You are on page 1of 5

TUGASAN 1 : (a) Secara individu anda dikehendaki mengenalpastikan dua isu

moral di peringkat (tempatan dan global) yang berlaku pada hari ini.
Bincangkan faktor-faktor dan kesan penularnya dalam kalangan pelajar
sekolah di negara ini.
JENAYAH SIBER (Global)
Pengenalan
Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada masih belum mampu untuk
menampung atau membanteras jenayah siber yang semakin bijak dan berleluasa.
Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut
berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden.
Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh,
pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet.
Disebaliknya terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk
melakukan jenayah.
Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar termasuklah penipuan dalam
teknologi maklumat, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data
komputer, maklumat diceroboh dan dicuri, capaian secara tidak sah ke atas sistem,
menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian,
pengintipan, judi siber, penggodam atau "Hacker", penyebaran virus dan mel Spam.
Jenayah siber merupakan isu moral di peringkat global sebab ia bukan hanya
berlaku di negara kia sahaja. Jenayah siber juga berlaku di negara luar seperti
Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea serta negara yang sedang membangun
seperti Malaysia juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber.
Umumnya remaja ini memang pintar tetapi mereka kurang matang dalam
memahami implikasi daripada aktiviti-aktiviti dalam talian mereka. Akibatnya, ramai
remaja yang pintar dalam komputer terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
seperti jenayah dan juga masalah sosial berkaitan dunia siber. Dalam satu laporan
akhbar, seorang remaja perempuan telah membunuh diri apabila beliau dibuli oleh
rakan sekelasnya dalam talian. Ramai remaja juga yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti
jenayah secara talian, seperti berjudi dalam talian, melawat laman-laman web yang
menyiarkan pornografi serta memecah masuk ke rangkaian lain secara tidak sah
(hacking), melakukan penipuan, mencuri maklumat, mencipta dan menyebarkan
virus semata-mata disebabkan perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.

Faktor dan kesan berlakunya jenayah siber dalam kalangan pelajar


Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah
kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam
teknologi komunikasi dan maklumat, masyarakat kurang didedahkan dalam
melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi
atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian,
pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Guru- guru di sekolah juga
tidak menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar dalam sekolah. Sikap ingin
tahu pelajar akan mancuba sahaja apa yang diinginkan.
Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh
selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa
mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya.
Facebook, Twitter, My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial
yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna seperti
peljar yang tidak matang cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan
butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan
sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan mencuri
atau meniru identiti pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu
lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas
dalam kalangan masyarakat.
Ibu bapa yang mementingkan kerjayaan sendiri dan mengabaikan anakanak mereka akan menyebabkan anak-anak terlibat dalam jenayah siber ini. Mereka
tidak mengambil masa untuk menemani anak mereka melayari internet tetapi hanya
tahu memberi kekayaan kepada anak dan ini akan mengabaikan fikiran mereka.
Anak yang ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan melakukan
pelbagai jenayah seperti jenayah siber.
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh
mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah
siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka
menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru
mereka pelajari. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja mempunyai sikap yang
sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah
yang mereka lakukan.

Kesimpulan
Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di
kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga,
ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta
badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga
boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti
yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan dan juga
penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah di seluruh negara. Program dan
tindakan yang diambil, sokongan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan ahli
masyarakat amat perlu bagi menangani masalah ini.
GANGTERISME ATAU BULI (Tempatan)
Pengenalan
Di sekolah biasa mendapati berlakunya masalah-masalah moral dalam
kalangan warga sekolah. Seperti mana masalah moral yang biasa kita nampak di
mana-mana sekolah adalah seperti berikut:
1.

Lawan atau mencabar guru sekolah

2.

Gangsterisme atau buli

3.

Vandalisme

4.

Melepak

5.

Ponteng kelas dan sekolah

6.

Keciciran

7.

Cinta monyet

8.

Gangguan seksual

9.

Peras ugut
Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan tahap

disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan , Disiplin membawa pengertian


latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh
mengawal diri, peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang
berkelakuan baik.

Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di


kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Akan tetapi, keadaan menjadi
bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan
terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme.
Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan
negara. Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang
mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara
bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Biasanya
terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah
daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan. Setiap kumpulan
samseng mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih
baru atau tidak penting dalam dunia gengsterisme ini, mereka mempunyai logo,
tanda, atau isyarat mereka tersendiri.
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gangsterisme dalam kalangan
pelajar
Antara punca yang mempengaruhi gangsterisme adalah kegagalan ibu bapa
memberi bimbingan dan perhatian kepada anaknya. Kesibukan ibu bapa mencari
rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam
keadaan terbiar. Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil
kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya. Selain itu, media
massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja
terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negaranegara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit
sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita.
Faktor seterusnya ialah

pengaruh suasana dan persekitaran yang

mendesak. Kebanyakan remaja yang tinggal di bandar mengamalkan kehidupan


individualistik

dan materialistik. Oleh itu, dalam mengejar kemewahan mereka

sanggup berbuat apa sahaja tanpa menghiraukan baik buruknya sesuatu perkara itu.
Akibatnya, terjadilah kejadian mencuri, melacur, samun dan peras ugut untuk
mendapatkan wang yang tidak mereka perolehi daripada ibu bapa mereka.
Selain itu, tekanan perasaan yang dialami oleh remaja juga menyebabkan
berlakunya fenomena keruntuhan akhlak dan moral di kalangan pelajar. Sesetengah
remaja mengalami tekanan perasaan ketika di rumah akibat perceraian atau

pergaduhan ibu bapa yang menyebabkan anak-anak merasa tidak selesa berada di
rumah dan membuatkan mereka lebih suka berada di luar rumah dan bergaul
dengan kawan-kawan tanpa menimbang baik buruknya.
Tambahan pula, gagal dalam pelajaran juga akan menyebabkan berlakunya
fenomena keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Remaja yang terkandas dalam
pelajaran mempunyai masa lapang yang banyak. Oleh itu, mereka bergaul dengan
rakan-rakan yang juga tidak bersekolah, dan bermula dari situlah mereka berkenalan
dengan dadah, pil ecstasy, pusat-pusat hiburan dan lumba haram serta berjudi.
Kegiatan tersebut memerlukan wang yang akan mendorong mereka melakukan
kegiatan haram seperti mencuri samun, merompak dan menculik.
Peranan Media Massa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
remaja terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Remaja merupakan golongan
yang mudah

dipengaruhi, contohnya melalui filem-filem yang ditayangkan di

televisyen. Mempunyai pengaruh yang amat besar kepada mereka. Filem dan drama
yang dihasilkan mengikut filem Barat menggambarkan seolah-olah kehidupan rakyat
negara ini dengan masyarakat Barat mempunyai persamaan. Ini menyebabkan
remaja mudah terpengaruh kerana beranggapan bahawa gaya hidup remaja Barat
yang lebih menjerumus kepada perlakuan liar dan tidak menghormati orang tua
adalah tidak salah dari segi agama dan budaya Malaysia.
Perkembangan teknologi moden seperti komputer, internet, e-mail dan
video juga memudahkan remaja mendapat hiburan yang tidak sesuai dengan jiwa
mereka. Mereka boleh memperolehi maklumat berhubung bahan-bahan lucah
melalui internet, cakera padat dan video yang tidak ditapis di pasaran gelap atau
melalui rakan-rakan.
Kesimpulan
Terdapat beberapa langkah untuk mengatasikan masalah gangsterisme di
sekolah. Antaranya adalah Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang
lebih besar untuk mengambil yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang
dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat
penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu
bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan
( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang
bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme.

You might also like