas pentas. Penonton tidak harus berbuat demikian
supaya pemain muzik dapat menumpukan perhatian semasa persembahan.
Kelancaran Persembahan
Persembahan ini selam 2jam dan dapat dijalankan dengan lancar serta
sempurna antara sebabnya ialah etika merupakan faktor yang sangat pentingan
dalam menjayakan satu persembahan yang lancar. Kelancaran yang ditunjukkan
oleh kumpulan tersebut membuktikan ahli-ahli selalu menjalankan latihan individu.
Kepentingan latihan muzik secara individu ialah meningkatkan kemahiran bermain
alat muzik. Ia boleh dibuat melalui pembacaan notasi atau skor muzik. Latihan dalam
kumpulan muzik pula dijalankan untuk mendapatkan kesefahaman dari aspek tempo
dan keseimbangan bunyi diantara setiap ahli dalam kumpulan tersebut.
Persembahan ini merupakan persembahan yang menarik dan berjaya.
Banyak ilmu telah saya perolehi dalam proses ini. Saya akan sentiasa menghadiri
persembahan muzikal supaya dapat meningkatkan diri saya sebelum menjadi
seorang guru muzik.

You might also like