You are on page 1of 6

Tokoh-tokoh dan Kitab-kitab Ulama Hadith

Antara

kitab-kitab utama dalam pengkajian ilmu-ilmu berkaitan hadith

adalah Kutub al-Sittah atau enam kitab-kitab hadith. Berikut adalah tokohtokoh hadith yang menyusun enam kitab tersebut serta latar belakang
secara ringkas kitab susunan mereka.

Imam al-Bukhari

Imam Muslim

Imam Malik bin Anas

Imam Tirmidzi

Imam Abu Daud

Imam al-Nasai

Imam al-Bukhari
Biodata beliau:

Beliau merupakan seorang imam yang hafiz lagi dhabit (sangat kuat
ingatan).

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim, digelar
sebagai Abi Abdillah.

Dilahirkan pada tahun 194 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun
256 Hijrah di sebuah kampung bernama Khartank di Samarqand
(Uzbekistan).

Penglibatan dalam ilmu hadith:

Mula menghafal hadith sebelum umurnya meningkat 10 tahun.

Beliau telah mencatat hadith daripada lebih 1000 orang guru.

Beliau menghafal sebanyak 100,000 hadith sahih dan 200,000


hadith yang tidak sahih.

Beliau adalah pengarang kitab al-Jami al-Sahih yang lebih dikenali


sebagai Sahih Bukhari iaitu kitab yang paling sahih selepas alQuran.

Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk mengumpulkan


hadith-hadith tersebut.

Mengenai Kitab Sahih al-Bukhari:

Sahih Bukhari lebih utama daripada Sahih Muslim kerana Imam


Bukhari meletakkan dua syarat yang amat ketat iaitu perawi
hendaklah sezaman dengan gurunya dan perawi yang betul-betul
mendengar hadith yang diriwayatkan itu daripada gurunya dan
bukannya daripada orang lain.

Kitab Sahih al-Bukhari ini dikaji dan diberikan komentar oleh ramai
ulama-ulama besar.

Hasil daripada pengkajian ini tidak kurang daripada pengkajian ini


tidak kurang daripada 86 buah kitab besar yang dikarang bagi
memberikan penjelasan yang lebih lanjut terhadap hadith-hadith di
dalam Sahih al-Bukhari.

Imam Muslim
Biodata beliau:

Nama beliau ialah Abu al-Husayn Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi alNaisaburi dan beliau digelar Abu al-Husayn.

Beliau dilahirkan pada tahun 204 Hijrah.

Penglibatan dalam ilmu hadith:

Mula belajar ilmu hadith ketika umurnya 15 tahun.

Beliau

mengembara

ke

merata

tempat

untuk

berguru

dan

mengambil hadith daripada guru-guru dalam kalangan tabiin.

Beliau sampai ke Mekah pada tahun 202 Hijrah dan selepas itu
mengujungi wilayah-wilayah besar Islam yang lain seperti Hijaz,
Syria, Iraq dan Mesir.

Mengenai Kitab Sahih Muslim:

Beliau mengumpul semua hadith yang dianggap sebagai paling


sahih sahaja dalam kitab ini.

Kitab ini adalah kitab paling sahih selepas al-Quran dan kitab Sahih
al-Bukhari.

Imam Muslim juga sentiasa prihatin dengan kualiti kitabnya dan


beliau tidak keberatan untuk para ulama besar lain mengkritik
kitabnya.

Sebelum kitab Sahih Muslim ini diterima untuk menjadi rujukan ilmu
beliau telah membentangkan di hadapan gurunya Abu Zurah,
seorang pengkritik hadith yang hebat.

Imam Malik bin Anas


Biodata beliau:

Beliau adalah Imam ahli Madinah dan digelar sebagai Amir alMumin dalam bidang hadith.

Nama penuh beliau ialah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Asbahi.

Dilahirkan pada tahun 93 Hijrah di Madinah.

