You are on page 1of 1

Cerpen KELIR Siti Jasmina Ibrahim

Sinopsis
Cerpen Kelir ini menceritakan tentang dua adik-beradik kembar yang bernama Nian
dan Nain. Nian adalah perempuan dan Nain adalah watak lelaki. Mereka merupakan
pelajar seni dan mereka mempunyai keistimewaan dimana mereka boleh
berkomunikasi melalui akal dengan kata lain mereka dapat membaca fikiran antara satu
sama lain. Di dalam cerita ini Nian duduk dihadapan sebuah pentas terbuka dan diatas
pentas tersebut terdapat sebuah Kelir Putih. Kelir Putih tersebut merupakan salah
satu alatan yang digunakan dalam wayang kulit. Kelir adalah kain rentang putih yang
digunakan sebagai skrin. Ia merupakan perantaraan antara dunia nyata dan dunia
fantasi. Semasa Nian duduk dihadapan pentas sambil melihat kelir tersebut ia telah
menimbulkan pelbagai soalan dan tanda tanya dan juga menyedarkan Nian betapa
pentingnya kelir tersebut dalam wayang kulit. Tanpa kelir wayang kulit tidak akan
menjadi seronok dan tidak akan wujudnya fantasi. Nian juga merasakan bahawa kelir
ini sama seperti manusia iaitu setiap manusia mempunyai kelir putih masing-masing
iaitu dinding antara dalaman dan luaran manusia. Ia bermaksud, apa yang ditunjukkan
pada luaran manusia tidak sama dengan dalaman mereka. Niat hati kita hanya Allah
s.w.t yang mengetahui dan manusia hanya mengenali bayang-bayang kita sama seperti
kelir yang hanya memaparkan bayang-bayang watak wayang kulit sahaja.

You might also like