Keluarganya berasal daripada Yaman dan telah bermastautin di


Madinah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Mengenai kitab al-Muwatta:

Beliau mengambil masa selama lebih 40 tahun untuk menyusun


kitab ini dan membentangkannya kira-kira kepada 70 orang ulama
di Madinah untuk mendapat pengesahan tentang kesahihan hadith
dan ilmu yang terkandung di dalamnya.

Kitab ini juga dikumpulkan di dalamnya athar atau pendapat para


sahabat berkaitan dengan hukum-hukum Islam.

Sebahagian ulama menyatakan bahawa terdapat kira-kira 600 buah


hadith musnad, 222 hadith mursal, 613 hadith mauquf dan 285
athar sahabat dan tabiin.

Imam Tirmidzi
Biodata beliau:

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Isa bin Sawrah bin Musa
bin al-Dahhak al-Tirmidzi.

Beliau digelar sebagai Abu Isa.

Dilahirkan pada tahun 209 Hjirah dan meninggal dunia pada tahun
279 Hijrah.

Penglibatan dalam ilmu hadith:

Beliau

memulakan

pengembaraan

menuntut

ilmu

dan

mengumpulkan hadith pada kira-kira tahun 235 Hijrah dan kembali


ke Bandar tempat tinggalnya Khurasan sebelum tahun 250 Hijrah.

Selepas tahun inilah beliau memulakan usaha menyusun kitabnya


Jami al Tarmidzi atau Sunan al-Tirmidzi.

Mengenai Kitab Jami al-Tirmidzi:

Atara tujuan beliau menyusun kitab hadith beliau adalah untuk


mengumpul dan menyusun segala hadith Nabi s.a.w. yang dapat
beliau kumpulkan secara sistematik.

Selain itu, untuk membincangkan pendapat para ulama berkaitan


hokum-hakam

yang

terdapat

di

dalam

hadith

dan

untuk

membincangkan kualiti hadith-hadith yang ditemui sama ada


tedapat illah, kelemahan dan sebagainya.

Kitabnya ini dibahagikan kepada 50 bahagian atau kitab yang


keseluruhannya mengandungi 3956 hadith.

Kitab ini disiapkan pada 10 Zulhijjah tahun 270 Hijrah.

Imam Abu Daud


Biodata beliau:

Nama penuh beliau ialah Abu Dawud Sulayman bin al-Ashath.

Beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah.

Beliau bukan sahaja seorang pengumpul, penyusun dan periwayat


hadith yang mahsyur bahkan juga seorang penyelidik, pengkritik
dan juga seorang yang amat berminat dengan ilmu perundangan.

Penglibatan mengenai ilmu hadith:

Beliau memulakan pengembaraan menuntut ilmu dan mengumpul


hadith sejak umur belasan tahun.

Beliau

diaporkan

telah

mengunjungi

Khurasan,

Rayy,

Kufah,

Baghdad, Tarsus, Damsyik, Mesir dan Basrah.

Beliau menghabiskan masa selama kira-kira 20 tahun di Tarsus.

Mengenai Kitab Sunan Abi Daud:

Disusun ketika beliau menetap selama 20 tahun di Tarsus.

Beliau membuat kajian yang amat teliti dan hanya memilih lebih
kurang 4800 hadith sahaja daripada 500,000 yang dikumpulkan dan
dihafalnya untuk dimuatkan ke dalam buku Sunannya.

Imam Abu Daud tidak sahaja memasukkan hadith yang sahih di


dalam kitabnya bahkan terdapat juga beberapa hadith yang lemah
(dhaif) yang diterima beliau.

Namun

begitu

menurut

beliau

tujuannya

bukanlah

untuk

menyebarkan hadith yang dhaif bahkan untuk memberikan lebih


peluang kepada generasi akan datang berpegang dengan hadith
dhaif sekiranya tidak bertemu dengan sebarang hadith yang sahih
dalam masalah yang diperbincangkan.

You might also like